Showing posts with label Redha Suami..... Show all posts
Showing posts with label Redha Suami..... Show all posts

Resepi Rahsia Katanya...Ko Ado???

August 19, 2014


As-Salam gengsss
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs

En CEO aku kan gengs..ini cerita terus terang tanpa bantuan lampu suluh tau
Dia jarangggggggggggggggggggggg sgt masak.... 1 G tu mewakili 1 thn korang kiralah berapa banyak g yg aku taip..nampakkkkkk!!!!...

Angin tidak ribut tidak taufan jauh sekali.. tup tap malam tadi
DIK..(Panggilan manje dia pada hakak...manje kerrrr) ...
Keluarkan udang dlam 5 ekor...Abg nak masak mlm ni..
Rasa cam nak pitam hakak gengssss....
Orang nak masak kannnn kenal;ah kita bagi semangat
Aku keluarkan udang basuh bersih
Lpeas dia sembahyang Isyak
Dia pun ambil lah bahan2 nak masak
Bila aku tanya apa nama resepi ni
kemain berlagak tak mau kasi tau
Rahsia katanya...kalau tak sedap nnt malu....

Jadi aku pun tak tau apa nama resepi ni
Dia sendiri ambil bahan
Tumbuk kelentang kelentung
Dalam 15 minit siap


 











Ni lah rupanya masakan rahsia dia tu...habis anak2 dipaksanya makan..almaklumlah kali pertama masak kan
keterujaan nya melampau-lampau..anak2 memang tak berapa gemar makan udang..sebab nak jaga hati ayah..telannnn jugak lah..

But gengsss...the taste..not bad..ada pedas2...masin2...manis2...percubaan pertama kekdahnya kan..
hakak kasilah 3 bintang daripda 5....

Lain kali boleh la masak lagi yer bang...ada chance aku layan citer 2 rindu awak 200%.....






PEMBERITAHU:Dia jarang komen apa2 tentang masakan aku..tak sedap dia makan sikit...sedap kalu dia akan ulang minta aku masakkan lagi...dah paham sangat aku cara dia....

 

Semalam @ Bilik Jenazah PPUM

January 30, 2014

As-Salam Gengs...
Alhamdulillah sehingga saat ini masih mampu lagi kita bersujud padaNYA kan gengs...

Innalillahiwainnailaihirojiun.....
Terputus sudah amalan kita melainkan 3 perkara kan gengs...

Semalam petang habis waktu bekerja
menemani suamiku bermain Bola dipadang Universiti Malaya, K.Lumpur
Suami kemudian menerima panggilan...ada rakan sekerja meninggal dunia

Kemudianya aku dan suami ke Hospital PPUM
Menunggulah aku dan suami di perkarangan bilik Jenazah PPUM
Beberapa rakan telah sampai mendahuli kami
Mereka bercerita perihal arwah yg cuma demam-demam biasa
Paginya tu dia sendiri kehospital PPUM membuat pemeriksaan
Tengah harinya kritikal dan dimasukkan ke ICU
Petang hari yg sama dia menghembuskan nafas yg terakhir

Aku duduk termanggu disatu sudut diperkarangan Bilik Jenazah itu
Ku perhatikan isterinya...
Mata membengkak dek tangisan
Memimpin anak-anak melihat suami yg telah terbaring di pegusungan
Terus menerjah fikiran aku gengs

Pagi ni bila kuceritakan semula pada rakan opis
Pendeknya usia kita kan gengs
Isterinya pagi semalam adalah yg terakhir kali masih berstatus isteri
Brgkali pagi semalam menasihati si suami agar kehospital
Tgh hari semalam pula bergolak hatinya suami tenat
Dan petang semalam dia sudah tidak lagi mempunyai suami

Akan tiba hari ku pula nanti
Samada aku yg akan dilihat suami pergi dahulu
Atau pun aku yg akan melihat suami pergi meninggalkan ku
Allahhhhh......Ini pasti...Hanya masa yg tidak kita ketahui


PEMBERITAHU:Tidak Dicepat atau dilambatkan walau sesaat...Pasti akan tiba...

Menyelongkar..Tonggeng menonggeng pagi Ahad...

September 25, 2012

Assalamualaikum gengs
Semoga kalian semua di dalam redhaNYA....InsyaAllah...

Kejadian Hari Sabtu...
Awak dah tengok ker dalam kotak tu
Dah
Tengok lah sekali lagi
Tak payah lah...memang semua tu dah dipakai

Tu lah kan gengs
Kalau tak mahu dengar kata suami
Macamana nak masuk dalam 3 golongan
Sedangkan yg sedikit pun
Tidak mahu dengar
Padan muka aku

Aku kemas-kemas stor rumah
Ada dua kotak Bulb lampu
Satu kotak dah guna
Satu kotak lagi baru guna 2 bulb dari satu dozen kuantiti
Dengan yakin aku suruh Zati buang sampah petang sabtu tu
Termasuklah kotak bulb lampu tu gengs

Tah macam mana
Masa tengah membasuh kain pagi ahad tu
Aku boleh tiba2 teringat
Pesan suami aku yg suruh tgk kan kotak Bulb lampu tu
Perasaan berdebar-debar
Bila aku buka kotak yg didalam stor tu
Kompom gengs...kotak bulk lampu yg dah dipakai
Maknanya aku dah buang bulb lampu yg elok tu

Alamak!!!...mcm mana ni
Terus berlari ke tong sampah besar kat tepi jalan gengs
Menyelongkar tong sampah  aku pepagi tu gengs
Orang lalu lalang dok pandang-pandang
Aku tertonggeng-toggeng menyelongkar tong sampah
Bau busuk tolak tepi....anggaplah mcam selongkar peti minyak wangi
Akhirnya....Fuhhhhh!!! lega gengs
Jumpa kotak tu......Maklumlah hari Ahad....Lori sampah cuti.....


PEMBERITAHU:Dengar kata suami....selagi yg munasabah .... jangan degil......


3 Golongan......

September 20, 2012

Assalamualaikum gengs
Semoga Kalian di bawah redhaNYA...
InsyaAllah....Ada jalannya...

3 Golongan
Dimana tempat ku
Sering bertamu dimindaku
Adakah aku termasuk dalam 3 golongan itu

3 Golongan
Mencari Redhanya
Jika tiada redhanya
Tiada Redha Allah keatas ku

3 Golongan
Muqarrobin
Meminta hanya yang perlu
Tidak perlu tidak akan dipinta
Jika yg diperlukan juga tiada...tidak mengapa
Diberikan sesuatu yg tidak perlu...Ditolak sopan olehnya

Sidiqqin..
Tiada meminta sekalipun yg perlu
Apa yg disediakan dia bersyukur
Yang Perlu dan tidak perlu..Ditolak baik olehnya

Solehin...
Meminta yang perlu...sesekali meminta juga yg tidak perlu
Namun jika tidak diberi tiada menjadi masalah kepadanya

3 Golongan
Dimana Aku???...
Aku terkadang meminta  yg perlu
Yang tidak perlu juga pernah ku pinta
Aku hanya seorang isteri....
Semoga Redhamu sentiasa mengiringi aku
Jika pun bukan tergolong dlm 3 golongan isteri
Muqarrobin...
Sidiqqin..atau
Solehin
Aku adalah wanita yg kau pilih...
Dan kerana kau juga tidak sempurna memilih
Pimpinlah aku untuk masuk
Didalam 3 golongan itu......
InsyaAllah...


PEMBERITAHU:Aku sayangkan dia sehingga akhir hayat ku...