Alhamdulillah.
Semua rakyat Malaysia dah bebas merentas negeri once you got your complete vaccinated right.
Agak terlewat post blog ni cerita pasal rentas negeri sebab dah almost sebulan. Sebab masa mula-mula kejadian boleh merentas tu aku masih tak ada kesempatan nak merentas balik ke kampung halaman jumpa mak dan famili pon.
Terkadang ada manusia yang dia tak ke mana-mana tapi dia sangat cepat menilai dan membuat kesimpulan perihal kehidupan orang lain. Maksud tidak ke mana-mana tu adalah merujuk manusia yang dia membesar, bersekolah, berkahwin dan beranak pinak di kawasan setempat je. Dia tak merantau ke luar dari negeri kelahiran dia, kalaupun dia berpindah mengikut suami cumalahke daerah bersebelahan atau ke kampung bersebelahan dan hidupnya aman-aman sahaja dengan kehadiran mak ayah adik beradik di sebelah rumah atau satu rumah. Alhamdulillah rezeki dia sebegitu.
Golongan yang tak ke mana-mana ni paling cepat meroyan apabila tertangkap dipandangannya sosok-sosok teman dan saudara mara yang berkelana dan merantau di negeri lain membuat posting di media sosial. Soal bila teman/saudaranya berkongsi gambar atau check in di mana-mana tempat selain kampung halaman.
Manusia sejenis ni menjadi tidak senang duduk lantas tidak dapat menahan gelojak ingin tahunya dengan membuat komen pada media sosial teman/saudaranya itu. Soal niatnya itu kalau ikut judgemental aku adalah dia menyebuk ya amat sebab dia mau tahu " Kenapa kau tak balik2 lagi ke kampung Siah oi?? Dah boleh rentas negeri ni. Aritu meroyan sangat!"
Yelah, dia mana nak tahu Siah oi yang kita ni keje. Tak keje tak de lah duitnya nak bayor tol, petrol nak sebis kete, nak beli tiket kapal nak balik kampung tu. Hujung-hujung tahun ni kan semua nak kejar KPI, kalo geng gomen tu kalut Siapkan SKT LNPT. Dengan nak katup akaun. Semua nak kejar dateline.
Dia dateline dia takat jemput anak kat skolah, angkat kain kat ampaian, beli groceries kalo dah surut stok kat dapur. Tu pon mujur banget kalau Suami yang buat task tu. Maybe dia bz bentang laporan kewangan bulanan semasa mesyuarat anak beranak je la kot. Adoila Siah oi, aku x leh nak brain la manusia2 gaya gitu.
Tuntutan kerja dan tuntutan batin yang meronta-ronta nak balik kampung tu buat orang-orang dewasa macam aku ni tersepit terkepit.
Tak semua yang paham dan amik paham. Kita pulun kejar siapkan perancangan tahun 2021 ni. Ade out station Siah kan. Dah kalau out station tu keje lah namanya. Ade pegawai atasan kita join sekali. Nak jumpa kawan2 hari program berlangsaung tu agak rumit.
Dah kau datang without inform pulak. Datang lunch hour yang 1.5 jam tu. Aku ni urusetia diulang urusetia. Yang bertugas nak kene check makan dah sedia ke belom, bilik dewan dah on aircond ke belum. Yang kedek2 keluar cari ubat2an bila peserta tak sehat dan x nak ke klinik. Susah Siah kalau orang tak pernah keje bidang kita ni. Kita bukan semata keje dalam opis saje.
Susah aku nak puaskan hati manusia2 macam ni.
Kita merentas tu terkadang sebab tuntutan kerja. Kebetulan di negeri kelahiran kita, ambillah kesempatan jenguk keluarga sehari dua. Tu pon jumpa immediate famili saje. makcik pakcik sepupu sepapat setakat tengok di media sosial saje. Janganlah kau nak demand aku kene mengadap kau yang geng abam/kakak kawasan pulak.
InsyaAllah ade rezeki jumpa lah kita. Kau nak prejudis apa2 pon aku tak amik kesah. Kau tanya pon buat aku rasa tak selesa.
Aku dah tua dah nak hidup aman-aman dengan ade certain limitation. Sejenis aku buat apa aku senang dan aman dan suka.
#postrentasnegeri
#rentasnegeri
#tuntutankerjadanperibadi