Showing posts with label hujung minggu. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

Prawn Cream Cheese Pasta ala Secret Recipe

Assalamualaikum wbt

Amboi.. western bukan main lagi tajuk. Hikhik. Sesekali menyimpang dari tekak melayu best juga. Makaroni, spageti, fetucini, dan lain lain. Semuanya sepupu sepapat. Rasa lebih kurang sama. Sedap dimasak berkrim keju atau bolognese.

Rasanya di pasaran berbagai-bagai perisa. Kalau jenama Prego, boleh cuba herb cheese, mushroom, carbonara dan sebagainya. Tak dan nak mengejar. Banyak sungguh rangkaian sosnya. Tapi satu je, terlebih MSG dalam setiap hidangan masakan. Itu yang ku tak gemar. Huhuhu

Kali ni, saya cuba resepi yang diberi oleh kakak. Semasa menziarah kami, kakak bawakan 'mangkuk tingkat' berisi makaroni cheese ni. Mula-mula rasa, macam susu. Dua kali rasa, macam cheese. Tiga kali rasa, habis sepinggan makaroni. Haha. Memang sedap kerana teksturnya yang 'creamy' dan asli. Terfikir juga, ini sos segera Prego kah? Rasanya tak pernah masak perisa ini.

Risik punya risik, benarlah ia bukan sos segera. Malah olahan sendiri yang lebih jimat, sedap dan berbaloi-baloi. Boleh makan 3 hari 3 malam banyaknya. Haha *overclaim*. Tapi sungguh saya suka resepi ini. Taklah risau dengan kandungan MSG lagi. Yeay!!!

Untuk rujukan akan datang, maka bersemadilah resepi pasta yang sedap ini di sini. 'Wajib' cuba lagi di lain hari ;)

RESEPI SPIRAL PASTA WITH PRAWN CHEESE GRAVY

Bahan-bahan

* 1/2 - 1 paket pasta kegemaran (macaroni, fetucini, spiral, dll) 
*500ml susu segar/full cream- Saya guna susu fullcream Magnolia (850ml)
*10-12 kpg keju chesdale (saya guna jenama Emborg)
*Sedikit lada sulah
*3 ulas bawang putih -ketuk
*1 s/b tepung jagung (nak lebih pekat tambah lagi)
*Oregano kering secukup rasa (saya tambah)

*Udang 300g (nak lebih sila tambah)
*1 tin straw mushroom (boleh juga guna cendawan shitake, butang, dll)
*Butter untuk menumis
*Air secukupnya
*Garam secukup rasa.

Cara-cara

1. Mula-mula rebus pasta hingga masak.
2. Dalam masa yang sama, rebus udang dan mushroom seketika. Simpan air rebusan untuk kuah/sos nanti.
3. Panaskan butter, tumis bawang putih hingga naik bau (api sederhana tau, api besar kang hangus). Kemudian masukkan tepung jagung. Tumis lagi hingga keperangan.
4. Masukkan stok/air rebusan udang. Kacau sebati. Masukkan juga susu segar. Biarkan menggelegak.
5. Kemudian, masukkan pula kepingan keju chesdale ke dalam kuah.
6. Masukkan udang dan straw mushroom yang sudah direbus tadi. Masukkan juga lada sulah, garam dan oregano. Sesuaikan mengikut citarasa.
 7. Biarkan menggelegak dan masak sebati. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan dengan pasta yang telah direbus tadi.

Senang kan? Rasa kuah ini sebiji seperti mushroom soup Pizza Hut. Nak cicah roti pun boleh. Hafiey makan pun bertambah-tambah. Sepinggan memang boleh habis kalau disuap. Syok sungguh! Dah tahu kegemaran baru Hafiey selain mee, mihun dan kuetiau. Hehehe

Kuah atau sos boleh disesuaikan kepekatan mengikut selera anda. Jika suka lebih pekat, tambah tepung jagung ya. Tepung gandum pun boleh. Asal bukan tepung beras pulut sudah. Kang jadi dodol tak dapek den nak nolong. Haha

Ok, sekian dulu coretan hujung minggu. Jumpa lagi.

RYNAHAKIMI

Sunday, October 6, 2013

Menu asal boleh

Assalamualaikum wbt

Entry ke 2 hari ini.. Perghhh.. produktif sungguh. hihi.. Orang lain syok berjalan-jalan makan angin di hujung minggu, aku duk umah lakukan rutin biasa je. Masak, basuh baju, kemas rumah, jaga budak kecik, bla3x. Haiiihhh.. Tak terhitung rasanya tugas seorang surirumah.. :)

Encik Kimiey masih berkursus. Katanya hari half day saja. Tapi tak dah nak masuk 3/4 day dah ni. Heuheu.. Takpelah, demi mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal ku relakan.. hihi

Hari ini masak ala kadar. Masak asal boleh, lauk pun tak banyak stok dalam peti sejuk. Minggu ni masih belum ke hypermarket beli barang dapur. Borong secara pukal gitu..ehee

Ikan tongkol masak kicap. Selain masak gulai, sedap juga dimasak begini. Simple yet delicious. Orang Perak panggil panggil ikan kayu. Aku cakap ikan tongkol, tapi yang jual tu kata "bukan, ni ikan kayu".. Huk alohh.. yela dik kayu pun kayu la.. Hihi. Lain tempat lain gelarannya. Samalah, di Kelate pun orang panggil ikan ayo. Ikan yang sama juga ;)

Sayur sebagai pelengkap menu. Encik kimiey tak gemar sangat makan sayur. Biasanya tuan tanah yang melantak sayur-sayur itu.. hikhik. I love vegetables ;)

Ayam goreng kunyit. Lupa buh daun kari masa perap. Sudahnya campak masa tengah goreng tu. Manalah nak rasa pada ayam tu kak oiiii.. Hihi.. Bolehlah, buat syarat. Janji ada bau. Rasa kurang pun redha aje lah.. Hehe

Di fesbuk masih kecoh pasal bola. Bola bola bola, kenapakah kamu bulat?? hehe.. I tak kisah siapa menang pun. Tapi sebagai penyokong tegar pasukan masing-masing haruslah nak yang terbaik kan. Jaga tutur kata dan perkataan supaya tiada yang terasa atau ter'kesot' hati bak kata orang kelate. Huhuhu..

Peace.. Sukan itu adalah satu medium untuk merapatkan silaturrahim. Bukan pencetus fenomena yang tak sihat antara penyokong masing-masing.

Sekian repekan pengulas tak bertauliah. Daaaa  :)

RynaHakimi

Saturday, September 28, 2013

Ke laut bersama nasi tomato

Assalamualaikum wbt

Susah kalo diri sendiri tak berdisiplin. Mulut kata nak berdiet. Alih-alih ke Lautan Pasifik lagi hari ni. Hukkkkksss.. Penangan nasi tomato kegemaran. Kalaulah tak ada yang request takkan sekali-kali ku masak menu ni. Encik kimiey yang bersalah dalam hal ini!!!!! Hahaha.. (sila salahkan siri sendiri hokayyyyy! mencikkk ar kantoi je..hihi)

Nasi tomato versi mudah. Habiskan tomato puri dalam peti sejuk, lebihan masak spaghetti bolognese hari tu. Nasib baik elok lagi. Rasa sedikit pelik sebab tak buh bawang goreng. Aroma yang sedap tu yillekkk.. Yang ada bau haruman daun limau purut, ganti daun pandan untuk masak nasi tu. Wangi...huuuuu~~

Layankan saja gambar-gambar di bawah. Mata dah makin berat ni. Makan terlebih had..kikiki

Semenjak dua menjak ni asyik update entry masak-masak je. Nak bercerita hal lain tak ada modal. Nak cakap tentang Shaklee, dah update kat rumah lagi satu. Hmm. Nanti update tentang anakanda lah.. Buh video dia membebel pun best jugak. Potpet potpet bahasa urdu..hahahah

Melayan kantuk memang tak mudah. Sangatlah menguji keimanan. huhu..Dah lama tak tidur siang ni. Rasa macam rugi je jika masa terbuang begitu je. Hmm.. Cari ilmu tentang bisnes lagi baik. Jejommm!!

RynaHakimi

Sunday, September 22, 2013

D.I.E.T

Assalamualaikum wbt

Salam hujung minggu peeps!
Semalam dan hari ni tak ke mana pun..
Encik suami banyak khojee nak kena buat
Pagi sampai malam
Huh..ngalahkan YB
Nasib semua aktivit tu dalam maktab ni je
Sempatla jugak dia balik makan  masakan isteri kesayangan beliau ni
Hekhekhek

Toasted Oregano Chicken with capsicum..kelas mak speaking london.. ngeh3!!

Ohohoiiiiiiiiiii
Lauk diet uolsssss!
Haha.. Shaklee on je
Itu sudah semestinya
Tapi nak result lebih aummmm gitu.
Heh, tapi ngelat jugak
Pagi tadi dah makan kue tiow 2 sudu besar
Suap mulut anak, tapi masuk mulut mak
Cemana tu??

Untuk encik suami, masak ayam kicap & telur dadar
Buat anakanda, sup makaroni mabeles menanti
Dia baru lepas makan kuih
Nanti petang-petang sket la suap dia makan
Kang ada yang buat makaroni tu jadi kuih siput
Habis dilenyek-lenyeknya
Huk alohhh
Pembaziran total! Hehehe

RynaHakimi

Tuesday, September 10, 2013

Selera hujung minggu

Assalamualaikum wbt.

Hening je rasa hari ni.. Seiring dengan cuaca yang mendung. Sejak dari subuh tadi lagi hujan turun. Memang nyaman sangat kalau tido.. Heaven!!! hehe.. Tapi apakan daya banyak lalat yang bermaharajalela dalam rumah ni.. Jangan harapla ko nak lelap mata tu kan..hikhik

Ok, straight to the point. Hujung minggu  yang lalu kami bermenukan ikan siakap 3 rasa dan tomyam campur. Yup, itu memang lauk biasa. Takde apa yang istimewa pun. Mungkin yg special sikit adalah ikan siakap tu kan. Bukan hari-hari masak ikan ni. Sekarang harga kat Mydin cuma RM6.99 seekor. Agak murah kan?? Lepas ni tak tahulah kot2 nak harga dek melambungnya harga minyak.. Just wait & see =P

ikan siakap berselimut..hihihi

tomyam campur kalerful

Dulu dah pernah share resepi ikan 3 rasa ni *LINK*.. Tapi masa tu guna ikan cencaru. Hmm, apa-apa ikan pun boleh aje. Janji kudrat nak men'tiga-rasa'kan ikan-ikan tu ada..hihihi (punah bahasa ;p)

Resipi Ikan Masak 3 Rasa

Bahan-bahan
  • 3-4 ekor ikan siakap/bawal/kembong/dll
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 batang putik jagung- potong bulat2
  • 1/2 batang carrot-potong dadu
  • Tomato 1 biji-potong dadu
  • Nenas secukupnya-potong dadu
  • 3-4 btg cili padi
  • Daun limau purut
  • 1 cilimerah-potong serong
  • 1 s/b gula
  • 2 biji limau kasturi-perah jusnya
  • Sedikit tepung jagung/beras

Bahan Tumis:-
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-potong dadu
  • 1 inci halia-potong kecil/dadu
  • 2 btg serai-racik halus2
  • 1 s/b ciliboh
Bahan Sos:-
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b sos cili
  • 2 s/b sos plum
  • 1 s/b kicap manis
  • 1 s/b tepung gandum-bancuh (nak likatkan kuah)
  • Air secukupnya

Cara-cara
  1. Bersihkan ikan dan lumur dengan serbuk kunyit, garam, dan sedikit tepung beras/jagung. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Kemudian, tumis bahan2 tumis dan goreng hingga garing. 
  3. Masukkan bahan sos, gula, jus limau, garam dan kacau rata.
  4. Kemudian, masukkan pula sayur2, cilipadi, cilimerah dan masak dalam anggaran 2-3 minit
  5. Kalau nak berkuah, tambah air. Tambah bancuhan tepung gandum untuk melikatkan kuah. Tapi kalau taknak berkuah or banjir, tak letak pun takpe. terpulangla pd citarasa masing2.
  6. Bila dah masak, curahkan kuah/sos atas ikan yang dah digoreng tadi.
  7. Dah pun siap..Bolehla mamam ngn nasik

Hari ni tak tahu lagi nak masak apa. Sotong masak singgang je lah. Ke sotong kunyit?? Hihihi.. nanti la nak kena tanya big boss. Aku apa-apa lauk pun tak kisah. Bedal aje semuanya.. kikiki

Untuk hafiey, nak masak sup suhun. Harap makan banyaklah macam semalam. Baru berbunga-bunga hati si ibu ni kan.. Ehee

Ok, sambung lagi di lain masa, tu pun kalau mood tak lemau la ye. Hihi.. Babai :)

P/s: Sedang menyelami potensi diri. Harus digali dalam-dalam, supaya ia tak dipersia ;)

RynaHakimi

Tuesday, June 11, 2013

Asyik makan sup je..

Assalamualaikum wbt..

Sekian lama blog tak berhapdet, baru hari ni teringat nak singgah.. Hehe.. Takmo dah tinggal blog ni sampai bersawang. kesian blog kesayangan ku ini..

Bukan sibuk mana pun. Cuma mengisi masa lapang dengan aktiviti baru. Jom kita berSHAKLEE!!!!!!! yeah!! hihihi. Masa banyak habis di facebook. Blog baru pun je buat. Rumah tak berapa nak siap lagi. Sape yg sudi singgah moh la jemput ke rumah ke dua sy: http://ummuhafiey.blogspot.com .Jangan malu2 ye, buat mcm rumah sendiri..tehheeee..

Cuti sekolah hari tu terisi dengan aktiviti kenduri kendara. Pastu balik kampung pula. Sampailah 6 jun baru balik Perak. Satu2nya abangku yg no2 dah pun kawen 1jun yg lepas. tahniah buat beliau dan isteri. Maka lepas ni mak dan ayah kat kampung asyik duk bilang cucu la ye. dah semua anak2 dah kawen. Haruslah bertambah cucu cicit kan.. huhu

Curi gambar dari FB kak ipar.. ampunnn..hihi :))

Kembali kpd topik di atas.. beberapa hari ni kami asyik makan sup je. Hujung minggu hari tu buat mee celup, tgh hari tadi pula makan sup tulang. Muka pun dah macam sup dah...hehhe.. Dah org request kita buat aje lah..

untuk en suami

untuk perut sy..hihi

Sup tulang tak sempat nak transfer ke laptop. nanti lenkali la ye. Kalo sempat nak update resepi mee celup tu. Tak sama dengan mee sup tau. Ala2 siam gitu.. Nanti next entry la kita citer. Si kecik merengek2 nak berebut laptop ni haa.. sebelum si mak rimas kena stop dulu la ye..jumpa lagi ;)

P/s: Short update yg pantas lagi tuntas..ngeeee

Sunday, May 26, 2013

Menu hujung minggu: Chicken chop with mushroom gravy

Assalamualaikum..

Amboi tajuk..mat salleh tak hengat uolsss.. ekkkeeke.. Sesekali masak chicken chop ni haruslah fefelin' mat salleh kan.. ngeh3..

Pagi dah breakfast ngan nasi+kari ikan. tercari2 menu yang lebih ringan. Ingat nak buat yang simple2 aje cikenchop nih. Encik kimiey request nak mushroom gravy plak. haruslah creamy gitu.. haih..*dalam kepala mula mengira2 kalori yg bakal bertambah seiringan dengan suapan cikenchop nanti..huuuu*

Tapi aku sendiri pun lebih suka cikenchop ngan mushroom gravy nih. Blackpepper pon ok, tapi dah selalu sgt makan muak plak rasanya. So kita cuba sesuatu yg lain plak kali ni.. Tak susah nak buatnya.. Lebih kurang kaedah buat mushroom soup jugak. Cuma lebih pekat giteww..

Let me share this simple resipi. Memang simple pon. Sayur2 tu celur aje.. Yang dimasak cuma ayam, sos dan kentang.. Roti  tu optional. nak ganti kntang goreng boleh aje..sesedap rasa la ye. Lagi satu ayam ni pun aku panggang je. tak goreng pon..jimat minyak dan tenaga gitu..hehe

RESEPI CHICKEN CHOP SOS CENDAWAN

Bahan2

=Hirisan dada ayam (perap dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa)
=Grill/panggang hingga masak. jgn overcooked plak ye =)

Untuk sos cendawan
=1/2 tin cendawan butang dlm tin (hiris nipis)
=150ml susu sejat
=1sb tepung gandum
=1sb mentega
=1 sb tomato sos
=sedikit kicap manis
=2 labu bwg besar (potong dadu)
=1s/b lada sulah
=stok ayam
=garam secukup rasa.

Cara2.
a. Ayam yang diperap td dipanggang hingga masak (eh, dah mention kat atas ek??hehe)
b. Untuk sos, goreng bawang besar dengan sedikit minyak hingga layu dan naik bau. Angkat dan ketepikan.
c. Dalam kuali yg sama, panaskan sedikit mentega. Masukkan tepung gandum dan kacau seketika.
d. Bila tepung dah larut, masukkan semua bahan diatas termasuklah bawang yg dah digoreng td.
e. Masak hingga kuah pekat.
f. Celur sayur2 pilihan anda. Nak ganti ngan coleslaw pon boleh.
g.Siap!

Amacam, senang kan resipi ni. Mula2 nak buat terfikir juga betul tak resepi yg bakal jadi eksperimen nanti. Bila dah masak, voila~.. macam makan kat restoran uolsss..

So, nak jimat silalah buat sendiri. Sedap tak sedap belakang kira, janji bleh tambah sesuka hati. takde nak kena cas tambahan.. Asal suami suka, makan tak toleh kiri kanan tu pn satu rahmat yang tak terhingga =)

Sunday, May 19, 2013

Bakso in da house!!!

Assalamualaikum wbt..

Salam hujung minggu uolsss.. Keboringan yang amat ni.. Bukan tak keluar jalan2, cuma memandangkan encik kimiey kurang sihat maka aktiviti makan angin dihadkan..hhehe.. Pagi2 dah ke klinik amik ubat.. Pening katanya.. Mungkin sebab kurang rehat, plus kerja yang tak putus2.. Mengalahkan YB dah abang ye..kikik

Owh..emosi hari ni agak kacau sket. Charger laptop dah weng.. Kejap masuk cas, kejap mati.. haihhh..punca utama adalah si kecik masukkan charger dlm mulut, pastu hisap ala2 makan choki2 gitu.. Adoii... memang takleh lepa langsung..

Guna ajelah selagi boleh kan.. Dah rosak nanti terpaksalah umi pau abi mintak belikan charger baru..wakkaka.. Laptop dia yg rosak pun tak repair2 lagi, ni nak potong queue beli charger baru plak..huhu..abe potong elaun dinda bulan ni la..takpe, dinda relakan *sambil mata berkaca2 mcm pussy n da boots tgh mohon simpati*

Kembali kpd topik utama.. Kalau tak merapu meraban dulu tak sah kan.. hihi.. Sejenak sesi luahan perasaan.. Semalam sempat buat bakso untuk kami makan 3 beranak. Dah lama teringin nak buat. Cuma asyik tangguh je..

Tak sangka plak rasa dia sedap sangat. Terima kasih kepada empunya resepi yg sedap nih.. Ceduk dari myresepi.com, resepi cik iza. Minta izin kopipes ye =). Untuk rujukan sendiri di masa hadapan..

BAKSO BEBOLA DAGING

Bahan2

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
      UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
     UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Memang sedap, sebijik mcm bakso paling sedap yg aku makan kat Melaka. Kedai tu depan hospital besar Melaka. Puas hati bila buat sendiri.. nak tambah banyak kali pun takde org marah..kikiki

Korang pun cubalah..siyess puas hati..Sedap hingga menjilat mangkuk.. Aroma lada putihnya memang perghhhh! mantop =) sampaikan si kecik hafiey pun suka sangat makannya.. Sesekali tukar selera ye nak.. Authentic gitu. huhu..

Sunday, April 21, 2013

Berhujung minggu dgn nasi kerabu :)

Assalamualaikum wbt..

Salam hujung minggu semua.. Mesti ramai yang bawak keluarga jalan2 makan angin kan?? Huh, jelessssssssss!! Me dok umah je..Encik kimiey ade keje nak disiapkan.. Tapi semalam dah pun ke Lumut, cari produk laut kat sana..Tambah stok ikan kering ngan ikan bilis sket..

Terajin pula masak nasi kerabu ni..Maklumlah, bila lama tak makan rasa teringin tu datang bertandang.. Haihhh..tambah pulak bila tengok kawan fb post gambar nasi kerabu..Lagilah lapar tak hengat..kikiki.. Maka, terhasillah nasi kerabu biru sebagai juadah tengahari kami sekeluarga (tak termasuk si kecik ye.. gile nak bagi makan budu..hahah)

resepi di sini

Sebenarnya nasi kerabu biru ni tak perlu ada tumis budu pun.. Tapi encik kimiey request nak jugak tumis budu tu.. So, buatlah sedikit untuk beliau :)

Ha, gambar atas ni versi letak tumis budu..hehe.. haruslah posing sama kan.. Sepatutnya tumis budu tu pekat sket.. tapi dek kerana tak cukup santan, maka cairlah beliau.. kekekekk.. Hentam jela labu..janji rasa budu tu ade..

Ok lah..tak ade modal nak merapu lebih2 di petang ahad ni.. Hero2 semua duk tido.. Nak tido jugak, tapi tak mengantuk plak mata ni.. huh, boring.. mau makan la jap (maka sesi menternak lemak pun bermula....)

RynaHakimi

Saturday, April 13, 2013

Im 7 months old today!!

Assalamualaikum...

Dah 7 bulan anak umi ni ye?? Pantas sungguh masa berlalu.. Rasa baru semalam duk bawak perut memboyot ke sana sini..hehe..

Nama je hujung minggu, tapi tak ke mana pun.. Abi hafiey (en kimiey) ada pogram kat Ipoh.. Hujung minggu pun keje (huh mencik!!!!).. Ehe..takpe2..demi mencari sesuap nasi kan..Staff yang hanya menurut perintah (tangan di bahu mata ke atas =P)..

Nasib baik anakanda setia menemani.. Hapi 7 months birthday my dear Hafiey.. Umi sayang hafiey sangat2..Mmmmuachhss :)

Semoga membesar sebagai anak yang pintar dan soleh wahai anakku...

Che su kata sy mcm jepun..mentang2 mata sy sepet ye!!

Selamat berhujung minggu uollssss :)

RynaHakimi

Monday, April 8, 2013

Projek apam mekar

Assalamualaikum..

Ku gigihkan diri menghapdet belog di hari isnin yang hening ini.. Entah kenapa nak bukak belog sendiri pun malas.. Hehe.. Maklumlah, sibuk ngan hobi baru jadi baby sitter..ekekk

Perkembangan terkini si kecik, dia dah boleh merangkak pada usia 6 1/2 bulan.. Walaupun masih tak laju, tapi dah cukup membuatkan si ibu basah ketiak mengejarnya..Tambah pulak dia pantang tengok wayar, charger laptop semua dia nak gigit..huwaaaa.. lasak sangat ko wahai anak.. Penat umi nak kejar..

Masa masak memang kena letak atas walker.. Kalau biar je depan tv maunya dia gigit extension bawah rak tv tu..cepat je budak ni..Bila kita letak, tengok2 dah duk bawah sofa.. Kuss semangat.. Ingat hilang ke mana dah..hehe

Okehhh..kembali kepada topik asal.. Semalam projek apam mekar setelah di 'request' oleh encik kimiey.. Sebenarnya dia pun taktau dia nak makan kuih apa.. yang dia tau kuih tu apam yang ada kaler. So aku bajet apam mekar la kan..

Tapi bila dah siap, muka dia cam konfius.. Aku cakaplah kat dia "tu la, lainkali kena make sure apa nama kuih yang nak dimakan tu..kang dah salah buat".. huhu..nasib baik dia makan jugak.. kalau tak, sape nak ngabiskan apam2 tu.. derma kat jiran la jawabnya..

Kali ni nak tepek resepi plak. lama tak buat keje tepek menepek ni kat belog.. Lebih banyak cerita sal si kecik berbanding hobi masak2 ku yaang kian melemau (ada ke istilah melemau?? kikiki)..

Kembang mekar setaman..hehe

Resepi Apam Mekar
Sumber: Chef hanieliza
Olahan: Rynahakimi

Bahan2:
1. 250g gula kastor (anggaran 1 cawan)
2. 2 biji telur
3. 1 sudu kecil esen vanila
4. 200ml susu segar (aku guna susu sejat f&n, anggaran 1/2 tin)
5. 300gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
6. 1 sudu kecil ovalette
7. Pewarna ikut suka
8. Acuan kertas

Cara2
1. Panaskan kukusan dan bungkus penutup dengan kain.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu
3. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
4. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu secara berselang seli..Pukul hingga gebu
6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian (ikut suka korang la)..Masukkan pewarna..
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe kan ke dalam cawan kertas yang di alas dengan acuan apam.
8. Kukus selama 10-15minit..

Hmm, why aku pilih resepi chef hanieliza ni instead of resepi lain?? Sebab ni satu2nya resepi yang aku jumpa tak guna ais krim soda sebagai bahan utama.. kata orang nak kasi lembut apam tu. tapi bila tak buh pun tetap lembut dan gebu je apam mekar ni.. So, terpulang pada korang nak pilih kaedah yang macam mana..

So far, tak susah nak buatnya.. Cuma sedikit mencabar bila si kecik nak 'tolong' umi dia kat dapur..hehe.. Nasib baik ada walker.. Penyelamat sang ibu tatkala sibuk di dapur =)

RynaHakimi

Saturday, February 23, 2013

It's his birthday!!

Assalamualaikum...

Entry ke2 untuk tahun ini..hakhak.. hari ni agak kelam kabut sebab kononnya nak buat surprise untuk si dia.. Lepas masak untuk lunch tadi gigih buat kek utk en.kimiey..hoho..Birthday boy in day house *tak berapa nak boy dah.. 29 thn dah pon..ehe* Hrmm..takla surprise sangat kot.. Sebab masa duk buat kek tu dia ada je kat umah.. Tapi aku bagi alasan la buat kek untuk dibawa ke umah adik lusa di KL.. Dia pun tak syak ape2.. Amacam, terer tak lakonan i?? hihi.. padahal dia dah boleh agak dah buat kek utk besday dia.. Pura2 buat taktau je kot (^_^)

Hari ni sekolah ganti.. En.kimiey keje macam biasa.. kalau tak memang tak lekat kat rumah la kami kalo hujung minggu.. Berjalan2 itu adalah wajib..ngeh3 (mesti laki aku garu2 kepala ngan hobi bininya yg suka sgt berjalan ni).. normal la.. duk rumah je pun bosan juga..Hujung minggu apa salahnya berjalan2, ye dok??

Asalnya nak buat cheese cake..Tapi fikir balik takut tak menjadi plak. Korang pun tahu kan aku ni fail kalo bab baking membaking ni.. Kalo setakat buat kek untuk tekak sendiri boleh la.. Tapi kalo nak tayang2 ni seganla sket.. Malu kat otai2.. hahah.. aku kalo kek cekelat yang tabur2 coklat rice kaler maler tu bolehla.. Icing2 non hado.. :)

Abaikan coklat yang melimpah tu.. *fail presentation*

Nak jugak letak lilin cinonet tu.. hehe.. Bolehlah dari langsung tak ada kan.. Ingat nak pacak je lilin putih yang selalu guna masa blackout tu.. Haha.. Bila fikir balik tak pernah dibuat org kot pakai lilin tu letak atas kek.. teheee..

Posing dulu sebelum potong kek.. En kimiey muka penat + ngantuk.. Hafiey buat muka nak gaduh.. hahaha.. Muka tak puas hati kot apesal plak tibe2 kena tiup lilin bagai ni..

Tibe2 hafiey pun nak tiup lilin jugak.. jeles ngan abi la tu..hehe.. En. kimiey tengah baring2 lepas pulang dr keje tadi.. tiba2 isteri (kesayanganlah sangat) beliau ni nyanyi lagu hepi besday sambil bawak kek ni.. Yang nak tido tiba2 tak jadi..Excited punya pasal..

Ok la abang ek.. dinda memang tak berseni.. Niat di hati nak deko lagi cantik.. Tapi tu je yang mampu.. hikhik.. Nanti kita celebrate pakai kek yg lagi sedap ye.. tunggu besday dinda 15mac nanti =)

RynaHakimi

Saturday, December 10, 2011

Apa-apa aje

Tak tau dah nak letak tajuk apa.. hahaha.. Apa-apa je la.. Janji blog berupdate, ye dop.. Selesai sudah urusan ku di Teluk Mas tadi. Disebabkan encik kimi ada hal kat kajang, terpaksalah dia hantar je ke sana. Pulang sendiri ye, takde orang nak jemput.. huhu

Lama sudah tak naik bas. Apapun, aku suka pengangkutan awan.. Punya kelebihan tersendiri.. Di samping hargnnya yang lebih murah. Encik kimi tak kasi naik teksi. Takut kena culik katanya.. hikhik.. Sayang jugak kat bininya yang kiut miut ni... wakakka.. kiutla sangat *sila cebikkan bibir anda..hehe*=P

Jalan kaki more than 1/2 km tadi, sebab bas tak berenti betul2 depan umah.. Sangat mencabar okeh! Dah lama kot tak buat senaman tapak kaki ni. Kasut lama tak terusik. Tadi bercatwalk la jugak ngan kast tu.. Sampai melecet tapak kaki ni haaaa... Adeh.. Cobaan hujung minggu sungguh la..

Sampai umah dah jam 12pm. Encik suami plak col, gitau tayar kete pancit.. What the heck?? semalam baru gi servis tayar kot.. Dia servis ke tolong bocorkan tayar kete tu?? Haiyoohh.. keciaaannnn encik kimi.. Nasib baik dekat dengan kedai tayar. Boleh terus repair kan.

Baru je terniat nak makan nasi bungkus je hari ni. Tapi mengenangkan encik suami yang dalam kesusahan.. Kita senang2 je nak buli ye (macam selalu buat je..hahaha).. So, masaklah walaupun tak seberapa.. 

Masak apa yang sedia ada kat rumah je. Ada nenas, best juga kalau digulai. Encik kimi asalnya nak belajar masak gulai kawah daging hari ni.. Tapi lambat sangat tunggu dia balik..

Gulai nenas+paru

Daging pun tak beli lagi, malas aih nak singgah menyinggah masa on the way pulang tadi.. kaki dahla sakit. jalan pon tak jejak tanah ni.. hihi. Cancel la masak gulai daging. Sorry ye abg, dinda masak lauk lain dulu.. tapi lebih kurang gulai kawah jugak ;)

Dalam peti ais ada paru, so tambah sikit dalam kuah tu.. Kalau buh nenas je, nampak plain sangat. Macam kureng je.. hehe.. Tekak sendiri yang nak makan. kalo tak sedap pon, takdela nak salahkan org lain.. ekkeke..

Cepatlah cik abeku balik.. Dinda laporrr dah ni. Nak makan dulu, kang ade yang merajuk.. hekhek.. Kantoi sudaa.. Tadi beli apam balik, tapi tak cukup menampung keperluan perut nih.. Perut ke tong ni?? wakaka... Elehh.. apam balik mana cukup.. Hanya nasi sajalah yang mampu mengembalikan tenagaku ke tahap maksima.. ;)

Saturday, December 3, 2011

Cerita tanah tinggi

Uhuk2.. terbatuk2 ni haa.. Masuk blog yang dah naik berhabuk dek diabaikan oleh si empunya belog.. huhu.. Lama tak online.. Baru aje bayor berukband ni haaa.. heheh..

Dalam seminggu berdiam diri, macam2 terjadi.. Dan2 je balik kampung cuti awal muharram hari tu.. Asalnya tak dirancang.. Tapi hati terdetik nak pulang, jenguk famili di sana.. Terus kami decide mau pulang.. Ad hoc tu.. 

Encik kimi pulak ada meeting la plak hari Sabtu 26hb tu.. Nak tak nak, lepas setel meeting baru boleh gerak pulang.. Pulang dari meeting, encik kimi kata nak pergi Cameron Highland dulu baru balik kampung. Ikut laluan Simpang Pulai- Gua Musang.. Mean kena lalu kot highway PLUS la..

Ape lagik... terujalah si bini yang memang suke giler ngan tempat sejuk2 ni.. teheee.. Bukan selalu pergi kan.. Last pergi sana Julai yang lalu, trip dengan staff Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.  Baru lagi, tapi hati memang teruja nak ke sana lagi.. 

Bertolak ke Cameron tengahari hari Sabtu.. Campur pulak dengan jalan jam.. memang sangap dok dalam kete lama2.. Dah naik kematu montot ni haaa.. Hehehe.. Tak lalu kut laluan tapah sebab jalannya agak mencabar dan super bahaya.. Buka selekoh 'u' lagi dah.. selekoh 'v' dah jadiknye.. Seram eh.. Lalu kot Simpang Pulai, jalannya lagi besar dan lebih selamat.. Agak jauh sikit, tapi bila fikir soal keselamatan, kami tak kisah amik masa sikit pon.

Sampai sana dah dekat Isyak.. Jalan ke Cameron Highland memang sangat sesak bila malam.. Punca utama sebab pasar malam Brinchang tu la kan.. Jam yang tak dapat dielak.. Tambah pula cuti sekolah.. memang sesak sampai ke otak jadinya..haha.. Ingat nak pergi release tension, tapi bertambah stress ade la bila duk dalam kesesakan melampau ni.

Hotel yang kami tempah awal2 pula tiba2 penuh.. nasib baik pihak pengurusan hotel recommend dan carikan homestay lain untuk kami. Hotel lain semua penuh. yang mahal2 tu banyakla, tak mampu aihhh nak duk hotel 4,5 star.. heuheu.. Homestay pon boleylaaa.. RM100/night..

Esoknya sempat singgah di ladang teh Cameron Bharat kat Tanah Rata.. Puas hati dapat turun jalan2 kat ladang tu. Tapi takleh nak gi jauh sangat sebab tanah basah.. Asyik hujan aje.. kang ade yang jatuh tergolek dalam ladang teh tu.. Free show la pulak.. ahakss!!

Layan gamba2 neh.. tak banyak pon, sebab masa terhad. Bolehla dari tak ada langsung kan.. ngeh3..

Suasana pagi

Cameron Bharat Tea Plantation

Ladang teh lagi

Model tetap

Cameron Bharat cafe dari bawah

Pintu masuk homestay

Deretan strawbery di luar homestay kami

Pok cik tgk ape tu???

Bilik kami

Mamam sblum check out

All in one entry, ok tak?? ke semak?? haha.. Malas nak buat entry sambungan, lagipon tak banyak tempat kami pergi. Lepas beli sayur kat pasar tani Brinchang, jalan2 jenguk ladang teh, cari bunga untuk bawa balik, terus kami check out. Pukul 2pm bertolak ke Kelantan, cuma amik masa 3-4 jam dari Cameron ke my home.. Dekat la jugak kan??

Lepas ni nak balik kampung kut Cameron la sokmo2.. Sambil menyelam minum air.. huhu.. Bestnya la hai kalau boleh menetap kat Cameron ni.. Hari2 tak mandi pon takpe sebab sejuk.. hakhak.. Ape jenis angan2 la nih.. =P

Sunday, November 20, 2011

Pau gebewww

Eheh.. Rosak bahasa..kuikui.. Rajinla pula mengepau malam ni.. Idea sepontan tatkala perut kelaparan.. Padahal baru tadi makan nasi mamak.. hikhik... Nasi lain, pau lain.. Kuih ni kategori makanan ringan (walopun tak berapa nak ringan).. 

Kalo kat kedai, sebiji pau dah RM1.50.. RM 2 pon ade, depend on size la kan.. Yang aku buat ni sederhana, tak besar, tak kecik.. Kalo ikut adunan sebenar, boleh hasilkan 20 biji pau.. Tapi bila dah buat besar2, kurangla bilangannya.. 

Lebih putih if guna tepung pau

Sebenarnya pau ni lebih cantik kalau guna tepung pau.. Aku guna tepung gandum aje... Tak kuasa nak beli tepung banyak2.. Bukan rajin mane pon nak membuat kuih ni.. hehe.. Guna je la ape yang ade dalam gobok tu.. Janji, rasa sedap.. Tak lari.. heuheu.... Sangat2 teruja bila first attempt dapat hasil yang memuaskan.. Thanks ye kepada empunya resipi pau yang gebu dan sodap ni..

Sebelum dikukus

Resepi asal boleh dijenguk di SINI.. Aku buat double sebab nak hasilkan 20 biji pau. Resepi tu untuk 10 biji aje.. Nak lagi banyak, gandakan ikut suke ya kawan2.. Kalau nak kuasa 3 macam Boboi Boy tu, triplekan adunan itewww.. hakhak.. Hape la aku merepek ni..

Rasanya, memang sedap.. Terpulang nak isi inti ape pon.. Ikut kegemaran masing2 la kan.. Aku buh inti daging.. 10 biji pau dah siap diagih2 kat jiran sebelah.. Dah jadi hobi pula bertukar2 makanan ngan mereka ni.. Ahli mesyuarat tingkap giteww..hehe..

Of coz la kena masak inti tu dulu.. If nak inti kaya, peanut butter, sardin, jem strawberi, pon boleh.. Meh nak share cara buat inti.. Ni resepi ikut suka je.. Rasa kari2 sket, kire jadi la kan.. hikhik

Banyak inti dari tepung..haha..comot jadinye

RESEPI INTI PAU (DAGING)

Bahan2
  • 1 cawan daging cincang (ayam pon boleh)
  • Sedikit serbuk kari daging-jadikan pes
  • 1 labu bawang besar-kisar
  • 2 ulas bawang putih-kisar
  • 2cm halia-kisar
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 3 biji Ubi kentang (potong dadu dan rebus hingga empuk)
  • Garam, gula secukup rasa
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih)
  • Sedikit serbuk kunyit-bg kuning sket
Cara-cara
  1. Tumis bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih hingga wangi.. Then masukkan bahan kisar. Tumis lagi hingga garing
  2. Kemudian, masukkan pes kari daging dan serbuk kunyit.. Kacau hingga pecah minyak.. If nak pedas, buh sket cili giling..
  3. Masukkan daging dan masak dengan api perlahan.. Masak hingga daging empuk
  4. Masukkan ubi kentang yg dah direbus bersama2 bawang besar yg dipotong dadu.
  5. Rasakan dengan garam dan gula.. Masak hingga kuah kering
  6. Siap!!

    Resipi inti daging tu try n error je.. Maaf ye kalo tak sedap.. Boleh try search resipi len jugak ye.. kang tak sedap kang, ahkak jugak yang kena... heuheu.. Silakan mencuba resepi pau di atas.. insyaAllah takkan mengecewakan kawan2.. Siyes tak tipu =)

      Klik-klik

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...