Wednesday, 13 February 2013

 KONSPIRASI PKR DAN PAS KE ATAS RONNIE LIU

Tidak dinafikan seluruh rakyat Selangor kenal dan tahu perangai Ronnie Liu dan Dap dalam pentadbiran kerajaan negeri. Walaupun hanya memegang jawatan sebagai Exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan Selangor, Ronnie Liu di lihat berkuasa dan kuasanya ke atas pentadbiran kerajaan negeri amat luar biasa. Kuasa Ronnie ke atas pentadbiran Selangor  jelas dilihat apabila menteri besar Selangor, Khalid menjadi gagap setiap kali menerima arahan Ronnie.


Isu arak, pembukaan rumat-rumah urut dan menularnya gejala maksiat semakin tersebar kerana Ronnie berkuasa penuh ke atasnya. Walaupun ia mendapat bantahan rakyat Selangor, Khalid terus gagap tidak berani berkata-kata sebaliknya menuruti saja kemahuan dan arahan Ronnie.

Kemuncak kebiadapan dan kesamsengan Ronnie dalam politik dan pentadbiran negeri apabila Khalid gagap dan Pas terpaksa akur kehendak Ronnie dan Dap untuk memecat Hassan Ali dalam kerajaan negeri dan juga Pas.

Menyedari rakyat mula meluat dan benci pada PR akibat tindakan dan sikap Ronnie dalam semua perkara, PKR dan Pas mula mengambil strategi untuk menghapuskan Ronnie dalam politik Selangor. Pemimpin PKR dan Pas sedar, kemuncak kemarahan rakyat Selangor ke atas PR apabila tindakan kejam di ambil ke atas Hassan Ali. Bagi membetulkan keadaan dan menarik kembali sokongan rakyat menjelang PRU 13, maka Ronnie Liu perlu dikorbankan.

Dengan isu Khalimah Allah, arak, rumat urut, masalah maksiat, pemecatan Hassan Ali dan sebagainya menyebabkan Pas semakin sedar sokongan rakyat semakin merosot. Begitu juga dengan PKR, isu seks melibatkan pemimpin PR, rasuah, pasir, air, rumah ibadat, ladang babi, isu kilang arak dan sebagainya gagal dilaksanakan oleh Khalid Gagap berbanding cakap besar mereka semasa berkempen semasa PRU 12 dahulu.


Tiada perubahan atau pembangunan yang di buat oleh Khalid dalam tempoh 5 tahun, sebaliknya meneruskan apa yang telah dirancang oleh kerajaan BNsebelumm ini. Yang berjaya dilakukan oleh Khalid gagap adalah menuruti segala kehendak dan arahan Ronnie dan Dap.


Atas kesedaran inilah, pemimpin PKR dan Pas memulakan langkah untuk ‘mengusir’ Ronnie dalam politik Selangor. Langkah pertama adalah dengan mendedahkan konspirasi Ronnie dan Dap untuk menguasai Selangor. Pendedahan yang dibuat Jafrie Nordin, bekas pegawai khas Ronnie Liu yang meletak jawatannya pada 7 Feb lalu amaran awal supaya Ronnie dan Dap ‘kurangkan’ kuasa di Selangor. Dakwaan Jafrie bahawa Ronnie pernah mengeluarkan kenyataan serius atau memburukan keadaan fizikal Khalid dan isu moral yang melibatkan Azmin dan Anwar.

  
Bukan itu saja, Ronnie dan Dap juga dikatakan telah mengadakan perjumpaan sulit dengan beberapa pemimpin politik Dap dalam mencatur calon Melayu dari Dap menjelang PRU 13 bagi menggantikan calon dari PKR dan Pas.

Pas dan PKR berharap dengan pendedahan oleh bekas pegawai khasnya Ronnie ini, ia sedikit sebanyak akan dapat mengembalikan semula sokongan rakyat Selangor ke atas PKR dan Pas. Tapi adakah Ronnie akan berdiam diri? Setakat ini, Ronnie masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di atas dakwaan bekas pegawai khasnya tersebut. Sebaliknya Setiausaha Kanannya memaklumkan bahawa Ronnie tidak pernah mempunyai pegawai bernama Jafrie Nordin?




Jadi kesimpulannya, jika semasa di bawah pentadbiran BN, pemimpin Pas dan PKR mengelar Selangor sebagai Selangor Darul Babi dan Darul Arak, kini, di bawah Ronnie, usaha sedang dibuat untuk  menukar Selangor Darul Ehsan kepada Selangor Darul Dap.

 

No comments: