Akbar (tengah).
PENDAHULUAN
Semalam (29 Ogos 2012) adalah tarikh yang cukup istimewa. Keputusan exam yang diumumkan mengajar aku satu makna yang cukup besar, hingga menggerakkan aku mencoretnya di blog supaya jadi bekalan adik-adik baru Universiti Al-Azhar.
Semalam (29 Ogos 2012) adalah tarikh yang cukup istimewa. Keputusan exam yang diumumkan mengajar aku satu makna yang cukup besar, hingga menggerakkan aku mencoretnya di blog supaya jadi bekalan adik-adik baru Universiti Al-Azhar.
… … …
KISAH AJAIB
Muhammad Akbar bukanlah seorang yang berbakat besar dalam
dunia ilmu agama. Dia mahasiswa biasa-biasa saja. Sekali pandang, memang tak
ada gaya ustaz. Tapi dia nekad ke Mesir
bagi mencari dunia dakwah dan tarbiyah.
Aku yang jadi roomatenya pun tahu betapa dia perlu
memerah otaknya untuk membaca kitab Al-Azhar. Kalau rakan sekelasnya mengambil
masa 20 minit untuk habiskan satu topik, dia perlukan 40 minit.
Semasa aku di UIAM dulu, dia pernah chat dengan aku. Akbar
tulis, “Ana sbnrnye dlm dilemma skrg.sama ada nk balik mesia atau terus duk
sini.ana rs ana tk leh nk proceed ngan azhar nye sistem dn bhs arab ana mmg dn
sgt2 lemah. Sbb tu ana tnye beza dia apa sbb ana nk wat perbandibgan.apa
pendapat nta?”.
Benar, ketika tahun satu, bahasa Arabnya agak lemah. Masalah
bahasa sering jadi punca mahasiswa baru rasa patah hati dan tension memanjang.
Tapi itu Akbar ketika first year. Dari situ, dia
nekad menyambung terus di Al-Azhar dan cuba atasi rintangan satu persatu.
Setiap kali musim study leave, Akbar akan pulun habis-habisan. Aku jadi
saksi bagaimana dia bimbangkan kegagalan, bagaimana dia berperang dengan kantuk dan
bagaimana dia meninggalkan FB selama sebulan setengah.
Dia akan baca suatu buku hingga habis. Kemudian, dia mula hafal
satu persatu. Kalau ada 20 topik dalam satu buku, 20 topiklah yang dia akan
hafal; tak tinggal satu pun. Lepas hafal, dia akan ulang beberapa round supaya
melekat di kepala sekuat lekatan gam gajah.
Aku pernah tanya dia satu soalan daripada topik yang dia
hafal. Jawapannya tepat seperti yang tertulis dalam buku. Kemudian aku tanya, “Enta
faham tak?”. Dia jawab, “Tak”. Dan memang betul, dia salah faham apa yang
dihafalnya, lalu aku membetulkan. Tapi taklah semuanya salah. Sikit saja yang
salah, yang lain semuanya betul.
Bagi aku, salah faham terhadap apa yang dihafal tidaklah
memalukan. Dahulu, semasa aku Tingkatan Dua, aku tamat menghafal Al-Quran tanpa
faham juga. Kefahaman tu akan datang kemudian dengan syarat kita mencarinya.
Sejak daripada itu, aku dah terbayang yang Akbar akan
melakar sesuatu tahun ni. Sebab tu aku sanggup ikut dia pergi tengok result
exam walaupun aku ada kerja lain. Aku naik teksi dengan dia dan jadi cameraman
sepanjang hari tu.
Sejurus melihat keputusan Jayid Jiddan itu, muka dia jadi
ceria bukan main. Terserlah kemanisan kejayaan yang dikecapi hasil bantingan
tulang dua bulan lalu. Tapi dia kawal raut wajah. Mungkin kerana nak jaga hati
teman lain yang mendapat keputusan yang tak berapa baik.
Predikat Jayid Jiddan adalah impian kebanyakan ustaz Malaysia
di Mesir. Jika ditanya, “kenapa tak target Mumtaz?”, jawapannya ialah
aku tak pernah dengar lagi anak Malaysia dan Indonesia dapat Mumtaz dalam
kuliah Syariah Islamiyah Al-Azhar. Dari dulu hingga sekarang. Seakan ia sesuatu
yang mustahil. Entah kenapa, aku pun tak tahu. Biasanya, yang dapat Mumtaz ni
orang Mesir saja.
Ajaib bukan? Seorang yang pernah hampir putus asa di Al-Azhar meraih Jayid Jiddan. Memang ajaib dan ajaib sangat. Tapi tak bertentangan dengan sunnatullah; bila ada sebab, maka ada musabbab.
Tanyalah pada sesiapa, tak ada orang pernah menaruh harapan Jayid Jiddan pada Akbar. Sejujurnya aku juga tak pernah. Aku hanya pernah melintaskan dalan fikiran aku dua-tiga kali saja. Kalau ada orang tak percaya result gempak Akbar ini, aku tak pelik.
Di kala kegembiraan memenuhi setiap inci tubuh Akbar, aku
suruh dia sujud syukur.
… … …
MAN JADDA WAJADA
Aku percaya, ‘result emas’ Akbar membuka mata banyak pihak.
Aku sendiri rasa kalah dengannya. Kalau Syed Ahmad Israa (peraih Anugerah Utama
STAM 2007) dapat Jayid Jiddan, aku tak hairan.
Sebenarnya, yang lebih mengesankan bukan resultnya, tapi
usaha gigihnya. Bagi aku, dia dah lulus exam sebelum dia masuk dewan
peperiksaan lagi. Perahan keringatnya saja sudah jadi bukti bahawa dia akan
berjaya.
Cuma aku nak hurai beberapa point;
1. Semua orang boleh dapat Jayid Jiddan. Syaratnya dua saja.
Pertama; kerja keras yang berterusan. Untuk capai syarat ni, seseorang itu perlu
korbankan banyak kepentingan peribadi. Kalau ada kerja keras, parang tumpul pun
boleh patahkan dahan keras (rujuk: Filem Negeri 5 Menara).
2. Syarat kedua ialah tawakkal tertinggi kepada Allah.
Sepanjang musim imtihan, Akbar dilihat memanjangkan sujud terakhirnya dan
banyak berdoa selepas solat. Begitu juga selepas imtihan dan sewaktu Ramadhan.
Barangsiapa yang menggantungkan harapannya pada Allah, dia tak akan kecewa.
PENUTUP
Kisah ini adalah salah satu bukaan (futuhat) Allah ke atas
aku. Aku harap pengorbanan mulia ini dapat membakar semangat seluruh mahasiswa
Malaysia hingga berdekad-dekad. Aku doakan Muhammad Akbar terus sukses; dan
moga-moga aku terus mendapat tempiasnya.
Akbar baru selesai tengok result.
Akbar minta aku semak hafazan. Minggu depan nak exam.
Rahsia kejayaan: Menghafal bawah lihaf (selimut tebal) sambil tutup mata.
14 comments:
begitulah kisah akbar. moga akbar maju kehadapan.
kisah yang sangat menarik!
thn ni ada ustaz mlysia dpt mumtaz.. So, xmustahil la..
p/s: bru tau bdk ni nma Akbar, sbijik mcm membe gua..
To alazhar student:
Kuliah Lughah Kaherah dan Kuliah Usuluddin pernah mencatat pangkat Mumtaz.
Tapi pelajar Malaysia dan Indonesia Kuliah Syariah memang tak pernah dapat mumtaz. Teman-teman ana dari Indonesia pun berkata macam tu.
To alazhar student:
One more, nama dia bukan Akbar. Tu hanya nama samaran. ^_^
Ada kisah di sebalik nama Akbar tu.
You've made some good points there. I checked on the net to learn more about the issue and found most people will go along with your views on this website.
Feel free to visit my website - auto loans for bad credit
Also visit my page ... how to buy a car,buying a car,buy a car,how to buy a car bad credit,buying a car bad credit,buy a car bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,bad credit car loans,car loans bad credit,auto loans bad credit,bad credit auto loans,buying a car bad credit loans,bad credit loans cars,buying a car and bad credit,how to buy a car on bad credit,buying a car on bad credit,loans for cars with bad credit,auto loans for bad credit,buying a car with bad credit,how to buy a car with bad credit
I am really enjoying the theme/design of your web site. Do
you ever run into any browser compatibility problems?
A couple of my blog visitors have complained about my blog not working correctly in Explorer but looks great in
Firefox. Do you have any advice to help fix this problem?
Visit my weblog buying a car bad credit
my website - how to buy a car,buying a car,buy a car,how to buy a car bad credit,buying a car bad credit,buy a car bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,bad credit car loans,car loans bad credit,auto loans bad credit,bad credit auto loans,buying a car bad credit loans,bad credit loans cars,buying a car and bad credit,how to buy a car on bad credit,buying a car on bad credit,loans for cars with bad credit,auto loans for bad credit,buying a car with bad credit,how to buy a car with bad credit
wonderful post, very informative. I wonder why the opposite
experts of this sector do not notice this. You must proceed your writing.
I'm confident, you have a great readers' base already!
My site :: how to buy a car with bad credit
Here is my site buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car
ebook origami easy rapidshare http://audiobookscollection.co.uk/The-Essential-Guide-to-Flash-CS4/p186333/ ebook design application [url=http://audiobookscollection.co.uk/fr/Web-Accessibility-A-Foundation-for-Research-Human-Computer-Interaction-Series/p210890/]the alcoholism and addiction cure ebook[/url] fantasy fix ebook
buy ativan lorazepam 1 mg normon - ativan side effects rxlist
The information were very helpful for me, I've bookmarked this post, Please share more information about this
Thanks
terbaik,sangat membakar semangat.
Thank you for any other informative web site.
Where else could I get that type of info written in such an ideal approach?
I have a venture that I'm simply now working on, and I have been at the glance out for such info.
Look at my weblog; uk hosts
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment