Sabtu, 28 November 2009

SENYUMKAMBING TIDAK DIUNDANG


DARI LAMAN BLOG KUDA BERHIAS.BLOGSPORT.

Pagi tadi saya berbual dengan seorang sahabat yang memang pro dalam dunia penulisan. Dia menulis agak "ganas" juga tetapi tulisannya selalu dipertahankan dengan fakta dan logika yang dapat diterima akal yang waras. Ganas tetapi berhemah, beretika dan bermaruah. Tidak menghina individu dan mengenepikan soal remeh-temeh dalam kehidupan seharian seperti "menjaga kesilapan orang" lalu menggunakan kesilapan yang sedikit itu untuk "membunuh" seluruh kehidupannya.

Saya mengikuti segenap paparan blogger KB. Dari kecil sehingga yang besar sehinggalah ke komennya yang sekecil-kecilpun. Saya selalu memperincikan bagaimana matang dan tidak matangnya paparan mereka. Kebanyakannya masih agresif seperti "penyerang dalam pasukan bola".

Dalam dunia cyber yang tiada sempadan, semuapun kita tulis dan boleh tulis tetapi dalam "dunia yang nyata, kita berhukum dan beradat". Kita tidaklah memiliki hak yang hakiki dan mutlak untuk mengaibkan mana-mana individu kerana kita terikat dengan HUKUM. "Dunia cyber tiada hari kiamatnya dan bakal tiada tiupan sangkakalanya. Manakala dunia kita, ada kiamatnya dan pasti tiupan sangkakal akan membelah bumi kita". Dunia cyber tidak ada rukunnya yang lima, dunia kita memerintahkan kita menunaikan rukun yang lima itu dan yang kelima jika kita berkemampuan. Ingatan saya pada diri saya dan sudara-saudara dan anak-anak buah, jika anda memasuki dunia cyber jangan lupakan "syahdah kita" kerana dunia cyber itu dunia "atheist".

Senyum Kambing telah memasuki Dunia Cyber Daerah kita dengan senyumnya yang bersalutkan "kebencian". Penuh dengan muslihat di sebalik senyumannya. Dia umpama Dzajjal. Bagi mendepaninya, Kita perlu ada "kekebalan" agar tidak terheret ke jurang kehinaan sehingga kita meniru kehidupan Dzajjal dan menganut pula fahaman seperti yang dibawanya.

Saya berdoa agar kita semua selamat dan kembali berpegang kepada hukum yang digariskanNya. jangalah lupa syahada kita bila kita memasuki dunia cyber. Jangan sekali-kali kita meninggalkan syahadah apabila kita membuka kekunci dan mula memasuki alam cyber. Kita jangan mengutuk kerana kita merasa terlindung di sebalik tabir dunia cyber. Seolah-olah kita mengenepikan syahadah kita dan menolak dan menidakkan kenyataan bahawa "SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MELIHAT SESUATU SAMADA YANG NYATA ATAU TERSEMBUNYI".

Pada ketika ini, mungkin sesetengah paparan kita terbawa-bawa oleh desakan emosi kerana kelemahan kita sendiri. Jika kita terus berusaha meningkatkan kualiti tulisan kita, lambat laun kita akan matang dan laman-laman web blog kita akan menjadi laman yang ditumbuhi bunga-bunga kasih sayang yang amat berguna kepada masyarakat kita dan menjadi pujian dunia luar.

Saya masih sedih kerana paparan kita masih di tahap yang rendah dan menjadi "lelucuon" bloger-bloger luar yang juga melihat dan mengintai kita dalam dunia cyber. Kadang saya rasa terkilan dengan tanggapan mereka tetapi sebagai manusia yang menghormati "kebebasan dan hak", kelemahan kita blogger KB tetap saya pertahankan dari serangan mereka.

Dengan doa semoga kita terus berfikir dan mudah-mudahan blogger kita akan cukup mantap dan matang. jangan juga lupa bahawa kta semua berkongsi kelemahan dan kekurangan sebagai blogger KB. Natizahnya, "rosak susu sebelanga kerana nila setitik" namun kita harus berusaha memperbaiki kelemahan. Dengan niat ikhlas kita semua, insyahallah kita akan terus diberi kekuatan berfikir dan ilham yang bernas.


Kepada Senyum Kambing, "Pulanglah ke dunia yang kamu sukai". Jangan lupa beli langsat, Kueh Jala dan pinjaram yang enak dari Daerah saya. Sesungguhnya saya lebih rela kamu tidak berkunjung lagi ke daerah saya dari mengotori minda-minda bloger-bloger KB dan laman mereka yang masih di tahap untuk belajar terbang menjadi "rajawali yang menguasai angkasa".

Paparan Berkaitan

Dari Saudara Naddin Haji Sahidin
Orang-orangan, penjaja kebencian, si dalomangkob dan bloggers kita

Rabu, 18 November 2009

PERSATUAN BLOGGER KOTA BELUD


Semalam saya bertemu dengan seorang blogger di KB. Kami secara kebetulan bertemu di Bank Simpanan Nasional.Setelah berborak lama. Dia mengajak saya minum di restoran M. Katanya bersembang-sembang sementara menunggu rakannya yang datang dari KK. Banyak cerita yang kami ceritakan termasuklah mengenai dunia blog di KB yang semakin laris .Katanya dia yakin bahawa kebanyakkan blogger di KB mempunyai 2 atau lebih blog kerana idea yang sama berulang-ulang diketengahkan.

Antara yang Top danmenjadi kunjungan ialah blog KELAPA MAWAR, NUJUM PAK BELALANG,BANASAB,KUDA BERHIAS, ONE KOTA BELUD,DAYANG WULAN,MUSLI OLI DAN lain-lain lagi...kami kira hampir lebih 20 blog di KB.

maka datanglah idea supaya ditubuhkan satu Persatuan Blogger di KB supaya ada penyelarasan dari segi isu yang dipaparkan. Kata rakan saya ini, bayangkan kalau ramai-ramai membawa isu yang saya, ia boleh memberikan kesan yang besar ke atas pembangunan daerah KB ini..

Setelah menyetujui asasnya menubuhkan satu persatuan blogger, kami mula mencatur SIAPA yang patut menjadi Presidennya..? Maka rasanya yang paling layak ialah Sdr Musli Oli.Seorang aktivis sosial, Pemimpin NGO, aktif dalam politik, Penulis,pemerhati dan penganalisis politik negara. Sumbangan dan kepakarannya dalam hal-hal kemasyarakatan membolehkan Persatuan Blogger ini ditubuhkan secepat mungkin..kalau boleh sdr Musli menjadi pengerusi penaja terlebih dahulu dan merancang satu pertemuan supaya langkah seterusnya dilaksanakan.

Ahad, 8 November 2009

IRANUN BERTAMBAH PARAH

gambar dari paikankb.blogsport.

Beberapa minggu yang lepas ketika saya menghadiri upacara pengebumian jenazah pakcik saya di kg Merabau yang terlibat dalam satu kemalangan, saya sempat mendengar beberapa orang dari kampung berdekatan memperkatakan tentang kepimpinan suku Iranun.Saya bukannya minat sangat mendengar perkara-perkara sebegini,tetapi oleh kerana nama beberapa tokoh termasuk tokoh yang paling saya kagumi Tan Sri Pandikar Amin, maka saya paksa telinga mendengar komelan orang-orang ini.

menurut mereka, Tan Sr Pandikar,terlibat dalam beberapa rancangan menjatuhkan para pemipin muda di kalangan orang Iranun, termasuk kata mereka Pakcik Tadzul ketika bertanding ketua Pemuda Umno KB. Banyak agenda tersembunyi kata mereka. Malahan pada waktu itu, anak Tan Sri Pandikar yang juga kenalan biasa saya turut dikaitkan. Hairan betul saya, sehingga begitu sekali apa yang berlaku. Saya bukannya pro kepada Tan Sri Pandikar, biarpun satu kampung..tetapi saya terfikir kalau benar pun perkara itu terjadi, mesti ada sebab dan musababnya.Kenapa tiak di tanya kepada Tan Sri Pandikar..? bukankah pintu perbincangan terbuka luas..?

Maka kata mereka, sekarang orang Iranun tidak ada apa-apa dalam Umno KB. Hanya kata mereka anak pakcik HJ.Manshor iaitu Cikgu Roslan dan Ustaz Idris serta Anak pakcik Maslin, SUhaimi yang masih bertahan dalam UMNO KB. Itupun sedang dicarikan jalan untuk disisihkan..? Benarkah Tan Sri Pandikar begitu? Adalah elok jangan berprasangka sedemikian..kerana mana mungkin terjadi seorang bapa meracuni anaknya..?

Apa yang saya dengar Cikgu Roslan dengan Ustz Idris sendiri tidak 'ngam' malahan saling jatuh menjatuhkan. Di pihak satu mahu menonjol dirinya. Manakala di pihak yang satu terlalu terbuai denga kemenangan selaku AJK Bahagian. Saya tidak berapa kisah dari mana datangnya para pemimpin muda ini kerana di Kg Tamau, saya juga ada keluarga iaitu Datuk Arwah Hj. Samad Lantukan. Banyak pakcik-pakcik saya ada di Kg Tamau. Begitu juga di Tawadakan. Hampir kebanyakkan di perkampungan Iranun saya mempunyai keluarga.

Antara perkara yang saya turut dengar juga ialah mengenai cikgu Roslan yang dikatakan terlalu egois sehingga mengenepikan kepimpinan ayahnya yang merupakan orang kuat Hj. Musbah. Mereka mempertikaikan kewibawaan AJK bahagian ini, selain kata mereka, dia terlalu dikongkong oleh percaturan politik isteri beliau, Rosmanah Bakhtiar. Apa yang saya tahu isterinya ini juga ada kaitan kekeluargaan dengan Datuk Salleh , kerana itu pada waktu pemilihan G7 yang lepas isterinya pula bertindak menyokong Datin Saidatul Badru.Kata orang mak ciknya konon. Walaupun Cikgu Roslan antara yang menjadi perhatian ahli politik di Kb tetapi kerana masalah itu, maka dia boleh diketepikan.

Manakala Ustaz Idris pula kata mereka, tidak sangat menyerlah berbanding cikgu Roslan. Beliau hanya di barisan kepimpinan bawahan yang tidak berapa dipedulikan. Selain tiada kelayakan akademik yang tinggi, dia juga tidak mendapat sokongan majoriti pewakilan Bajau dan Iranun. Undi kemenangannya tempoh hari adalah hanya ihsan politik pemimpin di KB, kata mereka. Ustaz Idris juga dilihat hambar dari segi pergaulan dan cetusan pemikiran. Hanya mendapat sokongan di Tawadakan, selain sedikit di kg Merabau.

Suhaimi Maslin juga mendapat tentangan dari kampungnya sendiri. Aak-anak Pakcik Kasan tidak akan membiarkan sdr Suhaimi terus mendapat tempat dalam UMNO KB, termasuk pegawai kanan Datuk Rahman, En. Aslie Pardan. Bahagian peti undi Pantai emas banyak menyaksikan perpecahan,termasuk beberapa tokoh lama seperti En.Rakim Siunang yang turut mempunyai sokongan kepada pemimpin politik di KB.

setelah mendengar cerita mereka,sayajadi bertambah keliru, bahawa IRanun nampak sangat bermusuhan dalam politik. Apasaja yang berlaku Tan Sri Pandikar yang dipersalahkan. Kenapa jasa dan pengorbanan Tan Sri tidak pernah diambil tahu? berubalah, demi untuk melihat masyarakat kita mendapat kuasa politik semula.