Tak usah ditanya lah azam tahun 2013 tercapai ke idak.
Aku ni kalo berazam tu macam2 aku listkan sampai x muat kertas A4 tu.
Tapi kalo dibilang berapa yang tercapai tu agak payahlah sket sebab selalunya awal2 tahun azamnya byk, dah tengah tahun kot bertambah lagi azam dan cita2 murni kan.
Cume yang aku dapat buat kesimpulannya tahun 2013 ni aku sedikit hepi dan kadang2 tu ade jugop la stress tu. Antara perkara yang aku dapat capai
- mula bergelar pelajar
Aku x heran lah orang nak kutuk atau mencebik bila aku cakap aku start masuk kelas balik as part time student. Dan aku bukanlah amik Master pon. jadi, x payahlah nak tanya banyak sangat. Kalau korang setakat tanya aku jawap korang puas hati tak pe la. ni lagi korang kondem dan mencebik2 lak. Suka ati aku la dah duit aku masa aku dan paling penting bos aku dan mak aku memang sangat mengalukan. Instead mak aku tanya x nak sambung belajar ke masa awal tahun aritu dan aku jawap "dah apply mak, tunggu lulus ke tidak je permohonan".
Jadiknya bila dah berjaya permohonan, majikan aku bagi green lite dan banyak aktiviti rasmi aku dapat pengecualian dek kerana bebanan kelas dan peperiksaan aku sangat2 bersyukur dapat boss aku Puan Hajjah banyak bagi galakan sebenarnya. motivasi dia bagi tu yg menyuntik semangat aku. Jadik secara tak langsung ade jugak aku influence lah kawan2 satu opis tuk sambung belajor.
Walaupun begitu masih ade lagi segelintir kawan-kawan semacam tak puas ati plak aku sambung belajar. ayat2 sinis yang selalu tertangkap kat telinga aku:-
Ko tak pe lah, x de komitmen lagi. anak dgn laki x de. bolehlah nak telek2 buku nak gi kelas semua.
tak kurang jugak yang memerli dan seolah menghina plak status bujang aku pon ade
Kalau sekarang umor ko dah 32, nak abiskan study ko amik masa 3-4 tahun lagi, aku x tau la ko ni kawen ke idak. kenapa lah ko pentingkan diri sangat. Bile ko nak kawen ni?
Tapi aku x amik port lah. pada aku ni masa depan aku. yelah aku tak tahu bile dunia nak kiamat. bile aku nak mati. bile jodoh aku nak sampai. dari aku tunggu aku cari tak jugak kejumpaan. baiklah aku reward diri aku sendiri dengan sesuatu yang aku suka.
Aku suka membaca then why not aku x study? yes mmg jurusan ni jauh benor tersasar dgn jurusan aku amik semasa di UIA dulu. tapi x pe lah. selari dengan keje aku skang ni kan. dan aku juga ade perancangan kerjaya yang lain.
Now dah masuk 2nd part. dan keputusan part 1 aku x de cemerlang mana(mestilah aku aim 4.0). Aku harap sem baru ni aku nak lebih score sbb Course Coordinator pon dah tlg kami student epjj dgn letak 12 credit hour semata2 nak nama kami dlm list dekan. sbb last sem ramai yg score 3.5 above tapi x layak msk list dekan sbb credit hour just 11.
Cabaran tu tetap ada, nak cuti tanpa rekod tuk exam agak lambat kelulusannya. jadiknya aku kene bajetlah cuti rehat aku dulu dikorbankan. juga jarak perjalanan dari rumah ke UiTM Dungun amik masa sejam (kalo aku bawak berhemah) dan 45 minit kalo aku speed. Rakan2 baru yang aku kenali semasa epjj ni dah macam adik beradik sendiri. masing2 membantu.
Teringat plak masa last paper aku sit aritu lepas exam kawan2 yg lain semua bergegas bersuka ria ke Mesra Mall gi karaoke la lepak2 la. aku plak bergegas ke KL sebab kene assign tuk kursus ICT. nasib baik la opismate aku yg drive. memang agak penat tapi aku rasa berbaloi dan rasa puas hati sangat dengan masa aku yang terisi.
Overall study sem ni kene lebih rajin sebab kami amik Subjek Math n Law. matilah kan nak score A+ for all subjects.
so azam Tahun 2014. nak score 4.0 la plak......................