Showing posts with label USS. Show all posts
Showing posts with label USS. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Trip to Singapore - part 3

Jangan penat baca ye. sorry banyak sambungan sebab time ada masa je tulis cerita ni.

Okey. Dalam banyak2 theme dalam park ni, aku paling suka Far-far away. Sebabnya Macam cool gila ada castle dalam bandar. Best ! Cantik pulak tu.


Sebab dah sampai di castle far-far away ni, Jadi sempatlah ahkak singgah rumah pak shrek. Tapi malangnya pak shrek mmg takde kat rumah. Entah lah. Penat jugak kitaorang tunggu depan rumah dia. Last-last kiteorang beredar sebab dah bagi salam 3 kali. 


Okey dalam park shrek ni korang jangan lupa saksikan shrek 3D. Memang antara yang best jugak. korang kena pakai cermin mata 3D untuk dapat feel. Macam real je. 


Okeh , makanan pulak kat sini jangan risau. Ade je yang halal punya. Ade cop halal lagi. Harga pulak dalam 13SD gitulah untuk satu set. So tepuk dada tanya lah serasa tekak anda. Kalau rasa nak botol air canggih manggih, sila lah tambah duit lagi ye. Masa beli tu mesti rasa seronok, cer balik malaysia convert balik duit kita, menyumpah kau beli botol air je dah RM38 hengget. Beginilah lagi nasib traveller sponser macam kami ni. =(

Ha merchandise pulak. Macam-macam adoo. Kalau tengok memang lah meremang jugak bulu roma. Cantik kot. Sebagai wanita tipical bernafsu 9, menggigil jugak aku tahan diri dari membelanjakan Dollar yang ada ni. Sambil pilih2 , aku imagine macam tengah shopping dekat mydin mall. Range harga dalam $2.90 sampai la berpuluh2 kot. Cuma bagi aku lah,  tak semua barang unik. Semua biasa-biasa aje.



Tips : (untuk traveller sponser macam kami) Korang boleh beli barang kecil2 yang ada logo USS macam shopping bag tu dalam $3.90 , pen dalam $4.90 , kalau ada bajet lebih untuk kanak2 boleh beli tshirt start from $19.90 - $29.90. 

Silalah darap dengan 2.4 rate mase ni. Terus terfikir nak berjimat. 
 




 Nak belikan ni untuk Auf sebab auf suka robot. 
Tapi sebab mahal sangat untuk seketul botol air. 
Insaf T_T

Cantik. Tapi mahal jugak. Wuwuwuwu




Ride yang wajib naik (terbaekk)  :
-Galactica (aku tak naik pon ....gerunnn)
-transformer the ride 4D
-revenge of the mummy

Show yang wajib tengok :
-water world show
-shrek 3D
-Light , camera , action (terbaekk) 

Makanan halal jangan risau sebab ada makanan halal yang ada logo halal Majlis Ugama Islam Singpura (MUIS)


Tapilah kan bagi akulah, tempat ni kurang sesuai bawak anak kecil sebabnya anak kurang gila permainan yang berunsurkan budak kecil kecuali dekat madagascar tu je, Yang lain semua orang dewasa. Kecuali tujuan korang nak jalan2 ambil gambar je setelah bayar RM170. wuwuwuwu. 


Sekian terima kasih.

Friday, March 2, 2012

Trip to Singapore - part 2

Terus cerita part menarik je la eh... okeh part ni part masuk USS sebab nak beli product sample and tangkap gambar untuk bos. Kira macam diaorang nak kasi kiteorang feel ala-ala hollywood gitulah. so setiap sudut kena ambil gmbar okeh.

owh sebelum tu aku tukar kasut kepada sandal. Yelah, memula tu kan aku pakai kasut justin bieber aku tuh. muahahahaha. Mak budak pon nak ranggi okehh.


Okeh. jangan gelak...jangan gelakk....

Dah dalam USS masuk je rasa macam satu fenomena baru. Haha. Rasa cool gila deco dia. Artistic abislah. Jalanraya pon dia buat macam style hollywood street gitu. Ada feel la. So macamana kiteorang nak apply dalam design kiteorang nanti. Nak kasi orang lain rasa feel yang sama. Hahaha. Over! 





Masuk-masuk je dah jumpa karektor ni. Terus beratur ambil gambar. Kat sini , kalau ko nak ambil gambar je kena beratur. Bukan main serbu macam kita jumpa artis kat klcc gitu. ehh...ehh....:P

Lepas tu jalan lagi. Dan lagi. Sambil ambil gambar. Cuaca dah la panas membahang. Memang berpeluh lah aku ni kan. Naseb baik pakai baju loose.


Tips : Pakai baju mudah serap peluh, sebab serius panas. Dan pakai kasut/sandel yang paling selesa untuk u all jalan sebab memang kat dalam ni kita akan jalan sampai sakit kaki. 


Okeh , dalam USS ni ade beberapa bahagian tau. The lost world. far-far away. madagascar.egypt.Sci-fi city. Hollywood dan new york. Sebelum masuk ambil map untuk memudahkan korang tengok2 apa-apa yang menarik didalam sebelum memulakan perjalanan. :) Kat sini selalunya karakter aku muncul secara tiba-tiba , korang kenalah alert kalau diaorang keluar. rugilah kalau tak ambil gambar kan.



cer korang tgk gmbr ni. bukak tangan aku je buat gitu.jari kaki aku pon terangkat sekali. adakah ini menunjukkan aku ada kuasa istimewa. 


Kedai merchandise kat dalam ni memang bersepah lah. Dan dekat situlah juga kiteorang beli product sample. Dan juga beli lah sikit2 untuk anak dan suami dirumah. Huhu. Sungguh malang kerana dah le pegi dalam keadaaan belum gaji. Berkira-kira aku nak membelinya. Haha. Kang tak cukup duit nak makan pulak ye. Ini lah naseb traveller sponser macam kiteorang nih. ;P


Tips: Tetiap satu section semua ada merchandise shop dia. Tapi bagi aku korang jangan beli terus , jalan puas-puas dulu last baru pergi beli souvenir tu sebelum balik.

Dekat sini memang banyak gila lah ride's yang boleh korang naik. Tapi tulah, sebab aku datang dengan rakan sekerja, jadi boleh dapatlah merasa naik roller coster bagai. Sebab kalau ada Auf, for sure aku kena naik merry-go-round. Hehehe. Aku penggemar roller coaster okeyy. 


Tapi dalam banyak-banyak, roller coaster ini lah yang aku 50-50 nak naik. Sebab , aku rasa was-was tahap hormon  Adrenaline aku boleh terima ke tidak.


Tapi yang best selain diatas adalah the mummy ride dan transformer ride. Gila best. Korang kalau pergi jangan tak naik tau. Kawan aku sorang terus pening2 lepas turun the mummy ride sebab dia kena tipu, dia ingat ride tu untuk kanak-kanak punya. :) Semestinya terbaekkkk! 


Ok.Jangan hairan baju aku kejap lain kejap lain. Hotel aku dekat maaa... So boleh keluar balik mandi dulu lepas tu masuk balik sini. Hahaha. Aci wehh.... cuma kalau korang nak keluar dan masuk balik, kena cop tangan korang dulu dengan cop lutsinar. Cop lutsinar tu tak nampak kesan apa-apa keatas kulit anda , tapi bila dia scan dengan lampu terus nampak ada tulis . seriusss.....


.....bersambung lagi.....

Thursday, March 1, 2012

Trip to Singapore - part 1

 Entry panjang lebar.

Hai korang. Ni baru ade time nak update pasal business trip hari tu.Actually CEO dan Head of department hantar kami 4 orang designer ke Singapura last week kerana mencari sample untuk kerja. Kena servey design, deco dan apa-apa2 lah kaitan dengan design. Yelah selama ni kami cuci mata servey design pon dekat Mall2 dimalaysia ni kan, atau pon internet saje, So untuk merealisasikan tema 'think outside the box' company ni , jadi dia pon hantarlah kami ke sini. Last year lagi best, kawan2 dapat pergi Hongkong.T_T

So , disebabkan anak bos yang arrange kan semua pakej kami. Dia ambil pakej lengkap sekali dengan Universal Studio Singapore (USS) , sape tak teruja. Tiket masuk je dah 66SD kan, kalau duit kite dalam RM160 gitu seorang. Inikan pula free. Macam orang ngantuk yang disorongkan aircond lah . eh ... eh... walaupun begitu, dalam keadaan yang belum gaji, *sedih* , berbekalkan sorang sikit Singapura Dollar tu. Kami berjanji pada diri sendiri, shopping kena ingat diri. Jangan jadi hamba duit. ehh....ehhh....

So dalam masa servey design , dapat la main2 sikit2 ape2 ade dalam tu. Itu pun 2-3 ride yang kiteorang sempat naik sebab sekejap je dia dah tutup jam 7mlm. *sedih lagi*

Kami kesana dengan firefly. Oklah note bad masa pergi pilot takeoff and landing pon ok aje. Time balik je tak sanggup gua. Bergegar sana sini sebab langgar awan kot. pilot tu landing pon tak best, turun flight semua sakit kepala. Haha. Tapi pramugari boleh dipuji , layanan mesra , senyuman manis, 10markah diberi. :)


Penerbangan sekejap aje , ambil masa dalam 1jam dah sampai sana. Gembira je hari first time jejak Singapura. Tunggu cab dan terus gerak ke sentosa island. Hotel kami disana. Yang kurang bestnya driver teksi tu, bawak macam gila. lepas tu suka hon2 kereta sekeliling dia. Kalau dia nampak teksi lain bawak slow dia sound, itu orang tua lambat punya la ape la. Fine! malas nak dgr dia beleter aku ambil gambar pemandangan lagi baik. too bad, dia kutuk Malaysia pula. Sedih tau! Kami dah la first time datang negara kamu gembira2, jangan lah buat kami begini. It's ok , tak ambil hati pon. Mungkin dia ade prob or gaduh dengan bini dia kot. :P


Kami tidur disini. :) Super happy. Ini pon included dalam package dia semua. Kalau tak semalam mau 500SD, tapi pakej dia beli tu mmg murah lah dapat hotel terbaik sekali. Tujuannya kerana kami takada transport so, kami kena jalan kaki kesemua tempat yang kami nak tuju ok! penat sangat.


Sampai hotel je aku sibuk dok godek handphone. Hati dah mula rindu A'uf mikail dan ayahnya. huehuehue. Rindu auf lagi lebih la. hehe. Serba tak kena aku try setting handphone, try wifi , try roaming semua lah. 


Bagi pengguna hotlink macam aku, anda boleh roaming disana nanti. Cuma charge untuk satu sms adalah Rm0.70 ye puan-puan. :) Sampai hotel kasi rehat dulu, regangkan badan semua lah sebelum memulakan kerja.

...........sambung...........

Friday, February 24, 2012

Hello back Malaysia

Baru balik dari sana. :) Will update soon my trip. Banyak sangat gambarnya kena tapis satu-satu. hehe. A'uf? Tak sangka dia ok saja takde nangis2. Cuma dia ada lah bangun 3pagi termenung depan TV. Cuma bonda dia kat sana yang pukul 3 pagi terjaga dan tak boleh tidur. Mmg kuat betullah bonding ibu dengan anak ni.