Hari Ini Dalam Sejarah Palestin 3 Januari 1919
Perang Dunia Pertama (WWI) telah menyaksikan bagaimana semangat
asobiyyah kembali memporak-perandakan dunia Arab setelah berkurun lama
ia ditundukkan oleh Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di wilayah
tersebut sejak tahun 610 Masihi.
Julai 1915- Januari 1916 telah menyaksikan berlakunya pakatan
rahsia antara Emir Hussein bin Ali, Sharif di Mekah dan Sir Henry
McMahon, British High Commissioner di Mesir untuk menentang Khalifah
Turki Uthmaniyyah dan mengembalikan semula Sistem Khalifah ke Jazirah
Arab. Pakatan ini tercatat dalam lembaran sejarah sebagai
Hussein-McMahon Correspondence.
Hasilnya, pemberontakan telah
berlaku di wilayah-wilayah Arab dari 1916 hingga 1918 dengan bantuan
tentera British. Emir Hussein mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Arab
di Hijaz yang merangkumi wilayah-wilayah di Palestin, Syria, Jordan,
Iraq dan Jazirah Arab.
Pengiktiran British ke atas Kerajaan
Hijaz kemudiannya membawa kepada jemputan ke atas Emir Faisal, anak Emir
Hussein, ke Paris Peace Conference 1919 bagi membincangkan pembahagian
tanah-tanah Arab selepas Perang Dunia Pertama (WWI).
Di
sinilah termeterainya Perjanjian Faisal-Weizmann pada 3 Januari 1919
yang menyaksikan pengiktirafan ke atas Perjanjian Balfour 1917 oleh Raja
Arab bagi membenarkan penghijrahan beramai-ramai warga Yahudi ke
Palestin dalam usaha menjadikannya sebagai tanah air Yahudi. Emir Faisal
mewakili Raja Arab dan Chaim Weizmann* mewakili Pertubuhan Zionis
Sedunia.
Namun, perjanjian ini tidak membuahkan hasil apabila
Emir Hussein dan Emir Faisal mendapat tahu tentang butir-butir
perjanjian rahsia antara British dan Perancis untuk membahagi-bahagikan
tanah Arab dengan cara mereka sendiri (rujuk Perjanjian Sykes-Picot
1916). Mereka membantah tetapi ianya hanyalah sia-sia. Nasi telah
menjadi bubur.
Akhirnya Emir Hussein digulingkan oleh Keluarga
Saud (kini pemerintah Arab Saudi) dan beliau menghabiskan sisa-sisa
hidupnya di Jordan. Emir Faisal pula memerintah sebentar di Syria
sebelum dihantar jauh ke Iraq.
Zionis akhirnya berjaya
mendapatkan negaranya sementara dunia Arab kini dibahagi-bahagikan
kepada negara-negara yang terpisah oleh sempadan asobiyyah bertopengkan
nasionalisma.
Ketamakan kuasa telah memusnahkan kesatuan ummah hingga kita rela bersekongkol dengan musuh untuk menjatuhkan satu sama lain.
Dan Palestin kini menjadi batu tanda dan peringatan Allah SWT akan
kebusukan asobiyyah yang telah membunuh kesatuan ummah ini hampir
seratus tahun yang lalu.
Jika perpecahan ummah telah
menyebabkan Palestin terlepas daripada genggaman ummah, maka hanya
kesatuan ummah akan mampu mengembalikan semula Palestin kepada umat ini.
Jika ummah ini bersatu, tiada satu kuasa pun mampu
mengganggu-gugat hak dan maruah umat Islam; tidak US, tidak Eropah,
tidak juga Israel!
[KJ]
*Chaim Weizmann telah dilantik
sebagai Presiden Israel yang pertama atas jasa-jasanya merealisasikan
penubuhan negara haram Israel.
makasih buat infonya gan..
BalasPadambenar2 sangat meanrik dan bermanfaat sekali gan..