Tuesday, May 11, 2010

Rais hina Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu

Rais Yatim baru-baru ini telah menyarankan agar tindakan di ambil terhadap pihak-pihak yang telah mencemarkan institusi Raja-Raja Melayu, terutama sekali kepada Zaid Ibrahim yang mempertikaikan titah Sultan Selangor baru-baru ini dan juga pandangan Nik Aziz terhadap pendirian beliau berpolitik secara Islam di masjid-masjid.

Pengamatan daripada tindakan Rais lebih terjurus kepada membakar semangat bangsa Melayu agar bertindak terhadap pihak Pakatan Rakyat agar terhakis sokongan kepada kelompok ini. Acapkali, isu Raja-Raja Melayu sentiasa dibangkitkan kebelakangan ini apabila isu berkenaan memberi kelebihan kepada kerajaan memerintah sekarang.

Rais sepatutnya ikhlas dengan tindakan beliau kerana sejarah membuktikan kerajaan sekarang lebih mengaibkan kedaulatan Raja-Raja Melayu dengan tindakan-tindakan yang lebih drastik berbanding dengan apa yang diutarakan oleh Zaid dan Nik Aziz.

Sekiranya Rais benar-benar hendak membela Raja-Raja Melayu, beliau wajib mengambil tindakan dengan membersihkan terlebih dahulu perlakuan yang sangat menghina Raja-Raja Melayu semasa ahli-ahli parti beliau menghina DYMM Yang Dipertuan Agung dalam kes "natang" di Terengganu suatu ketika dahulu.

Begitu juga dengan tindakan parti beliau yang pernah membuat cubaan menggulingkan Sultan Kelantan dan menggantikan baginda dengan calon pilihan parti beliau. Di samping itu, perbuatan parti beliau yang menghadkan kekuasaan Raja-Raja Melayu menerusi Akta Parlimen, di mana, Raja-Raja Melayu hanya menjadi simbol negara sahaja, dengan kehilangan kuasa untuk menentukan corak pemerintahan semasa.

Tindakan Rais dengan sokongan Ibrahim Ali, mewakili Perkasa, akan membuatkan bangsa Melayu lebih meluat kepada pihak pemerintah sekarang. Rakyat yang sangat celik dan berfikiran terbuka sentiasa ingat dengan tindakan-tindakan parti Rais. Manakala, bangsa bukan Melayu akan tersenyum sinis terhadap tindakan yang di ambil oleh Rais.

Hentikanlah retorik rasis yang tidak bertempat ini dan berjuanglah secara ikhlas, bukan dengan memomokkan rakyat berdasarkan propaganda memperbodoh-bodohkan rakyat. Rakyat dapat menilai keikhlasan pemimpin dan akan mengambil tindakan menerusi penjelmaan undi semasa PRU 13 kelak. Sesungguhnya, yang lebih menghina Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu adalah Rais sendiri. Jangan memporak-perandakan kesatuan Melayu yang sememangnya telah rapuh ini dan mengheret institusi Raja-Raja Melayu ke dalam kancah yang menjatuhkan lagi martabat institusi berkenaan.

Wednesday, May 5, 2010

Nusajaya Bakal Pusat Pekerja Asing

Buletin 1.30 TV 3 hari ini menyiarkan sebuah penempatan untuk pekerja-pekerja asing telah siap di bina dengan kemudahan yang lengkap di Nusajaya, Johor, bagi meneruskan projek pembangunan di Wilayah Iskandar. Antara ciri-ciri yang terbina adalah penempatan yang dibahagi-bahagikan menurut negara asal pekerja asing berkenaan. Ianya dianggap sebagai ciri keselamatan terbina dalam untuk menyelesaikan kemungkinan pergaduhan antara pekerja-pekerja asing ini tercetus.

Kerajaan pimpinan Najib telah mendahului zaman dengan menyediakan kemudahan bertaraf antarabangsa kepada kaum pekerja, cuma, pekerja yang bakal menikmati kemudahan ini adalah pekerja asing. Maka, adalah wajar slogan terkini 1Malaysia ditambah-baik menjadi "Rakyat Asing Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Selain daripada peluang pekerjaan kepada rakyat asing, projek ini bakal mengkayakan lagi pihak-pihak yang menerima permit khas dari Kementerian Dalam Negeri untuk pemerosesan visa pekerja asing, yang mencapai harga setinggi RM3,000 seorang, di bayar kepada pihak berkenaan.

Projek yang dilawati oleh seorang bertaraf menteri semasa dirasmikan, belum diketahui pembinanya, dan dikhuatiri, ianya juga telah dianugerahkan kepada pihak-pihak yang rapat dengan kerajaan. Di samping itu, kerajaan juga akan menikmati hasil levi yang lebih tinggi, hasil kemasukan pekerja-pekerja asing ini. Kerajaan kini cekap di dalam menjana pendapatan hasil daripada berniaga dengan "peluang pekerjaan penduduk tempatan", di mana, peluang-peluang ini telah di jual kepada pekerja asing.

Semua ini berlaku akibat kepincangan dan tahap ketirisan yang tinggi di dalam perbelanjaan negara, di mana, natijahnya akan terkena kepada rakyat dalam bentuk pertambahan hutang negara dan kenaikan harga barang yang lebih tinggi. Lama-kelamaan, rakyat miskin semakin tertindas akibat daripada kenaikan kos sara hidup, dan golongan elit semakin kaya, mungkin tidak merasai langsung kesan kenaikan harga.

Faktor keselamatan penduduk Nusajaya belum lagi di ambil kira. Kebanjiran pekerja asing ini secara tidak langsung akan membawa bersama masalah-masalah yang sering terpapar di dada akhbar seperti pergaduhan, melarikan anak gadis dan peningkatan aktiviti tidak sihat pelacuran. Semuanya akan menambahkan lagi beban kepada penduduk tempatan yang terhimpit oleh kesan pembangunan.

Mengapakan segala kemudahan ini tidak disediakan kepada pekerja-pekerja tempatan dan peluang berkenaan di buka seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia?

Tuesday, April 27, 2010

Najib nafi rasuah rakyat, cuma "boros tak kena tempat"

Syabas kepada Najib kerana telah memenangi PRK Hulu Selangor semalam, setelah mencurahkan berjuta- juta ringgit dengan anggaran hampir mencecah RM100 juta.

Perbelanjaan perlu berkenaan, dakwa Najib, adalah kemajuan yang diperlukan oleh penduduk Hulu Selangor. Najib menuduh, PR juga melakukan perkara yang sama.

Persoalannya, mengapa perbelanjaan berkenaan di curah semasa PRK? Ke mana perginya perbelanjaan berhemah?

Dalam keadaan banyak perbelanjaan jabatan-jabatan kerajaan di potong kerana kekurangan dana, Najib dengan sewenang-wenangnya membelanjakan wang rakyat ke satu daerah tanpa perlu melalui proses birokrasi biasa?

Bagaimana dengan rakyat Kelantan yang dinafikan royalti mereka?

Jika begini cara Najib berbelanja, mana tidaknya pelbagai pihak menuduhnya me"rasuah" rakyat agar mengundi BN.

Kini, Sibu akan menerima durian runtuh yang serupa. Janganlah sampai rakyat berdoa agar wakil rakyat mereka mati, supaya PRK dapat diadakan dan pembangunan segera berlaku di tempat mereka.

Semoga menjadi pelajaran kepada semua, termasuk diri sendiri.

Sunday, April 25, 2010

Najib mengajar Obama Islam

Bersyukurnya, Obama kini telah belajar mengenai pemahaman kepada Islam, bila Najib bertemu dengannya minggu lepas.

Dalam masa 40 minit sahaja, Obama lebih memahami Islam setelah ditarbiahkan oleh Najib. Kena masuk Malaysia Book of Record.

Nabi Muhammad s.a.w. mengambil 22 tahun untuk melengkapkan Islam untuk kefahaman seluruh umat manusia.

Betapa Najib benar-benar telah berjaya memperbaharui pandangan Obama kepada Islam, berbanding dengan puluhan pusat kajian Islam terkenal yang berada di bumi Amerka sendiri.

1Malaysia mendengar betapa Najib di puji melangit menerusi siaran berita betapa ianya merupakan satu penghormatan kepada satu-satunya pemimpin Islam dari asia tenggara di beri peluang bertemu Obama secara peribadi.

Nampaknya, Malaysia akan mempunyai seorang lagi residen, kali ini dari Amerika, menggantikan Britain, yang pernah menjadi residen Tanah Melayu dahulu.

Najib mencari akuan dari Amerika untuk menobatkan kepimpinannya di mata dunia.

Namun, sekiranya Najib mencari keredhaan Allah s.w.t., adalah lebih bertepatan lagi dengan tugasnya sebagai ulil amri negara Islam.

Barulah ajaran pemahaman Islam yang hendak disampaikan kepada Obama lebih tepat lagi.

Saturday, April 24, 2010

MP/ADUN mati untuk pembangunan

Sesebuah kawasan di Malaysia akan melihat kadar pertumbuhan pembangunannya akan naik mendadak apabila pilihanraya kecil diadakan, akibat kekosongan kerusi berkenaan selalunya kerana kematian penyandangnya.

Pada masa itu, seluruh jentera BN akan berkampung dan berpesta di mukim tersebut, di samping menabur pelbagai projek segera untuk memikat hati para pengundi.

Konsep BN ini telah diguna-pakai sejak sekian lamanya, tanpa mendapat pandangan kritikal dari rakyat berkenaan kaedahnya.

Betapa berjuta-juta ringgit wang rakyat telah dikorbankan demi me"rasuah" para pengundi, di samping meng"kaya"kan kroni-kroni mereka yang memperolehi projek tersebut.

Tanpa segan silu, semalam di televisyen, Aziz Sheikh Kadir telah memaklumkan bagaimana sebatang jalanraya sepanjang 1.6 km tidak dapat di bina oleh Kerajaan Selangor, walaupun peruntukan telah di beri.

Beliau menyatakan, BN sahaja yang dapat berbuat demikian atas dasar perihatin kepada pekerja-pekerja estet yang kelihatan berseri-seri muka mereka, menghamburkan ucapan terima kasih kepada Aziz.

Umum ketahui, selagi kerajaan persekutuan di pegang oleh BN, kerajaan negeri di bawah PR tidak di beri bantuan kewangan seperti sebelumnya, malah di sekat.

Dengan kewangan yang terhad, sudah tentu projek pembangunan juga turut terjejas.

Cuma yang menjadi persoalannya, selama 50 tahun BN memerintah kawasan estet tersebut, kenapa baru sekarang jalan sejauh 1.6 km itu dapat di bina?

Terbaru, Najib menjanjikan RM50,000 kepada bekas peneroka Felda Sg Buaya, dalam bentuk tunai sebanyak RM1,000, manakala bakinya dalam bentuk bank draf.

Baki untuk mencukupkan jumlah pampasan yang dianggarkan melebihi RM160 ribu untuk seorang peneroka akan di beri, dengan syarat, BN menang di Hulu Selangor.

Peruntukan tersebut adalah daripada kerajaan persekutuan, dalam lain makna, wang rakyat.

Diri sebeginikah yang wajar di angkat sebagai pejuang tulin rakyat?

Nampaknya, kalau rakyat hendakkan kemajuan, doakanlah selalu agar MP atau ADUN kawasan mereka mati cepat!

Friday, April 23, 2010

Ragut Dara

Di Teluk Intan, seorang remaja perempuan, 19, membonceng motosikal dengan teman lelakinya lewat malam.

Seorang penjenayah yang menunggang sebuah motosikal berbeza telah menghampiri pasangan ini dan menyembur sejenis cecair dari tin aerosol ke mata pasangan perempuan ini dan mengakibatkan mereka jatuh.

Si lelaki mengalami kecederaan dan disyaki buta sementara akibat semburan tersebut, manakala remaja perempuan tersebut patah tangan.

Dalam keadaan kelam-kabut, si penjenayah telah melarikan remaja perempuan berkenaan ke tandas awam dan merogolnya, walaupun remaja tersebut patah tangan.

Setelah di rogol, remaja itu dibebaskan. Masyaallah. Petaka apa yang telah menimpa bumi Islam ini.

Jenayah rogol berleluasa, diri manusia bertopeng syaitan merata-rata. Remaja perempuan yang menunggang motor dengan seorang lelaki pun masih belum terselamat.

Boleh di rogol sewenang-wenangnya. Jati diri manusia Malaysia kini berada di tahap yang amat parah.

Bagaimana kita hendak memastikan keselamatan anak-anak kita di dalam persekitaran seperti ini.

Roh Islam makin tercabut dari jiwa muda-mudi masa kini. Gambar lucah mudah diperolehi. Dadah pula merasuk diri.

Negara China telah mengharamkan Google kerana syarikat berkenaan membenarkan bahan-bahan lucah mudah diperolehi menerusi varian enjinnya.

Malaysia bagaimana? Mahukah kita bersubahat dengan memilih kerajaan yang masih tidak sedar akan tahap kerosakan kelakuan rakyat mudanya?

Semoga Allah s.w.t. menyelamatkan kita semua dari bala bencana yang menimpa kita kini.

Thursday, April 22, 2010

Poligami "Haram"

Seluruh Melaya telah tahu Bung Mokhtar dan Zizie Eizette telah berpoligami, tahniah diucapkan. Cuma yang dihebohkan kini, poligami mereka tidak sah dari segi undang-undang Islam pentadbiran Selangor.

Poligami "haram" ini berlaku kerana undang-undang berkenaan berkehendakkan persetujuan rasmi dari isteri pertama, yang tidak diperolehi oleh Bung dalam hal ini.

Di Perlis, Shahidan telah memansuhkan keperluan persetujuan tersebut, dan Perlis juga mengalu-alukan sesiapa yang hendak berpoligami menjalankan syariat berkenaan berkunjung ke sana.

Secara tidak langsung, ianya mengelak dari pasangan bernikah di negara jiran dan mengurangkan pengaliran wang keluar negara.

Inilah yang peliknya. Allah s.w.t. membenarkan poligami sehingga empat kerana Dia mengetahui sifat diri seorang lelaki. Walaubagaimana pun, Dia juga berfirman, para poligami ini tidak akan dapat berlaku adil, sehebat mana sekali pun mereka cuba berlaku adil.

Sejarah juga menyaksikan, para nabi dan rasul juga mengamalkan poligami. Naluri diri manusia lelaki sememangnya berkehendakkan belaian seorang wanita sentiasa.

Hikmah disebaliknya pula, akan lebih ramai ummah Nabi Muhammad s.a.w. lahir ke dunia ini secara sah.

Kenapa perkara yang terang-terangan dibolehkan oleh Allah s.w.t. disusahkan dan ditokok-tambah pula syarat-syaratnya. Bukankah Islam sudah sempurna.

Perkara-perkara yang terang-terangan diharamkan seperti arak, judi dan zina, dipermudah dan dibolehkan pula.

Selama 50 tahun Malaysia yang mengaku berdaulat dan Islam sebagai agama rasminya tidak membawa sebarang makna sekiranya munkar terjadi berleluasa.

Kita Prihatin adalah satu slogan yang tidak kena pada tempatnya. Didiklah diri-diri Islam yang lahir bagaikan sehelai kain putih ini untuk menghayati Islam sebaiknya.

Sediakanlah persekitaran yang berwadahkan Islam, bukan budaya hendonisma yang bersepah merata-rata.

Maka, jangan disalahkan anak muda dan mat rempit apabila bayi bertaburan di merata-rata. Najib pasti akan di soal di hadapan neraca, apa yang telah dibuatnya.

Poligami "haram", simpan perempuan "halal". Karaoke GRO "halal".

Subhanallah. Malaysia BOLEH!

Wednesday, April 21, 2010

Keluar PKR Beramai-ramai

Perkembangan terbaru menyaksikan betapa ramainya ahli PKR keluar berbondong-bondong dari parti berkenaan. Ada yang berjawatan tinggi, ada yang ahli biasa, tapi, rata-rata mendapat keistimewaan untuk keluar menyatakan ketidak puasan hati masing-masing di kaca tv nasional.

Masing-masing menyatakan betapa tidak puas hati mereka kepada perkembangan terkini hala tuju PKR yang mengasobiahkan pucuk pimpinan tertinggi, Anwar Ibrahim. Betapa PKR tidak dapat menjaga kepentingan orang bawahan, dan ada pula yang merasa di sisih, walau pun telah berkorban dari awal penubuhan PKR.

Diri-diri ini menyatakan isi hati mereka tidak puas dengan tahap pencapaian PKR dalam memerintah negeri sedia ada, di samping lambat menyelesaikan masalah-masalah berbangkit yang sekian lama timbul. Sudah tentu ada sesuatu yang menyebabkan diri-diri ini meninggalkan perjuangan yang mereka percayai selama ini.

Mudah untuk melontarkan tohmahan kemungkinan mereka ini yang berkecil hati telah digula-gulakan oleh BN dengan sejumlah wang untuk memburukkan PKR di kaca television, tetapi hakikatnya, tiada siapa yang boleh membuktikannya. Bagaimana pula pemikiran sedemikian boleh timbul dalam diri-diri berkenaan.

Jarang sekali kita melihat kelompok-kelompok lain dalam komponen Pakatan Rakyat berpaling tadah, terutama sekali di peringkat ahli parlimen dan ADUN. Maka, susuk tubuh dan jati diri yang bagaimana pula mewarnai kelompok ini.

Bayangan yang mengharapkan limpahan wang ringgitkah, atau pejuang tulin yang berkehendakkan keadilan atau apa saja yang mereka perjuangkan menjadi kenyataan, tidak dapat dipastikan dengan benar. Bagaimana pula jika dalam kesesakan tuntutan materi, mereka terjumpa telaga emas yang sanggup memberi, katakan RM50 ribu, hanya untuk muncul di kaca tv.

Bagaimana aku? Tak cukup? RM100 ribu? RM1 juta? Setakat mana tahap jati diri kita apabila berdepan dengan keadaan yang sedemikian. Bohonglah aku kalau aku mengatakan aku tidak teruja.

Tetapi, bayangkan pula, sudahlah habuan kewangan tidak diperdapat, wang ringgit dan kederat tenaga sendiri pula dicurahkan demi perjuangan parti, sanggupkah aku? Aku lihat, ramai penyokong PAS adalah sedemikian, sementelah pemimpin mereka pula tidaklah begitu bermewah-mewah, sebagai contoh Nik Aziz.

Cuma, jika di kaji perjuangan Islam, ramai yang sanggup bergolok-bergadai harta dan juga nyawa untuk memperolehi keberkatan hidup di akhirat seperti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Kehidupan yang kekal abadi. Namun, adalah di tuntut juga keseimbangan dunia agar tidak sampai ke tahap meminta-minta serta melarat kerana Islam tidak mengkehendakkan umatnya merempat, malah mengajak kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Jadi, kepada kepala parti yang berkenaan, kaji dan selidiklah kekuatan masing-masing. Najib sudah pasti cuba untuk memulihkan imejnya dengan apa cara sekali pun. Mana tahu, satu hari, dia menyatakan secara terbuka kepada umum, bahawa dia dan isterinya telah taubat nasuha ke atas segala kesalahan-kesalahannya yang lalu, dan kini melalui proses menurut apa yang dikehendaki Islam, bagaimana?

Dari pernyataan Najib, nampaknya seperti itulah yang sedang dipercakapkannya, tetapi perlakuan dan tindakannya tidaklah dapat dipastikan.

Jika taubat Zaid boleh di terima, bolehkah pula Anwar menerima taubat Najib?

Tuesday, April 20, 2010

Zaid Taubat Nasuha

Subhanallah. Aku cukup gembira menerima perkabaran mereka yang bertaubat dan berusaha untuk menghindarkan kesalahan serta kesilapan yang pernah dilalui mereka.

Maka, apabila Zaid mengaku sudah bertaubat daripada perbuatannya meminum arak, aku renungi pada diriku sendiri, beginilah contoh mereka yang perlu aku ikuti.

Lebih gembira lagi jika kaum kerabat umNO boleh mengambil langkah yang sama, maka, penyatuan umat Islam di Malaysia ini akan menjadi lebih mudah.

Bolehkah ini terjadi? Ntahla. Belum lagi si Zaid mengaku, berbondong-bondong fitnah tertimpa padanya. Siap bergambar (fitnah) lagi.

Betapa bobroknya dan ketiadaan modal langsung cara para "shuhada" ini hendak memperjuangkan Islam. Kalau betul Zaid bersalah meminum arak, lebih bersalah lagi mereka yang meluluskan lesen membuat dan menjual arak.

Contohi Brunei, betapa takutnya mereka kepada azab Allah s.w.t., mereka lebih rela arak tidak dibenarkan langsung di jual di bumi mereka.

Sanggupkah ketua negara sekarang mengikut jejak langkah yang serupa? Sesungguhnya, Allah s.w.t. tidak mengurangkan rezeki yang berkah kepada hamba-hambaNya yang taat menurut perintahNya.

Syabas kepada Zaid, semoga usahanya memperjuangkan kemashalatan masyarakat berkekalan, dan taubatnya terpelihara.

Aku memohon agar pintu taubat ini juga akan terbuka kepada semua yang mengaku diri mereka penganut ajaran Islam.

Monday, April 19, 2010

TPM-Bohong-Mun***k

Nauzubillah, kenapa la TPM aku ni seorang pembohong. Dah la hari tu dia cakap nak calonkan orang tempatan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor, rupa-rupanya tempatan tu melangkau sampai sempadan Selangor, sebab calon yang dipilih hanyalah orang tempatan Selangor dekat Selayang.

Dari satu segi, dia tak bohong, kalau skop tempatan tu diluaskan. Tapi, entah la. Politik ni macam-macam.

Lepas tu katanya, BN tak akan menyerang peribadi calon yang bertanding. Tak dan apa-apa lagi, dah keluar cerita peribadi calon, katanya, si anu tu peminum arak tegar.

Si anu pulak cakap, dia dah tobat. Tu zaman tok kadok katanya. Siapa betul ni, siapa yang bercakap tak benar.

Orang yang cakap tak benar ni boleh tergolong kumpulan muna**k, eee, nak sebut pun tak berani, nanti kata aku jatuh hukum pulak.

Tapi, itulah hakikatnya. Nak ka aku TPM yang tak bercakap benar? Tak nak lah aku. Maka, diri seperti ni perlu aku elak dari menjadi sifat padaku, mohon Allah s.w.t. pelihara aku dan sekalian umat Islam dari sifat terkutuk ini.

Sunday, April 18, 2010

Commander In Chief

Tengahari Sabtu di saluran Astro 702, rancangan Commander In Chief diulang siaran bermula dari episod 1.

Ianya menceritakan bagaimana seorang Presiden Amerika telah mati akibat barah otak dan tempatnya di ganti oleh Naib Presidennya, seorang wanita.

Mengikut jalan cerita tersebut, Naib Presiden ini di lantik hanyalah sebagai satu pernyataan ideologi sahaja, dan dia bukanlah calon sebenar yang akan menggantikan Presiden sekiranya keadaan demikian terjadi.

Walaubagaimana pun, dengan kematian Presiden, wanita berkenaan berkeras untuk menjadi Presiden, walaupun mendapat tentangan daripada pentadbirannya sendiri.

Aku menyorot kepada satu babak yang menunjukkan iltizam wanita ini yang membebaskan seorang penzina yang sudah melahirkan kandungannya daripada menjalani hukuman rejam di Nigeria.

Menggunakan kuasa ketenteraan yang ada padanya, berdasarkan hak kemanusiaan, si penzina ini berjaya dibebaskan oleh tentera Amerika.

Maka, para penentang Presiden baru ini pun terpana dengan caranya yang amat radikal, kerana dia adalah seorang calon bebas, yang tidak terikat dengan mana- mana parti, Republikan mahupun Demokrat.

Kuasa yang dimilikinya dipergunakan sebaik mungkin untuk menghalalkan cara agar mencapai matlamat, hatta sehingga melanggar hak kedaulatan negara lain.

Belum apa-apa lagi, para penonton telah ditarbiahkan secara tidak sedar akan hegemoni dan kekuasaan negara yang terkuat di dunia, dan kita secara tidak langsung, telah di beri gambaran betapa Islam itu kejam dan zalim.

Setahu aku, hukuman yang diperintahkan Allah s.w.t. mempunyai hikmahnya yang tersendiri dan kita hanya perlu beriman dengannya, sebagaimana kita menerima keEsaanNya.

Sekiranya hukuman ini hendak dilaksanakan, terdapat juga garis panduan yang sangat ketat yang perlu dipatuhi, dan hukuman ini berbentuk pengajaran kepada orang lain agar menghindari kesalahan yang terjadi.

Apa yang terjadi kini, kita yang mengaku beriman dengan Allah s.w.t. tidak menerima sepenuhnya ajaran yang diturunkan menerusi pesuruhNya, hanya sekadar mengambil sana separuh dan sini separuh.

Orang akan berkata, ini zaman moden, begitu banyak cabarannya, dan jika undang-undang Islam dilaksanakan, maka, ramailah orang yang kudung tangan berkeliaran di sana sini, dan ramai lagi yang pecah kepala di rejam dengan batu.

Ah, semuanya adalah andaian pemikiran manusia sahaja yang tidak bersandarkan kepada hikmah disebalik hukuman tersebut.

Sebagai hamba, kita tentu berfitrah untuk melakukan kebaikan, hanya Iblis dan syaitan sahaja yang berkehendakkan kemungkaran.

Otak yang sihat tidak akan melakukan kejahatan, apalagi setelah melihat dengan mata kepala sendiri kepada bentuk hukuman yang akan di terima sekiranya kesalahan ini di buat.

Persoalannya, sebagai sebuah negara yang mengaku Islam adalah agama rasminya, apakah yang menhalang Commander In Chief dari melaksanakan perintah Allah s.w.t.? Amerika dan sekutu-sekutunya? Demokrasi?

Tidak takutkah kita bersekongkol dengan juak-juak Comander In Chief apabila kita menobatkan mereka menerusi proses demokrasi yang menghalalkan suara ramai melebihi suara yang sedikit, walaupun suara sedikit tadi adalah benar?

Nauzubillah min zalik. Aku bertaubat atas segala kesalahanku dan berdoa semoga Allah s.w.t. menyelamatkan kita semua dari ancaman fitnah dunia akhir zaman.

Saturday, April 17, 2010

Avatar

Dua minggu lepas, aku terasa untuk membeli DVD Avatar semasa keluar makan bersama keluargaku. Entah mengapa, tiba-tiba aku terasa sangat untuk menonton cerita yang pernah suatu ketika gah di layar perak.

Bukannya aku tidak tahu ianya cerita rekaan Yahudi, tetapi perasaan ingin melihat apa yang dihebohkan sangat mengenai cerita berkenaan sangat terkesan dijiwaku.

Selepas pulang, terus aku memasang DVD berkenaan dan menikmati cerita rekaan Yahudi ini. Sungguh hebat. Bukannya CGI dan segala macam itu yang aku rasa hebat, tetapi plot dan jalan cerita itu sendiri adalah hebat. Ianya ingin membayangkan bagaimana keadaan roh yang boleh berpindah alam secara yang boleh di terima akal. Agaknya, kalau cerita sebegini di buat oleh seorang Melayu, adakah Finas akan meluluskannya, apa lagi membenarkan tayangannya.

Si pencerita juga menyatakan bilamana berlaku pertembungan peradaban, kedua-dua belah pihak akan menyatakan mereka berada di pihak yang benar. Di dalam Avatar, di"perang"kan kelompok kapitalis dan pelindung alam sekitar. Diri kapitalis hanya menyanjung wang, di mana, bumi pada masa itu telah menjadi tanah gersang tanpa kehijauan, dek kerana kerakusan sang kapitalis merobek hutan atas dasar pembangunan. Diri pejuang alam sekitar pula bersatu dengan alam untuk memastikan keharmonian sejagat sentiasa terpelihara agar semua dapat hidup dalam keadaan bahagia .

Aku terpana. Bukankah kapitalis dokongan demokrasi kini sedang menuju ke arah itu? Manakala keMelayuan sebelumnya sangat mementingkan keharmonian dan kebahagiaan? Maka, susuk tubuh diri-diri inilah yang mencorak perjalanan kehidupan kita, yang aku rasa, perlu menjadi pedoman kepada kelangsungan corak kehidupan yang kita idamkan. Bahagia. Satu ayat yang mudah, tetapi tidak semudah untuk mencapainya.

Bahagia yang di cari terletak di jiwa, bukannya bahagia sementara yang terletak pada kebendaan, kerana bahagia tersebut tidak kekal. Habis kebendaan nanti, bahagia pun hilang.

Berbalik kepada Avatar. Diri wanita dan lelaki ditonjolkan dengan sifat yang amat berbeza walaupun dari ketamadunan bangsa yang berlainan. Wanita digambarkan sebagai penentu keputusan. Tidak begitukah yang selalunya berlaku. Orang kata, kalau nak pikat hati mentua, jaga hati ibu mentua. Bapa mentua akan ikut sahaja. Hati juga yang memainkan peranan, iaitu jiwa seorang manusia. Jika serasi jiwanya, maka, mudahlah perhubungan kekeluargaan nanti. Namun, jangan sesekali menghilangkan kepercayaan kaum wanita, kerana mereka sangat keras hati pada ketika berlakunya hilang kepercayaan tersebut. Tetapi, langkau waktu, mereka tetap juga akan menerima orang kesayangan mereka.

Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah di tanya oleh para sahabat Baginda, siapakah yang perlu dihormati di dunia ini. Jawab baginda, IBU, dan jawapan tersebut diulang sebanyak tiga kali, sebelum baginda menyatakan, BAPA. Betapa wanita mempunyai kedudukan darjat kehormatan yang tinggi, sehingga Baginda bersabda sedemikian. Ironinya, Baginda juga bersabda bahawa ramainya penghuni neraka terdiri dari kaum perempuan. Maka, diri yang bagaimanakah yang dapat menggoncangkan dunia, sifat apakah yang membaluti susuk tubuh mereka, kekuatan apakah yang menghidupkan mereka?

Sesungguhnya, apabila seorang Adam telah mengenali dirinya, dan juga diri-diri yang berada disekelilingnya, maka dia akan bersatu dengan Penciptanya, yang sentiasa mengkehendakkan bahagia kepada ciptaanNya.

Aku hormat ahlul al-bab

Belum pernah terlintas difikiranku apabila seorang ketua negara Islam, si ahlul al-bab, dengan bangga dan megahnya, "menerima" pelawaan seorang ketua negara proksi Yakutz, si hitam, yang di lihat akan membawa perubahan dalam corak kepimpinan beliau kerana kulitnya hitam dan pernah menetap di Malindo, tetapi masih meneruskan agenda politik pro Yakutz mereka dengan cara berdiplomasi.

Hatta, disuruhnya si ahlul al-bab supaya syarikat minyak negara si ahlul al-bab menghentikan penjualan gas kepada negara seagama semenjak bulan lepas, demi memenuhi tuntutan si hitam yang mengikut telunjuk al-Yakutz yang amat takut kepada kebangkitan sebuah lagi negara Islam bertunjangkan kuasa nuklear.

Sudahlah berjuta-juta ringgit duit rakyat dilesapkan kepada pelobi unTA-PAco untuk mengatur pertemuan tersebut, apa yang kita dapat? Hanyalah peluang si ahlul al-bab tersengih di depan si hitam dengan mendapat liputan berita meluas sedunia betapa pentingnya si ahlul al-bab kepada pencorakan pemerintahan akan datang si hitam terhadap dasar-dasar kerajaannya kepada negara-negara Islam.

Enteng sekali membelanjakan OPM (other people's money) kerana tidak melibatkan hasil titik peluh ahlul al-bab sendiri. Kesana kemari, ada saja si kitol dan raja menda-liaq menjaga kepentingan beliau, dengan harapan mendapat sedikit habuan daripada OPM berkenaan.

Sampaikan, syarikat yang melobi untuk mendapatkan kontrak dari kerajaan si ahlul al-bab pun menegah mana-mana hamba atau pekerja di bawah syarikat berkenaan supaya tidak mencerca, malah sebolehnya, mengampu si ahlul al-bab dengan apa cara sekali pun, agar kontrak yang sedang dan akan diusahakan tidak terbatal.

Mudahnya kapitalis memerintah dunia nyata ini, segala-galanya berputar kepada nilaian kertas yang di panggil wang. Seolah-olah, kertas itulah tuhan kepada mereka, bilamana kertas itu tidak kecukupan, mengelupurlah nafsi ahlul al-bab kerana kekurangan materi terkini yang diingini insani.

