Tuesday, August 31, 2010

Malaysia & Azman:)

Salam Ramadhan & Salam Merdeka.tetiba rasa rindu dekat sekolah.ehhhh tetiba kau izzati.apa kaitan sekolah dengan merdeka?ehem ehem.seingat saya, kalau hari merdeka dekat sekolah dulu mesti ada countdown malam merdeka. 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 merdeka!oh iya? lebih kurang macam itulah.besoknya kan cuti.cikgu-cikgu sejarah akan 'memaksa' kami-kami ke dewan menonton filem patriotik.bila cuti pelajar mahu tidur, cikgu.tapi hari merdeka, jiwa mesti merdeka.itu cikgu sejarah cakap.dipaksa itu istilah awal-awal masa belum start filem lagi.sejurus filem bermula, adegan airmata memang tak henti sampai filem habis.sejurus filem habis.tisu tisu tisu.masa itulah cari tisu.masa sedang menonton tak risau tisu dok ceruk mana.hahaha.

itu cerita zaman sekolah.dipendekkan cerita...
Happy Birthday Malaysia.i miss you.semoga negara kita akan selalu aman dan harmoni sepanjang zaman.semoga negara kita akan dijauhkan dari malapetaka dan bahaya.semoga keadaan negara kita akan kembali normal.semoga rakyat kita akan jadi normal seperti dahulu kala.kerana zaman sekarang ini sudah banyak abnormal dan cacat cela sana sini.orang tak habis habis buang bayi.tak faham.orang tak habis habis bunuh tetak orang sana sini.orang tak habis habis culik budak.orang tak habis habis buat benda-macam-tak-ada-otak.i mean...kalau pakai otak tak boleh ke?orang utara cakap akai ada ka?saya tak faham.macam-macam video dah ada dekat fb itu.macam-macam.kadang-kadang rasa penat tau.sekejap video ni sekejap video ni.oh Allah,lindungilah kami~

siapalah Azman dekat tajuk entri izzati tuh.oh?siapa dia ini?ini ialah rakan seperjuangan saya disini.ini Azmanuddin.tak pasal pasal tetiba melekat gambar dia dekat sini apahal.oooooh hello sabar sabar.Happy Birthday Angah.[kami ramai-ramai panggil beliau 'Angah']YES birthday dia sama dengan birthday Malaysia.menarik bukan?alahhh kalau nak cakap lahir sama dengan hari merdeka ramai lagi kot masuk paper. shut up.tahu email beliau apa?anakmerdeka_89@yahoo.com.sori angah ter'promote' dekat sini.hehe.jangan siapa berani hantar spam dekat beliau.kalau ada saya saman.ada siapa lagi emel dia beralamat anakmerdeka?saya rasa tak ramai mungkin.kalau ada anda di luar sana, tahniah saya ucapkan:)

matahari di NZ semakin memanas.tangan ni makin menggigil nak pergi shooting.oh oh dan oh.mid-sem holiday adalah sangat bahagia.bahagia sebab dapat bangun lambat.itu satu.dan bahagia lain-lain ialah kita cerita lain kali.haha.

selamat jalan romeo.tetibaaaaa~

Monday, August 30, 2010

hujung minggu

Salam hari Isnin.Salam Ramadhan ke-19 di NZ dan ke-20 di Msia.

ini cerita hari semalam.
bila sudah menetap disini.eceh menetap?haha.hujung-hujung minggu adalah masa untuk kami bertukar profession menjadi emak-emak mencari groceries di supermarket.macam biasalah yang biasa baca blog saya ini, Foodtown-Countdown itu sudah biasa dengar.itu adalah tempat kami bermain.eceh bermain kau kata?bukan.itu tempat kami menghabiskan duit shopping groceries.kakaka~

anak gadis seusia kami mungkin ada yang belum pening kepala memikirkan hal groceries.mungkin juga yang dah ada sampai histeria memikirkan hal groceries.histeria?hish melampau.semua masih sibuk shopping-baju-sampai-tak-cukup-duit.yang itu kami masih sama.hahaha.yang lain sikit ialah, eh barang masak cukup tak?ada nak kena beli ke?nak pergi mana?jom pergi ramai-ramai. hah kau lepas itu satu troli penuh.satu kaunter banjir dengan barang kitorang aje.haha.

tapi semalam ialah hari lain dari yang lain.tiada Foodtown mahupun Countdown di hati.semalam bertukar arah ke New World.idea asal dari Timai yang menjumpa pamphlet New World sewaktu terawih.weh murah weh!ada SALE. LIHAT.itulah beza kami dengan anak gadis biasa.kini kami sangat mendambakan SALE di supermarket sama seperti mendambakan SALE di Cotton On.hahaha.dan iya memang murah sampai nak gila.terutama untuk peminat-makanan-sihat iaitu Fareha.memang heaven beliau semalam.

untuk peminat-makanan-kurang-sihat iaitu izzati, marshmallow sangat bagus untuk kesihatan.tetibaaaaa.bukan bukan.marshmallow ini menarik hati tapi mahal sangat.$4.50 sebungkus marshmallow gemuk-gemuk ini.mahal??masa tak ada duit memanglah mahal.nanti dah ada duit, barang $10 pun kau rembat je bila dah suka.haha.at the end, saya ambil juga sebungkus.tapi bukan yang itu.yang sebelah dia.kecil sedikit dan lebih comel sebab bentuk love love.ah kau jiwang.hey takkan semua yang love love itu jiwang kot?motif lain beli marshmallow bentuk love itu ialah untuk fotografi.oh macam-macam pengorbanan demi fotografi.kannnn~

siapalah tak jatuh hati dengan aiskrim super-comel macam ini.super-murah pula itu.dua tiga bulan ni tiap kali pergi shopping groceries memang tak lepas kalimah 'astaghfirullahalazim' dari bibir.rambang mata it is.tengok barang-barang memasak dan memakan rasa macam tengok baju-baju cantik bergantungan.haha.

namun, walau se'best' mana pun makanan itu.kami masih menjaga halal haramnya.insyaAllah.
tetiba tukar jadi tazkirah pulak.sambung sambung.oh ya semalam dah beli tepung,mentega segala untuk projek kuih raya.eceh eceh eceh.tapi adik aku pulak tak bagi lagi resepi kuih dari emak.sabarlah hati~

oh ini?cuba klik tengok apa jadi.ewah ewah pandai kau pancing orang ye izzati?haha.gambar masih belum cukup banyak.sekarang baru ada design sempena hari raya, dan quotes of life.yang lain-lain sudah ada tapi belum diupload.ecewah.sekarang izzati ialah super-busy.gituhhhh~

adios!rajin-rajinlah jenguk sana ye:)

Friday, August 27, 2010

tsk~

awas.ini entri nangis-nangis.

saya dapat parcel.benar jangkaan tentang notes di dalam kotak pos itu.pulang dari kelas, ada 3 notes.bermaksud 3 parcel.2 parcel mengandungi maxi dress.tapi bukan mahu cerita tentang itu.kegembiraan sebenar adalah apabila melihat parcel dari emak di Malaysia.berbunga-bunga hati dapat parcel raya.

macam biasa.MAF memang tak pernah puas merampas barangan yang emak pos.dulu sup bunjut, kini serunding.tsk~emak kirim kerepek bawang kegemaran anak.emak kirim keropok ikan igauan anak.anak sebak dalam gembira=').

tetiba terjumpa sampul surat putih celah-celah keropok. apa ini? tengok nama. oh ini untuk saya.terus membuka tanpa getar.hati gembira bukan kepalang.dalam parcel ada makanan dan ada surat dalam sampul putih.duit raya kah?surat cinta kah?tapi semua itu tidak tepat.

tak tahu masa ni rasa sedih ke gembira.speechless.saya tahu ini kad raya yang bunyi bunyi itu.sebab bahagian tengah dia tebal.saya sentuh.saya pegang.tapi tak berani buka.

at last, saya buka juga setelah cuba bertenang.dengar sahaja bunyi lagu raya dari kad itu, terus airmata bertukar menjadi air terjun yang mengalir deras dari ketinggian 100meter.tiada istilah airmata bergenang.ini terus mengalir deras sederas sungai pahang.TIPU.sungai pahang depan rumah itu tidak deras kecuali sewaktu banjir.oh keluar topik.sekarang bukan topik banjir.sambung cerita.itu automatik.belum baca lagi.kalah tengok cerita hindustan saat hero berjuang melawan orang jahat-heroin nangis sambil tengok hero berdarah-darah.itu pun perlu masa untuk feeling feeling.ini lebih hebat.buka kad-bunyi lagu-menangis tanpa henti.tetiba malu sendiri sebab menangis sampai merah-merah mata.belum baca lagi.bila dah rasa tenang, rasa kuat baru berani-berani baca sambil tersedu-sedan.tsk~

*content kad raya adalah rahsia*

Salam sayang & rindu dari mak, abah dan adik-adik...=')

ini baju kurung untuk raya tahun ini.mesti emak jahit dengan penuh kasih sayang.terima kasih emak.sayang emak, abah, angah,kakde,ijat,kakak,adik dengan semua orang.love you all~

p/s: kz-gallery sudah mula di'kerja'kan.siapa rajin nak tengok apa yang menanti anda di sana sila dengan segala hormatnya dipersilakan KLIK sini :)

macam dah lamaaaa...

Assalamualaikum.Salam sejahtera.Salam Ramadhan.Salam hari Jumaat.Salam tengahari.dan Salam perantauan.*tetiba*.baru tiga hari tak update blog dah rasa menggigil tak tentu arah.rasa macam banyakkkkk benda jadi dalam masa tiga hari ini.rasa nak cerita semua tapi tentulah tidak.bukan semua benda seronok untuk dicerita.sedikit rahsia itu perlu bukan?hehe.bila cakap banyak benda, YES memang banyak.tapi bukak puasa masak apa, shopping apa untuk raya itu, itu semua keluar topik.sebak hati baca blog rakan seronok shopping raya.tengok kan dah keluar topik.dekat raya nantilah baru saya buat entri kasi nangis sikit:P

sebagai mukaddimah [baru mukaddimah?punyalah penangan 3 hari tak update blog] terima kasih berjuta-juta kepada rakan blogger sekalian yang sudi membantu, menolong, mengkomen dan apa-apalah, biarpun anda hanya melihat entri sebelum ini tentang watermark untuk sizuka.eh tetiba rasa macam ghazal untuk rabiah.haha apa bendaaaa.ok abaikan.terima kasih daun kari.dan nantikan kemunculan galeri foto sizuka dengan watermark baru.ituuuu diaaaa.tapi bukan dalam masa terdekatlah.saya baru lepas sesak nafas menghadap assignment.menghadap laptop bekerja dengan microsoft word dan semestinya bukan mozilla firefox.tidaklah sampai twenty-four seven.tapi bukan seven eleven.hape-hape lah izzati.yang pasti ada satu masa rasa macam dah juling mata duduk menghadap benda berteknologi ni.sekarang otak saya sedang kering kerana terlalu banyak memerah idea untuk dimasukkan dalam report yang akan dihantar sebentar lagi.sekejap.harus ke bagitahu yang otak saya sedang kering?haha.saya berasa bahawa saya patut menghargai diri sendiri kerana berjaya mengeringkan otak untuk assignment.motif?saya pun tak tahu.tapi saya nak bagi hadiah dekat diri sendiri.ada cadangan?oh sakit otak.tsk~

*awas entri ini super-panjang*

hari esok bermula cuti mid-semester.bersyukur dapat merehatkan minda.oh otak saya super-penat sekarang.namun jari masih gagah menaip.maaf jika ada benda dalam entri ini saya tulis macam-bukan-guna-otak.haha.sebentar lagi ada kelas dan...test.oh and right before the holiday?i mean...oh penat.can we just postpone the test?kepala lutut kau. hish kasar.itu contoh menulis-tanpa-guna-otak.haha.oh sakitnya otak [sumpah saya akan ulang benda ni banyak kali dalam entri ni].satu benda sangat bersyukur sekarang ialah 1 Syawal masih dalam cuti mid-semester.jika tidak beraya dalam kelas lah jawabnya.nanti ada pulak lecturer pelik apahal budak sweater colourful itu sebak kadar melampau dalam kelas saya. biasa pagi raya kan ada mak abah semua.ini pagi raya menghadap lecture.pulak kalau lecture-super-bosan-straight-2-jam.mana tak nangis.sebak sakit otak semua ada.tapi bukan saya lah tahun ini.insyaAllah 1 Syawal kami masih bercuti di sini.dapatlah tunjuk skill masak rendang.ecewahhh.macamlah kau nak masak rendang.hey, who said that?

bukan semua perkara buat saya sakit otak.pagi tadi sebelum pergi kelas sempat jeling ke kotak pos.oh ada notes.jika parcel raya yang dikirim emak sudah sampai alangkah berbunga-bunga hati.namun jika benda selain parcel emak tidak mengapa.yang penting saya tahu itu sebiji parcel:)

semalam hari terakhir school-visits setelah 5 minggu kerja pergi melawat sekolah tiap-tiap hari Khamis.dan semalam antara hari paling terseronok dalam dunia.semalam sakit otak memikirkan assignment hilang sekejap.bermusafir dekat jasad lain mungkin.yesterday i have so much fun with the kids. kenapa budak-budak kecil ini super-comel hah?oh my prada, so comel tahu.saya sangat mahu kongsi dengan anda sekeping gambar saya dengan mereka.oh beberapa keping mungkin.haha.tapi saya gerun dengan amaran 'don't publish them on websites' .mana tahu nanti tetiba saya kena saman sebab publish gambar-gambar itu.oh scary~tapi saya akan cuba.tengoklah nanti kot saya buat entri chipsmore-sekejap-ada-sekejap-tak ada.masa tu siapa rajin bukak blog saya ada rezeki lah tengok gambar-gambar itu.yang tidak rajin doa-doa lah moga anda dimurahkan rezeki oleh Tuhan.


semalam masuk kelas Year 1 [5 tahun].Ya Allah comelnya.rasa nak cubit nak gigit semua ada.haha.pulak yang mulut banyak celoteh itu.rasa nak cubitttttt.ini lukisan Jack.teacher beliau cakap this is the best drawing for today.mungkin sebab Jack melukis sambil duduk sebelah saya jadi lukisan beliau menjadi terbaik untuk hari itu.hahaha perasan gilaaaaa~tapi kalau betul?hahhhh pergi muntah sana.

ini buah-hati-pengarang-jantung sepanjang hari semalam.muka innocent tapi comel gila.muka bulat rambut lurus macam Dora-The-Explorer.he's a boy.semalam mula-mula tanya nama, dia tunjuk kotak buku dia ada nama EJ.masa itu rasa oh budak ini takut saya kot.tak banyak cakap.tak best.haha tapi itu mula-mula sahaja.tak lama lepas tu saya cuba tackle dia, layan dia baca storybook.dia mula jatuh cinta.hahaha.seronok baca semua buku yang ada dalam kotak dia tuh dekat saya.

EJ,how old are you?
i am five.*smile*
oh, how long have you been in New Zealand?
MANY-MANY years.*confident*

sekarang tak boleh cakap dia tak best.sebab dia memang best.haha.baca storybook with the right intonation, facial expression comel-comel,body gestures segala.siap baca sambil tunjuk pictures lagi.mungkin itu sebab kenapa saya nak jadi primary school teacher mungkin.i enjoy working with small children.ooohhhh sejuk hati.paling tak tahan semalam tengah-tengah belajar dia tak fokus.sekejap pusing belakang senyum dekat saya.pusing-senyum-pusing-senyum.nasib baik tak kena tangkap dengan cikgu.kecik-kecik dah pandai usha ye.haha.ada video yang saya rakam semalam nampak dia asyik pusing belakang tengok dekat saya.oh kenapa saya tak boleh upload sini?kalau tak mesti korang dah boleh geram-geram tengok dia.
psst.semalam ada jumpa budak serupa macam Farid Kamil in terms of perwatakan.dia itu memang super-comel dan lebih cool,dia dari Romania:)

hari ini skype session.Junior is away, he's sick.kesian Junior.I miss him walaupun dia selalu misbehave depan komputer.hari ini student masih comel dan petah berkata-kata. 5 years old dan super-cool.sebab beliau agak bright jadi hari ini dapat main game yang saya prepare untuk Junior.alhamdulillah dia gelak sakan.gelak sakan itu bermaksud beliau respon.kalau tak ada perasaan, itu saya risau.haha.

tak nampak sangat muka dia kan?jadi saya selamat.mungkin.jika saya rasa tak selamat nanti saya removelah.kakaka~

eh ada kelas lah.tengok membebel punya lama.aigoo pengsan.oh sakit otak macam mana nak jawab test.doakan saya berjaya menjawab test dengan betul.sekian sahaja untuk hari ini.

tahniah kerana berjaya menghabiskan entri yang agak macam satu bab buku teks sejarah ini.tapi saya rasa entri saya mungkin lebih menarik berbanding satu bab buku teks sejarah tingkatan lima.kecuali jika anda akan menghadapi SPM.kalau itu, buku sejarah akan menang.yang lain saya menang.haha~

Monday, August 23, 2010

kalau....

kalau saya transform blog lagi satu kz-gallery jadi blog untuk galeri fotografi, siapa sokong?rasanya entah ada orang tahu ke tidak wujud blog nombor dua sizuka ni.kihkih.dah lama ada blog nombor dua ni sebenarnya.motif adalah untuk business semata-mata.kalau korang jenguk-jenguk blog tu memang tak banyak benda sangat.sikit-sikit ada lah.tapi tak bersungguh pun.sebab itu income pun lambat.haha.aikkkk dah keluar tajuk pulak.okeh okeh.saya ingat nak transform blog tu jadi galeri fotografi.tapi bukan galeri fotografi biasa.saya ni minat-macam-nak-gila gambar yang ada quotation best-best.kalau jumpa gambar yang ada quotation best+quotation tu pulak berkaitan dengan gambar memang rasa kagum-nak-pengsan.haha.jadi plan saya adalah untuk buat blog itu jadi blog foto bersama quotations di mana foto adalah hasil kerja saya dan quotations adalah ihsan abang google.habis tu nak izzati pulak fikir quotations?kirim salamlahhhh.izzati tak kreatif langsung nak berbahasa indah bak purnama bagai.mengarut dia handal lah.hahaha.

kiranya saya nak buat macam blog koleksi foto-foto untuk kegunaan semua orang.nak letak code supaya nanti kalau ada siapa berkenan boleh copy je code tersebut.kiranya macam siapa-siapa rasa jatuh cinta dengan gambar yang saya ambik tuh boleh la mencilok gambar tersebut dari blog sana.erk ada ke?haha~kalau nak letak semua koleksi hasil kerja saya mungkin belum lagi kot sebab encik FlickR masih berjasa:)tapi masalah negara kan, saya tak reti macam mana nak letak code untuk gambar tuh dalam entri.kan biasa ada orang-lebih-terer-hal-blogspot boleh letak code tu cantik-cantik dalam kotak.OMG itu saya memang tak retiiiiii T___T kepada orang-terer-blogger, boleh tolong ajar saya tak?heeee~

p/s: siapa sokong?ke ada yang rasa macam ridiculous je buat benda-benda macam nih?

Sunday, August 22, 2010

tunda tunda

tadi baru nak buat mukaddimah entri nih tetiba internet breakdown T____T memang sangat mengkacau mood.tapi sekarang sudah ok dan sudah boleh bercerita dengan happy.okay bukan happy sangat sebab entri ini agak berbau emosional.tapi bulan Ramadhan mesti sabar kan?jadi entri ini akan jadi emosional-dalam-kawalan.haha.hape-hape aje lah.

tengok tajuk macam nak cakap pasal pukat tunda tapi harap maaf ini bukan blog mari memancing dan mengebom ikan.mengebom?apekah?abaikan abaikan.haha.ini cerita tunda kereta.biasa kan kalau ada kereta accident mesti orang datang untuk tarik kereta bawak pergi bengkel kan?tak tahu nak describe macam mana mereka-mereka ni.hurmmm.tapi nak assume yang korang faham boleh?kiranya korang tahulah mereka-mereka ni kerja jenis macam mana.tak payah saya describe bagai.boleh kan?yang tak faham mungkin boleh tanya encik google.encik google kan yang paling serba tahu dalam dunia ni:P

alkisah ni dua hari lepas.di Msia.tengok hal Msia sampai NZ tahu.sememangnya bukan hal kecik lah.beberapa minggu lalu, bapa saudara menjadi mangsa.terbaru encik KAN kena perangkap dengan mereka-mereka yang disebut di atas.set perangkap dekat highway.semalam mak saya beritahu mereka-mereka ni sekarang kurang income.jadi ini projek mega mereka lah untuk mendapat income dengan kadar segera tapi dengan cara kotor.bayangkan tetiba kereta depan anda berhenti secara TIBA-TIBA tanpa signal.memang gedebung gedebang hentaman berlaku.dan ini hasilnya...

hal paling magik dalam dunia ialah kereta depan tu calar sikit je[khairul cakap] dan boleh blah macam itu sahaja tanpa risau keadaan kereta beliau.kawan khairul cakap biasa diorang dah ready benda keras dalam bonet tak bagi 'kereta perangkap' kemik.ke ejaan dia 'kemek'?whatever lah kan.haha.dan tambah magik lagi sampai kalah Harry Potter adalah secara automatis ada sepuluh [diulang SEPULUH] kereta tunda dah ready tunggu tepi jalan.what the heck?i mean memang what the heck lah kan.nampak sangat bai.tak cool gila pasang perangkap.like HELLO bulan Ramadhan kot?makan rezeki haram lah lu orang.biar Tuhan balas.yelah memanglah SAGA je pun.tapi HELLO*lagi* itu kereta kot?kau ingat basikal boleh heret-heret dukung-dukung pergi bengkel ke.nasib Saga.dibuatnya khairul guna Alfa Romeo?jawab sendiri lah.

perhatian: kereta dalam gambar atas tu dengan kereta bawah ni bukan kereta yang sama.

kereta bawah ni hiasan semata-mata.sebab semalam khairul keluar statement 'saya langgar bumper belakang kereta tu sikit je tetiba kemik macam yang awak langgar tiang dulu tuh'. maka saya terus HAHAHAHA. sangat kenangan. ini masa belum dapat lesen tapi gatal kaki nak main clutch gear segala.confident boleh drive turun bukit.tetiba bang!!! langgar tiang.habis mak merajuk seharian.tapi boleh kata agak bernasib baiklah budak izzati ni langgar tiang.bumper je kemik.tapi enjin, aircond dan semua organ dalaman masih terbaik.tak tersentuh langsung.ah tengok tuh nak gelak dah.ini masa belum ada lesen lah.zaman jahiliyah takde ilmu pasal kereta lagi.sekarang dah ada lesen tahu.Kluang dah sampai,Kuantan dah jelajah,Pekan dah jajah.haha.


p/s: berhati-hati di jalanraya.abaikan tukang-tukang tunda kereta.ingatlah orang yang tersayang:)

Friday, August 20, 2010

tetiba terfikir

tetiba terlintas di fikiran [padahal boleh je nak cakap 'terfikir'.punya nak keluar ayat drama.haha] terasa nak buat contest dekat blog.tetapi tak terfikir olehnyalah pun nak buat contest pasal apa.photography ke.seni melukis ke.seni menconteng ke.atau seni bermain congkak?apakah perkaitan mereka semua ini ?adakah saudara atau cuma kenalan biasa?apakah kejadahnya izzati merepek merapik ini?ini cuma khayalan belaka.hahaha.sorry sorry ter'over' mengarut.mesti ada yang dah fikir apasal izzati annoying gila dalam entri nih.mintak maaf mintak ampun.biasalah kepala sudah ting tong sebab minggu depan ada 3 assignment kena submit T____T.ahhhh pedulikan semua itu.itu semua hal dunia.habis itu ini hal planet marikh ka?bukannn bukannn.saya bukan alien.tetibaaa.haha.baiklah terus ke titik pertemuan [straight to the point], jika anda berminat untuk mengutarakan*bukan mengselatankan* pendapat anda tentang jenis contest yang patut sizuka anjurkan, sila jangan malu jangan segan hantarkan penyertaan anda dengan menekan butang 'commentos' di atas sana dan silalah taip tanpa segan silu kerana sesungguhnya tiada orang lain yang akan melihatnya melainkan anda dan saya*selaku penganjur*sahaja.meski belum termaktub lagi apakah jenis contest yang diadakan, maka dengan ini saya dengan senang hati mengumumkan hadiah untuk pemenang utama ialah pakej melawat izzati di NZ.OH TIDAK.bukan sponsor.haha okay okay main-main je.alaaaaahhh tengok tuh dah nak klik butang pangkah lah tuh.gurau-gurau sikit cepat sentap ye?bulan puasa mesti??SABAR.hadiah itu surprise.kena tunggu pengumuman hari raya.erk kaitan?haha~

sebenarnya dah ada idea dalam kepala tapi mana tahu korang-korang ada idea yang lagi bernas dan cergas macam dalam pintar pintas atau joe jambul.gituhhh~

ini semua memang tetiba terfikir.bukan sengaja fikir.sebab tak pernah buat contest dan tetiba terasa nak buat contest dan rasa seronok tengok orang buat contest dan...rasa-rasa sukses ke izzati nak buat contest?

p/s: lambat lagi sebenarnya plan nak mulakan contest ni*sebab tak cukup ongkos+masa*tapi bak kata orang sediakan payung sebelum hujan,nanti dah hujan kalau takde payung basah pulak.ehhh tetiba explain pasal peribahasa apasal.haha.orang putih cakap ini peringkat drafting.prevention is better than cure.welcome to the club.[tak pasal-pasal je kau ni izzati]

mahu tidur sudah.dekat Msia baru nak berbuka ye?Selamat Berbuka semua.sekarang disini sudah jam 11.10pm.tolak 4 jam dapatlah waktu Msia sekarang.baiklah sebelum izzati tetiba memulakan kelas matematik darjah satu tambah tolak bahagi darab eloklah pergi lari jauh-jauh dulu.saya cakap jauh-jauh je.bukan laju-laju.nanti ada yang report dekat mak cakap izzati suruh lari laju-laju sampai semput tak cukup oksigen jadi kena buka puasa.haaaaa jangannnnn.saman nanti.haha~

Thursday, August 19, 2010

yang happy dan yang kurang happy

Salam.hari ini ada yang happy ada yang kurang happy.sini kakak nak cerita yang happy dulu.yang kurang happy tunggu di akhir rancangan.gituhh.pasaipe tetiba aku jadi kakak?ibarat macam kakak nak bacakan bedtime stories dekat adik-adik je.okay ibaratkan aje lah ye?
macam biasa tiap-tiap hari Khamis kitorang ada school visit.minggu ini ialah High School yakni sekolah tinggi.haha.sekolah menengah okay tuan-tuan puan-puan.macam biasa memang jakun dengan sistem sekolah yang super-awesome dekat sini.ada sikit rasa nak pengsan sebab besok kena hantar report untuk 4 minggu.tapi izzati baru buat yang seminggu.macam mana itu?

ini nama dia melepaskan gian dah lama tak beratur dekat kantin sekolah.ingat zaman kecik pendek-pendek dulu suka menyusup bawah besi-besi nih.haha~mentang-mentang pendek kan.sukahati potong barisan.lalala~

picture of the day.ini suka-suka je.okay next please!

ini geng saya semua sekali.kalau bab gambar memang paling menang.haha~

balik school visit pukul 2.30pm lepas tu ada kelas ESOL pukul 3-5pm.haaaaa lepas itu yang paling terbaik.ada perjumpaan dengan Minister of Tourism Msia.beliau datang NZ untuk tourism Msia dan nak jumpa students dekat sini.jadi rasa diri macam bertuahlah kan sebab dapat berbuka puasa dekat Hyatt Regency Hotel.orang cakap rezeki jangan ditolak.betul?:)

mintak maaflah.tengah-tengah makan baru teringat nak ambik gambar.HAHAHA.kantoi lapar sangat tuh.memang terbaiklah.dapat makan sate, nasi goreng kampung dengan mi goreng ala mamak.errr walaupun memang bukan mamak yang masak.ahaha.tapi memang sangat terbaik.errr*lagi* makanan mana pernah tak awesome bukan?haha~

merah-merah dekat pipi budak tudung putih itu bukanlah sebab beliau tertumpah blusher dekat pipi.haha.itu sebab sejuk sangat.pelik kan macam orang putih pulak aku nih~

ini dapat dalam goodie bag tourism Msia.tetiba tadi rasa macam tengah makan dekat Putrajaya*bak kata Fareha* dan bukan dekat Auckland.tetibaaaa nak rindu Msia boleh?tetibaaaa~

dan lagi satu ini.mini keyboard ini sudah sampai ke hak milik daku.ooooh ini bukan mahal.HAHA.ini mainan sahaja.takut nanti mid-semester break menjadi terlalu sangat bosan jadi sukahati beli walaupun poket kering.biar poker kering janji hati senang betul?

ini berita kurang happy.hari ini super-busy.pagi tadi sebelum pergi sekolah tak sempat blogwalking.balik bilik pun dalam pukul 8.00pm.balik sahaja terus terfikirkan pekerjaan yang berlambakan.kebanyakan semua perlu disetelkan besok.betapa hati ini meronta nak jalan-jalan blog rakan-rakan.namun apakan daya.dahhhh keluar dah ayat drama dia.haha.sangat minta maaf semua.lepas ini kena kejar homework lagi, report segala.ini belum ada anak lagi.kalau tak dengan anak masuk waiting list.haha~

Wednesday, August 18, 2010

baru tahu

baru perasan satu fakta tentang kehidupan disini setelah sekian lama.tak pernah ada petir, guruh atau kilat. betul tak tipu.dari mana pulak izzati dapat modal nak cerita pasal petir kilat segala nih.haaaaaa kalau rajin tengok CBOX sizuka yang warna-warni tuh, putera petir.eh eh eh silap.heee~prince halilintar ada tulis 'kat sini hari2 leh nampak petir...'.saya balas 'oh dekat sini tak pernah ada petir.' tetiba ehhhhhhhhhh.nak panjang pulak kan eh kau izzati.haha.betul kan tak pernah ada petir dekat sini?betulkan kalau saya silap.petir itu yang berbunyi 'dum dum bung bang bung bang' [mungkin kurang tepat atau tak tepat langsung.haha.tapi korang mesti tahu macam mana bunyi petir kan] dan kilat adalah yang bercahaya tu kan?haha takut salah woi.buat malu je.tapi sungguh tak pernah dengar petir dekat sini.kalau hujan tu memang hujan je.tiada petir atau sewaktu dengannya.yang mungkin ada ialah deruan angin yang sangat mensejukkan kaki kalau pakai selipar jamban dan bukan kasut Nike berkualiti tinggi.haha.eh saya tak pakai dua-dua.saya pakai kasut getah Asadi yang celup Crocs tu je.haha~

tetibaaa pun terfikir lagi.walaupun takde petir guruh segala, sini banyak volcanoes kot?saya boldkan 'banyak' sebab memang sangat banyak.at least there are 60 volcanoes around NZ kot?ke around Auckland sahaja?i am not sure.even dekat universiti kitorang tu hah dekat Albert Park pun ada. lecturer saya cakap nun jauh di dalam tanah itu ada something something pasal pergerakan whatever sedang berlaku.atau belum berlaku atau sedang berlaku?ntahlah.yang pasti kalau cerita pasal volcanoes, memang seram.eruption sana sini.i don't know.just berharap please jangan meletup masa kitorang ada dekat sini.sebab itulah kalau anda berpeluang datang ke NZ, struktur muka bumi masyaAllah susah nak jumpa yang rata.dekat Auckland City, jalan bukan main curam lagi.ibaratnya kalau saya ambik lesen memandu dekat sini confirm failed.nasib baik ambik lesen dekat JB.haha~

Tuesday, August 17, 2010

Salam perantauan~

ada entri hari tu saya cakap tidak akan buat salam perantauan bukan?ah-hah itu ayat sebagai seorang individu yakni sebagai seorang izzati sahaja.saya tak cakap apa-apa pasal salam perantauan in group kan?adalah dengan ini diumumkan bahawa perintah memeriksa akhbar setiap hari di ruangan Salam Perantauan dan menjejak foto-foto berikut:




tahu TAHU tahu.semua gambar yang sama.tapi TAPI tapi.kitorang hantar dekat suratkhabar lain-lain.hahaha.sangat cool bukan?Berita Harian ada, Utusan Malaysia ada, Metro ada, Kosmo mungkin ada tapi jangan cari dekat Cosmopoint.memang takkan jumpa hatta menanti sampai habis raya sekalipun.hahaha.ingat nak cuba hantar dekat Sinar Harian.gituhhh~suratkhabar Pahang tuh.pohpaleh weh.tengok keluar dah loghat.haha~

jadi jika jumpa mana-mana foto di atas sila roger saya okeh?janji?lepas itu gunting dan letak dalam frame.oh bukan bukan.jangan sampai begitu.buatlah apa sahaja janji jangan buat alas ketupat masa raya nanti.kesian dekat saya dan kawan-kawan kena kuah kacang nanti.dahlah dekat sini takde kuah kacang.*sob*tetibaaa nak sadis kann~

selamat berbuka okay semua-semua yang dekat Msia.kami dekat sini baru habis terawih:)

terbaru: sis puput minta saya 'ajar' macam mana nak edit gambar jadi cantik-cantik macam bawah tuh.heeee cantik ke?thanks sis dan semua yang suka hasil kerja saya.insyaAllah nanti kalau tiada aral melintang saya buat entri khas untuk editing okeh?belum layak lagi saya nak mengajar.saya pun belajar lagi.jadi kita sama-sama sharing okeh?:)

Monday, August 16, 2010

gila kamera

Salam.sekarang izzati dah buat tabiat update blog pagi-pagi lepas Subuh.dekat sinilah.dekat Msia mungkin ada yang tengah bersahur ataupun sedang berqiamullail mungkin.Alhamdulillah~

oh ya entri ini sangat banyak gambar.untuk orang gila kamera*sudah tentu saya tiada lainnya* photography is everything.kalau bosan photoshoot, kalau happy photoshoot, kalau sedih pun photoshoot.inilah dinamakan cintaaa.tetibaaa tak pasal-pasal.haha.bagi saya puasa tidak menghalang untuk berhibur dan berlibur melalui fotografi.because photography is fun.photography is art.tengok tengok izzati dah mengeluarkan ayat majalah beliau.hahaha.


jangan sesekali membayangkan bagaimana izzati berhasil mendapatkan angle ini.tak sopan.sangat tidak sopan.JIKA ada orang tengok.tapi masa ni i berdua dengan Fareha je.jadi peduli apa aku.haha~


mencelah sekejap.eh he.saya SELALU photoshoot dekat lokasi ini.sebab?sebab sangat dekat dengan hostel.dan ada port yang sangat awesome.kalau tengok gambar-gambar berlambak dalam facebook tu sebenarnya dah takde tempat lain dah.memang inilah tempatnya.jadi jangan cakap 'izzati tu selalu jalan-jalan lah'.memanglah jalan-jalan tapi dekat tempat sama je.lagi satu sebab bukan merangkak-rangkak.haha.kalau merangkak-rangkak itu hantu ju-on.eewww~eh belum bagitahu nama tempat tu lagi kan?nama dia Auckland Domain.besarrrr gila.macam mana nak cakap.ada banyak padang.ada padang ragbi,padang bola,padang main kejar-kejar dan padang untuk bergolek-golek hindustan.ahaha~dan ada Winter Garden yang sangat awesome.gambar bunga-bunga bawah ini adalah dari Winter Garden.cantik bukan?





ada dua Garden House *mungkin.izzati cakap mungkin sebab izzati tak pasti*.satu adalah Winter Garden dan satu lagi adalah...erm Bukan Winter Garden.haha.ciss sesukahatimu memberi namaku.alaaaaa betul tak tahu.lagipun sebab dalam itu tak sejuk macam dalam Winter Garden.dalam itu panas macam Msia.dan sangat bahagia masuk dalam itu waktu winter macam ini.Malaysia I miss you~

okay next picture please.haha~




kalau rasa cantik komen.kalau rasa tak cantik pun komen jugak.because other's opinion adalah sangat precioussss bagiku.ecewahhh gituhhhh~

baiklah.get ready for a super-busy day.lectures 6 jam non-stop.bersiap sedialah izzatiii.
'May I be excused?My brain is full.'
kalaulah boleh cakap macam itu dalam kelas.bahagiaaaaaaa~

Sunday, August 15, 2010

berbuka puasa di Auckland

di Auckland tiada bazar ramadhan.carilah dekat ceruk mana pun belum tentu anda jumpa bazar ramadhan di sini.100 markah jika anda jumpa.haha.sebut tentang iftar, untuk muslimin ada disediakan iftar dekat surau berdekatan universiti.tetapi muslimin sahaja.sebab?sebab masjid agak kecil*solat jumaat pun buat dua jemaah*jadi agak tidak mampu untuk menampung sejumlah muslimat yang agak ramai.baiklah.ayat izzati dah macam orang tulis artikel dalam suratkhabar.bertukar!*lagi*haha.jadi kitorang sesama gadis-gadis ini penyelesaiannya adalah memasak sendiri.YES MEMASAK SENDIRI.

sewaktu weekdays, adalah mustahil untuk memasak bersungguh-sungguh sewaktu berbuka.menu biasa antara ramyun*sila google*atau mi bersama sup sayur masakan sendiri.itu makanan ruji.eh bukan.makanan orang bujang.ewah ewah.haha.sini tak tahu mana nak cari kurma.mungkin ada dan mungkin mahal.semalam saya bukak puasa dengan strawberry*strawberry murah masa winter*.OMG.macam awesome kan.tapi kalau ada kurma lebih baik mungkin.

jadi weekend adalah hari terbaik untuk mentonjolkan skill memasak.hostel saya yang bernama HUIA ini adalah self-catered hostel.yakni disini tiada orang yang menyediakan makanan untuk kami.itu alhamdulillah sebab boleh sesuka hati nak makan apa.makanan orang putih tak sedap [pada pandangan saya] sebab selera saya ni memang sangat melayu.lain hari kita cerita pasal makanan orang putih okay.ini episod masakan melayu.haha.orang putih jarang memasak.itu lagi satu fakta sahih dari izzati.jadi kitchen itu adalah saya dan Fareha yang punya.haha.baiklah mari melihat hasil masakan konon professional izzati dan fareha.

ayam masak lemak cili api.dapat idea masa tengah blogwalking semalam.jadi inilah dia.ayam masak lemak cili api keluaran Auckland.chewahh.haha.sangat berpuas hati sebab sedap yummy yummy.oh OH oh.sila jangan banding dengan yang ada dekat Msia please.sebab dekat sini barang-barang sangat limited dan ntah ceruk mana nak cari.jadi kami hanya memasak secara apa-yang-patut dan menjadi kreatif.tapi menjadi sangat sedap macam ini adalah sangat brilliant.emak, anakmu sudah pandai masak.lauk sampingan adalah sayur goreng kicap.itu digabungkan dengan masak lemak cili api dan nasi putih panas adalah sangat awesome.terima kasih emak sebab pos rice cooker dari Msia.hehe~

dua entri izzati dekat bawah tu asyik tulis penutup tentang air seringgit dekat bazar ramadhan di larkin.haha baiklah.semalam dapat minum air laici.memang ho-liau!tetibaaa.haha.air laici je pun.dan DALAM TIN je pun.tapi sangat alhamdulillah.HAHAHA.baiklah nak tahu kenapa saya gelak?tengok laici tu dalam bekas apa.YES dalam tupperware.itu sebab saya cakap kami berbuka cara orang bujang.tak pernah teringat nak beli jag sebab still duduk hostel jadi tak rasa benda tu penting.tunggu pindah rumah nantilah mungkin.tapi minum air laici dari dalam tupperware adalah sangat cool.sangat cool untuk orang bujang.haha~

semalam sambil memasak bercerita dengan Fareha tentang 'tempoyak'.Fareha teringin nak makan asam pedas tempoyak ikan.jadi saya cakap dekat dia 'carilah tempoyak.aku boleh masak.' tak tipu.asam pedas tempoyak especially ikan patin ialah my area of expertise.gituhhh~tapi dekat sini mustahil nak jumpa ikan patin.mungkin akan cuba dengan ikan snapper.nantilah bukan sekarang.lagi satu durian ialah super-mahal.dahlah beku T___T.saya dengan fareha berasal dari negeri yang berlainan [saya Pahang-fareha Terengganu] dengan loghat yang agak lain dengan sedikit persamaaan.tetibaaa...

