Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Malaysia Mengundang Tsunami?


Malaysia Mengundang Tsunami?

Malaysia Jadi Pusat Pengeluaran Beer ASAHI?

Produk ASAHI 
Syarikat PERMANIS yang mengeluarkan sebahagian besar minuman ringan di Malaysia telah di jual kepada ASAHI pengeluar beer terbesar Jepun sebanyak RM820 Juta. Dengan pembelian ini ASAHI bukan sahaja menjadikan pusat minuman ringannya tetapi adalah dipercayai untuk meluaskan pasaran beer keluarannya di Malaysia akibat kelembapan jualannya di Jepun. Pembellian ini adalah langkah strategik untuk memasuki pasaran Malaysia buat masa ini di kuasai oleh Guinness Anchor (GAB) yang telah bertapak sekian lama. Adalah diketahui Malaysia merupakan yang ke 10 tertinggi di dunia dalam minuman beralkohol. sumber:  http://beerbeer.org/?p=491

ASAHI Membawa Bencana Tsunami! 


http://www.abc.net.au/news/2011-03-14/tsunami-transforms-asahi-into-rubble/2657084

Lihatlah kehancuran bandar Asahi pusat pengeluaran beer terbesar menjadi padang jarak akibat di landa tsunami. Sebenarnya inilah janji Allah yang telah di beri amaran oleh Rasulullah s.a.w tentang balasan bencana tsunami akibat berleluasanya arak dan muzik; 

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa)dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi". 

Riwayat Ibnu Majah

Kerajaan dengan bangganya mengisytiharkan pelaburan berjuta-juta ringgit oleh ASAHI tanpa peduli tentang amaran Allah dan Rasulnya bala yang bakal di terima. Di manakah letaknya taraf kewajaran sebagai negara Islam apabila menggalakan kemasukan syarikat beer secara besar-besaran? Sesungguhnya amaran yang telah di beri oleh Rasulullah pasti akan berlaku dan bersedialah kamu wahai kaum yang engkar menghadapi pembalasan yang telah di janjikan!

http://www.bharian.com.my/articles/Malaysiahabminumanberkarbonat/Article/

Malaysia hab minuman berkarbonat


2011/07/22

ASAHI Group Holdings Ltd, iaitu pengeluar minuman ringan terbesar Jepun akan menjadikan Malaysia sebagai hab bagi perniagaannya di Asia Tenggara susulan pengambilalihan 100 peratus kepentingan dalam Permanis Sdn Bhd. 

Syarikat itu semalam memeterai perjanjian dengan CI Holdings Bhd bagi membeli Permanis, yang kini adalah pengeluar minuman berkarbonat kedua terbesar di negara ini dengan jenama utama Pepsi dan 7-up pada harga RM820 juta.
“Pengambilalihan ini membolehkan kami bertapak dalam pasaran minuman berkarbonat Malaysia dan kemudian menggunakannya sebagai pusat bagi peluasan perniagaan ke rantau Asia Tenggara,” kata Asahi Group dalam kenyataannya kepada Singapore Stock Exchange semalam.

sumber#

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemerintah Malaysia kini..(baca UMNO) sejak dari dahulu lagi mengiktiraf arak ini sebagai salah satu sumber ekonomi negara disamping Judi dan lain-lain unsur lagha seperti kelab-kelab malam serta penganjuran aktiviti-aktiviti melalaikan rakyat terutamanya unutk  anak-anak muda dan remaja.

Hasilnya kini Tsunami keruntuhan akhlak dan moral  melanda generasi X (remaja kini) yang tidak lagi mempunyai rasa kebertanggungjawaban serta menghormati generasi yang lebih tua.Kejadian anak membunuh orang tua mereka seperti menjadi kes yang terpencil dan tidak berapa dipedulikan masyarakat apatah lagi kes-kes pembuangan bayi seperti hanya penghias berita di dada akhbar sahaja buat mencari publisiti sahaja.

Seharusnya pihak berwajib mengambil tindakan serius akibat keruntuhan moral anak-anak muda kini dengan melakukan post mortem isu ini secara total.Tetapi sehinggan kini gejala ini masih berlaku dan berlaku kerana apa jua tindakan mereka hanya umpama melepaskan batuk di tangga sahaja.


Friday, January 7, 2011

Harta dikejar tidak pernah cukup.

Harta dikejar tidak pernah cukup.

Menjadi fitrah manusia, mencintai harta. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran menerusi firmanNya dalam surah ِal-An'am, ayat 14:

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة و الأنعام والحرث،ذلك متاع الحياة الدنيا، والله عنده حسن المآب


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

Manusia bekerja siang malam demi mengumpulkan harta. Adik beradik sanggup berkelahi, malah berbunuhan demi harta. Ada orang sanggup menjual agamanya demi harta. Pendek kata, harta menjadi buruan ramai manusia. Harta menjadi kegilaan ramai orang.

Islam tidak melarang penganutnya mencari harta. Cuma Islam menggariskan panduan dalam mencari harta agar harta tidak menguasai diri dan menyebabkan seseroang itu menjadi hamba harta dan melupakan Allah. Allah lebih mahal dan memang tidak boleh dibandingkan dengan harta dunia yang sepele. Di sisi Allah, dunia ini bukan ada nilainya. Sabda Rasalullah SAW:


لو كانت الدنيا تساوي عند الله جناح بعوضة ما سقى فيها كافرا شربة ماء


"Kalaulah dunia itu menyamai berat timbangan sayap nyamuk di sisi Allah , nescaya tidaklah Allah beri minum air kepada orang kafir".


Justeru dunia ini bukan apa-apa, maka kita lihat Allah berikan dunia ini kepada orang-orang kafir. Malah, dalam banyak keadaan, kita melihat pencapaian orang-orang kafir dalam dunia lebih hebat berbanding hamba-hambaNya yang beriman.


Nota:
Berita di bawah..berkaitan kerana harta dan pangkat tidak peduli samada disukai atau tidak masih sanggup jua memegang jawatan yang jelas bukan hak beliau dan pastinya kan dipersolakan samada di dunia apatah lagi di akhirat nanti..

Harta dikejar tidak pernah cukup.

Menjadi fitrah manusia, mencintai harta. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran menerusi firmanNya dalam surah ِal-An'am, ayat 14:

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة و الأنعام والحرث،ذلك متاع الحياة الدنيا، والله عنده حسن المآب


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

Manusia bekerja siang malam demi mengumpulkan harta. Adik beradik sanggup berkelahi, malah berbunuhan demi harta. Ada orang sanggup menjual agamanya demi harta. Pendek kata, harta menjadi buruan ramai manusia. Harta menjadi kegilaan ramai orang.

Islam tidak melarang penganutnya mencari harta. Cuma Islam menggariskan panduan dalam mencari harta agar harta tidak menguasai diri dan menyebabkan seseroang itu menjadi hamba harta dan melupakan Allah. Allah lebih mahal dan memang tidak boleh dibandingkan dengan harta dunia yang sepele. Di sisi Allah, dunia ini bukan ada nilainya. Sabda Rasalullah SAW:


لو كانت الدنيا تساوي عند الله جناح بعوضة ما سقى فيها كافرا شربة ماء


"Kalaulah dunia itu menyamai berat timbangan sayap nyamuk di sisi Allah , nescaya tidaklah Allah beri minum air kepada orang kafir".


Justeru dunia ini bukan apa-apa, maka kita lihat Allah berikan dunia ini kepada orang-orang kafir. Malah, dalam banyak keadaan, kita melihat pencapaian orang-orang kafir dalam dunia lebih hebat berbanding hamba-hambaNya yang beriman.

Nota:
Begitulah manusia kini,sanggup mengejar jawatan dan harta biarpun mengetahui dan mempunyai ilmu agama sebagai topeng.Sanggup menebalkan muka menjawat jawatan yang bukan haknya kerana tidak melalui saluran yang sah serta tidak disukai sendiri oleh bakalPublish Post
ketuanya.Ketahuilah Harta dan pangkat kamu akan dipersoalkan bukan sahaja di dunia ini tapi di akhirat nanti sudah tentu.
berita berkaitan....di sini..di sini..di sini..

Wednesday, December 22, 2010

Apabila rasuah di anggap hadiah..



'Pegawai kastam terima rasuah pengkhianat negara'


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: “Pegawai kastam yang terima rasuah adalah pengkhianat negara,” kata Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Ismail Ibrahim, mengulas gejala rasuah di kalangan kakitangan jabatan itu.

Ismail tidak menafikan ada segelintir pegawai dan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang terbabit dengan rasuah, namun memberitahu jumlahnya tidak membimbangkan.

Menurutnya, KDRM memandang serius masalah rasuah kes itu dan tidak melindungi mana-mana kakitangan yang disyaki bersalah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya tidak menafikan ada anggota terbabit rasuah. Tetapi buat masa ini ia tidak membimbangkan dan boleh menjejaskan integriti jabatan. Kami memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan terhadap mereka.

“Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan rasuah di kalangan anggota saya membuat laporan kepada kami atau SPRM supaya siasatan boleh dijalankan,” katanya selepas merasmikan Kempen Mencegah Penyeludupan dan Pemusnahan Rokok Tidak Sah, di Dewan Orang Ramai Semenyih, di sini, semalam.

Ismail berkata, KDRM mencatatkan nilai rampasan barangan seludup tertinggi sepanjang tahun ini sebanyak RM500.5 juta berbanding RM338.8 juta tahun lalu dan RM169.26 juta (2008).

Sumber:Hmetro


Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

sumber* Jakim

Nota:-

Wak tak mau komen banyak kerana gejala rasuah ini dikalangan kakitangan awam khasnya telah menjadi barah atau kanser yang tak mungkin lagi akan dapat dicegah atau diubah.Budaya ini telah diterap dan disemai oleh kerajaan BN sedari dari zaman Tunku Abd.Rahman lagi dan kini telah menjadi barah yang amat sukar dihapuskan selagi kerajaan BN wujud dan memerintah negara.

Pengalaman Wak sendiri sebagai kontraktor mengesahkan keadaan ini.Begitu sukar Wak hendak mendapatkan kontrak tender atau apa-apa job dari jabatan tertentu dan juga sekiranya mendapat job hanyalah kerja-kerja yang kontraktor besar(kroni) tak mahu buat atau tak sanggup buat kerana pelbagai sebab.Masaalah yang paling besar ialah tentang pembayaran kerja (Payment).Setelah kerja-kerja siap dilakukan dan semua prosedur telah dipatuhi ada sahaja halangan dan kerenah yang perlu diikuti dan mengambil masa berbulan-bulan untuk menyelesaikannya.Sekiranya kontraktor mahu cepat mendapat pembayaran maka perlulah menghulur serba sedikit kepada mereka yang bertanggungjawab mengurus (payment)dari kerani hingga ke pegawai atasan.Amalan ini kononnya tidak bersalahan dan dianggap bukannya rasuah.Ini di anggap insentif ,hadiah dan sebagainya bagi menghalalkan tindakan tersebut.Wak tak tahulah jika amalan ini masih berterusan lagi kerana Wak dah lama berhenti jadi kontraktor kerana tidak mahu bergelumang dengan aktiviti begini lagi.Taubat nasuha..biarlah Wak hidup miskin harta didunia tapi Insaallah kaya di akhirat.Moga Allah ampuni dosa mereka-mereka yang masih terlibat dan berusaha menjadi insan yang diredai dunia dan akhirat.


Friday, December 3, 2010

Ketuanan Melayu benarkah?



Heboh kini seantero Malaysia berkenaan Ketuanan Melayu dek kerana Azizah hanya memuji suaminya merupakan anugerah Allah buat dirinya,keluarga dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Kecoh umno dan rakan-rakan NGO seangkatannya mengatakan itu ini,sikopiah tinggi sehingga menghentak meja mengatakan tidak akan Melayu hilang di dunia.Sungguhkah?

Benarkah Ketuanan Melayu ada dalam sejarah?Benarkah ada dalam perlembagaan?Apakah dia Ketuanan Melayu?Jika ditanya kepada Pak Tani dan Nelayan serta Peneroka di Felda-Felda mereka sekadar menjawab basa basi iaitu menjawab sekadar jawapan yang tak pasti.

Selama 50 tahun mereka sendiri meratah Ketuanan Melayu,menghina raja-raja malah meminda perlembagaan agar konon Ketuanan Melayu terpelihara.Dimanakah mereka tatkala rakyat menjerit meminta bantuan ketika banjir melanda.Hanya setelah media heboh baru masing-masing sibuk mencemar duli dengan dikelilingi media meredah banjir?Meredah?Bukan hanya meninjau dari langit atau dari bot laju kerajaan.

Sengaja isu ini digembar gemburkan agar rakyat terlupa dan hanyut dengan kemelut kehidupan mereka yang saban detik,hari dan minggu dengan kenaikan harga barangan asas yang mencanak naik.Asal akhir tahun sahaja ramai ibubapa akan mengeluh kerana memikirkan persiapan untuk anak-anak ke sekolah yang pastinya mencecah ribuan.Ada mereka kesah,ada mereka menghulurkan bantuan buat meringankan beban ibubapa yang berpendapatan kais pagi makan pagi,kais petang habok pun tarak.Ada siapa yang kesah..?

Oh..ini Malaysia ku,negara yang kaya dengan hasil mahsulnya,tetapi hanya bermenafaat buat golongan dan kroni sahaja,tidak untuk rakyat.Alangkah berbahagianya menjadi rakyat Brunei yang tidak perlu memikirkan langsung akan peruntukan untuk pendidikan anak-anak mereka kerana telah disediakan oleh kerajaan mereka secara percuma..PERCUMA..diulangi PERCUMA.
Persekolahan di peringkat rendah hinggalah universiti bagi sekolah-sekolah kerajaan adalah percuma bagi rakyat dan penduduk tetap Brunei Darussalam.

Perlunya mereka mengkaji sedalam-dalamnya apakah dia Ketuanan Melayu,siapakah Melayu dan mengapa bergelar Melayu.Bagi penulis tiada siapa-siapa menjadi tuan kepada sesiapa.Kita ini hatta diri sendiri pun bukan nya milik kita maka perlu apa dihebohkan dengan Ketuanan Melayu.

Hanya mereka-mereka yang merasakan periuk nasi mereka bakal terjejas sahaja membuat kecoh dan bising tanpa menyedari hakikat sebenarnya ialah rezeki itu adalah nikmat dan anugerah Allah hatta ulat pun ada rezekinya sendiri kerana rahmat Allah.


Thursday, December 2, 2010

Bersyukur dan bersyukur..Alhamdullillah



Betapa bersyukurnya aku..
Tinggal di negara ini..
Negara yang aman,damai dan menyenangkan..
Rakyatnya harmoni,bersatu padu dan berkerjasama..

Betapa bersyukurnya aku...
dan betapa gembiranya..
Malaysia ku ini rakyatnya amat harmoni..
Saban hari,minggu dan bulan..
Duitku kian tidak bernilai..
Setitik peluhku kini amat berharga..
Sedetik masaku kian menjauh..

Betapa bersyukurnya aku..
Agamaku terpelihara di sini..
Tiada siapa berani menginjaknya..dengan sewenang-wenangnya..

Tetapi betapa sedihnya aku..
Tiada siapa yang berbunyi..di pihak mereka..
Tatkala orang asing menyelinap ke sum-sum mereka..
Sehinggakan ada yang berani memperkotak katikkan..agamaku..
Tanpa ada sesiapa yang menyanggah,menyergah..

Betapa sedih hatiku..
Mereka bercakaran sesama sendiri..
Fitnah berleluasa dan menjadi makanan harian..
Negara menuju kemuflisan..
Sang pemuda-pemudi tiada arah tuju nyata..
Saban hari terpampang berita kemungkaran..

Mengapakah..dengan bangunan yang tinggi-tinggi..
Sang pemuda-pemudi berpesta saban detik..
Tiada pengisian rohani dan roh..
Tiada pengisian iman dan menuju kehancuran..

Bermunajat dan bermunajat..
agar kehancuran ini terarah kembali..
ke arah jalan yang lurus dan diredhaiNYA..


Friday, November 26, 2010

Kapal bocor, senget sesuai lambang baru BN


Kapal bocor, senget sesuai lambang baru BN
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berpandangan usaha BN menarik sokongan rakyat dengan menukar lambang dacing akan menjadi sia-sia selagi pemimpinnya di tahap dan takuk yang lama.

Katanya, pelbagai lagi senarai panjang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa membuktikan pemimpin BN bukan seperti dacing.

“Pemimpin BN dilihat seperti dacing senget sebelah, mengamal sikap pilih kasih dalam agih projek, rasis, kronisme, mengamalkan dasar yang menzalami rakyat,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebenarnya, kata beliau pemimpin BN kena faham bahawa rakyat menolak BN bukan kerana logo dacing tetapi rakyat menolaknya disebabkan perangai mereka idak seperti dacing.

“Entah apa pula lambang baru BN, dah banyak hari fikir tak ada idea nak berikan. Kalau gambar kapal bocor nak tenggelam, senget sebelah OK juga,” tulisnya dalam laman twitter.

Menurutnya, tidak pernah terbayang BN boleh berhasrat menukar lambang dacing tetapi mungkin berbuat demikian kerana nasihat Apco Yahudi.

Namun, ujarnya harus diingat tidak selamanya BN dan Umno boleh berjaya dengan kerja jahat mereka.

Justeru, katanya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti adalah peluang terbaik rakyat untuk menghukum BN.

Menurutnya, sejak lebih 50 tahun BN dan Umno bertahan menggunakan taktik kotor dengan propaganda media memburukkan lawan dan menyolek diri sendiri kononnya semuanya baik.

“Umno guna Apco Yahudi untuk jadi penasihat sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng guna nasihat beberapa orang pimpinan PAS untuk bercakap Islam, siapa lebih baik,” ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

*harakahdaily

Link bukti disini... di sini..di sini..di sini..di sinun..di sinun..di sana..di sana...disana-sini....................

Wednesday, October 27, 2010

Gunung Merapi dan Tsunami-Amaran Allah

Dengan meletusnya Gunung Merapi dan juga tsunami di kepulauan Mentawai ,Indonesia adalah merupakan musibah dan Amaran Allah kepada umat kini khususnya buat orang Islam samada di Indonesia,Malaysia dan seluruh umat Islam.

Namun amat dikesali Umat Islam di Malaysia tidak mengambil sepenuhnya iktibar dan muhasabah diri akan amaram Allah ini.Kerajaan BN malah dengan bangganya mengumumkan akan program ETP terbaru yang melebihkan kepada hiburan,berpoya-poya dan mengalakkan maksiat.Semoga Allah memjauhkan bala menimpa bumi Malaysia akibat perbuatan mereka ini.

Sesungguhnya balasan Allah itu amatlah pedih.Bacalah surah Al-Waqiah dan Surah Al-Qiamah saban pagi sesudah solat subuh selalu agar keinsafan menjalar kedalam jiwa kita dan meminta Allah menjauhkan bala yanh menimpa negara jiran kita tidak menimpa kita jua akibat perbuatan mereka-mereka yang ingkar perintahNYA.

"YA ALLAH KU AMAT MEMOHON PETUNJUKMU,BAWALAH DAKU KE JALAN REDHAMU,JANGANLAH KAU HIJABKU DENGAN PETUNJUK YANG SALAH DISEBABKAN KELALAIANKU"

Sunday, October 24, 2010

Najib dan Umno Slogan baru

Mendaya: Adakah Najib ‘menjalankan tipu daya’
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Perkataan 'mendaya' yang digunakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' dilihat mengelirukan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga, tafsiran rasmi 'mendaya' adalah ialah "menjalankan tipu daya (muslihat), menipu".

Kamus yang dicetak pada 1997 lalu turut menjelaskan contoh penggunaan kalimah 'mendaya' yang tepat.

"Apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt (seperti) yg (yang) sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan," dipetik dari halaman 278 kamus tersebut.

Pun begitu, Utusan Malaysia (muka surat 2) hari ini melaporkan, "ucapan bertajuk 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' yang disampaikan dalam nada yang serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau (Najib)”.

Dijangkakan kalimah 'mendaya' yang digunakan Najib bakal menggamit polemik awam khususnya pada sambungan sidang Dewan Rakyat, Isnin depan.

notes:

wak cari dalam kamus dewan..yang jumpa hanya men daya..bermaksud menjalankan tipu daya..err..jika camtu kena tukar slogan tu seperti mendaya bangsa menuju kehancuran..baru betul..tapi nanti akan ada puak-puka pakar bahasa kata kamus dewan DBP tu dah ketingalan zaman,tak boleh pakai dah,pasal tu mereka yang pakar bahasa guna ayat tuh..entah le biarle pakar yang terpakar menghuraikannya,Wak hanya tumpang lalu dan yang Wak faham jer..Al maklum Wak ni orang kampung.

dari kamus dewan

Kata Takrif Sumber
memperdaya , memperdayakan, men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; Kamus Dewan Edisi Empat
daya I 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mem­pengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, ber­ke­mam­puan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan.


http://waksab.blogspot.com

Wednesday, October 20, 2010

UMNO Pembela Islam




NGO Islam digesa kaji festival fesyen Rosmah
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF).

Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.

Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.

Dan Apa Kata Pak Haji nih?
Umno adalah pembela Islam yang sebenarnya...

Dan Apa Kata mereka...




eh..eh..eh..banyak lagi..tak larat teman nak paste kat sini..kome cari lah sendiri..


Ni pulak saya terima email ynag kutuk kerja2 1Malaysia..dia kutuk bukan Wak..Wak tak kutuk tapi Wak ngantuk dengar 1Malaysia nih..

From: msa.ksa.2009
Sent: Tuesday, 19 October 2010 18:10:23
Subject: RG09... Festival pakaian Islam ala 1malaysia



Salam,
Fashion Islam 1Malaysia apakah ini? Beginikah acuan Islam 1Malaysia yg cuba diterapkan oleh Kerajaan Malaysia sekarang. Penentangan dan bantahan atas dasar Islam bukan atas dasar kepartian atau politik. Minta faham dan minta jelas. Kami menentang kerana sayangkan Islam dan sayangkan generasi umat Islam yang akan datang jangan jadi fikiran sempit....jika selama ini apa jua bantahan dan penentangan dikaitkan dgn politik kepartian sebab ditentang adalah kerajaan memerintah tapi Islam tidak mengenal siapa..hatta sekalipun mana-mana parti yg ingin memperjuangkan Islam perlu di tegur dan ditentang sekiranya sudah lari dari jalan Islam itu sendiri.......Malaysia semakin hari semakin menanti bala dan bencana besar dari ALLAH s.w.t....

Tapi sudah jelas umat Islam di Malaysia cuba ditelanjang dan di songsang dgn dasar Islam 1Malaysia....nauzubiLLAHiminzalik......semoga ALLAH s.w.t menjahanamkan mana-mana pemerintah yang cuba merosakkan kesucian Islam di Malaysia....amiiin

Tegakkan Islam hapuskan taghut.........

Wednesday, October 6, 2010

Isteri Imam Khalifah Agung minta sedekah



Berita ini berkaitan..


PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium
Okt 5, 10 4:51pm

Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.Selanjutnya

Tersebar berita Isteri Imam Khalifah Agung mencari ilham dan idea di negeri orang kafir demi untuk mengawal..diulang mengawal..kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa di bumi 1 Malaysia ni.Nampak sangat memandang rendah peranan Mufti-mufti yang dilantik dan juga Menteri ynag khusus jaga hal ehwal agama.Mengapa tidak meminta nasihat mereka yang memang arif dalam hal keruntuhan moral nih.Kalau minta Pak Ali Rustam wah hasil balik asal la jugak.Kewujudan STAR (Sekolah Termengandung Ali Rustam)dengarnya tidak mendapat sambutan mengalakkan kerana wujud desas-desus pelajar ynga mendaftar di Sekolah tersebut tidak terlepas dari tindakan Majlis Agama.Inilah padahnya jika diri sendiri tidak ditarbiah oleh Imam Khalifah Agung secara betul maka meminta nasihat daripada orang lain yang bukan ahlinya.Sedangkan punca sebenar kejadian keruntuhan moral dikalangan anak muda kini adalah kerana tiada nya penerapan Islam secara keseluruhan di dalam sistem pendidikan.Tiada Tarbiah Islam,tiada roh islam maka terjadilah apa yang akan terjadi jika menurut acuan kafir,yahudi dan dajal2 selamanya.

Thursday, September 2, 2010

Bekas MB Kantoi..



Setiap perbuatan akan ada imbuhannya..akan ada balasannya..Hukum ini bukan hukum karma..ini adalah telah tercatat oleh Allah.Jika hari ini kita menzalimi orang,pembalasannya tetap akan berlaku samada di dunia atau di akhirat kelak.Jika hari itu kita berkuasa dan menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya maka Allah telah menterbalikkan kuasa itu.

Berita berkaitan....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...