Showing posts with label Berkongsi Informasi dan Cerita. Show all posts
Showing posts with label Berkongsi Informasi dan Cerita. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

PERKEMBANGAN POSITIF




Alhamdulillah, syukur ya Allah.. Bertuah sungguh Faiz dapat menyesuaikan diri dengan dua sekolah dalam satu masa. Sekolah Pra Pendidikan Khas dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Dia dah mula menunjukkan minatnya dalam pembelajaran, pergaulan dan membiasakan dirinya untuk berdikari. Harapan umi dan abi, supaya Faiz mudah mendapat ilmu dan perkembangan yang positif dalam dirinya..
Umi dan abi pilih dua sekolah adalah untuk kebaikannya juga. Di Pra sekolah, Faiz akan dapat elaun khas dan bergaul bersama kawan-kawan istimewanya yang lain. Cikgu pulak dapat menumpukan perhatian untuknya, sebab pelajar di situ cuma 9 orang saja. Tapi, pembelajaran di situ agak terhad, berbanding di PASTI yang sentiasa dalam suasana belajar. Faiz akan pergi sekali atau dua kali seminggu ke Pra.
Di PASTI Faiz dah biasa dengan ustazahnya kerana itulah pengasuhnya masa umi pergi mengajar KAFA. Dia masuk kelas 5 tahun sebab di kelas tu, sukatan pelajarannya tak tinggi sangat. Ada masa dia nak ikut ustazahnya, ada masa tu tak nak..Ikut mood dia je.. Kalau bab menulis, memang dia malas sikit. Tapi kalau bab mengeja, bernasyid atau bacaan surah dan doa, paling dia suka.
Sekarang dia dah banyak nak ikut orang bercakap. Tapi kadang tu perkataan yang dia cakap tu tak kena pada tempatnya dan tak betul sebutannya. Biarlah tersalah cakap pun, asalkan dapat dengar suaranya. Faiz dah mula pandai baca surah2 atau ayat al-quran yang pendek-pendek. Mengira 1-20 dalam 3 bahasa, tapi bahasa arab tak berapa lancar lagi.. Dah mula belajar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya yang lain di PASTI.
Akhir sekali, umi doakan perkembangan positif ini berterusan dan umi tak pernah jemu dan tak akan jemu berusaha untuk kebaikan dan buat yang terbaik untuk anak-anak umi terutama Faiz yang mesti diberi tumpuan yang lebih. Semoga Allah memberkati dan memberikan kekuatan buat umi dan abi. InsyaAllah..

Friday, April 29, 2011

Tips Ingat Juzu'Al-Quran Yang Menakjubkan


Saya terjumpa satu tips mengingati atau cara mudah untuk mencari mukasurat al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini dikongsikan dengan anda satu formula mudah untuk mengingati atau menghafal halaman al-Quran tersebut :-

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di mukasurat ke berapa :

5 -1 = 4 , 4 perlu didarab dengan 2 jadi 8 ( 4 x 2 = 8 )
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang, lihat pada al-Quran dan anda akan lihat, juzuk 5 bermula daripada mukasurat 82.. Menarikkan ?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa :
10 -1 = 9 , 9 perlu di darab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa :
23 - 1 = 22, 22 perlu di darab dengan 2 , jadi 22 x 2 = 44
Letakkan nombor 2 selepas jawapan..
Jadi Juzuk 23 bermula pada mukasurat 442

Subhanallah, memang menakjubkan.. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran..
Renung-renungkan, dan selamat beramal..
Jadikan al-Quran dekat dihati.. Dengan membaca al-Quran, hati akan tenang..InsyaAllah

Tuesday, April 12, 2011

Nak Join Ariana's Story 1st Give Away

** Untuk maklumat lanjut klik pada tajuk di atas..

Dengan adanya sedikit masa yang terluang, hari ni dapatlah Tie memeriahkan lagi dan memberi sokongan padu buat kak dan Ariana's Story 1st GA anjuran kak yang disayangi. Tahniah di atas kejayaan kak dalam dunia blog ni dan banyak ilmu yang bermanfaat di dalamnya..

Sesiapa yang berminat untuk memenangi hadiah perhiasan rumah bertemakan 'English Style', jom sertai GA yang menarik ini yang akan berakhir pada 9.5.11.

Di sini Tie juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam ukhwah dan ziarah buat semua yang singgah sini.. Buat kak, teruskan menulis dan semoga memberi manfaat dan kebaikan buat yang membacanya..

Friday, April 8, 2011

Pendapatan Kecil-kecilan

Arnab yang kecil ni, baru buka mata, umurnya 2 minggu. Ada 12 ekor.
Sebahagiannya akan dijual dalam masa sebulan lagi

Tengah menjamu selera, makan kulit keledek.
Ada juga baby arnab yang nak menyusu
Berehat dalam lubang..comel je



Inilah arnab kesayangan kami yang dipelihara sejak hampir 2 tahun ni. Ada yang dah disembelih, dan dijual. Bermula dengan minat atau hobi, sehingga sekarang men.adi hasil pendapatan kecil-kecilan kami. Tapi tanggungjawab memeliharanya bukanlah mudah sebenarnya, nak membesarkan arnab yang baru dilahirkan dengan menyusukan dengan ibu arnab tu bukannya mudah. Dengan menyediakan makanan yang banyak serta dua kali sehari mesti bersihkan rumah arnab tu. Berkat kesusahan dan kesabaran tu, inilah hasilnya..

** Terkini, arnab kami lahir lagi 6 ekor semalam..

Friday, March 26, 2010

Bahan Pendidikan Untuk Kanak-kanak

Maklumat ni Tie dapat daripada doktor yang merawat Faiz baru-baru ni. Dia mencadangkan beberapa aktiviti atau mainan yang tersebut di bawah amat sesuai khususnya untuk kanak-kanak istimewa ini.
Kanak-kanak ini juga mampu bersaing atau seiring dan mungkin lebih berkeupayaan daripada kanak-kanak yang lain jika diberi pendedahan atau penekanan yang lebih berpandukan cara-cara dibawah sebagai panduan.

Bagaimana kanak-kanak (kelainan Upaya) belajar

* kanak-kanak belajar dengan berkesan bila mereka diberi objek dan bahan pendidikan yang boleh digunakan secara bijak.
* mereka dapat meneroka, bereksperimen, mencuba secara betul dan salah di dalam persekitaran yang selesa, selamat dan merangsangkan.
* Keseronokan bermain dapat dibantu bila ibubapa turut berinteraktif dengan mereka.
* Bermain secara interaktif merupakan asas utama di dalam perkembangan intelek dan minda kanak-kanak.

Perkembangan melalui permainan interaktif

* Bermain adalah cara utama kanak-kanak belajar dan perkembangan meningkat melalui permainan yang interaktif bukan pasif.
Aktiviti Permainan Manipulatif (Betindak secara bijak)
* Kemahiran bertindak secara bijak adalah kemahiran menggunakan tangan dan jemari dengan cekap dan pantas.
* Kemahiran ini amat berguna bagi memudahkan aktiviti seperti mengenakan butang dan zip baju, memegang pensel dan juga membaca dengan lancar.
* Aktiviti ini melancarkan koordinasi mata dan tangan bagi membina persepsi penglihatan bagi kegunaan membaca dari kiri ke kanan.


Aktiviti Permainan Blok dan Teka-teki ( Block and Puzzles)

* Aktiviti blok mempunyai bahagian-bahagian di mana kanak-kanak boleh meneroka dan memeriksa secara menggunakan tangan dan mata.
* Kemahiran motor halus seperti koordinasi mata-tangan, ketangkasan tangan boleh berkembang dengan baik.
* konsep-konsep tertentu boleh terbina menerusi memadankan, mengkategorikan atau penyusunan bersiri.
* Aktiviti blok juga meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai ruang dan kemahiran matematik terutama dari aspek jumlah isipadu.
* Aktiviti teka-teki dapat membina kesedaran terhadap ruang dan juga kebolehan berfikir secara logik.
*Aktiviti ini juga memberi peluang kanak-kanak melatih untuk meningkatkan koordinasi mata-tangan, kemahiran daya tindak halus(fine manipulatif skills) dan kemahiran ingatan (memory skills)
* Aktiviti ini doleh membina perkembangan berfikir secara menggunakan simbol dan konsep yang terdapat di dalam pembacaan, matematik dan penyelesaian masalah.

Aktiviti permainan matematik

* Aktiviti matematik amat penting di dalam kehidupan kanak-kanak masa depan.
* Kemahiran mengira, mengukur dan kesedaran mengenai ruang membolehkan kanak-kanak menjalankan tugasan harian dengan mudah.
* Kanak-kanak digalakkan mengalami pengalaman mengira, mengukur dan bukan dengan diajar semata-mata.
*Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak bergerak dari konsep asas yang konkrit ke konsep bergambar seterusnya ke konsep abstrak atau simbol.
Kanak-kanak perlu mengalami pengalaman menggunakan bahan-bahan berbentuk 3 dimensi di dalam aktiviti seperti mengasing-asingkan, mengkelaskan dan mengira sebelum bergerak ke aktiviti yang lebih abstrak

Aktiviti Permainan Bahasa

* Aktiviti membaca dan menulis perlu berlaku secara seiring. Kerana perkembangan membaca dan menulis di kalangan kanak-kanak berlaku secara seiring.
* Kanak-kanak boleh dibantu melalui koordinasi mata-tangan, membina kesedaran mengenai tulisan dan peluang untuk membaca dan menulis.

** Gambar di atas adalah contoh mainan interaktif dan sekadar hiasan.

Monday, February 8, 2010

Makanan Yang Tidak Diperlukan Oleh Otak

Pemakanan Neurotoksik adalah pemakanan yang tidak diperlukan oleh otak, kerana:
1. Boleh meracun otak, minda dan fikiran sambil menimbulkan kerosakan kepada otak.
2. Menjejaskan fungsi berfikir
3. Melemahkan ingatan
4. Mengganggu perasaan

Ia juga akan mendatangkan kesan buruk kepada otak dan saraf serta menimbulkan keadaan seperti berikut ;
- mengantuk, malas, iritasi & alergi, keresahan, lemah ingatan, lembab berfikir, payah hafalan, lupa kedunguan, gangguan emosi, tingkah laku dan perangai..(Banyak sungguh kesan yang tak elok..)

Pemakanan Neurotoksik ini adalah :
1. Ais krim
2. Air berklorin
3. Cuka, asam dan jeruk
4. Biji dan ulam pucuk gajus
5. Biskut dan kek
6. Buah pala
7. Garam berlebihan
8. Gula berlebihan
9. Makanan ringan (junk food) dan makan segera - gula-gula, asam masin, keropok snek
10. Kopi dan teh - minuman perangsang
11. Makan alergi - sotong, udang, ketam, belacan
12. Makanan masak berminyak
13. rokok, dadah dan ubat dadah

Kalau diikutkankan, makanan di atas kebanyakan menjadi kegemaran kita, khususnya anak-anak. Tapi, perlulah dikawal supaya tak berlebihan dan tidak selalu di ambil..

(Sekadar berkongsi maklumat dan buat ingatan diri sendiri.)

Thursday, February 4, 2010

Pemakanan Yang Baik Untuk Otak

Pemakanan untuk otak penting sebagai :
* tenaga berfikir * kesihatan otak, akal dan perasaan
* pertumbuhan sel otak * Perkembangan minda dan sahsiah
* Mencegah dan merawat penyakit otak, fikiran dan perasaan
(termasuk Tingkah laku)

Kategori Pemakanan Saraf dan Otak Terbahagi dua iaitu Neurofilik
(yang baik untuk otak) dan Neurotoksik (yang tidak baik untuk otak)

Neurofilik
Iaitu kumpulan makanan yang memang diperlukan oleh otak untuk tenaga berfikir, pertumbuhan dan perkembangan minda, kesihatan dan pencegahan penyakit yang berkait dengan otak, fikiran dan perasaan.
Ia juga :
- mencergaskan fikiran
- menimbulkan kerajinan
- mencerdaskan akal
- meningkatkan daya berfikir
- meningkatkan daya kreativiti
- meneguhkan daya ingatan
- menambah daya tumpuan
- menghilangkan keresahan, runsing dan takut
- menaikkan semangat
- menjauhkan kebosanan

Pemakanan Neurofilik
1. Ikan
2. kekacang dan kekeras -kacang soya, kcg tanah,
kcg hijau , kcg pis, kacang badam
3. Bijirin seluruh - barli, gandum, beras tumbuk, jagung
4. Sayur-sayuran - lobak merah, daun saderi dan semua sayuran hijau
5. Buah-buahan - limau, mangga, pisang, betik
6. Kismis , tamar
7. Susu dan makanan daripada susu - keju
8. Ayam
9. Gula semulajadi - gula merah, gula melaka
10. Koko dan coklat
11. Belalang
12. marjerin sayuran
13. minyak sayuran - minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari
14. Beras warna coklat
15. Roti mil penuh
16. Ubi kentang, ubi keledek
17. Daging tanpa lemak
18. madu lebah
19. Makanan laut mengandungi iodin - kerang dan siput
20. minyak ikan
21. telur
22. Examo-CKM500 ( Nutrien otak rumusan Prof. Dr Azizan Ismail )
Cubalah produk Examo-CKM 5oo ni, terutama buat anak-anak. InsyaAllah berkesan.. Nanti, Tie akan tulis pula maklumat tentang pemakanan yang tidak diperlukan / tidak elok untuk saraf dan otak anak-anak kita, di keluaran akan datang..

Sumber rujukan : Pusat Perubatan Homeopati & Biokimia PDA ( Era Edar )

Thursday, January 21, 2010

Seronok Berniaga..

Inilah kedai MuslymShop di Mydin Mall, Subang Jaya..


Ini pula antara koleksi baju muslimah yang dijual..

Muadz bin Jabal r.a memberitakan Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya sebagus-bagus usaha itu ialah usaha para peniaga (usahawan) dimana, Apabila bercakap mereka tidak berdusta, apabila mereka diamanahkan, mereka tidak khianati, apabila mereka berjanji, mereka tidak mungkiri, apabila mereka membeli, mereka tidak mencela (barangan, sebagai helah menurunkan harga ) apabila mereka menjual, mereka tidaklah memuji, apabila mereka menanggung hutang, mereka tidak menangguh (untuk membayarnya), dan apabila mereka memberi hutang, mereka tidak menyusahkan (menagih kekerasan )."
Hadis Riwayat al-Baihaqi dan as-Sayuti dalam al-Jami'asshaghir.

Hadis di atas menjadi panduan buat sesiapa sahaja yang menjadi usahawan atau peniaga. Apa yang penting barang yang kita jual atau keluarkan tu, mestilah halal dan memberi faedah pada orang lain dan kita perlu ada sifat jujur, benar dan amanah demi untuk mendapat keredhaan Allah dan mengikut cara urusniaga Nabi Muhammad saw. InsyaAllah, berjaya.

Inilah Tie sekarang, seronok berniaga baju muslimah. Mula asalnya, sekadar menolong adik dan suaminya menjual. Akhirnya timbul minat pulak bila barang tu laku dan dapat permintaan pulak daripada kawan-kawan yang berminat untuk menjualnya pulak. Kiranya sekarang jadi pengedar kecil-kecilanlah di Temerloh ni.. InsyaAllah perniagaan ni mendapat sambutan ramai memandangkan pakaian muslimah ni memang diperlukan dan laris jualannya sekarang.

Walaupun banyak juga saingannya, tapi Tie jual dengan harga terendah antara RM 28 hingga RM 32. je. Bukan nak untung sangat, sekadar dapat pulang modal, untung sikit pun tak pe. Apa yang penting kita mengajak orang lain menutup aurat dan berniaga itu memang dituntut dan digalakkan oleh Rasulullah, sebagaimana terdapat hadis yang bermaksud , "Sembilan daripada sepuluh sumber rezeki adalah melalui perniagaan "

INGATLAH , PENAMPILAN DIJAGA, AURAT TERPELIHARA..

Wednesday, January 13, 2010

Sistem Pembelajaran di PASTI

Selepas seminggu bersekolah, semalam Muiz baru dapat buku. Bukan main excitednya dia. Terus suruh sampulkan bukunya dan tulis nama. Ada 13 buah buku kesemuanya.. Memang bagus sistem pembelajarannya. Banyak ilmu yang dibekalkan buat pelajar-pelajar PASTI ni. Sukatan pembelajarannya tak dapat di mana-mana pra sekolah yang lain. Ini lah yang terbaik, bagi pendapat Tie lah..
Tengok je lah jadual di bawah, merangkumi semua aspek pendidikan..

BIDANG PENGAJIAN
UNSUR TARBIYAH BIDANG ILMU KOMPONEN MATAPELAJARAN

Penekanan 5 unsur Tarbiyah :
1. Tarbiyah Imaniyyah (Aqidah)
2. Tarbiyah Ruhiyyah (Ruh)
3. Tarbiyah Khuluqiah (Akhlak)
4. Tarbiyah Aqliah (Intelek)
5. Tarbiyah Jasadiah (Jasmani)

Merangkumi 4 bidang ilmu :
1. Ilmu Fardhu Ain
2. Ilmu Fardhu Kifayah
3. Ilmu Alat
4. Sumber Ilmu

Merangkumi :
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Jawi
5. Matematik
6. Sains Sosial & Pembangunan Insan
7. Al Quran
8. Peribadi Muslim
9. Pra Penulisan
10. Pengenalan Asas Komputer


Alhamdulillah, sekarang Muiz rajin dan bersemangat nak ke sekolah. Tak macam 5 tahun dulu, ada je alasannya.. Kalau boleh tiap-tiap hari nak buat latihan dalam bukunya tu. Tapi, buku-buku tu semua, akan ditinggalkan disekolah. Sebab mungkin muallimah nya dah tahu, kalau dibawa balik, mesti budak-budak tu nak buat di rumah masing-masing..
Ok lah stop dulu, nak masak dan ambil Muiz dari sekolah..

Saturday, January 9, 2010

Speech Therapy

Hari Khamis lepas, bawa Faiz ke Hospital Temerloh untuk terapi pertuturannya. Kali pertama bawa ni, dia tak berapa nak ikut arahan lagilah. Masih malu-malu dan takut sikit. Tapi mujurlah dia tak menangis..

Di sini, Tie ada beberapa maklumat untuk diingati dan berkongsi bersama.

Apa itu Terapi Pertuturan Kanak-kanak ?

Ia merupakan satu program yang dijalankan oleh Terapis Pertuturan bertauliah untuk meningkatkan kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi di kalangan kanak-kanak.

Perkhidmatan Terapi Pertuturan melibatkan :
* Stimulasi bahasa iaitu meningkatkan kemahiran pra-pertuturan, kemahian pemahaman
bahasa & kemahiran penggunaan bahasa.
* Latihan oro-motor
* Modifikasi tingkah laku
* Terapi bahasa bagi masalah bahasa yang khusus
* Terapi suara
* Terapi menelan
* Terapi kelancaran pertuturan (gagap)
* Program Komunikasi Alternatif bagi pesakit yang tidak boleh berkomunikasi secara lisan.

Tanda-tanda Masalah Pertuturan
1. Bayi yang terlalu diam
2. Kanak-kanak 1 tahun yang TIDAK MENOLEH apabila namanya dipanggil
3. Kanak-kanak yang sudah berumur 2 tahun, tetapi masih belum memanggil 'mama' atau 'papa'.
4. Kanak-kanak berumur 3 tahun yang belum bercakap 2-3 perkataan dalam satu ayat.
5. Kanak-kanak berumur 4 tahun yang belum menggunakan ayat yang panjang.
6. Kanak-kanak berumur 5 tahun yang belum pandai bercerita tentang sesuatu topik.
7. Pertuturan yang sukar difahani oleh orang luar.
8. Kemahiran bertutur semakin merosot dari masa ke semasa.
9. Mempunyai masalah dalam menyatakan perasaan/kehendak secara lisan.

Peranan Ibubapa Dalam Menangani Masalah Bahasa & Pertuturan Kanak-Kanak.
* Sentiasa berbual dengan anak tentang apa yang sedang dilakukan dan apa yang dilihatnya.
* Luangkan masa untuk mendengar perbualan anak dan beri respon yang bersesuaian.
* Terima kesilapan dalam pertuturan anak berpandukan norma perkembangan bahasa yang sesuai.
* Bawa anak menjalani pemeriksaan telinga jika anda kerap kali perlu mengulang dan bercakap kuat untuk mendapatkan perhatiannya.
* Umur 0-3 tahun adalah jangkamasa kritikal unutk pemerolehan bahasa dan pertuturan.
* Jika anda mengesyaki anak anda mengalami masalah bahasa & pertuturan, berhubunglah dengan terapis pertuturan yang bertauliah. Jangan bertangguh lagi!.

Profesional yang terlibat dalam mengendalikan kanak-kanak bermasalah pertuturan bahasa ialah :
- Pakar kanak-kanak
- Pakar Otorinolaringologi
- Pakar Psikiatri dan Psikologis
- Audiologis
- Terapi Pertuturan Bahasa
- Guru Pendidikan Khas

PENCEGAHAN AWAL, MEMBANTU KOMUNIKASI YANG LEBIH BERMAKNA

Di sini, Tie merasa sangat-sangat bersyukur pada Allah di atas ujian yang kecil ini. Semenjak ulang-alik ke hospital ni, Tie dah jumpa bermacam masalah anak-anak yang lebih berat lagi daripada kes Faiz ni.. Hospital pun dekat dengan rumah, jadi tak ada masalah untuk menggunakan kemudahan yang sedia ada ni, dan mendapatkan rawatan yang terbaik untuknya..

Tuesday, December 15, 2009

Ke Kebun Jagung



Hari ni nak cerita tentang apa yang berlaku pada hari Ahad lepas..

Pertamanya..
Ambil Izzah di rumah ayah tehnya.. Sampai kat sana tertarik pulak bila nampak jagung-jagung yang subur di kebun. Diaorang pun kononnya nak tolonglah ayahteh nya tu petik jagung.. Tapi, oleh sebab nak balik cepat, jadi diaorang ambik gambar je lah..

Kedua
Pergi menjual baju muslimah di Maahad Tahfiz (sekolah abinya) sempena penutupan Kem Hafazan dan Keunikan Al-Quran. Seronok sungguh bila jualan laris pada hari tu. Walaupun tak banyak pilihan dari segi warna dan jenisnya, tapi masih dapat sambutan dengan harga penghabisan stok.. Lepas ni boleh berniaga lagilah...Memang sekarang ni, baju muslimah ni sangat laris di pasaran..

Wednesday, October 7, 2009

3 Petanda Hujan Akan Turun

Gambar anak-anak di Perpustakaan Awam Temerloh

Fakta-fakta ni Tie dapatkan daripada buku Sains untuk Kanak-kanak yang dipinjam baru-baru ni. Buku tu bertajuk, Sebelum Hujan Turun..

3 petanda yang paling ketara berlaku kepada haiwan yang menunjukkan hujan akan turun ialah,

1. Burung layang-layang akan terbang rendah untuk mendapatkan makanan.

Ini berlaku apabila kelembapan udara meningkat, manakala tekanan atmosfera menurun. Cuaca menjadi lembap dan agak panas. Manusia pun berasa susah untuk bernafas dan tidak selesa, apalagi kepinding / serangga kecil seperti pijat yang berada di persekitaran. Oleh sebab itu pijat-pijat ini akan keluar untuk mendapatkan udara segar terutamanya bagi yang tinggal di dalam sarang.
Serangga ini akan terbang rendah kerana tubuh mereka basah dan berat selepas terkena udara yang lembap, akibat kandungan wap air yang tinggi di udara. Oleh sebab itulah burung layang-layang yang makan serangga-serangga tersebut akan terbang secara aktif pada ketika ini. Sebabnya jelas, pada hari biasa burung layang-layang sukar untuk menangkap serangga seperti pijat ini yang kurang di udara dan mereka terbang lebih pantas. Oleh sebab itulah apabila burung layang-layang terbang rendah, kadang-kadang sehingga hampir ke pemukaan tanah, adalah menunjukkan bahawa hujan akan turun. Sebaliknya, jika layang-layang terus terbang tinggi, ini menunjukkan bahawa hari cerah.

2. Ikan akan timbul ke permukaan air

Apabila tekanan atmosfera rendah, tekanan udara di dalam air adalah lebih tinggi secara perbandingan. Hasilnya, udara di dalam air terpaksa naik ke permukaan air dalam bentuk gelembung-gelembung udara. Jika tekanan atmosfera yang rendah ini berterusan, udara di dalam air akan terus berkurangan. Apabila kandungan oksigen di dalam air tidak mencukupi, hanya satu cara bagi ikan-ikan mendapat udara segar iaitu dengan timbul ke permukaan air.

3. Semut-semut mula berpindah ke tempat lain

Ini berlaku apabila kelembapan di udara meningkat ke suatu tahap yang nyata, semut-semut yang biasanya membuat sarang di dalam tanah mula berpindah. Semua bekalan makanan dan telur dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi seperti pokok atau di celah-celah retakan dinding supaya tidak dihanyutkan air. Sebaliknya, jika semut-semut berpindah dari tempat tinggi ke tempat yang rendah, ini bererti mereka dapat merasa pengurangan kelembapan udara yang nyata, dan hal ini merupakan tanda hari akan cerah

Friday, October 2, 2009

Bapa Kuda Laut Melahirkan Anak

Tajuk di atas menjadi tanda tanya pada Izzah, semasa pergi ke Perpustakaan baru-baru ni. Dengan rasa ingin mengetahui ceritanya, Izzah terus pinjam buku Sains Untuk Kanak-kanak yang memang sesuai untuk anak-anak yang seusia dengan umurnya iaitu 7 hingga 10 tahun. Buku ni memang menarik, ditambah dengan bahasa yang jelas, dihiasi dengan ilustrasi yang cantik dan menambah pengetahuan, bukan saja buat anak-anak, tapi untuk ibubapa dan guru juga.

Di bawah ada fakta daripada cerita tersebut khusus untuk ibu bapa dan guru-guru.

Kuda laut merupakan antara haiwan yang ajaib ciptaan Allah. Perkara paling aneh tentang kuda laut ialah cara mereka membiak. Kuda laut jantan cuba memikat kuda laut betina dengan menari-nari. Apabila telah berjaya memikat kuda laut betina, kuda laut jantan akan merapatkan diri dengan kuda laut betina dan bahagian perut mereka bersentuhan.

Pada ketika itu, kuda laut betina akan memasukkan telur-telurnya yang telah disenyawakan ke dalam pundi pengeram kuda laut jantan. Pada masa ini, mulut pundi pengeram itu terbuka, tetapi apabila selesai bertelur, mulut pundi pengeram akan tertutup semula menjadi lubang yang kecil hingga tiba masa anak kuda laut sedia dilahirkan. Selepas bertelur, kuda laut betina akan bebas daripada beban penjagaan anak kerana tugas itu diambil oleh kuda laut jantan.

Sekiranya pundi pengeram tidak penuh berisi telur, kuda laut jantan akan menjemput kuda-kuda laut betina yang lain supaya memasukkan telur-telur mereka. Akhirnya pundi pengeram kuda laut jantan akan membesar seperti belon.

Kuda laut jantan mengeramkan telur-telur tersebut selama antara 1 1/2, hingga 2 bulan bergantung kepada spesies. Pada akhir tempoh pengeraman, anak-anak kuda laut akan menetas antara 10 hingga 30 ekor setiap kali, dalam tempoh beberapa hari. Bilangan anak yang dilahirkan biasanya antara 250 hingga 600 ekor, yang juga bergantung kepada spesies nya.

Begitulah hebatnya Allah Maha Pencipta...

Dan galakkanlah anak-anak membaca, khususnya buku-buku cerita tauladan atau buku yang mendatangkan banyak manfaat untuk minda anak-anak yang masih segar.

"Banyak Membaca, Luas pengetahuan"

Kalau ada masa, Tie akan tulis fakta daripada buku cerita yang kedua (Sebelum hujan turun). InsyaAllah

Thursday, September 10, 2009

Belajar Al-Quran dan Mengajarnya

Gambar sekadar hiasan
- Ketika mengaji di kelas AlQuran dan Fardu Ain (KAFA)


Setiap Mukmin yang mempercayai Al-Quran, mempunyai kewajipan dan tanggungjawab terhadap kita sucinya.Di antara kewajipan dan tanggungjawab itu ialah mempelajarinya dan mengajarkannya.. Belajar dan mengajar Al-Quran adalah kewajipan yang suci lagi mulia..

Sabda Rasulullah saw : Yang sebaik-baik kamu ialah orang yangmempelajari al-Quran dan mengajarkannya..

Dan dalam Hadis lain Rasulullah mengatakan, maksudnya :
Sesungguhnya, seseorang yang berpagi-pagi pergi mempelajari ayat-ayat dalam kitabullah lebih baik yang seperti itu, daripada mengerjakan sembahyang sunat seratus rakaat.

Dari Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah juga mengatakan, " Sesiapa yang mempelajari kitabullah, kemudian diamalkan isi kandungannya, maka Allah akan menunjukinya dari kesesatan dan akan dipeliharanya pada hari kiamat dan daripada siksa yang berat."

Belajar Al-Quran itu hendaklah semenjak dari kecil lagi. Sebaiknya mulai umur 5 hingga 6 tahun. Ini kerana, umur 7 tahun anak-anak sudah mula disuruh mengerjakan sembahyang. Rasulullah sudah mengatakan: " Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat, bila sudah berumur 7 tahun dan pukullah (marahilah) bila dia tidak mengerjakan solat ketika berumur 10 tahun.

Menjadikan anak-anak dapat belajar al-Quran sejak itu, adalah kewajipan orang tuanya masing-masing. Berdosalah orang tua yang mempunyai anak-anak, tetapi tidak pandai membaca al-Quran. Tidak ada malu yang paling besar di hadapan Allah
nanti, sekiranya anak tidak pandai membaca al-Quran. Sebaliknya, tidak ada kegembiraan yang lebih memuncak nanti, sekiranya ibu dan bapa dapat menjadikan anaknya pandai membaca al-Quran.
Rasulullah SAW telah mengatakan : " Tidak ada suatu keuntungan bagi seseorang yang telah menjadikan anaknya pandai membaca al-Quran, kecuali baginya nanti pada hari kiamat akan diberikan suatu mahkota dari dalam syurga..."

Belajar al-Quran itu pula di bahagikan kepada beberapa peringkat :
1. Belajar membacanya sampai lancar dan baik - berdasarkan tajwid dan Qiraat.
2. Belajar memahami maksud yang terkandung di dalam al-Quran.
3. Belajar menghafal al-Quran - Sebagaimana dilakukan oleh para sahabat dan para pelajar tahfiz.

Sunday, August 30, 2009

Allah Maha Penyayang dan Berkuasa

Hari ni, Tie nak cerita 2 perkara sekaligus... pertama tentang berita terkini jiran Tie yang tak sedar akibat berlebih gula dalam badan (kencing manis) dan darah tinggi hari tu.. Bila bawa ke Hospital Kuantan, ambulan yang membawanya kemalangan pulak dan terhantuk kepala.. Sampai doktor kata 3% je peluang untuk dia sedar dan sihat.. Itu kata doktor lah.. Allah lebih berkuasa dan Maha Penyayang, sekarang akak tu dah sedar dan boleh bercakap. Alhamdulillah dah 2 hari balik ke rumah adiknya...Cuma kena jagalah makan dan minumnya...
Pengajaran buat Tie sekarang, ialah jagalah kesihatan kita.. dan selalulah memohon dan berdoa kepada Allah yang Maha Esa, Dialah yang menentukan ajal dan maut seseorang...

Kisah kedua ni, tentang bulan puasa ni... Alhamdulillah hari ni hari ke-9 kita berpuasa... Izzah dan Muiz pun dah mula belajar puasa..Izzah baru tinggal 1 hari, Muiz pulak biasalah, lepas minum air je dia cakap puasa semula... Bila ajak makan, dia tak nak, nak tunggu berbuka puasa sama ummi dan abi, katanya.
Budak-budakkan, biasalah... tapi kita tetap kena melatih anak -anak berpuasa sejak dari kecil lagi..

Semalam, time abinya yang masak... best, gulai lemak ikan masin.. Lain kali masaklah lagi ye, abi..

Saturday, August 29, 2009

Jabatan Rehabilitasi

Apa benda Rehabilitasi tu? Sebelum ni tak pernah dengar perkataan tu..
Sebenarnya, di sinilah terletaknya Unit Terapi Cara Kerja tempat Faiz belajar 2 minggu sekali di Hospital Temerloh. Selain itu, di sini juga ada Unit Fisioterapi yang serba lengkap peralatannya.
Oleh sebab cuti sekolah, kakaknya pun ambil kesempatanlah ikut sama. Banyak peralatan, besar dan cantik tempatnya. Tu yang nampak macam kosong tak de orang. Diaorang pun tak lepaskan peluang mencuba alatan tu dan bergambar.
Hari tu, mood Faiz sungguh baik... Dia dapat belajar colour, bilang bola masuk ke dalam kotak dan bermain alat muzik seperti gendang dan piano mini. Seronok sangat dia, selain cikgu nya, ada dua orang lagi pembantu jurupulih pelatih, agaknya. Diaorang bersungguh-sungguh melatih dan melayan Faiz. Mujurlah Faiz tertarik dan tak menangis.
Tie mengintai dari luar dan sebalik tabir je.. tapi boleh nampak dan dengar suara..
Cikgunya cakap, dia dah boleh sebut dan kenal yellow, blue, red dan membilang bola tu sampai six. Sebenarnya dia boleh bilang dan kenal sampai number ten dah, tapi dia tak reti nak sebut seven...tu yang terhenti sampai six tu.. Tak pelah ye Faiz, teruskan belajar dan usaha.

REHABILITASI - Pemulihan kepada keadaan yang dahulu, memulihkan kehormatan (nama baik)
Rujukan : Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga







Thursday, August 27, 2009

Pesanan Daripada Yang Tidak Wujud Pada Bulan Ramadhan

Ini Tie copy daripada sahabat blog (Izzah)
Renung-renungkan..MySpace

Bapak setan ...Yang Besar Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ... untuk Sebulan ( No Overtime!! and No Replacement!!! ).


Maka dengan ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA : -

* Kalau tgh beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan yang suruh!!

* Kalau ada Runner yg tolong beli Bekalan - Dia takde kena mengena dengan !!!
* Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan yang dok bagi korang MALAS tau!!

Kalau asyik beli nombor ramalan tu - Bukan yang hasut suruh beli !!!
* Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!


* Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn awek/balak siang malam - Bukan yang bagi line!!
* Kalau suka Boros sangat shopping Raya - Bukan yang suruh!!
* Kalau tak habis2 mengata orang - Bukan yang bagi idea!!
* Kalau tak habis2 suka berdengki kat orang - Memang bukan yang dok cucuk!!
Maka MANUSIA , ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan diri anda, KENALIlah diri anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah diri anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....
Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!..... Ada juga yg suka merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn tau!!..
Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....
Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT ......................... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he
~ Semoga mendapat istifadah/pengajaran daripada pesanan ini.. MySpace~
:: RAMADHAN KAREEM ilaikum jami'an!MySpace ::
Wassalam..