IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Nota. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota. Papar semua catatan

5 Mac 2011

Kepentingan Menghargai dan Bersyukur

 

Hasan Al-Bashri ditanya tentang rahsia zuhudnya. Ia menjawab: “Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu, kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itu, aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah SWT mengawasiku, kerana itu, aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itu, aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah SWT."

Manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, sesempurna kesempurnaan seorang manusia yang diberi tugas besar sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Allah SWT telah membekalkan kepada manusia keistimewaan-keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk Allah yang lain.

1. Hargailah dan Syukurilah setiap sesuatu yang kamu miliki.
Ia tidak semestinya harta dan material, ia juga mencakupi kesihatan kita, usia kita yang masih hidup hingga hari ini, setiap hari masih ada makanan untuk kita makan, masih ada orang yang mahu menegur kita, masih ada orang yang mengucapkan "selamat pagi, atau salam sejahtera, atau assalamualaikum".

Syukurilah segala nikmat Allah dari sekecil-kecil yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tidak dapat kita sebutkan satu persatu, akan nikmat Allah pada makhluknya.

Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang kita tidak miliki, tetapi, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersyukur sekurang-kurangnya pada 5 perkara yang kita perolehi pada hari ini. Ketika memikirkan 5 perkara ini, hayatilah betul-betul dan rasainya ke dalam perasaan kita.

Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak-kanak itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak-kanak itu?

Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak-kanak itu?

Begitulah perbandingan antara Tuhan dan hamba-hambanya. Firman Allah: "Barangsiapa yang mensyukuri nikmatKu, maka Aku akan menambahkan lagi nikmat Ku kepadanya"

Oleh itu bersyukurlah, berterimakasihlah, dan Allah SWT akan menambahkan lagi apa yang kita ada.

Jika dalam Hukum Tarikan, kita belajar bahawa mewujudkan keinginan itu amat penting, maka dalam Hukum Kecukupan, kita mempelajari bahawa Mensyukuri dan Menghargai nikmat itu amat penting. Kedua-dua perkara ini saling berkait antara satu dengan yang lain.

2. Wujudkan suatu persekitaran, kekuatan atau vakum pada diri kita, dimana semua perkara yang baik sahaja berada disekeliling kita.

Jangan isikan hidup kita dengan perkara-perkara yang sebenarnya kita tidak betul-betul perlukan. Ini adalah pembaziran. Walau pun kamu seorang jutawan, tidak bermakna kamu boleh membazir. Ingat! Membazir adalah sifat syaitan dan perlu dijauhi.

Tanyalah diri setiap kali bila keluar berbelanja, adakah barangan yang ingin kita beli itu, benar-benar kita perlukan atau tidak. Kecukupan bukan bermakna diri kita penuh dengan barangan yang kita tidak perlukan. Kecukupan dalam hidup adalah dengan mencari dan memperolehi perkara-perkara dan pengalaman yang benar-benar berguna untuk diri kita. Contohnya membeli sesuatu barangan kerana kita diberitahu oleh kawan, bahawa kita perlu ada barangan tersebut. Mungkin bagi kawan kita, barangan itu memang berguna untuk dirinya, tetapi tidak pada kita. Maka elakkanlah perkara ini dari berlaku. Kenalpasti keinginan kamu!

Mulakan membersihkan persekitaran peribadi kamu, bilik kamu dari benda-benda yang tidak digunakan lagi atau yang tidak kamu perlukan. Isikan wardrobe kamu dengan pakaian-pakaian yang relevan dan kamu perlukan. Yang memang tidak akan kamu pakai, sedekahkan pada orang yang memerlukannya. Kemas meja kamu dari nota-nota atau kertas yang lebih merupakan sampah sahaja. Kemaskini dokumen-dokumen kamu dengan sistem fail yang tepat dan kemas. Bersihkan longkang dirumah kamu, atau kosongkan tong sampah kamu. Berdisiplinlah dengan hidup ini. Buang semua cara berbelanja yang membazir. Bebaskan pemikiran , cara bercakap, apa yang kamu percaya, tindakan-tindakan kamu, yang selama ini berasaskan tidak cukup dan tidak puas.

