Sabtu, 28 November 2009

SENYUMKAMBING TIDAK DIUNDANG


DARI LAMAN BLOG KUDA BERHIAS.BLOGSPORT.

Pagi tadi saya berbual dengan seorang sahabat yang memang pro dalam dunia penulisan. Dia menulis agak "ganas" juga tetapi tulisannya selalu dipertahankan dengan fakta dan logika yang dapat diterima akal yang waras. Ganas tetapi berhemah, beretika dan bermaruah. Tidak menghina individu dan mengenepikan soal remeh-temeh dalam kehidupan seharian seperti "menjaga kesilapan orang" lalu menggunakan kesilapan yang sedikit itu untuk "membunuh" seluruh kehidupannya.

Saya mengikuti segenap paparan blogger KB. Dari kecil sehingga yang besar sehinggalah ke komennya yang sekecil-kecilpun. Saya selalu memperincikan bagaimana matang dan tidak matangnya paparan mereka. Kebanyakannya masih agresif seperti "penyerang dalam pasukan bola".

Dalam dunia cyber yang tiada sempadan, semuapun kita tulis dan boleh tulis tetapi dalam "dunia yang nyata, kita berhukum dan beradat". Kita tidaklah memiliki hak yang hakiki dan mutlak untuk mengaibkan mana-mana individu kerana kita terikat dengan HUKUM. "Dunia cyber tiada hari kiamatnya dan bakal tiada tiupan sangkakalanya. Manakala dunia kita, ada kiamatnya dan pasti tiupan sangkakal akan membelah bumi kita". Dunia cyber tidak ada rukunnya yang lima, dunia kita memerintahkan kita menunaikan rukun yang lima itu dan yang kelima jika kita berkemampuan. Ingatan saya pada diri saya dan sudara-saudara dan anak-anak buah, jika anda memasuki dunia cyber jangan lupakan "syahdah kita" kerana dunia cyber itu dunia "atheist".

Senyum Kambing telah memasuki Dunia Cyber Daerah kita dengan senyumnya yang bersalutkan "kebencian". Penuh dengan muslihat di sebalik senyumannya. Dia umpama Dzajjal. Bagi mendepaninya, Kita perlu ada "kekebalan" agar tidak terheret ke jurang kehinaan sehingga kita meniru kehidupan Dzajjal dan menganut pula fahaman seperti yang dibawanya.

Saya berdoa agar kita semua selamat dan kembali berpegang kepada hukum yang digariskanNya. jangalah lupa syahada kita bila kita memasuki dunia cyber. Jangan sekali-kali kita meninggalkan syahadah apabila kita membuka kekunci dan mula memasuki alam cyber. Kita jangan mengutuk kerana kita merasa terlindung di sebalik tabir dunia cyber. Seolah-olah kita mengenepikan syahadah kita dan menolak dan menidakkan kenyataan bahawa "SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MELIHAT SESUATU SAMADA YANG NYATA ATAU TERSEMBUNYI".

Pada ketika ini, mungkin sesetengah paparan kita terbawa-bawa oleh desakan emosi kerana kelemahan kita sendiri. Jika kita terus berusaha meningkatkan kualiti tulisan kita, lambat laun kita akan matang dan laman-laman web blog kita akan menjadi laman yang ditumbuhi bunga-bunga kasih sayang yang amat berguna kepada masyarakat kita dan menjadi pujian dunia luar.

Saya masih sedih kerana paparan kita masih di tahap yang rendah dan menjadi "lelucuon" bloger-bloger luar yang juga melihat dan mengintai kita dalam dunia cyber. Kadang saya rasa terkilan dengan tanggapan mereka tetapi sebagai manusia yang menghormati "kebebasan dan hak", kelemahan kita blogger KB tetap saya pertahankan dari serangan mereka.

Dengan doa semoga kita terus berfikir dan mudah-mudahan blogger kita akan cukup mantap dan matang. jangan juga lupa bahawa kta semua berkongsi kelemahan dan kekurangan sebagai blogger KB. Natizahnya, "rosak susu sebelanga kerana nila setitik" namun kita harus berusaha memperbaiki kelemahan. Dengan niat ikhlas kita semua, insyahallah kita akan terus diberi kekuatan berfikir dan ilham yang bernas.


Kepada Senyum Kambing, "Pulanglah ke dunia yang kamu sukai". Jangan lupa beli langsat, Kueh Jala dan pinjaram yang enak dari Daerah saya. Sesungguhnya saya lebih rela kamu tidak berkunjung lagi ke daerah saya dari mengotori minda-minda bloger-bloger KB dan laman mereka yang masih di tahap untuk belajar terbang menjadi "rajawali yang menguasai angkasa".

Paparan Berkaitan

Dari Saudara Naddin Haji Sahidin
Orang-orangan, penjaja kebencian, si dalomangkob dan bloggers kita

5 ulasan:

  1. itu senyumkambing saitan punya org..blogger kasi kluar itu cerita lin dia ulasn lain..asik2 itu sdr Roslan dia ancam..sial itu manusia..

    BalasPadam
  2. katakamu, kao roslan mansor ka? kao kawan dia..sabab itu kao sukong itu roslan mansor.. kao la sial.. sabab kao kawan sama urang sukak sarita bohong sarita fitanah..kalao kao baranai.. kao bacha itu blog http://www.senyumkambing-senyumkambing.blogspot.com kao bole bacha itu list blog sukak bohong dan fitanah

    BalasPadam
  3. ini blog confirm kawan roslan punya.. sabab itu muzik sama itu kalapa mawar@ roslan mansor. itu siti farahana tuduh sini tudu sana..

    ako posting samua sarita itu roslan mansor.. dolopun itu roslan mansur tipu masa tanding umno.. ako kasi duit utuk tulung ako.. dia masok pukit itu duit.. sakarang.. dia tunjuk lawak.. dia ta duit.. tipu sana tipu sini.. ada duit

    BalasPadam
  4. Senyum kambing sebenarnya GILA TALAK sebab tulah merapu semacam...

    BalasPadam
  5. Sebab itu, kalau tidak suka kena kata mcm-mcm jangan buat orang lain mcm tu.. bukan tidak boleh tegus/kritik tapi kenalah berhemah.. Nah, skrg tau kan apa rasanya kalau kena kritik sembarangan oleh orang lain.. Saya juga tidak setuju dengan sikap yang keterlaluan tapi dalam hal ini, saya ucap tahniah kepada SENYUMKAMBING kerana telah berjaya menyampaikan msg bahawa kalau mengkritikpun biar berhemah.. Semoga sihat selalu Senyumkambing... Kadang-kadang ajar murid memang kena pakai rotan baru berkesan...

    BalasPadam