Saturday, December 4, 2010

~Aku SeDaNg BeRcUti~

salammmm....
rinnndduuu sesangat kat blog aku ni....
hampir bsawang dah...(sob..sob..sob...sedeyyy)
aku skrag ni sedang bercuti kat umah ibu mentuaku kat Tganu...
(ikut turn daaa)
so...aku tak sempat nak update blog ksayangan aku nih....
almaklumla kt sini tak da internet la plak....
:
:
:
broadband?????
ishhhh...jangan ditanya pasal broadband...
kawasan ni blum ada liputan daaaa....
(ppsssttttt kawasan kg la katakan...kena wat aduan kt pihak yg bwajib suruh cepatkan liputan ke kawasan pdalaman kannn)
ni pun aku paksa mr. hubby temankan aku ke cyber....sbb dah rindu giler kt fb....
aku curi la masa jap jngok blog aku & blog kengkawan...
tambahan pulak anak aku ditinggalkan pada mak usunya....
dia tido je cepat2 aku heret mr. hubby ke cyber....
:
:
bila cuti mcm ni trasa rindu la plak nak ke skolah...
rindu ngan ksibukan kerja...
hi..hi..hi....
jumpa lagiii...
mmmuuuuaaahhhhh

Sunday, November 14, 2010

Sesungguhnya aku BERSYUKUR padaMU

hai....ari ni aku ada masa sket nk update blog aku yg dah bsawang ni...
n3 kali ni nak cerita sket pasal kes kmarin....kes???? mana ada biasa2 ja..
smalam aku jumpa ngan kawan lama aku...kawan masa skolah rendah...
aku tengok kat dia...apasal la minah ni asyik tenung aku je ni...bila aku tengok dia, dia pandang ke arah lain....aku pn cuba la tgk balik (masa tu dia tak pandang aku la...kiranya curi2 tengok)
:
:
:
MasyaAllah
rupa-rupanya kawan skolah rendah aku....
aku pun p la tegur dia...
memang la tak perasankan...
dah bbelas tahun kami berpisah...
lagipun masing2 dah berubah (dari segi fizikal la)....gemoksss...(termasuk aku la tu)
lepas bertukar-tukar cerita sket kami pun berpisah...
:
:
bila aku tengok diri aku ngan dia, aku rasa bersyukur sangat...
Aku ada segalanya walopun tak la semewah mana...
DIA?????
*dia hanya berpakaian biasa (ya la kan takkan nak berkasut tumit tinggi n bermake-up sakan plak sbb hanya suri rumah)
*gaya??? (tak la bergaya sangat "tapi mmg tak bgaya langsung la"- ya la mgkn kperluan anak lebih diutamakan)
*Anak juga biasa2 saja (nampak comot sket la...ya la mana sempat dia nak urus anak2 yg smakin nakal)
dan
* masih menumpang kat umah mak....
walau macamana pun keadaan dia...aku harap dia BAHAGIA...
Amin...
Aku rindu kawan2 lama....
Aku harap diorang tak la segan nak tegur aku...
aku tetap macam dulu...
biasa2 saja...
Bila ku lihat DIA...aku bersyukur padaMU ya ALLAH dengan apa yang ada hari ini

Friday, November 5, 2010

Penyesalan yg tak sudahh

ni sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

 Kisah Si Kecil Ita...

       Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

 Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

 Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

 

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

 Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

 ''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

 Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

 Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

 Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

  Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

 Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

 Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

 Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

 Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

 Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

 Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

 Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

 Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

 Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

 'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

 Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

 Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

 "Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Thursday, November 4, 2010

Aku Curiiiiii....


Bikin gempak aje tajuk n3 kali ni...
aku bukannya curi barang @ duit tau...

tapi..

:

:

Aku curiiii M.A.S.A

aku betol2 sibok skrg ni....byk keja yang aku kena buat sblm cuti skolah ni...

aku rasa macam tak cukup ja masa 24 jam ni...

aku terlalu R.I.N.D.U utk tulis dlm blog aku ni...tapi tak semmmpattttt

ni aku curi jap masa keja aku...dah tak tahan rasanya bila asyik dok baca blog kengkawan yg slalu update...

aku je yang tak sempat....hu..hu..hu...

tak yah la aku  snaraikan keja2 aku kt sini...nanti btambah plak masa yg aku curi...

ok la...aku terpaksa "BERPISAH KEJAP" ngan blog aku...

sedeyyyyy......sbb dah byk gambar2 yg ada dlm simpanan aku utk dkongsi...

harap2 cepat la keja aku settle...

Friday, October 22, 2010

Sapa Buang Anak kt Umah Aku ni????????????

tajuk n3 kali ni mmg gempak sket...

tapi ini cerita betol bukan rekaan... bkan aku main2...

mmg ada la manusia yang tidak btanggungjawab ni buang anak kt umah aku....

depa ni mmg tau kot yang aku ni mmg jenis yg mudah kesian...

ingat umh aku ni umh kebajikan ka??????

puas aku tanya tapi dia ttp x mau bgtau sapa yg dah buang dia ni...

cuba korang tengok btol2 anak sapa ni????

aku kurang kenai la....

ha...perati btol2 tau coz aku nk pulangkan balik dia ni....

dah sminggu dia ni btapa kt umah aku

:

:

:

tp rupanya kurang mnarik

(hitam hitam si tampuk manggis tau)

tengokkkk...manja giler...

muka minta simpati...

siannn kann...

dia mmg jinak...

pantang jumpa kaki & tangan aku...terus dgesel

oleh itu...sesapa yang tau sapa punya si hitam ni tolong bgtau aku....

blh ke repot polis??????

@

masukkan je dlm paper???

dlm blog pn ok la kan.....


~SePeTaNg d PaNtai ChEnaNg~

Pantai Chenang....ni la destinasi kami ptg kmarin...

Harith 2 3 ari ni asyik sebut nk g mandi laut...
so ari ni baru dpt tunaikan pmintaan dia...

sbenarnya bimbang nk p mmandangkan cuaca yg tak mnentu ni dtambah plak ngan ke bizian kami....

macam biasa aku tetap bawak Nana & Fakrullah (anak pengasuh) sbg teman Harith....

sebaik je sampai....

:

:

:


Tengok keadaan dulu....


:
:
:
kemudian....

Main pasir jap....
(saja aku bwk lori tu spya dia main kot tepi ja)

tak boleh jadik ni...nak mannndiii gakkk

Terus nuju ke air
Harith dikawal Papanya


then...
:
:
:
naahhhh
aku plak mangsanya

aku terpaksa mandi gak pasai Harith dah masuk ke tengah air...

best jugakkkk


Monday, October 18, 2010

Ni la buah hati aku.....

Harith Fadhillah Mohd Kamal....
Ni la buah hati aku...
skrg ni Harith dah 2 tahun...
lasakkkk
:
:
Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Thursday, October 14, 2010

Diriku

Nama betol aku Che Siti Normawarni

Aku CipLak!!!

ari ni aku rajin la plak dok slongkar blog kengkawan....
best baca n3 yg dmuatkan dlm blog diaorg....
tetiba aku tpaku bila baca blog rakan stugasku...kak Aisyah...
so..aku copy & pastekan kt blog aku utk dkongsi...
cuba baca n3 tu...
:
:
:
aku tertarik dgn tinta pengarang mingguan wanita...seorang isteri yg begitu setia kepada suami..tetapi suami tidak pernah menghargainya..isteri itu sgt sabar menghadapi kerenah suami..tapi suami x pernah berubah. Di takdirkan suatu hari si suami mula sedar akan kesilapannya tapi si isteri pulak telah pun berputus asa..beliau enggan menerima suaminya semula malah minta dilepaskan.Pada pandangan saya, walau sesabar mana pun wanita itu, semua itu ada hadnya.Isteri itu mungkin telah penat bersabar, malah beliau mungkin telah bersedia memulakan hidup baru. Saya menyokong 100% keputusan isteri itu..
:
:
:
oleh itu....untuk PARA SUAMI...
HARGAILAH segala pengorbanan ISTERI supaya anda tak mnyesal nanti...
jgn bila dah HILANG baru anda sedar wujudnya 'berlian' yg tidak djaga sblm ini....
Hati kalo dah BANYAK TERLUKA sukar diubati...
terima kasih k.aisyah...
(walopun aku amik tanpa pengetahuan dia..ha..ha..ha..)
ammmpuunnnn

~SaRaWaK yG Uummmmpphhhhh~

Januari 2010 aku & family beserta geng2 skolah bpakat p bercuti ke Sarawak....
ni 1st time aku ke Sarawak....
teruja gilerrr....
mmg best la bawak family ke sini... tp lagi best kalo x bawak budak kecikkk...boleh la nikmati spuas2nya pcutian....tp sian lak kalo tak bwk anak....
masa ni Harith tgh lasak...aduusss
aku mmg cadangkan kpd sesapa yg nk bcuti p la ke Sarawak....
terutamanya ke Serikin & Pasar Satok.... mmg mabelesssss
Sarawak yg Uummmpphhh...
Aku akan ke sana lagiii...tuuuunnngguuuuu
:
:
:
ok..layan je gambar2 yg dah lama tperuk dlm lap top aku ni....

masa dlm flight....
yeeehaaaa.....ni kat Muzium....
tak larat aku nk ligan Harith ni...

alat permainan tradisional
:
:
:
relax jap tgk tarian kebudayaan...

hubby pn x lepaskan peluang bgambor...
waahhhh...depa ni dah pakai pakaian tradisional sarawak
aku teringin gakkk...tp hubby kata tak yah la... :-
kami skeluarga kt dpn kg Budaya
~Kg Budaya~
(
kat Water Front
 
Harith pn dah ngantuk...
Letih la tu dah sharian bjalan...

part ni paling bestttt....
shopping time...
kalo blh smuanya aku nak boronggg...
I LUV Serikin.....
tu dok cerita pasai kapal terbang dia la....
layan jerrr drp jenuh nk kena kepung...masa ni la paling mcabar....flight delay...
jenuh aku & hubby nk mngepung budak buas tuuuu
~SEKIANN~

Tuesday, October 12, 2010

NaaakKKKk Sepetollllll....


Nak Sepetolllll.....
kalut aku tgk Harith kuar masuk bilik cari 'sepetol'...
rupa2nya dia cari pistol mainan dia la...
nak tau dia nak wat apa????
haaaa....apabila diimbas kat skrin TV rupa2nya ada la cerita yang dia minat tu....
nak tau cerita apa????????????
:
:
:
Gerak Khas....
minat sgt dia tengok polis2 niiii

ni la aksi dia pegang 'sepetoll'
dia akan tembak jugak bila polis dlm TV tu tembak...
alaaa....minat jadik polis ker????
tapi Mummy tak mau dia jadi polisss....
macamana ha???
terserah la....
asalkan Harith jadi insan yang boleh dibanggakan...
Aminnnn

Thursday, October 7, 2010

JoM mAnDi LaUt

ari ni aku nak cerita aktiviti petang kami di pulau plancongan ni...
kat sini bukannya ada mall utk mencuci mata & poket....
haaaaa....kelebihan kat sini ialah hari2 kami bercuti...boleh mnikmati keindahan pantai & pulau bila2 masa tanpa mngeluarkan budget...
kalo org lain...mmg berfikir sakan la nk p bcuti...yang ada duit blh la p jauh2...
yang nk jimat sket ke Pulau Langkawi la jawabnya...ada juga yg sampai skrng pn masih x bpeluang nk bcuti ke Langkawi.....
ni la antara aktiviti petang kami kt sini....
bawak anak mandi lauttttt.....
:
:
:

konon2 nak bina istana pasir la tu...
Harith yang tak takut air...
Harith ngan Nana...(anak pengasuh)...Nana ni mmg slalu aku bwk ke mana2 pn...
ada jet ski & payung terjun jugak....
besttt kan....
~WELCOME 2 LANGKAWI~

Sunday, October 3, 2010

RaYa kT uMaH CikGuuuu

tahun ni aku & the geng berkesempatan beraya kat umah x-cikgu kami...Cikgu Salwa namanya... kalo nk tau muka cikgu salwa ni dari kami zaman skolah lagi tetap maintain mcm ni la....
(nk kena bwk pulut kuning ni...p nuntut ilmu awet muda)....
kami smua ni sgt TERHUTANG BUDI ngan cikgu salwa pasai dia dgn murah hati telah mmberi peluang kami duduk kat umah dia masa kami nk amik STPM & SPM tahun 1998...
masa tu, rumah dia baru je siap....dia dah bagi kami rasmi....
disebabkan itu la kami smua telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading pasai jauh drp pengaruh TV.
terima kasih cikgu
kt bawah ni gambaq yg sempat kami ambik masa p serbu rumah cikgu ari tu...
:
:
:
gambar kat atas tu dari kiri kak ha (nampak besaq pasai mak yong..dok tggu hari masa tu), pas2 kak ram, aku, adik aku kak ngah & yang ujung skali tu la cikgu salwa

ni plak gambaq anak2 kami...
mcm2 ragam la sbb dah boring nunggu mak2 depa ni nyembang tak ingat dunia...
kiranya cikgu salwa dah dapat 'cucu'
gambar ni plak gambar bos kami @ dgn bahasa lain laki kami la....
yang baju itam tu 'pak cik'...suami cikgu salwa
nasib baik depa ni sabar mnunggu para isteri bborak....tq

:
:
:
terima kasih cikguuu....
tahun depan kami serbu lagii...
sekian dulu n3 kali ini....

Tuesday, September 28, 2010

~Lebaran 2010~

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRIAidil Fitri 2010.....
tahun ni turn raya kat umah aku..... macam ni la aku bila time raya...kena ikut turn memandangkan aku kawen ngan org jauh.....'ganu kite'... tapi bestttt kawen ngan org jauh ni coz kalo cuti raya 2 mggu maksudnya 2 mggu la berada di umah masing2...takde nya nk bahagi2...kih...kih...kih....
ok...layan je la gambar2 yg sempat diambil masa ari raya ari tu....
:
:
:
SELAMAT HARI RAYA
~MAAF ZAHIR BATIN~
ni la family besar aku...
:
:
:

ok kita tgk gambar raya ikut susunan family aku....
kita mulakan dengan 'aku' coz aku anak sulung...ni family aku....kami pilih tema oren tahun ni...
:
:
.
ni family adik aku yg no 2....wadi
:
:

ni family adik aku yg no 3....kak ngah
:
:

ni lak adik aku yg no 4....Abg Chik
:
:
ni adik aku yang ke-5...K.Teh...
temanya itam gak
Ayu....adik aku yang bongsu....
oppsss..tu bukan anak dia pasai ...dia ni single lagiii....

:
:
:
Ok...sekian n3 permulaan dariku.....