3. Bersedekah dan berderma.

Jadilah seorang yang pemurah. Kita sentiasa inginkan agar Allah SWT menunjukkan sifat PemurahNya pada kita, tetapi adakah kita seorang yang pemurah dengan kemampuan diri yang ada pada kita? Dalam Islam "Satu sedekah ganjarannya adalah Sepuluh kali ganda" maksudnya setiap satu sedekah yang ikhlas dari kita, maka Allah SWT akan membalas balik dengan sepuluh kali ganda dari apa yang kita sedekah.

Dalam Hukum Tarikan, amalan bersedekah amat disarankan kerana dengan bersedekah, kita menghantar frekuensi bahawa kita mempunyai lebihan wang, maka kita menarik tenaga kecukupan pada diri kita. Sedekah juga mengajar hati kita menjadi bersih, ikhlas, dan dapat menghayati dan memahami kesusahan orang lain. Maka jadilah dermawan. Senyum juga satu sedekah. Bersedekahlah dengan apa yang anda miliki, tidak semestinya wang. Anda juga boleh berdoa untuk kesejahteraan orang lain, menyedekahkan tenaga dan sebagainya dengan ikhlas.

Rezeki dalam bentuk apa juapun adalah tenaga, sebagaimana yang kita semua faham bahawa seluruh alam ini, termasuk diri kita, adalah terdiri dari zarah-zarah atom yang merupakan tenaga. Tenaga bergetar dan bergerak dalam satu aliran-aliran yang tersendiri.

Cuba kita lihat pergerakkan udara (angin) dalam sebuah bilik yang tertutup, hanya tingkapnya sahaja yang terbuka. Kebarangkalian untuk angin mengalir masuk melalui tingkap adalah amat sedikit walaupun masih ada cukup udara dan oksigen. Sekarang, kita buka pintu bilik itu, anda akan dapat rasakan angin bertiup mula masuk melalui tingkap itu dan keluar melalui pintu kerana sudah ada aliran untuk udara keluar masuk.

Begitu juga lah dengan rezeki dan kecukupan diri kita. Rezeki akan datang melimpah-ruah andainya kita sedia berkongsi apa yang kita perolehi (bersedekah/murah hati) dengan orang lain. Tidak semestinya wang, ilmu juga jika disimpan, tidak diamalkan dan tidak disampaikan, ianya tidak akan bertambah malah menjadi semakin malap.

4. Maafkan semua perkara yang menyakitimu.

Bebaskan hatimu dari dendam. Apabila kamu masih menyimpan kemarahan, tidak kira atas alasan apa pun, sebenarnya, kamu hanya menyakiti dirimu, bukan menyakiti orang yang kamu marahi. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, dimana hari kita berasa disakiti ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang baik.

Maafkan sesiapa yang telah melukakan kamu, bersalah denganmu. Luangkanlah dalam 10 minit sehari dengan mengucapkan:

"Aku maafkan dan bebaskan ..... dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan pergi dari ku."

Antara kebaikan yang akan anda rasai apabila memaafkan seseorang:

1.Hati akan menjadi bersih/suci

2.Fikiran menjadi tenang

3.Penyakit rohani dan jasmani mudah sembuh

4.Wajah lebih cantik/tampan kerana wajah adalah cermin hati

5.Suntikan hidayah akan memasuki jiwa anda

6.Rezeki akan dipermudahkan dan mula melimpah ruah

7.Mula dapat merasai kehadiran kasih sayang yang banyak dari berbagai sudut

8.Diri akan menjadi lebih produktif kerana anda lebih bertenaga dan bersemangat

9.Doa cepat dimakbulkan

10.Kemampuan tenaga zahir dan batin akan meningkat
Praktikkan cara-cara ini, semoga akan dapat menukar minda kita kepada manusia yang berfikiran Serba Cukup. Dengan mengamalkan Hukum Kecukupan ini, semoga Hukum Tarikan akan mudah dimanifestasikan. Semoga kita semua beroleh Rahmat dan Petunjuk dari Allah S.W.T sentiasa.

Hidup ini adalah indah, apabila kita benar-benar bersyukur. Segalanya terletak pada hati/perasaan dan fikiran/minda kita. Kita harus melihat pemberian Allah SWT dengan mata rohani, sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang kita miliki. Keselamatan, kesihatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi lainnya adalah kekayaan rohani yang sangat mahal harganya. Allah SWT tidak pernah melupakan hamba-hamba-Nya, manusialah yang lupa kepada-Nya kerana sedikit sekali manusia yang bersyukur kepada pencipta-Nya.

Sabda Rasullullah S.A.W : "Pada anggota manusia itu, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan daging itu adalah hati/perasaan".

wallahuaklamubissawabCredit to: taalidi@yahoo.com

p/s : sebagai manusia biasa, mudah kah anda memaafkan seseorang yg begitu banyak melukakan hati anda, jika anda tidak begitu juga saya.....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Februari 2011

Buruk Sangka Vs Baik Sangka, Apa pilihan anda ?

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk beribadah, 
Orang disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja
mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.

Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.
Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.
p/s : entah kenapa 4 -5 hari ni malas tul nak update blog...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

30 Januari 2011

Benarkah Wanita Sensitif, Lelaki Ego?


 

wanita+vs+lelaki.jpg
 

Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara. - NOOR HASLIZA NUSI
Sumber: askmen.com

p/s : nak masak apa ya hari ni ? 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

29 Januari 2011

Renungan Buat Suami Yang Merasakan Isterinya Kuat Berleter


Ada tak isteri yang tidak berleter? Susah menemukannya.Bahkan isteri Khalifah sehebat Umar bin Khatab pun sama.Seorang lelaki berjalan tergesa-gesa menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab.Dia ingin mengadu pada khalifah, tak tahan dengan leteran isterinya.Begitu sampai di depan rumah khalifah,lelaki itu terkejut.Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang berleter, marah-marah. leteran isteri khalifah melebihi leteran isterinya yang akan diadukannya pada khalifah Umar. 
 
Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah.khalifah Umar diam saja, mendengarkan istrinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki tersebut mengurungkan niatnya,membatalkan pengaduan isterinya kepada khalifah Umar.Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat istrinya berleter? Mengapa dia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, dia selalu tegas pada siapapun?.Umar berdiam diri karena ingat 5 hal.Apakah 5 hal tersebut?.
 

1. Isteri sebagai benteng Penjaga Api Neraka
 
Kelemahan lelaki ada di mata. Jika dia tidak boleh menundukkan pandangannya, niscaya panah-panah syaitan akan terkena pada matanya,membidik tubuh-tubuh yang elok di sekelilingnya. Panah yang tertancap membuat darah bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal,syahwat.Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi laki-laki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari.Isteri adalah tempat dia mengalirkan berjuta gelora. 

Biar lepas dan bukan azab yang kelak akan diterimanya.Dia malah mendapatkan dua kenikmatan, dunia dan akhirat.Maka, ketika Umar terpikat pada lenggokkan penari yang datang dari kobaran api, dia akan ingat pada istrinya, pada penyelamat yang melindunginya dari lenggokkan indah namun membakar.Bukankah sang istri dapat menari, bernyanyi dengan lenggokkan yang sama, malah lebih indah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ketujuh. Lebih dari itu istri yang solehah selalu menjadi semangatnya dalam mencari nafkah.
 

2. Isteri sebagai pemelihara Rumah
 
Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Terkadang sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Dia mengumpulkan dan terkadang tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya.Mendapatkan wang, beli ini beli itu. Untunglah ada istri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tidak menjadi sia-sia. 

Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran.Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula dia mau dibayar. Niscaya susah menemukan pemelihara rumah yang lebih prihatin daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya dia mendengarkan leteran isterinya, kerana (mungkin) dia penat menjaga harta-harta milik suami yang semakin hari semakin membebankan.
 

3. Isteri sebagai Penjaga Penampilan
 
Umumnya lelaki tak pandai menjaga penampilan. Kulit hitam legam tapi pakai pula pakaian warna gelap.Tubuh pendek malah suka pakai baju saiz besar. Atas dan bawah selalu tak sepadan. Untunglah suami punya penata busana yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilih apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang, menampal bila ada yang koyak. Suami yang tampil menawan adalah wujud keprihatinan isteri.Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecekapannya itu.
 

4. Isteri sebagai pengasuh anak-anak
 
Suami menyemai benih di ladang istri. Benih tumbuh, mekar. Sembilan bulan istri bersusah payah merawat benih hingga lahir tunas yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Istri juga merawat tunas agar tumbuh besar. Kukuh dan kuat. Jika ada yang salah dengan pertumbuhan sang tunas, pastilah isteri yang dipersalahkan. Bila tunas membanggakan lebih dulu suami maju ke hadapan.Baik buruknya sang tunas beberapa tahun ke depan tak lepas dari sentuhan tangannya. Umar paham benar akan hal itu.
 

5. Isteri sebagai penyedia Hidangan
 
Pulang kerja, suami kepenatan. tenaga terkuras, beraktiviti seharian. Dia memerlukan makan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami Cuma tahu ada hidangan, ayam panggang masak kicap, sayur asam, sambal belacan dan ulam. Tak terpikir olehnya harga ayam melambung, tadi pagi istrinya sempat berdebat,tawar-menawar,kerana harga melebihi bajet. 
 

Tak perlu suami memotong sayuran, cili dan bawang. Tak pening dia memikirkan berapa ukuran perencah agar rasa sesuai di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang dengan jumlah berlebihan, meninggalkan sedikit saja untuk isteri si tukang masak. Tanpa sedar isteri selalu menjadi tukang masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam memori makanan apa yang disuka dan dibenci suami.
 

Dengan mengingat lima peranan isteri ini, Umar kerap diam setiap istrinya berleter. Mungkin dia penat, mungkin dia lelah dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentenginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang istri, tak mengapa kalifah umar mendengarkan keluh kesah isterinya.
 

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah dia menasehati, dengan cara yang baik, dengan bergurau. Hingga terhindarlah pertumpahan ludah dan caci maki tidak terpuji.Akankah suami-suami masa kini dapat mencontohi perbuatan kalifah Umar ini.Kalifah umar tidak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.
 
WallahuAlam.
p/s : harga menjadi seorang isteri adalah priceless dan tak mungkin dapat dibayar oleh suami.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ternyata Hidup Ini Mudah

 

1.Ada seseorang ketika ingin melamar pekerjaan,ternampak kertas di lantai kemudian memungutnya dan membuangnya kedalam tong sampah.Hal tersebut ternampak oleh penemuramah pekerjaan,dan dia pun mendapatkan pekerjaan tersebut.

*Ternyata untuk memperolehi penghargaan itu cukup mudah,hanya dengan memelihara tabiat yang baik.

2.Ada seseorang menjadi pekerja di kedai basikal.Suatu hari ada seseorang mengantarkan basikal yang rosak untuk diperbaiki di kedai basikal tersebut.Setelah memperbaiki basikal tersebut,pekerja tadi juga membersihkan basikal tersebut hingga bersih mengkilat.rakan sekerja yang lain mentertawakan akan perbuatannya itu.keesokan hari,pemilik basikal tersebut mengambil basikalnya,dan pekerja tadi pun diambil bekerja dengan nya.

*Ternyata untuk menjadi orang yang berhasil itu cukup mudah,hanya dengan memiliki inisiatif sedikit.

3.Seorang budak berkata kepada ibunya:'Ibu hari ini kelihatan sangat cantik'.
 
Ibunya bertanya:'Mengapa?'.Budak tersebut menjawab:'kerana hari ini ibu tidak marah-marah'.

*Ternyata untuk menjadi cantik itu cukup mudah,hanya perlu tidak marah-marah.

4.Seorang Jurulatih bola berkata kepada muridnya:'Jika sebuah bola terjatuh kedalam semak,bagaimana cara mencarinya?'.
 
Ada yang menjawab:'cari mulai dari bagian tengah'.
Ada yang menjawab:'cari didalam bagian semak'.
Ada yang menjawab:'cari di bagian semak yang tinggi'.
 
Jurulatih memberi jawapan yang paling tepat:'setapak demi setapak,cari dari ujung semak sebelah sini hingga ujung semak sebelah sana'.

*Ternyata jalan menuju keberhasilan itu cukup mudah,hanya melakukan segala sesuatu setahap demi setahap secara berurutan,jangan melangkau.

5.Seorang petani menyuruh anaknya setiap hari bekerja dengan rajin di ladang.kawannya berkata:'tidak perlu menyuruh anakmu bekerja dengan keras.tanamanmu tetap akan tumbuh subur'.Petani menjawab:'aku bukan sedang menyuburkan tanamanku,tapi aku sedang membina anakku.

*Ternyata membina seorang anak itu cukup mudah,hanya membiarkan dia rajin bekerja.

6.katak yang tinggal di sawah berkata kepada katak yang tinggal di tepi jalan:'Tempat tinggal mu terlalu berbahaya,tinggallah denganku'.katak di tepi jalan menjawab:'aku sudah biasa,malas untuk berpindah'.beberapa hari kemudian katak 'sawah' menjenguk katak 'tepi jalan',dan menemukan katak 'tepi jalan' tersebut mati dilindas kereta yang lalu.

*Ternyata cukup mudah mengengam nasib kita sendiri,hanya dengan menghindari rasa malas saja.

7.Ada segerombolan orang berjalan di padang pasir,semua berjalan dengan berat sangat menderita.Hanya seorang yang berjalan dengan penuh gembira.mereka bertanya:'mengapa engkau gembira?'.Dia menjawab sambil tertawa:'kerana barang yang kubawa hanya sedikit'.

--->> Ternyata untuk memperolehi kegembiraan itu cukup mudah,hanya tidak serakah dan secukupnya saja.You are what you think about. Beware of your mind <<---


p/s : apa yg sy entrikan mungkin ada yg pernah baca dan mungkin ada juga yg belum baca, jadi sy suka utk berkongsi apa yg sy baca dan menarik buat renungan kita semua...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kata Kata Motivasi Dari Tokoh Tokoh Terkenal

 

 Swarmi Sivanada
'Jika Anda selalu berpikir tentang Kegagalan, maka Anda akan mendapatkannya. Milikilah Pikiran positif dan kuasailah Pikiran Anda dengan Rasa Percaya Diri dan Keyakinan. Inilah cara untuk mempertegas tindakan, Cara untuk memperkaya prestasi dan Cara menghidupkan pengalaman'.
 
John Wolfgang Von Goethe
'Orang Harus berjuang untuk mendapatkan apa yang diinginkan tetapi tidak ditemukan pejuang tanpa kesalahan dan kegagalan'.
 
Anthony Robbins
'Kejayan merupakan hasil dari keputusan matang, dan kematangan itu biasanya dihasilkan dari pengalaman yang terkadang penuh kegagalan'.
 
George B. Shaw
'Ketika Anda melakukan sesuatu dan gagal, maka kegagalan itu bukan saja akan membuahkan kejayaan tetapi yang pasti kegagalan itu lebih berguna dibanding anda tidak melakukan apapun'.
 
Brian Tracy
'Anda boleh belajar bagaimana mewujudkan kejayaan dari 'kegagalan, sebab hampir tidak ditemukan kejayaan tanpa kegagalan'.
 
Elbert Hubbard
'Kesalahan terbesar yang boleh dibuat oleh manusia didalam kehidupannya adalah terus menerus mempunyai rasa TAKUT bahwa mereka akan membuat kesalahan'.
 
Hugh Downs
'Orang yang bahagia bukanlah orang yang hidup di suasana tertentu, melainkan orang dengan sikap-sikap tertentu'.
 
Alexander Pope
'Semua orang tidak perlu menjadi malu karena berbuat kesalahan, selama dia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya'.
 
Andrew Jackson
'Musuh paling utama didunia adalah KETAKUTAN dan KEBIMBANGAN, Teman yang paling setia hanyalah KEBERANIAN dan KEYAKINAN yang Teguh'.
 
Benjamin Franklin
'Semua yang dimulai dengan rasa marah akan berakhir dengan rasa malu'.
 
Winston Churchil
'Kejayaan adalah kemampuan anda mengatasi kegagalan tanpa kehilangan semangat untuk mencapai kejayaan'.
 
James F. Byrnes
'Penuhi pikiran anda dengan keinginan untuk meraih peluang masa depan dan jangan biarkan pikiran anda dirasuki virus ketakutan terhadap masa depan dengan cara menghindari kegagalan'.
 
Earl Nightingale
'Anda tidak memerlukan sesuatu yang baru untuk berjaya, kecuali memerlukan cara baru yang lebih baik dalam menggunakan apa yang sudah anda miliki'.


p/s : kata-kata semangat ini perlu dan penting sebagai motivasi diri kita bila kita rasa down dan sedih kerana gagal  dalam sesuatu perkara...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

26 Januari 2011

Saya sentiasa bersyukur...

Didalam dihidup kita diminta supaya sentiasa bersyukurkan dgn setiap apa yang kita ada, walaupun mungkin ada beberapa keinginan atau kemahuan kita tak dapat dipenuhi atau dicapai atau tak mungkin tercapai...hehe
Ini dia Senarai Kesyukuran saya:
 
1. saya bersyukur orangtua saya memberikan nama yang cantik kepada saya, menjadikan saya seorang yang amat bersyukur.
 
2. saya bersyukur saya sentiasa dapat bersarapan pagi hari ini, makan tengahari dan makan malam, semuanya cukup serba serbi tanpa ada kekurangan. Alhamdulillah.
 
3. saya bersyukur saya sihat, mental saya cerdas dan saya dapat belajar benda baru setiap hari untuk menambah baik kemahiran diri saya.
 
4. saya bersyukur saya dapat bangun awal setiap pagi tanpa rasa malas.
 
5. saya bersyukur di kelilingi oleh kawan yang baik-baik, walau ada yg poyo saya ttp bersyukur...hik3
 
6. saya bersyukur dikurniakan suami yg penyabar, bertolak-ansur dan pemurah serta anak2 yg comel dan bijak.
 
7. saya bersyukur saya ada rumah untuk saya berlindung dari panas dan hujan, untuk saya tidur merehatkan badan.
 
8. saya bersyukur tidur saya sentiasa cukup, rehat saya sentiasa cukup.
 
9. saya bersyukur saya ada duit untuk membeli semua keperluan hidup saya.
 
10. saya bersyukur saya dapat menggembirakan seseorang, walau siapapun dia.
 
11. saya bersyukur hari ini hari adalah terbaik buat saya, esok saya bertekad mahu capai tahap lebih baik dari yang hari ini punya.
 
12. saya bersyukur saya ada sebuah handphone berkat kerajinan bekerja, dengan handphone inilah saya berhubung dengan keluarga dan kawan2 yang kini jauh di mata. Syukur pada Allah, rezeki ini pemberianNYA.
 
13. saya bersyukur saya ada peluang membaiki diri.
 
14. saya bersyukur saya ditemukan dengan ramai mentor, walaupun cuma di alam cyber.
 
15. saya bersyukur saya dapat berjalan-jalan menenangkan fikiran walau sesibuk cemanapun saya, saya bersyukur dapat menghirup udara segar yang sungguh menyenangkan.
 
16. saya bersyukur saya ada tujuan hidup.
 
17. saya bersyukur hidup saya masih terurus, saya bersyukur hidup saya amat tenang.
  
18. saya bersyukur saya mempunyai kereta utk kemana-mana tanpa  menyusahkan sesiapa.
 
19. saya bersyukur saya ada sebuah laptop untuk saya menaip idea dalam kepala saya di mana-mana.
  
20. saya bersyukur dalam usia sekarang ni, pengalaman hidup mengajar saya berfikiran dewasa.
 
21. saya bersyukur Allah memberi saya peluang untuk berbakti.
 
22. saya bersyukur Allah memberi saya peluang untuk saya beribadah setiap hari, di setiap ketika, di manapun jua. Thank you Allah!
 
23. saya bersyukur rupa saya tidak ada cacat celanya, saya bersyukur fizikal saya baik-baik saja.
 
Saya tulis list sebegini untuk membangkitkan rasa bersyukur, rasa berterima kasih dan rasa gembira.

" DOA, SABAR, TAWAKAL & SYUKUR "
 
p/s : grateful for what we have...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN