Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label roh. Show all posts
Showing posts with label roh. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

BOLEHKAH ROH SUAMI KEMBALI MENIDURI ISTERINYA YANG MASIH HIDUP?


Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;
i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?
ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?
iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.
Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.
Jawapan:
Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.
Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.
Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”
Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.
Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.
Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.
Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.
Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.
Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.
Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”
Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.
Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.
Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.
Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.
Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.
Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.
Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.

Thursday, July 25, 2013

Rahsia Roh

Roh Itu Urusan Tuhan
Tahdhirul Arwah (Spiritism) Dan Kesannya
Hakikat tahdhirul arwah dan kaitannya dengan jin Tahdhirul Arwah atau disebut di dalam bahasa Melayu, ‘Memanggil Roh’, bukanlah perkara baru tetapi telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi di kalangan bangsa Cina, India, Mesir kuno, Yunan, Roman, termasuk juga orang-orang Islam. Akhirnya dari semasa ke semasa sudah menjadi suatu ilmu yang dianuti orang-orang Barat.
Mohd Farid Wajdi di dalam bukunya mengatakan bahawa perkara ini memang telah lama wujud sehingga berjuta-juta manusia mengakui tentang ‘kebenaran’ mazhab Ruhani ini.
Di ‘Barat’ teori ini sudah diterima oleh mereka sehingga lebih daripada 150 akhbar dan majalah yang tersebar menjelaskannya. Mereka percaya dengan sepenuhnya konsep kembalinya roh orang yang sudah mati ke dalam jasad seseorang yang hidup.
Soalan yang timbul sekarang ialah :
Apakah benar roh yang telah meninggalkan jasad ini dapat kembali semula ke dunia ini dan menjalankan aktivitinya sebagaimana dahulu sepertimana yang diyakini oleh mereka?
Al-Quran dan Sunnah telah pun menjelaskan bahawa apabila manusia telah mati maka putuslah segala amalannya dan tidak akan kembali lagi ke dunia ini dalam keadaan mana sekalipun. Roh orang yang telah mati akan diangkat ke langit sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
Maka dari mana pula roh boleh kembali ke dunia ini sekali lagi dan apakah hujahnya?
Asy-Sheikh Al-Ghazali berkata : “Seseorang manusia diberi peluang untuk beramal dan berbakti, bertaqwa di dunia ini, berjaya atau sebaliknya bergantung kepada amalannya. Setelah terputus nyawanya maka tidak ada apa-apa tanggungjawab lagi setelah mati maka balasan dan seksaan akan bermula,” sebagaimana firman Allah SWT :
Fatir  37
“dan mereka menjerit-jerit di Dalam neraka itu (sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah Kami (dari azab ini); Kami akan mengerjakan amal-amal Yang soleh, Yang lain dari apa Yang Kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa Yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa Yang suka berfikir dan beringat? dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) Yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memberikan pertolongan”. (Fatir : 37)
Begitu juga penjelasan yang disebut dalam al-Quran bahawa orang yang menyesali maksiat sewaktu akan mati tatkala melalui kepedihan Sakaratul maut, terfikir untuk kembali ke dunia apabila teringat amalan-amalan yang lalu yang telah ditinggalkan dan masa yang terbuang begitu sahaja dengan katanya :
Surah Mukminum  Ayat 99
“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).” (Al-Mu’minuun 23:99)
Surah Mukminum  Ayat 100
“Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (Al-Mu’minuun 23:100)
Di saat itu sudah terputus amalan, dan tidak ada lagi sebarang aktiviti, peluang bertaubat sudah tertutup bagi menampung segala kekurangan yang berlaku.
Beramal dan bertaubat bukan menanti hari esok tetapi hari ini, untuk mencari kebahagian hari akhirat adalah dengan beramal sebelum nyawa sampai di halkum.
Apabila sudah sampai detik untuk berpindah ke alam baqa, maka malaikat Kiraaman Katibin menggulung segala daftar amalan kita dan sedikit pun tidak memandang atau mempedulikan taubat orang yang sedang nazak (hampir mati).
Semua roh setelah meninggal dunia akan berada di alam barzakh untuik menerima balasan yang telah ditentukan berdasarkan kepada amalan semasa ia hidup di dunia ini. Sama ada ia menerima pembalasan yang penuh nikmat atau azab sengsara yang pastinya tidak ada peluang lagi baginya untuk kembali ke alam fana ini. Mereka tidak boleh lagi menjalankan segala aktiviti baik menjadi tukang ubat, mangajar, memberi nasihat dan sebagainya.
Maka soalannya, apakah sebenarnya yang berlaku pada orang yang bercakap itu?
Yang datang menjelma di dalam diri seseorang itu ialah syaitan yang menguasai otak manusia dan berusaha menyesatkan manusia kerana itulah tugas utama mereka.
Umar Al-Asyqar berkata: “Pada zaman ini sudah tersebar di merata tempat mengenai perkara ini sehingga dipercayai oleh ramai orang. Sambungnya lagi apakah pendirian Islam dalam hal ini? Setelah kita mengkaji al-Quran, jelaslah bahawa roh yang berada di alam ghaib mustahil untuk kembali ke dunia ini”.
Roh yang telah diambil dan diserahkan kepada malaikat yang bertanggungjawab tidak akan terlepas lari dan turun semula ke bumi untuk dipermainkan oleh akal cetek manusia.
Ada pula di kalangan mereka yang menyangka bahawa roh yang datang itu adalah roh orang yang soleh, sama ada nabiorang-orang yang mati syahid,wali-wali Allah dan sebagainya.
Kalau kita renungkan bahawa para RasulNabi-nabipara syuhadaWali Allah,hamba-hamba Allah yang solah sudah berada di alam barzakh, dan di syurga menerima kebahagian nikmat yang telah disediakan oleh Allah, bagaimana pula mereka akan meninggalkan syurga dan turun ke bumi dan masuk pula ke dalam jasad orang fasiq.
Baginda Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa roh-roh orang yang mati syahid berada di muncung burung hijau yang berterbangan di kebun-kebun syurga, menikmati kesegaran, memakan buah-buahan, meminum air di syurga dan kemudian tinggal di lampu yang bergantung di atap ‘arasy Ar-Rahman. Bagaimana pula golongan ini boleh memanggil roh-roh ini turun semula ke bumi?
Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa yang dipanggil itu bukanlah roh tetapi jin atau syaitan yang menyamar sebagai wali, nabi, orang alim dan sebagainya. Tugas mereka adalah untuk menyesatkan bani Adam a.s.
Sumber: Perubatan Islam Darussalam Malaysia
Wallahu’alam….

Monday, November 26, 2012

Roh dan Mimpi



Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”
(Surah al-Fath ayat 27).

Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat fizikalnya dalam keadaan separuh sedar.

Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata ‘menjenguk’ (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang kaki kanan di dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.

Friday, March 30, 2012

Pesanan Roh Terhadap Orang Yang Menguruskan Jasadnya




Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.

Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".

"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
sumber

Friday, August 13, 2010

Alam Kerohanian - Roh,Akal dan nafsu

lmu rohaniah atau ilmu rohani adalah ilmu mengenai roh. Yakni ia mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai tentang perjalanan roh.

Perkataan rohaniah itu berasal daripada perkataan `ruhun'. Apakah
yang dikatakan roh itu?

Untuk mencari jawapannya marilah bersama-sama saya mengembara ke alam rohani ini, dengan izinAllah SWT. Moga-moga saudara-saudari juga turut sama dapat memahaminya melalui pengembaraan kerohanian ini.

Untuk itu mari kita kenali apa itu roh.

Roh terbahagiakepada dua iaitu:

1. Ruhul hayah
2. Ruhultamyiz

RUHUL HAYAH


Ruhul hayah terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat,binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian ahli biologiatau para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat seperti batu, kayu dansebagainya.

RUHUL TAMYIZ

Ruhul tamyiz (ruhul amri)lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak wujud
pada binatang tetapi hanya wujudpada manusia, malaikat dan jin.

Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yang mukalaf. Yakni mereka di pertanggungjawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang.
Binatang hanya ada ruhulhayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki
roh yang membolehkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat.

Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat.Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dariAllah SWT.

Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah
suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka
dianggap makhlukyang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya ruhultamyiz ini.

Roh tamyiz terkenal dengan sebutan akal. Hadis ada meriwayatkan:
Maksudnya: "KetikaAllah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan
akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia.

Kemudian Allah berfirman kepada akal:`Demi kebesaran dan
kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku
sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku sempurnakan kamu melainkan
pada orang yang Aku cintai. Kepada mu lah Aku akan menyuruh, melarang danmenyeksaserta memberi pahala'."
(RiwayatAbdullah bin Imam Ahmad)

Inilah yang membezakan antara manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain
makhluk yang hanya semata-mata ada ruhul hayah. Umpamanya binatang, ia tidak mukalaf. Sebab itu pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak
diberi pahala.Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka
jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke Neraka pun tidak.

Tetapi ketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin dan malaikat, oleh
kerana memiliki akal atau ruhul amri maka mereka akan dibalas sama ada keSyurga dengan rahmat-Nya atau ke Neraka dengan keadilan-Nya.

Kalau mereka berbuat baik akan diberipahala. Sebaliknya bila berbuat jahat, mereka berdosa dan akan dicampakkan ke Neraka. Selama ini kita mungkin jarang mendengar tentang istilah roh tamyiz ini.Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang istilah roh atau ruhul hayah sahaja.

Ruhul hayah yang ada pada binatang, manusia, malaikatdan jin, kiranya ia keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat,
malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluardari jin, jin akan mati.
Kalau ia keluar dari haiwan, haiwan itu juga akan mati. Kerana ruhul
hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lain makhluk itu hidup.

Manakala roh tamyiz pula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati.Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain.

Mungkin dapat melihat alam malakut,dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur,dapat melihat alam Akhirat, dapat
melihat alam jin, dapat melihat alam malaikat, alam yang seni-seni (alam
mawaraa-ul maddah - ) iaitu dapat melihat alam di luar material
(kebendaan) ini dengan izin Allah.

Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di
waktu kita tidur atau secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu
seseorang itusedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang
suci, seseorang ituakan dapat mimpi yang baik-baik.

Tetapi apabila roh tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin yang jahat,syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan.

Jika ruhul tamyiz ini keluar di waktu jaga, secara yakazah, dia akan
dikasyafkan iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia
akan dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca
hati orang dan Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau
melihat benda-benda yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak
semajlis dengannya.

Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan batu darinya. Apa yang ada pada manusia itu, bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh.

Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul hayah itu
bila keluar dari badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan mati.

Perlu dijelaskanlagi:

1. Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang
taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti
yang disebutkan didalam Al Quran:

Maksudnya: (Malaikatitu) tidak pernah menderhakai Allah terhadap apa
yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan."(At Tahrim:6)

2. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf. Tidak dipertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurgadan tidak ke Neraka.

3. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Ertinya, ada ketiga-tiga
sekali. Kalau diasuh,dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak
malaikat yang berupa manusia.Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak
dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang
berupa manusia.

Sumber dari e sufi

Wednesday, April 14, 2010

HambaMu

Ya Allah! Engkau celikkanlah rohku
Agar jasad lahirku patuh kepada-Mu
Hidupkanlah jiwaku agar jawarihku
Taat dan setia kepada-Mu

Tuhan!
Hidupkanlah rohku dengan mengingati-Mu

Tuhan!
Hidupkanlah jiwaku dengan rasa bertuhan
Bangunkanlah jiwaku dengan rasa kehambaan
Agar fitrahku dapat dikembalikan
kepada asal kejadian
Fitrah semula jadi sebelum dirosakkan
Dia telah kenal Tuhan
Dia telah berjanji kepatuhan dan ketaatan

Tuhan!
Janganlah Engkau biarkan rohku di dalam kebutaan
Nanti kelak dia tidak akan kenal lagi kebenaran
Janganlah Engkau tinggalkan jiwaku buta
Hingga dia tidak kenal lagi Tuhan dan kebenaran

Tuhan!
Peliharalah fitrahku
Janganlah sampai ada yang merosakkannya
Jagalah fitrahku agar ia tetap dengan sifat asalnya

Tuhan!
Rosak fitrahku
Maka rosaklah jawarihku
Rosak fitrahku, rosak pulalah syariatku
Yang paling aku takut, jangan sampai rosak
perhubunganku dengan Tuhan
Kalau berlaku, punahlah kehidupanku
dunia dan Akhirat

Sia-sialah umur dan kehidupanku
Malanglah aku dan binasalah aku
Oleh itu sekali lagi harapanku kepada-Mu
Jagalah fitrah semula jadiku
Aku tidak mampu menjaganya kerana banyak ujian
Engkau sajalah yang mampu menjaganya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...