Pages

The best June ever.

Because :


  1. I'm 21.
  2. 21st June kat rumah with my lovely family.
  3.  Dapat hadiah dari cik doktor. Nice cap and chocolate. Love it. Lama dah x dapat hadiah birthday bila dah besar ni.
  4. Special birthday song with ukulele. Live played by cik doktor jugak. THE BEST BIRTHDAY PRESENT. Thank you!
  5. Bought a new guitar.
  6. Jerebu. o.O







*tengah makan chocolate tu. Sodap!






new!


New sem..
New subjects..
New lectures..
New books..
New life..

and inshaAllah... 

NEW ACHIEVEMENT... 

\(^.^)/

Bismillah..


Apakah Syurga? Apakah Jahannam?





Dari Jabir bin Abdullah berkata:

Sahabat bertanya, “Apakah Syurga itu?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini.”

Bertanya orang itu lagi, “Apakah Jahannam itu?”
Maka bersabda Rasulullah SAW, “Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya.”





Ciri Suami Awesome!

Bismillahirrahmanirrahim..

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Ban
gsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns.

#UstazAzharIdrus-



just sharing #copypaste ^_^



selingan..
pesanan dari penaja @ bigboh..


Puisi bola sepak yang syahdu..i think






True story. And I totally agree with this tweet. 
Bila kita sukakan seseorang, kita mesti berusaha untuk tawan hati dia. 
Tapi dalam masa yg sama, ramai lagi yg sedang mengejar dia.
Walaupun kita dah berjaya dapat hatinya, ramai yg cuba merebutnya dari kita.
Sama macam bola sepak.
Apa yg membezakan, dalam bola sepak kita perlu ada sifat kerjasama dan strategi. 
Tak boleh main sorang-sorang dan pentingkan diri.
Tapi dalam hal ni, sorry to say..
No passing-passing..
Bila aku dah dapat, aku takkan passing kat teammates,
or bagi orang lain rampas,
 malah aku jugak takkan jaringkan gol.
Tapi bila aku dapat, aku akan pegang, aku akan lindungi, 
dan aku tau secara automatik aku akan dapat redcard sebab pegang 'bola' tu.
Dan aku akan bawak 'bola tu keluar dari padang' bersama-samaku.
Walau akan dibaling kasut, aku takkan menoleh.

SEKIAN....



Spongebob ngan Patrick..


Bismillah..


terbaikkk..^_^





*software engineer maybe? inshaAllah..previous entry as a plan B..gudluck for me!


Kuasa Doa..

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni nak kongsi satu cerita yg mungkin sedikit sebanyak dapat kita ambik iktibar. Hari tu aku dan member2 pergi supermarket Giant Batu Caves untuk beli barang2 keperluan sikit. Baru bukak sem kan. Orang sangat2 la ramai. Mungkin sebab hari tu hari sabtu. So susah la jugak nak cari parking. Pusing punya pusing pun x still xde parking kosong.

Tiba2 aku terdengar salah seorang kawan yg duduk sebelah aku nie baca sesuatu. Bukannye jampi serapah yg bukan-bukan. Tapi ianya adalah satu doa yg aku pun belum pasti dya belajar dari mana dan apa doa tu sebab dye baca slow2 je. Dan x sampai seminit lepas tu sambil2 pusing cari parking tu, kawan aku yg baca doa tadi suruh kawan aku yg jadi driver nie berhenti sebab dia nampak seseorang makcik tengah isi barang dalam bonet. Dah nak keluar parking r tu. Dan alhamdulillah kitorang dapat masuk parking yg tu. Rupa-rupanya makcik tu kenalan kawan aku yg baca doa tadi.

Dan masa tu hanya satu yg terfikir dalam kepala aku ni. Hebatnya kuasa doa dan yg Maha Memberi Pertolongan, Allah s.w.t.. Dan tidak aku ragui doa seseorang yg beriman dan soleh akan dimakbulkan dengan mudah oleh Allah. Ya, kawan aku nie seorang alim, alhamdulillah sebab dapat mengenali dirinya.
Itulah kuasa doa, kuasa sang Pencipta.....



"Doa adalah senjata seorang muslim.."




Dan inshaAllah, segala apa yg aku dapat, segala apa yg berlaku dan ditetapkan adalah untuk menjadikan    diri ini better dari sebelum ini dan aku percaya ianya sebaik-baik perancangan dari Allah untukku...inshaAllah semuanya adalah yg terbaik. Aminn.. 

Ma,abah...daus janji yg daus akan lakukan yg lebih baik lepas ni dan xkan lagi buat ma abah kecewa lagi macam dulu2. Daus akan buktikan yg daus akan berjaya walaupun bukannya berakhir dgn cita-cita daus selama ini. And of course i really2 need your redha and doa..pray for me k my love..=) 
yes ini telah membuatkan aku homsick -.-"

*terasa macam nak tukar cita-cita la pulak..a lecturer maybe.. =D




Type of Kawan..

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia.

Semua orang ada kawan. Bukan orang je, kucing, kambing pun ada kawan. Kecuali orang tu forever alone giler-giler, duduk dalam hutan or gua sorang-sorang, tak pernah kenal apa itu erti kawan. What is kawan who is kawan or why kawan? Memang forever alone. Kawan ni menurut kata dewan bahasa dan pustaka ialah sinonim dengan perkataan sahabat, rakan, teman, kenalan, handai dan taulan. Maksudnya mereka yg kita kenali antara satu sama lain. Tu ikut dewan bahasa dan pustaka la. Bagi aku pulak yg dewan yg seciput bahasa dan x berapa nak pustaka ni, kawan nie bukanlah just friend kat facebook or follower kat twitter. Yang rata-ratanya x kenal pon kita. Just add sebab lawa, hensem, comel, hitam or what so ever or sekadar nak orang cakap,
"waww ramainya friend kau kat facebook, mesti hot staff ni kan".

Dengan tersipu-sipu malu kau pun balas balik, "eh xde laa..mana ada hot staff, biasa-biasa aje...^^".

 Dalam hati member nie dah cakap, "tau x pe..kau bukannya hot pon".


Kawan ni bagi aku ialah orang selepas family kita. Maknanya as important as our own family. Bukannya orang yg sekadar kita kenal nama, umur, jantina tapi orang tu x mengaku pun dia kawan kita even dye pun tau nama kita.Tapi janganlah pulak kita lebihkan member dari family. Kang jadi anak derhaka pulak kena telan bumi. But if anything happen, orang yg kita cari selepas family kita mestilah kawan kan. That's why aku kata kawan ni bagi aku as important as our own family. But of course la family no. one kan. Tapi x semua kawan tu boleh betul-betul dianggap kawan. Banyak jenis kawan yg aku boleh cakap kat sini. Sedangkan Imam Al-Ghazali sendiri cakap kawan nie terbahagi kepada 3 jenis :-

1.Kawan yang ada ilmu

Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2.Kawan yang tidak ada ilmu tapi terima ilmu kita bagi.

Dia tidak berimu tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3.Kawan yang tidak ada ilmu dan tidak mahu menerima ilmu. 

Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi. Iman Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t

Nabi s.aw. bersabda...

"Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu "





See, tu baru bab ilmu. Kat sini aku nak bagitau jenis-jenis kawan yg atas pandangan dan pengalaman aku sendiri pulak. 

1.Kawan baik.

Ramai yg mengaku yg diorang ada ramai kawan baik kat dunia ni. Kawan baik ni bagi aku seorang kawan yg memang baik, dapat mintak tolong masa kita susah, selalu ambik berat, ambik tau pasal kita dan kawan-kawan kita yg lain, dapat berikan nasihat dan menerima pandangan kita. Baik dengan kita la senang citer.

2.Kawan rapat.

Mungkin kawan jenis nie rapat dengan kita atas sebab-sebab tertentu macam faktor geografi ke. Ye la macam kawan anak jiran sebelah yg selalu pergi dan balik sekolah sama-sama dgn kita. Tapi x semua hal kita kongsi dengan dia.

3.Kawan sejati.

Kawan sejati ni bagi aku, kawan yg selalu kacau kita, buat bodoh ngan kita, selalu kentut curi, selalu ambik barang kita tanpa mintak kebenaran dulu, selalu marah kita, selalu maki kita, dan banyak lagi la. Tapi kita x pernah terasa hati dengan dia. Dan dia pun x pernah terasa hati dengan kita bila kita bergurau yg kadang-kadang 'ter'over. Selalu ada dengan kita. Tolong kita, ambik berat pasal kita, selalu bagi nasihat, gembira bersama, menangis bersama kita, bergaduh kerana kita, dan berkorban kerana kita yg bukan sapa-sapa. Bukan family dia pun. Tapi dah anggap macam family sendiri.



4.Kawan biasa.

Kawan biasa nie bagi aku kawan yg mungkin kita x selalu keep in touch with him/her. Kawan yg sekadar kalau jumpa salam, tanya khabar, lepas tu kembali wat kerja masing-masing. 

5.Kawan makan kawan.

Senang citer kawan yg jahat. Kawan yg balas jahat bila kita dah buat baik ngan dia dan anggap dia member. Orang macam nie elok je gilis ngn traktor, pastu laminate, pastu gantung kat dinding, lepas tu baling ngan kasut tiap-tiap hari.

6.Kawan sepermainan.

Kawan yg selalu kita ajak main masa-kecik-kecik dulu dan membesar sama-sama. X kisah la walau kau tu lelaki and kawan kau tu she, and dia ajak kau main masak-masak dan kau dengan rela hatinya memegang watak sebagai suami kepada member kau tu, siap pergi kutip daun-daun pokok bunga makcik kiah konon-konon baru balik pasar nak suruh bini masak. Comel pulak member tu kan. Hakhak..dan kawan ini berkemungkinan besar boleh jadi kawan yg no 1dan 3 tadi.

7,Kawan maya

Kawan yg mungkin kita kenal kat fb. Kat fb sembang kencang padahal x pernah jumpa pun. But be aware, kawan macam nie pun ada yg kekal sampai ke anak cucu.

8. Kawan history.

Kawan macam ni selalunya akan lupakan kita kalau dah jumpa kawan baru yg sedikit advance dari kita. For me, aku x kisah pun dgn orang macam ni. Ramai lagi yg nak kawan ngan aku. X rugi pun saham neh.

9.Kawan yg x berapa nak kawan.

Kawan macam nie bila dia tengah susah dia cari kita tapi bila kita susah he/she said, "Soory, not my problem..". Kawan macam nie elok ikat kat pokok kelapa lepas tu tebang pokok tu biar tumbang timpa dia sendiri.


Aku rasa cukup la dulu kot setakat tu. Aku bukan nak kata aku ni baik sangat. Tapi mana-mana kawan aku yg selalu ada dengan aku tau lah macam mana aku nie. Dan aku sangat-sangat hargai semua kawan aku yg sudi berkawan ngan aku dan terima aku seadanya sedangkan aku bukan sapa-sapa. Nak kata anak agong tu  lain cerita la kan. Dan sekadar pengajaran untuk aku jugak, carilah ramai kawan yg betul-betul boleh dibuat kawan. 

Ma aku cakap, berkawan biar beribu, bermusuh jangan sekali. Okeylah ma..roger!!







=)



Past = Best teacher..





never forget your past. It's your best teacher..

yes. Absolutely. Benda ni boleh buat kita sedar siapa diri kita yg sebenarnya. Dan insyaAllah boleh menjadikan kita lebih bersungguh-sungguh untuk capai yg lebih baik.