IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

4 Januari 2011

Kek Coklat Cawan


Kek coklat cawan ni aku buat hari sabtu yg lepas, saja wat makan2 sbb kakak ngan adik mintak diorang nak bawak sekolah..yelah , sekolah dah mula kan..resepi masih sama cuma nakkan kelainan tu yang dok tabur coklat chip dwi kaler tu...sebetulnya aku nak bagi kek ni pecah kat atas macam apam mekar, tp tataulah tetap takmo pecah, hairan2...yg ado pecah pun mcm tak sudi jer....api aku bukak kuat2 dan air buh penuh2....tp tulah rupa dia cenggitu jer, nak resepi meh salin....

  
KEK COKLAT CAWAN

Bahan - bahan :-
Telur - 2 biji ( Gred A ) < A >
Minyak masak - 1 1/2 cwn
Serbuk Koko - 1 cwn
Susu pekat - 1/2 tin
Gula pasir - 1 cwn

Susu cair - 1 tin ( nak sedap guna susu cair penuh krim Ideal )
Limau kasturi - 5 biji ( susu cair + jus limau = buttermilk ) < B >

Tepung gandum - 2 cwn - diayak semuanya < C >
Serbuk penaik - 2 sudu kecil
Soda bikarbonat - 2 sudu kecil

Topping :-
Serbuk koko - 1 cwn
Shortening - 2 sudu
Susu pekat - 1/2 cwn ( masak semua guna double boil )
kalau nak topping yg pekat @ keras guna cooking coklat.
kalau suka boleh tambah 2 sudu serbuk nescafe @ jus sunquick dlm bahan A

Cara membuatnya :- 1) Panaskan periuk pengukus. Lapik dengan papercup dlm acuan yg kecil.

2) Perahkan limau kasturi dan campurkan dlm susu cair. Biarkan 5-10 minit.

3) Campurkan semua bahan A dlm blender dan kisar sampai sebati dan gula dah halus.

4) Masukkan buttermilk tadi dlm blender dan kisar lg hingga sebati.

5) Tuangkan adunan tadi dan campukan tpg yg telah diayak sedikit2.

6) Kukus hingga masak. Kalau nak kek cantik ikat penutup periuk dgn kain supaya air kukus
tak masuk dlm kek.

p/s : satu adunan boleh dapat dlm 35-40 biji, bergantung pada acuan...
 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

24 Disember 2010

Kek Span Marble

Semalam terasa-rasa macam nak buat kek marble tp tepung kek butter dah habis yang ado cuma tepung untuk kek span, bukan tak leh guna tepung gandum segala tp aku maleh.....so, kita buat jelah kot-kot menjadi kan...

Resepi masih sama cuma tambah paste pandan dan pewarna hijau je, yg lagi satu adunan tu buh paste vanila ngan pewarna kuning sket, tp semalam tak letak pewarna kuning pun sbb dah takder dlm stok...hehe..so, kalau uols nak cuba mungkin leh tambah lebih sket pewarna hijau atau apa2 warna yg korang suka....
Layan gambar je eh...






Kek ni aku buat sbb nak bawak balik kg..mak mentua eden suka nau lau eden bawak  segala jenis kek balik kg..menantu kesayanganlah katakan...eh! idaklah, mak mentua eden tu layan sama jer semua menantu dia...hehehe

p/s : kak jue, kelas ari ni takder tau....khairul nak off, penat weh ari2 melompat segala...ngeh..ngeh..ngeh


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

23 Disember 2010

Kek Span Vanila...


Petang semalam lepas balik keje laju-laju pegi kedai sebab nak wat kek..member opis tempah untuk hubby dia yang sambut besday ari ni..

Dia mintak suruh buatkan kek span biasa jer, takmau lapis melapis nih..hah, senang keje aku...hehehe..

So, aku buatkan untuk dia kek span vanila..

Inilah rupa kek tu yg belum difrosting..buat dua loyang 1 bulat 1 empatsegi

tadaaaaaa....

Kek Span Vanila

500 gm tepung kek span ( aku guna brand Optima )
6 biji telur gred A
100 gm Butter cair 
100 gm air
1 sb ovalette
1 sb esen vanila 

Cara buat :

  • Panaskan oven 180 darjah Celcius.
  • Pukul tepung ngan telur ayam sampai kembang dan ringan.
  • Masukkan ovalette dan pukul lagi.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit pastu baru butter cair.
  • Akhir skali tambah esen vanila atau apa2 perisa.
  • Tuang dalam loyang yang dialas ngan kertas minyak atau digris.
  • Bakar selama 25-30 minit.
p/s : Kalau guna loyang size 8-9 inch, boleh dapat 2 biji

Untuk Buttercream

500 gm krimwell
150 gm butter / mentega
50 gm air gula / gula aising

  • Pukul krimwell sampai putih dan kembang.
  • Kemudian masukkan air gula sedikit-sedikit.
  • Bahagikan dan masukkan pewarna yg disukai.

p/s : kalau nak guna fresh cream lagi sedap tp jgn over beat nanti krim jadi tak sedap..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN