Ahhh... hari ini adik ipar aku dapat result UPSR... hmmm... not bad juga... 3a 2b... kesian pun ada juga bila org cuma lihat 'B' yang cuma dua tu dan terus tak nampak 'A' yang ada tiga lagi...
Manusia mmg suka lihat suatu perkara dari sudut negatif... pada aku itu sudah satu kejayaan... berjaya mendapat 3A juga adalah satu kejayaan... mungkin bukan satu kejayaan yang besar tapi tetap juga sebuah kejayaan... mungkin betul... ada anak orang lain juga dapat 5A... tapi yang lebih penting Usaha yang dibuat demi mendapatkan kejayaan tu... sekiranya kita terlampau kecewa dengan 'B' yang diberi... sama seperti kita tak redha dengan apa yang Allah beri kepada kita.... kerana sesungguhnya KEJAYAAN TANPA USAHA ADALAH MUSTAHIL... USAHA TANPA KEJAYAAN ADALAH TAKDIR....
Note: Jgn panggil ini kegagalan... panggillah ini sebagai 'belum berjaya'...manusia cuma gagal apabila dia berputus asa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan