15 April 2020

KELAB AFYASSIN DITUBUHKANDENGAN PENERBITAN BUKU PATRIOTIK KEGIATAN UTAMA

MESYUARAT JK PERUNDING PENERBITAN KELAB AFYASSIN

Kira-kira Dua bulan lalu sekitar akhir Februari 2020 kelab A.F.Yassin ditubuhkan atas ilham dua pesara, Hj. Makmor Mohd. Yasin dan Drs. Hj. Ahmad Fadzil Yassin. Ahmad Fadzil dicadangkan Hj. Makmor menjadi Pengerusi Sementara manakala Ahmad Fadzil mencadangkan Hj. Makmor sebagai Timbalan Pengerusi. Mereka sepakat membentuk Jawatan Kuasa sementara 10 orang yang terdiri daripada tokoh pelbagai golongan dan latar belakang. 

Tujuan Jawatan Kuasa ini adalah untuk mengadakan kegiatan penerbitan buku bertemakan patriotik seperti yang diusulkan Hj. Makmor, pesara PDRM. Selang tak lama selepas itu pertemuan diadakan dua kali , iaitu di rumah Pengerusi Sementara di Bandar Tasik Puteri Rawang dan sekali lagi di Rumah Gapena, Kuala Lumpur. Dalam pertemuan di Rumah Gapena dirasmikanlah pembentukan Jawatan Kuasa Kelab A.F.Yassin seperti berikut: 

Pengerusi : Drs. Hj. Ahmad Fadzil Yassin. 
Timbalan Pengerusi : Hj. Makmor Mohd. Yasin. Setisusaha : Rosman Mohd Shah. 
Bendahari : Dr. Yakcop Hj. Jantan. 
Ahli-ahli JK : 
Hj. Zainul Ariffin Abu Bakar 
Mohd. Salleh Johari Abd. 
Razak Abu Bakar Amiruddin Ali Hanapiah 
Hj. Mohd Sabri Ibrahim 
Hj. Kamaluddin Mat Lela.

Cadangan untuk menerbitan buku berdasarkan patriotik telah diluluskan dan proses pengumpulan bahan dalam bentuk esei, puisi dan lain-lain genre diusahakan. Kini kira-kira 130 bahan telah terkumpul dan hanya menunggu proses penilaian dan pemilihan. 

Yang menjadi masalah ialah pengumpulan dana untuk bajet penerbitan. Usaha ini akan ditingkatkan dalam mesyuarat-mesyuarat akan datang. Kelab bercadang untuk menerbitkan buku ini sebelum tahun 2020 berakhir.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).