izzati : 'eh kau sebut tempoyak tu 'tempoyak' ke?'
fareha: taklah.lain.
izzati: aku sebut tepoyok.
fareha: aku sebut lagi pendek.poyok.

lepas tu dua-dua gelak macam nak pengsan.hahaha.kalau cerita pasal loghat memang seronok.sebab loghat Pahang dengan Terengganu tak jauh beza.heeee~

*lagi*sini takde abc rock.korang memang rock.tetibaaaaaa~

Saturday, August 14, 2010

musim sejuk di Auckland

untuk siapa-siapa yang tak tahu.sekarang di NZ ialah musim sejuk.dalam bahasa lain musim hibernasi lebih lama.haha betul tak tipu.musim sejuk musim paling efektif untuk tidur lebih lena.sebab malam lagi panjang dari siang.waktu first sampai sini bulan Feb lalu ialah musim panas.dan masa itu dah tentu weather shock sangat-sangat.kitorang rasa dah sejuk macam nak pengsan tapi it was summer.itu masa mula-mula.masih terkejut.orang putih semua pakai shorts, sleeveless, peluh segala.kitorang masa tu tak boleh berenggang dengan sweater lagi.tapi sekarang dah immune sikit.dah boleh ikut pertukaran musim.tapi tak larat asyik tukar-tukar musim ni kulit kering, penyakit semua datang.waktu summer maghrib masuk pukul 9.00pm.waktu winter maghrib adalah pada pukul 5.45pm.nampak beza kan?bayangkan kalau Ramadhan waktu summer.dugaannnnn~
ini uniform waktu winter.perhatian: winter di Auckland tak sejuk mana.paling rendah temperature pernah drop adalah 4°c.itu adalah sangat sejuk.tambah dengan angin kencang lagi.lagi satu winter di Auckland tiada salji.jadi tiada mimpi indah bangun tidur jenguk tingkap dan menjerit seronok 'it's snowing!'. sebaliknya 'it's raining' adalah normal.waktu winter Auckland sangat selalu hujan.best friend sewaktu winter ialah payung, baju hujan dan boots.yes itu yang saya pakai itu.oh ya dan juga sweater.sudah tentulah.believe me dekat sini tak pernah berwudhuk guna air dari paip biru sahaja.mesti combine air dari paip biru dan merah.jika tidak boleh pengsan kebekuan.itu sayalah.orang lain saya tak tahu kalau mereka lebih kebal.izzati tidak sebab izzati bukan kereta kebal.kahkah~

dekat sini saya cerita pengalaman kami di Whakapapa sewaktu bermain ski.itu jauh lebih sejuk, mencabar dan mendebarkan.tetiba mendebarkan apehal.haha.suhu di Whakapapa jauh lebih super-sejuk.pernah mencapai -10°c pada hari kami bermain ski.berwudhuk tak payah cerita.bukan menggigil dah.boleh kata dah macam parkinson.tambahan pulak paip dekat lodge tu biru dan merah asing-asing [dekat hostel paip ada satu, tapi ada dua pili [biru & merah] so boleh kontrol tahap warm mana yang kita nak].jadi harap maklum.antara sangat sejuk dan sangat panas.merana tubuh badan.pedih jangan cakap.sampai rasa dah hilang urat saraf kaki tangan.masa ni rasa bersyukur duduk Auckland walaupun frust sebab takde salji.bayangkan kalau duduk dekat Whakapapa sepanjang winter.tidaaaaaaaakkkkk~

oh ya tadi pergi membeli-belah dengan Fareha dekat Foodtown.boleh kata tiap-tiap minggu kitorang pergi*walaupun takde duit*haha~biasalah.inilah cara kami berekreasi di hujung minggu.mentolak troli dan mencapai hajat masing-masing.eh bukan.mencapai apa-apa yang dihajati.haha~
kini sudah ada dua koleksi lunchbox klipo.yang kecik tu beli masa mula-mula sampai dan yang besar tu baru beli tadi.lunchbox klipo sangat comel.sukaaaaaaa sangat.tapi tapi TAPI.yang kecik tu izzati buat bekas sabun.boooo-ya??haha.betul.saya buat jadi bekas sabun.sebab tak logik dia nak jadi lunchbox.sebab kecil dan comel.dan sebab ntah ceruk mana nak cari bekas sabun dekat sini.habislah sabun De Putih saya kalau takde bekas.hahaha.kantoi kau letak sabun De Putih dalam tuh.tetibaaa~

new pyjamas.sangat cintaaaaaa.tetiba cinta.haha.pink lagi dan lagi.oh ya baru tahu izzati sangat suka pink?TAHNIAH.yang dah lama tahu BRAVO untuk anda.haha~yang belakang warna kelabu nampak lengan gambar ladybird tuh dah pernah masuk entri sebelum ni.bermaksud beliau dah pernah famous suatu ketika dahulu.jadi perlu give way untuk pyjamas baru mencapai era kegemilangan.ewahhhh~

*gambar dua bijik dekat atas kredits to Fareha*

tak suka makan terung,sini takde air bandung.[baiklah dah dua hari penutup kau pasal air seringgit sebungkus dekat bazar ramadhan larkin.aik?kenapa habis spesifik larkin?haha~]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...