Friday, September 30, 2011

weirdo

aku baru sahaja mendelete the whole post yang aku taip dalam masa 20 minit kerana aku berasa serba tak kena.

I am one weirdo.no joke.

bila kuliah tidak menghiburkan hati pelajar kinaesthetic/visual seperti aku.


Wednesday, September 28, 2011

kebenaran yang sungguh epik

#the epic truth of pretty much everything

aku menerawang [?]/merewang[?] di halaman Facebook yang semakin hari semakin mengelirukan users macam aku.oh.

oh ya, kami [merujuk kepada saya dan kawan-kawan satu program] sudah mengetahui departure date untuk pulang ke Malaysia for good.[yay!].seronok, but in some way...nervous.tanpa sebarang sebab yang spefisik.ops.spesifik.oh.

Gym tempat aku & Fareha berdaftar [don't freaking shout at us and saying WOW uols pergi gym!$15 for 3 weeks siapa taknak bakar lemak secara murah tapi efisyen?] membuat perihal tak baik dengan menghantar borang direct debit ke rumah.mungkin mereka fikir kami serius untuk weight loss plan yang dicadangkan.padahal kitorang just jawab soalan dia je pasal motif pergi gym.oh.

and lastly, paling epik dalam dunia epik...

dijumpai di Facebook.serius epik.especially untuk kategori pelajar macam aku.

HAHAHA.

p/s: tetiba berasa sayu sebab dah nak balik.sobs.

Wordless Wednesday : reward diri sendiri

kepada sesiapa yang berpuasa, maaf ya.


aik.kenapa aku pulak yang rasa lapar?fine.

p/s: challo bete pergi kelas.

Monday, September 26, 2011

mencelah dari kesibukan

sementara tunggu foto-foto diproses, aku mencelah tulis blog sekejap.hampir seminggu ia terbengkalai, kasihan.

kesibukan melanda aku minggu lalu.minggu ini aku dilanda 'after shock' pula.begitu dramatik.

jadual aku minggu lalu:

Isnin : submit karangan 2000 perkataan.gila kentang.

Selasa : berehat sebentar bersama KitKat atau apa-apa saja snek kegemaran.memulakan karangan 1500 perkataan yang perlu disubmit pada hari Jumaat.[last minute punya pekerjaan.biasalah, kata student HAHA.]

Rabu : bekerja keras menyiapkan karangan 1500 perkataan.namun gagal kerana terlalu asyik menservis kamera untuk event keesokan harinya.

Khamis : Graduation Photoshoot + Rugby World Cup (South Africa VS Namibia) di North Harbour Stadium, conteng-conteng muka dan menggila [?].

Jumaat : menelaah nota kerana ada ujian bertulis pukul 2PM [tampak jelas aku tak ada catat sebarang aktiviti tentang study sempena test.bermaksud, pagi Jumaat aku baru buka nota.GILA.].dan submit karangan 1500 perkataan yang aku berjaya tamatkan pada jam 10.30 pagi itu.

Sabtu : bangun awal pagi untuk Outdoor Photoshoot yang tamat pada jam 1PM, Open-house di Anzac Avenue.malam itu pergi Queens Wharf untuk menonton perlawanan RWC All Blacks VS France dekat skrin besar dan menggila *again*.

Ahad : humban diri atas katil [Fareha, 2011]

dari semalam sampai hari ini, aku duduk edit gambar yang melebihi seribu keping.phewww.dah macam mayat hidup.kerjanya duduk depan laptop, dengar lagu, hadap editor, bila lapar ambil makanan, bangun sekejap stretching lepas tu hadap editor semula.

kitaran hidup seorang izzati yang tak begitu sihat.jangan tiru di rumah.

dah.penat pulak rasa bila dah lama tak menulis ni.nak buat vlog lah pulak.boleh tak?HAHAHAHA.bila dalam video aku jadi poyo ok, so jangan mengharap mimpi yang tak sudah.

masuk stadium RWC once in a lifetime kan, so haruslah berbondong gambar.HAHA.


oh btw, kitorang support Springboks <3

oppa~!*tetiba gedik*

tudung selekeh gila gara-gara sibuk nyonteng muka


ni pulak masa kitorang pergi Queens Wharf haritu, tengok match All Blacks VS France dekat skrin besar.nak pergi stadium takdok pitih hoh.for these photos, credits to Fareha.

oh tak nampak sangat contengan dekat muka aku kan

ja-jang!

sekian,
Peminat Setia All Blacks yang mengharapkan All Blacks ke final RWC tahun ini :)

p/s: bangun stretching sekejap ah.

Wednesday, September 21, 2011

sibuk.sangat

sibuk.longlai.berasa lemah satu badan.

manakan nak kejar karangan 2000 patah perkataan disana, 1500 perkataan disini, fotografi hari graduasi sana, perlawanan ragbi sini, ujian sana, perlu kritik karangan orang disini.ditiup angin kencang sana, dilanda wabak selsema disini.waduh waduh.

blog sudah bagaikan kapal karam yang terbengkalai.

Duhai minggu yang sungguh sibuk, cepat-cepatlah berlalu.aku berasa seperti memengsankan diri sendiri sekarang ini.

berusaha, Izzati!

sekian.

sang penulis (in my decent look KONONNYA) dengan gaya paling pelik dalam dunia iaitu menampal sticker All Blacks di dahi sendiri.W.E.I.R.D.O.tapi aku berasa unique.kenapa?entah.dek kerna berasa unik, sebab itu aku bikin ini profile picture dekat Facebook.HAHA.

oh

Facebook tukar layout lagi.tak suka.

Sunday, September 18, 2011

RWC 2011 : people with different English accents

sekarang, banyakkkkkkkkkkkkkkk sangat manusia dekat Auckland [juga serata New Zealand,yes?].yang kulit putih mata biru rambut blonde/brunette.wah sama je semua?macam mana nak tahu dia orang negara mana?

listen to their accents, ladies.

sebab belajar sini, dan berkomunikasi dengan orang sini, aku [dan rakan-rakan juga] terbiasa dengan NZ accent yang berbunyi sedikit aneh sekiranya kamu baru sahaja tiba disini.orang kita [Malaysia] lebih terbiasa dengan British/American accent, itu sebab NZ accent akan kelihatan sedikit aneh.

namun, NZ accent ialah cool seperti accent lain.dan aku suka.especially kalau budak-budak yang cakap.101% comelness.

semalam, Ireland VS Australia.ramai sungguh Irish people on the street.101% comelness *lagi*.

nak extra comelness?tonton video ini.


British guy with British accent.TOTAL cuteness.
I envy people who speak in British accent, e.g. English people.and non-native speaker who can speak in British accent well dan tak over.sebab native speaker tak over, so kenapa kita nak over?cenggituh kan.

Saturday, September 17, 2011

RWC 2011 : One lucky day :D

hari ini dan besok sudah ditakdirkan lucky, kerana masih punya jemputan open-house.Alhamdulillah.terima kasih rakan-rakan :').

hari ini, ditakdirkan aku dengan Aten menjadi salah seorang [ke salah dua orang?] daripada manusia-manusia lucky dalam dunia ragbi [?].eh taklah mana ada main ragbi HAHA.

pulang dari open-house di banglo mewah, menyinggah di Countdown [supermarket], merandom tengok majalah Sonny Bill Williams [auwwww], dan berjalan ke Britomart dengan niat nak terus menuju ke Warehouse sebab nak tengok baju-baju bayi [eh?] sebab ada orang nak kirim.kehkeh.

dalam perjalanan, kami ternampak ini.


eh kenapa ramai orang beratur semata-mata nak tekan butang besar di lori itu?

lalu kami beratur.random.just follow the crowd bak kata orang putih.


eh eh ada orang tangkap gambar!masuk tv ke nanti ni?

semakin hampir kami ke lori merah bersaiz mega itu, semakin jelas tujuan manusia semua beratur untuk tekan butang di lori.push the button and you'll get one mystery prize.

OMG.are you crazayy?

this is REAL, woman.

paling menggilakan [?], seorang wanita berhasil mendapatkan sebuah basikal [like seriously semua orang menjerit masa tu lepas tu ada makcik datang pegang bahu Aten random 'oh my goodness this is getting awesome'.],seorang pakcik berhasil mendapatkan jersi All Blacks [OMG gila sekejap aku jadinya].kesemua hadiah misteri ialah berkisarkan RWC 2011 [semua hadiah Original & Official].how awesome is that?

100% awesomeness.

tekalah kitorang dapat apa...

jeng jeng jeng...


aku dapat sebijik bola ragbi RWC 2011, Aten dapat beanie RWC 2011 South Africa [tahu pulak dia kitorang nak tengok match South Africa khamis depan teeeheeee~]

AWESOME.

kalau aku dapat jersi All Blacks tuh, memang malam ni aku tidur pakai jersi tu lah kotnya HAHAHAHA.


Thank You Coca Cola New Zealand :')

pergi Warehouse, aku berhasil mendapatkan satu T-shirt.'mendapatkan' dengan cara membayar menggunakan wang ya.

oh yeahhh nak pakai baju ni pergi match Khamis depan wheeeeeee~


satu FREE satu BELI.sweet as~

Friday, September 16, 2011

RWC 2011 : jawapan teka teki

berkesinambungan dari sini

sorong papan tarik papan,
nah ni dia jawapan.

kekeke hebat jugak aku pantun pantun nih.

VS



Namibia VS Springboks [South Africa]


North Harbour Stadium


22th September 2011 [8.00 PM]


p/s: kena beli face paint nih.cat muka weeeheeeee.makang budok![tetiba]

frust tak dapat tengok All Blacks main.sobs.harga tiket terlalu melampaui batas kemampuan.

Wednesday, September 14, 2011

of Walimatul Urus

03 September 2011 [perasankah tarikh penceritaan aku ni semakin mengundur?YA memang mengundur.hal ini sudah berlalu, namun aku berasa hendak mencatat dalam blog sebagai kenangan manis kau dan aku.ecewahhhhhh.]

aku, sudah bertahun lama [macam lama sangat padahal dua tahun je pun] tak pergi kenduri kahwin.sepupu kahwin, aku tak balik.pakcik kahwin, aku tak balik.raya?tak balik jugak.

aku pernah dengar orang tua cakap, kalau kita malas pergi kenduri kahwin orang...nanti masa kenduri kita pun orang malas nak datang.

takotnyaaaaaaaa.

nak percaya ke taknak percaya ke, suka hati.aku tak cakap aku percaya, dan aku tak cakap aku tak percaya.HAHAHA.

jodoh pertemuan di tangan Allah [tetiba]

namun, tarikh 3 September 2011 mengubah segalanya.OMG someone is getting married!disini, Auckland!

EXCITED?sudah tentu.haruslah.dan memang.orang lain nak kahwin, tapi orang lain yang seronok.HAHA.

every single thing was done D.I.Y [Do It Yourself].suka!

and the ceremony was simple but memorable.suka jugak!

juga, memberi kesempatan aku mengasah bakat dalam wedding's photography.oh tapi TAPI tapi, aku bukan official photographer ya.sekadar memegang kamera, dan tangkap gambar secara random yang sememangnya hobi aku merandom HAHA.








tempahan perkahwinan 2012 dibuka sekarang : izzatinur33@yahoo.com
[sempat kan kau promote]

p/s: aku bila pulak?jeng jeng jeng HAHAHAHA auwww blushing

senget apa nak blushing tak tentu pasal.

HAHA.

RWC 2011 : got our tickets yay!


OMG SO EXCITED!ding!ding!*joget*


teka teki teka tekuk, teka game negara mana yang bakal diketuk dan ditepuk.

Yang seronok tak terhingga,

Peminat teka teki terkemuka dunia


p/s: kena cari face paint, cari bendera siap-siap.whoooooooooo!*melompat*


jika berhasil mendapatkan tiket untuk perlawanan All Blacks, nescaya blog ini aku letupkan HAHAHAHA.[the tickets above are not for All Blacks match.too bad tak tanya pakcik tu semalam.namun, ianya tetap keriangan yang tak terhingga kerana bukan calang-calang negara yang main].


nak tahu tiket atas ni untuk match RWC negara mana?


ha jawab teka teki dulu.ewah.


nantikan episod seterusnya :D

Tuesday, September 13, 2011

of my last day at school

9th September 2011

aku beritahu di sini, the last day is gonna be hard for me.YES.tambahan pula *eceh*, hari terakhir di sekolah bersamaan dengan hari perasmian RWC, yang menyebabkan kami tidak boleh membuang masa di sekolah kerana perlu cabut lari pulang ke city.kalau tidak, akan stuck disitu like forever kerana manusia berpusu-pusu ke city untuk opening ceremony.

stuckkah aku?tidak.Alhamdulillah pakcik bas baik hati berhenti di bus stop tempat aku menunggu.namun Nisya hampa.pakcik bas tidak berhenti di bus stop tempat beliau menunggu kerana bas sudah over capacity.

hari terakhir, aku & Azmi bergandingan dalam rancangan masak-memasak.ewah.HAHA.actually bebudak 5 tahun ni, hari Jumaat ada kelas developmental.masa ni lah diorang belajar memasak, menjahit, menampal serta aktiviti-aktiviti kreatif yang lain.jadi, kitorang request dekat cikgu nak buat Malaysian cooking.bunyi macam gempak kan.at the end of the day, nah kuih raya!HAHAHA.itu pun resepi yang paling mudah sekali, resepi rahsia cik puan emak khas dari Pahang.gitewww.

tapi tak sempat nak buat dengan semua orang.nak ajar budak 5 tahun memasak, bukan senang woi.cikgu dia cakap, don't help them.let them do it by themselves.sebab bebudak sini belajar melalui discovery & experience.serius bagus punya pendekatan.

anak, bersilatlah engkau dengan tepung gula sekalian!

hamek.aku dah tak reti nak berhenti menaip HAHA.supaya aku tak merepek dengan lebih hebat, jom tengok wajah kesayangan hamba :)

sekolah yang aku pergi ni serius coolio.ada kelab cartooning.ni aku bersama bakal kartunis terkemuka dunia.you know what, dia bagi aku satu copy front page komik dia.OMG you are such a sweetie!kecik-kecik muka dah hensem kan.

kelas masak-memasak bersama Chef Azmi & Chef Izzati dari Malaysia.untuk bebudak 5 tahun ni, tak boleh biar ramai-ramai masuk dapur.kalau biar, habislah aku kena bukak langkah silat.[konon padahal bukan tahu silat pun KAHKAH].enam orang ni pun dah sampai mengesat peluh di dahi cikgu.

kelas pakai tudung.eh?

feeling feeling Australia.padahal duduk New Zealand.

my honey bunny sugarplums, I LOVE YOU all.[masa ni semua feeling All Blacks.5 tahun pun semangat hohhh.budak yang suruh tutup lampu supaya aku dapat makan cupcakes tu pakai topi sambil pegang bola ragbi.jumpa?teeheee~]

letters [the kids wrote them] and Chocolate for me :')

some of their letters to me.like so comel kan bebudak ni.OMG bawak balik Malaysia kang.

[nama kanak-kanak dicensored atas sebab privasi]


Monday, September 12, 2011

RWC 2011 : The Opening Ceremony [photos]

Assalamualaikum & Hello :)

aku berasa tak sempat nak bercerita macam-macam.i mean like the end of practicum, RWC dan open-house.OMG I'm going crazayyy.aku sepatutnya berbuat sedemikian supaya 5 tahun lagi jika aku buka blog ni, masih ada memori manis untuk diingatkan :')

masa last day dekat sekolah, budak-budak take turn bagi ucapan dekat aku.OMG sebak dalam hati Allah je tahu.mostly semua cakap, please dream of us.please don't forget us.we hope you can stay.please don't go back to Malaysia.HAHAHA balik sekejap lepas tu datang sini balik ok tak?

biasanya hari isnin mesti aku sedang bergegar gempita dengan diorang.tapi hari ni, menangisi hari-hari mendatang sebab cuti dah habis -.-

ok dahlah.mohle kite nengok gambor RWC masa opening haritu ye?



masa ni OMG ramai gila orang.tetiba je aku rasa nak buat magik.pejam mata dan berdoa oh tolonglah bila aku bukak mata aku tidak berada di sini plink plink!tetapi aku masih disitu.

abang sungguh stylo.kalaulah saya dapat minta seseorang mendokong saya seperti mana yang berlaku kepada abang.nescaya orang itu akan menyembah bumi HAHAHA.

shooooohhhh apa yang hang pa suma buat atas bumbung nei


mula-mula datang segerombolan.at the end of the day, tinggal dua orang je.HAHA.yang lain semua terpisah masa tengah bersempit-sempit celah-celah manusia.pengalaman berenang di dalam lautan manusia.eceh.

muka give up.penat ok.credits to Fareha for this photo.

next, fireworks.




p/s: sudah terniat dalam hati untuk beli tiket perlawanan RWC 2011.negara mana main?IDK.but we will.OMG seronotttttt.


Saturday, September 10, 2011

RWC 2011 : The Opening Ceremony


The biggest fireworks ever, really.

dapat tengok depan mata sendiri.sungguh awesome.cuma macam biasalah, malam tadi manusia jadi gila.i mean, over crazayyy.semua perangai nak menjerit tak tentu hala memanjat bumbung.kesian polis kena panjat sekali semata-mata nak suruh diorang turun dari bumbung.OMG policemen you are so handsome.tetiba.

aku syak, memang opening world cup akan menjadi chaos dan epik sebegini.tambahan pula, All Blacks merangkul kemenangan semalam melawan Tonga.wooooooooooooooooooooohhh~

ok.aku pulak jadi gila.HAHAHA.

semalam tengok opening ceremony dengan match All Blacks vs Tonga dekat TV.fireworks dapat tengok live.credits to The Docks yang punyai balkoni awesome menghadap waterfront.me loikey~aku sampai tak sedar dah beratus gambar fireworks aku snap.HAHAHA over.

gambar nantilah ok.aku sibuk sikit hari ni.open-house.teeeeheeee~


Thursday, September 8, 2011

It's gonna be hard

tomorrow, it's gonna be hard for us as Queen Street's citizen [HAHA] because almost 100 000 people [this is what I heard] will rush in and out for the RWC Opening Ceremony at Auckland Downtown.phewww~we need to go down there a.s.a.p to get the best position for the fireworks.oooo yeahhhhh.

so that is the good news : RWC 2011 will be officially started by tomorrow starting with...

New Zealand VS Tonga

tomorrow, it's gonna be hard for me as a student teacher [although it's just for 2 weeks].because I've started to love the kids.when the teacher said that tomorrow will be my last day at the school, all the kids went 'oohhhhhhhhhh.don't leave.don't you ever ever ever leave.'

how I should react to that?pusing belakang dan kesat airmata?

NO.

senyum, namun menangis dalam hati.[ayat novel bukan main]

so this one is not-so-good news : leaving the school.

but both news [The RWC + The Leaving] will make my day a bit dramatic, i think.

Farewell Gifts for my little sweethearts

dan hadiah bonus...

hamek Willy WOnka sekali muncul.jangan mimpi buruk ok.HAHAHA.

Wednesday, September 7, 2011

My Raya 2011

enough dengan keseronokan menjelang The Opening Ceremony for RWC 2011 *OMG it will be the day after tomorrow I'm going crazayyyyy*.ok gila.cukuplah.

lets turn our mood to Raya thingy okay?oh ya, if you want *IF* to read my last year version of Aidilfitri di Perantauan, you can click here.

korang veraya lagi ke?banyak dapat duit raya?kuih raya banyak lagi?baju raya dah habis pakai?tampar kang banyak tanya sangat.biasa dia ni.

for this year, rasanya macam tak nak bercerita panjang lebar kerana boleh membawa akibat buruk.iaitu aku bakal tidur lewat --> bakal menyebabkan aku berasa kurang semangat juang nak pergi sekolah menghadap kanak-kanak besok.

untuk orang yang tidak tahu, tahun ini aku beraya di sekolah kerana kami sedang mengalami praktikum.[aku tahu ada yang tak kena dengan ayat ni].

dalam bahasa senang, kasihan.dalam bahasa complicated, wah 'best'![makan dalam grrr].namun, Alhamdulillah Allah memudahkan urusan hambaNya ini.praktikum sungguh mengujakan, kanak-kanak sungguh menceriakan omaigodtheyaresoadorableiamgonnadie!

kitorang raya lewat sehari, bermaksud extra Ramadhan for us.1 Syawal was on Wednesday [31st August 2011] which means kitorang sempat puasa 2 hari dekat sekolah.ianya ialah suatu hal yang paling rumit apabila anda terpaksa menerangkan kepada kanak-kanak 5 tahun tentang kenapa semalam tak boleh makan tapi hari ni tetiba hamek kau bekal nasi himpit dengan kuah kacang paling sedap dalam dunia.

ayat paling mudah ialah, it is the end of Ramadhan.ingat lagi entri ini yang aku cerita pasal si anak murid bertuah yang mintak cikgu dia tutup lampu supaya kelas gelap agar aku boleh join sekaki makan cupcakes?HAHAHA memang boleh catat dalam buku my sweet memories.

enough about the school and kiddies, kerana aku sedang asyik dengan mereka buat masa ini.bercerita tentang hal keasyikan ialah bahaya kerana sukar berhenti kerana asyik bercerita.see ayat ni pun aku susah nak habiskan -.-

My Raya = sekolah + anak murid menelek baju raya blink blink + open-house kawan-kawan + makan tanpa henti secara meriah dan mega + ziarah menziarahi secara bundle + buat kuih raya + bakal mengadakan open-house buat julung-julung kali.

bakal bermaksud belum dilakukan, dan akan dilakukan.sebab itu aku fikir mungkin aku patut postpone entri raya.namun disebabkan permintaan ramai, nah entri raya sebijik :P

so minggu ni macam hectic bombastic crazayy sebabnya sibuk praktikum, lepas tu nak buat nasi himpit kuah kacang lagi, nak pergi opening ceremony RWC lagi *nak jugak kan HAHAHA*.

weekend lepas tak cukup rehat, sungguh.aku berasa sibuk benar kalah ahli politik.open-house sana sini.tak terkejar kaki dan tangan, tak dilupakan...perut.benar kata orang, hari raya jagalah perut anda.jangan hentam keromo makan apa saja, bimbang nanti cibit.[sila rujuk kamus apa maksud cibit jika tak tahu].

disebabkan aku tak mahu buang masa attach satu demi satu gambar, terimalah ini.


p/s: besok aku bakal bawa tudung & selendang ke sekolah.bersedialah anak-anak muridku sekalian!HAHAHA~


Monday, September 5, 2011

RWC 2011 : The Welcoming Ceremony

don't expect me to tell about Raya yet, or practicum.kerana sambutan belum habis.

jika ada di antara anda yang wonder apakah RWC 2011 dalam tajuk entri ini, ianya adalah merujuk kepada Rugby World CUp 2011.

sekian lama membuat countdown, pejam celik lebih kurang 3 hari dari sekarang Kejohanan Dunia ini bakal bermula.aku nervous mengalahkan pemain.memang over punya perangai.

warga asing sudah semakin memenuhi segenap pelusuk New Zealand, i think.kerana kelihatannya Auckland semakin penuh dengan umat manusia.banner RWC memenuhi keseluruhan city.aku teruja.bendera All Blacks sana sini.phewww akak nervous *lagi*.

kelmarin, ada Welcoming Ceremony untuk team yang akan bertanding untuk RWC 2011.satu hari satu negara.macam biasa, Welcoming Ceremony ialah bertemakan budaya masyarakat Maori *natives New Zealand* berserta persembahan Haka yang mengerikan tapi mengasyikkan.

Haka?what is Haka?

tonton sekarang.


nak dikatakan jodoh *ekhemmm*, masa kitorang lalu tepi Aotea Square kelmarin, terdapat satu Welcoming Ceremony sedang berlangsung.

it's ALL BLACKS!

teruja.excited gila.tapi sebab pakai baju kurung, pastikan engkau sopan, gadis.HAHAHA.

baru tengok bas, dah menjerit.belum orang dalam bas keluar lagi.

All Blacks players on the stage

semalam, kami membawa kaki melangkah ke Wynyard Quarter & Queens Wharf.tempat bakal berlangsung The Opening Ceremony for RWC 2011 Jumaat ini, 09th September 2011.bersamaan, hari terakhir praktikum.bermaksud, balik sekolah...harus lari laju-laju ke Queens Wharf untuk cop tempat.kalau tidak, hanyutlah anda di dalam lautan 100 000 manusia.

Puan Guru Besar bilang there will be the biggest fireworks ever in New Zealand and The Largest Haka ever by 100 Maori Warriors.memang bikin bulu roma gua meremang.


Bola Ragbi Gergasi

walaupun aku tak dapat tengok match dekat stadium *frust*, aku akan cuba update sebanyak mungkin pasal RWC 2011,insyaAllah.

aku rasa satu New Zealand tengah seronok sekarang ni.

sokong All Blacks weh! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...