Al Tan Huya dan Shah Ri Khan hanyalah barang mainan, bila puas, sepah di sepah-sepahkan bertaburan. Biarpun ianya menjadi rahsia umum, apa yang nak ditakutkan, unTA-PAco ada untuk menyelesaikan. Tuhan wang mereka boleh mengusaikan semua masalah.

Cuma ingatlah, bilamana semua, termasuk aku, berdiri di hadapan Allah s.w.t. yang mana janjiNya pasti, masing-masing jawablah sendiri.

Friday, April 9, 2010

Jawatan, UMNO-APCO

Aku pernah ditawarkan menjadi setiausaha untuk cawangan UMNO tempat ku, tapi aku menolak. Selepas itu, aku dilantik pula sebagai setiausaha AMK Langkawi, namun, hanya seketika, aku meletakkan jawatan, walau pun tidak di terima oleh ketua ku. Aku juga di lantik sebagai setiausaha taman perumahan ku. Sekali lagi aku meletakkan jawatan tersebut. Kemudian, aku di lantik pula sebagai pengerusi persatuan pelajar bagi kawasan ku, serta pengerusi kelab Rotari. Kedeua-duanya pun aku serahkan kembali jawatan tersebut.

Orang akan mengatakan aku tidak berani mengambil tanggung-jawab, tetapi padaku, aku tidak sanggup memikul amanah. Amanah yang akan dipersoalkan di kemudian hari. Sedangkan amanah sebagai ketua keluarga pun amat besar tanggung-jawabnya, inikan pula tanggung-jawab yang datang berserta jawatan-jawatan yang di sebut di atas. Maka, aku menjadi hairan apabila ada mereka-mereka yang sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.

Sepertimana yang bakal kita lihat tidak lama lagi dengan PRK Hulu Selangor. Masing-masing berebut-rebut hendakkan jawatan yang dinobatkan menerusi apa yang di panggil demokrasi. Bermacam-macam kata dan janji dihamburkan, tidak lagi mengira "rasuah" dalam bentuk projek-projek mi segera dan kain pelikat sehelai dua. Islam tidak mengajurkan pemilihan secara demikian, malah seorang ketua akan dicalonkan oleh sebuah badan yang di panggil syura, meneliti mereka yang ahli dan berketerampilan untuk mengetuai sesebuah negara, mahu pun kawasan. Ahli syura pula terdiri dari mereka yang arif mengenai hukum hakam dan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.

Sesungguhnya, apabila kita menyerahkan sesuatu jawatan itu bukan kepada ahlinya, maka, tunggulah saat kehancuran yang bakal mendatang. Lewat kini, jawatan nombor wahid di negara Malaysia kita telah terjerumus di dalam kancah UMNO-APCO. Maaf, aku tidak dapat lari dari menganalisa apa yang bergolak dalam tanah air kita, walau pun aku pernah menukilkan, zaman tersebut telah berlalu. Semenjak APCO dinobatkan sebagai penasihat dan perunding komunikasi Malaysia, kita disajikan dengan iklan menerusi peti kaca television, betapa 1Malaysia itu harus didokongi, dengan wadah yang menjurus kepada kemajmukan masyarakat. Sekali imbas, itu juga adalah ciri-ciri masyarakat Madinah di zaman Rasulullah.

Namun, yang mencuit hatiku, bila Facebook diiklankan secara percuma menerusi RTM menerusi segmen teknologi, betapa peri pentingnya perisian berkenaan. Padaku, ini adalah satu lagi alat yang akan mengumpulkan maklumat peribadi yang di beri secara percuma oleh pemilik akaunnya kepada Israel secara tidak langsung. Satu kebetulan atau perancangan yang tidak disedari oleh penggunanya. Tidak salah menggunakan perisian tersebut, tetapi berhati-hatilah dengan apa yang di tulis dan maklumat yang disebarkan. Kini, berjuta-juta manusia telah secara tidak sedar, memberi maklumat tersebut secara rela kepada pihak Israel.

Israel telah berjaya mentarbiahkan pemikiran begitu ramai pendokong demokrasi untuk mengikut telunjuk mereka secara halus. Maka, berhati-hatilah apabila kita menerima jawatan, kerana, terkadang, tanpa disedari, kita telah menjual amanah tersebut kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Wednesday, March 24, 2010

Berkelana Mencari Aku

Setelah sekian lama menyepikan diri, aku menyatakan kebesaran Ilahi, dalam berkelana mencari jati diri, bahawa aku perlu mengenal diri sendiri. Acapkali, kesilapan yang seing terjadi, banyak tertuding ke diriku sendiri. Namun dalam meniti hari yang kian senja, perlulah dikoreksi akan diriku ini, di samping melihat kepada dunia, apa yang boleh ku nikmati.

Dalam menikmati keindahan ciptaan Ilahi, seringkali pula, berlaku pertembungan akal pemikiran, yang padaku, semakin menongkah arus. Raja telah dibudakkan, Tuan telah dihambakan, Akal telah diakali. Semuanya terjadi dalam ruang litup pemikiran moden yang banyak menjurus kepada duniawi. Tanpa disedari, kehidupan kita yang pernah suatu ketika begitu harmoni, telah dicorakkan oleh cara kehidupan ciptaan manusia yang bernama Yahudi.

Samada di dalam kesedaran, atau kesamaran, kita telah banyak meninggalkan cara hidup yang dikehendaki Ilahi, dengan lebih banyak menjurus kepada kehidupan ciptaan Yahudi. Namun, pihak yang mencipta kehidupan tersebut pula, banyak mengamalkan cara kehidupan yang amat berbeza dengan apa yang mereka ciptakan. Sehingga, manusia akan berkata, golongan yang tidak mengikut arus kemodenan zaman di anggap kolot dan juga mundur ke belakang.

Benarkah begitu? Renungkan kembali, bilamana bumi bertuah, yang didiami bangsa Melayu ini, bertakhta di bawah pemerintahan Islam, bertunjangkan kesultanan Melayu selama 700 tahun, bermula dari kurun ke 800 masihi, telah menjadi pusat tumpuan segala bangsa yang ada di dunia ini. Tanah ini makmur dan aman, walau pun seketika, terdapat pertelingkahan di sana-sini. Biasalah adat dunia, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita manusia.

Aku merenung kembali, mengapa kita telah begitu terpesong jauh dari mengamalkan cara hidup Islam, yang mana, suatu ketika dahulu amat makmur di bumi bertuah ini. Apa yang telah mematikan kesinambungan cara hidup tersebut. Bangun pagi, adakah solat subuh yang diutamakan dulu, atau berkejaran meyiapkan diri untuk ke tempat kerja, sambil memastikan anak-anak juga ke sekolah. Itu lebih diutamakan, takut kalau-kalau terlambat, sang majikan akan menyinga, atau guru kelas memiat telinga.

Di kantor, segala tumpuan pemikiran, jarang terarah kepada makanan jiwa, tetapi lebih memenuhkan kehendak hawa nafsu. Siapa yang memakai fesyen terbaru. Telefon siapa yang lebih canggih. Bos mana hendak di ampu. Laporan apa yang hendak disiapkan. Komputer sedia menyala, samada meyiapkan kerja, atau berchatting sambil berfacebook, kegilaan terkini masa kini. Ciptaan siapa itu semua? Bukankah suatu ketika dahulu, ketuanan Melayu melalui kehidupan bermasyarakat yang sangat tinggi nilai sopan santunnya.

Muhammad Jiwa dari daerah Kedah suatu ketika dahulu merupakan pedagang yang memiliki beratus-ratus nakhoda yang mengemudikan lalauan perdagangan yang bukan calang-calang banyaknya. Mereka juga kaya raya, namun melalui kehidupan bermasyarakat, yang lebih mementingkan perhubungan sesama insan melebihi perhubungan individualistik masa kini yang banyak terarah kepada sebuah kaca yang memancarkan cahaya berupa gambar dan segala macam menerusi diodnya.

Anak-anak lebih banyak terperap di rumah, melayan segala macam peralatan seperti PSP, laptop, tv dan handphone. Budaya kuning pula begitu mudah meresap ke jiwa anak-anak ini, yang lebih banyak mendapat perhatian daripada peralatan yang disebutkan tadi. Ibubapa, sudah tentu sibuk di kantor kerana tuntutan kehidupan. Mereka berharap anak-anak dapat menjaga diri sendiri. Walau pun sesetengahnya berbibik, tapi, apalah sangat ilmu yang dapat diterapkan oleh hamba tersebut. Silap haribulan, penerapan cara percakapan yang diperolehi anak-anak!

Maka aku meyeru diriku dan rakan-rakan sekalian, agar dapat menyeimbangkan tuntutan dunia dan akhirat, kerana kita benar-benar telah berada di akhir zaman. Seorang sahabatku sering meyatakan, perang dunia ketiga akan berlaku, bilamana ramai umat Islam di bunuh dan di sembelih tanpa belas kasihan. Pada masa itu, semuanya telah rosak binasa. Padaku, perang itu telah pun berlalu dan sedang menuju pengakhiran. Tidakkah kita sedar, di era 90an, begitu ramai umat Islam yang telah di sembelih dan di bunuh di merata dunia seperti Chechnya, Darfur, Wilayah Yugoslavia, Afganistan, Iran, Iraq, Lubnan dan banyak lagi. Kebanyakan wilayah berkenaan adalah berpendudukan Islam.

Apa yang telah binasa? Apa lagi kalau bukan kehidupan Islam. Semuanya telah hancur lebur, dipalitkan dengan segala macam citra warna duniawi, hendonisma, anak luar nikah, arak, judi dan perempuan serta pornografi. Semua ini merosakkan dan membinasakan jiwa Islam, kerana, Ilahi menjemput jiwa-jiwa yang tenang ke dalam jannahNya, suatu kehidupan yang kekal abadi. Kehidupan yang sebenar-benarnya. Bukanlah jiwa yang caca-merba, yang sentiasa tidak puas dengan apa yang di beri. Dapat satu, hendak satu lagi. Tidak pernah cukup-cukup.

Siapa yang mencaca-merbakan jiwa-jiwa kita? Tidak lain dan tidak bukan adalah kehidupan ciptaan Yahudi. Maka, sahabat-sahabat ku sekalian, sekali lagi aku menyeru kepada diriku sendiri dan kalianan, carilah jiwa yang tenang. Caranya, pelajarilah daripada mereka yang mengetahui, atau bergurulah pada yang tahu. Coretan ku kali ini akan lebih meyusul kepada corak pemikiran sebegini, dengan pengharapan agar kita dapat melahirkan ramai jiwa-jiwa yang tenang. Periodku menyelusuri kealpaan ulil-amri telah pun ku lalui dalam penulisan yang lepas-lepas. Walau pun di waktu yang sama, aku menelusuri kejiwaan hakiki, baru kini aku terasa untuk mengajak diriku dan sahabat-sahabtku sekalian secara berjemaah. Insya Allah.