Rabu, 30 November 2005

4 - Proton Oh! Proton

Tulisan di bawah ni reply aku di laman web Putera.net

Bukannya aku tak patriotik bila aku kutuk kereta nasional negara aku... aku cuma nakkan kepastian... aku cuma nakkan keadilan...

adil ke bila ku beli kereta waja hari pertama alarm dia tak boleh berfungsi? kejap boleh kejap tak boleh... tak sampai sebulan power window aku dah takleh tutup rapat.... Cat kereta kalau tergesel sikit dah berbekas... leather kat dash board senang gile terkopek... 5 bulan lepas beli waja power window terbuka sendiri masa drive... time hujan lak tu... sapa tak sakit ati!!!

Harga kereta bukannya murah... aku berani kata kereta kat Malaysia ni harganya tak munasabah... semua sebab nak tongkatkan proton... cuba convert duit beli kereta waja ke dollar dan cari kereta import apa yang korang boleh beli dengan duit tu....

Dah la harga kereta makin mahal.... macam2 lak yang dah dikeluarkan dari model yang lepas... CD Changer dah takde... butang nak lipat side mirror dah takde.... stering lock takde... gear lock takde.... dan macam-macam benda lagi yang dah dikeluarkan tapi harga makin mahal.... otak sapa yang keluarkan idea macam ni tak tau la... kalau barang tu sebabkan problem pada kereta proton kenapa tak cuba carik jalan penyelesaian yang lebih baik... perbaiki ciptaan yang ada.... bukan buang terus bila ada problem...

Jelak betul aku dengan proton!!!

Jumaat, 25 November 2005

3 - Tahanan dibogelkan

Sudah gempar satu Malaya.... tahanan warga China dibogelkan dan disuruh ketuk ketampi sebelum mengenakan kembali pakaian dalamnya...Pak-Pak Menteri jadi kalut, PM jadi marah, rakyat jadi celaru sebab polis jadi begitu.... tapi untuk mengatakan hal ini pertama kali terjadi di balai polis PDRM sudah tentu bohong... rasanya dah berbuih mulut orang Parti Pembangkang bercerita pasal kekejaman polis pada tahanan di lokap.... tragedi di Jalan Kebun beberapa tahun dulu jadi sandaran yang perkara ini bukan satu perkara baru... Aku suka dengar Azmi Khalid kata nak ke China utk mintak maaf pada govt. China... macam mana pulak dengan warga MALAYSIA beragama ISLAM berketurunan MELAYU yang dibogelkan dulu tu... dia pon kena ketuk ketampi jugak... tak nak mintak maap jugak ke?

note: It's hard for me to say I'm sorry - Chicago


Selasa, 15 November 2005

2 - UPSR

Ahhh... hari ini adik ipar aku dapat result UPSR... hmmm... not bad juga... 3a 2b... kesian pun ada juga bila org cuma lihat 'B' yang cuma dua tu dan terus tak nampak 'A' yang ada tiga lagi...

Manusia mmg suka lihat suatu perkara dari sudut negatif... pada aku itu sudah satu kejayaan... berjaya mendapat 3A juga adalah satu kejayaan... mungkin bukan satu kejayaan yang besar tapi tetap juga sebuah kejayaan... mungkin betul... ada anak orang lain juga dapat 5A... tapi yang lebih penting Usaha yang dibuat demi mendapatkan kejayaan tu... sekiranya kita terlampau kecewa dengan 'B' yang diberi... sama seperti kita tak redha dengan apa yang Allah beri kepada kita.... kerana sesungguhnya KEJAYAAN TANPA USAHA ADALAH MUSTAHIL... USAHA TANPA KEJAYAAN ADALAH TAKDIR....

Note: Jgn panggil ini kegagalan... panggillah ini sebagai 'belum berjaya'...manusia cuma gagal apabila dia berputus asa....

Isnin, 7 November 2005

1 - Aidilfitri 2005

-Aidilfitri menjelma lagi… tapi dalam suasana yang cukup asing sekali…. aku sendiri tak mengerti apa sebenarnya yang tersirat di fikiran aku ni…. berbagai rasa bercampur baur sedih, gembira, teruja, sepi, riang dan runsing…. semuanya bersatu menjadi satu…

InsyaAllah tahun ini akan jadi tahun terakhir aku berhari raya sebagai anak bujang…. tahun depan dah berdua… begitu cepat masa berlalu… sedikit saja yang dapat aku ubah dari tahun lalu…. perjalanan masa depan masih amat panjang…. sumbu hidup terus diburu berpacu dengan waktu… seperti pelita yang menyala itu…

Mata pun semakin terbuka luas lebaran tahun ini…. kesedaran aku makin jelas… mmg benar sekali… takdir hidup kita nyata bukan di tangan kita… amat jelas sekali ada tangan lain yang lebih berkuasa menentukan arah hidup kita…. Dialah Tuhan!

Kau yang Maha Esa! Maha Pengasih! Kau yang Maha Penyayang!

note: apa yang kita paling nak…. itula yang takkan kita dapat…