Dua minggu lepas, aku terasa untuk membeli DVD Avatar semasa keluar makan bersama keluargaku. Entah mengapa, tiba-tiba aku terasa sangat untuk menonton cerita yang pernah suatu ketika gah di layar perak.
Bukannya aku tidak tahu ianya cerita rekaan Yahudi, tetapi perasaan ingin melihat apa yang dihebohkan sangat mengenai cerita berkenaan sangat terkesan dijiwaku.
Selepas pulang, terus aku memasang DVD berkenaan dan menikmati cerita rekaan Yahudi ini. Sungguh hebat. Bukannya CGI dan segala macam itu yang aku rasa hebat, tetapi plot dan jalan cerita itu sendiri adalah hebat. Ianya ingin membayangkan bagaimana keadaan roh yang boleh berpindah alam secara yang boleh di terima akal. Agaknya, kalau cerita sebegini di buat oleh seorang Melayu, adakah Finas akan meluluskannya, apa lagi membenarkan tayangannya.
Si pencerita juga menyatakan bilamana berlaku pertembungan peradaban, kedua-dua belah pihak akan menyatakan mereka berada di pihak yang benar. Di dalam Avatar, di"perang"kan kelompok kapitalis dan pelindung alam sekitar. Diri kapitalis hanya menyanjung wang, di mana, bumi pada masa itu telah menjadi tanah gersang tanpa kehijauan, dek kerana kerakusan sang kapitalis merobek hutan atas dasar pembangunan. Diri pejuang alam sekitar pula bersatu dengan alam untuk memastikan keharmonian sejagat sentiasa terpelihara agar semua dapat hidup dalam keadaan bahagia .
Aku terpana. Bukankah kapitalis dokongan demokrasi kini sedang menuju ke arah itu? Manakala keMelayuan sebelumnya sangat mementingkan keharmonian dan kebahagiaan? Maka, susuk tubuh diri-diri inilah yang mencorak perjalanan kehidupan kita, yang aku rasa, perlu menjadi pedoman kepada kelangsungan corak kehidupan yang kita idamkan. Bahagia. Satu ayat yang mudah, tetapi tidak semudah untuk mencapainya.
Bahagia yang di cari terletak di jiwa, bukannya bahagia sementara yang terletak pada kebendaan, kerana bahagia tersebut tidak kekal. Habis kebendaan nanti, bahagia pun hilang.
Berbalik kepada Avatar. Diri wanita dan lelaki ditonjolkan dengan sifat yang amat berbeza walaupun dari ketamadunan bangsa yang berlainan. Wanita digambarkan sebagai penentu keputusan. Tidak begitukah yang selalunya berlaku. Orang kata, kalau nak pikat hati mentua, jaga hati ibu mentua. Bapa mentua akan ikut sahaja. Hati juga yang memainkan peranan, iaitu jiwa seorang manusia. Jika serasi jiwanya, maka, mudahlah perhubungan kekeluargaan nanti. Namun, jangan sesekali menghilangkan kepercayaan kaum wanita, kerana mereka sangat keras hati pada ketika berlakunya hilang kepercayaan tersebut. Tetapi, langkau waktu, mereka tetap juga akan menerima orang kesayangan mereka.
Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah di tanya oleh para sahabat Baginda, siapakah yang perlu dihormati di dunia ini. Jawab baginda, IBU, dan jawapan tersebut diulang sebanyak tiga kali, sebelum baginda menyatakan, BAPA. Betapa wanita mempunyai kedudukan darjat kehormatan yang tinggi, sehingga Baginda bersabda sedemikian. Ironinya, Baginda juga bersabda bahawa ramainya penghuni neraka terdiri dari kaum perempuan. Maka, diri yang bagaimanakah yang dapat menggoncangkan dunia, sifat apakah yang membaluti susuk tubuh mereka, kekuatan apakah yang menghidupkan mereka?
Sesungguhnya, apabila seorang Adam telah mengenali dirinya, dan juga diri-diri yang berada disekelilingnya, maka dia akan bersatu dengan Penciptanya, yang sentiasa mengkehendakkan bahagia kepada ciptaanNya.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment