Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Saturday, May 4, 2013

Masalah resdung, eczema, gegata, asma dan allergic-hentikannya


Orang yang menghidapi resdung biasanya mereka ini sangat sensitif pada perubahan cuaca, tekanan emosi, hama dan juga alahan terhadap sesetengah makanan. Untuk masalah resdung dan allergy, pengambilan supplemen adalah sangat2 perlu... Antara supplemen yang boleh membantu anda ialah 

Kenapa ESP (Soy Protein)?

Mereka yg berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protein yg bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein haiwan.Ini kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Mana datangnya sumber protin? Dari ikan, ayam, telur, kekacang. Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius...last2 dapat rasa sedap je...tp zatnye dah hilang.... Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung/allergy... Secara langsung wajah akan nampak lebih berseri….

Stress juga boleh menggangu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit.


B Complex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress”... B Complex mengandungi B6 - penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress...

Bagi yang menghidap allergy, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”... “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit allergy lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tissue...

Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Menyokong sistem immune... Gabungan terbaik untuk mengurangkan radang ekzema dgn membantu mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal... GLA juga merupakan rahsia kepada kulit yg cantik (ini utk kesan jangka panjang kerana ia ada kaitan dgn hormon wanita)
Tuesday, March 19, 2013

Tanda kekurangan Vitamin C




Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan musnah. Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
  • Mudah tertekan ( stress)
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat baik
  • Mudah selsema/ bersin
  • Wajah nampak tua berbanding umur (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulcer
  • Mudah demam
  • penyakit Skurvi
___________________________________________________

Vitamin C pilihan saya adalah Shaklee. Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

artikel from : http://www.mamafaiz.com
Wednesday, February 20, 2013

Vitamin Shaklee - CADANGAN UTK RESDUNG, ECZEMA, ETC



Orang yang menghidapi resdung biasanya mereka ini sangat sensitif pada perubahan cuaca, tekanan emosi, hama dan juga alahan terhadap sesetengah makanan. Untuk masalah resdung dan allergy, pengambilan supplemen adalah sangat2 perlu...

Antara supplemen yang boleh membantu anda : Protein (Mealshake/SoyProtin), B Complex, Vitamin C, Alfalfa, GLA dan Vita-Lea...
Kenapa ESP (Soy Protein)? 

Mereka yg berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protein yg bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein haiwan.Ini kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Mana datangnya sumber protin? Dari ikan, ayam, telur, kekacang. Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius...last2 dapat rasa sedap je...tp zatnye dah hilang.... Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung/allergy... Secara langsung wajah akan nampak lebih berseri….

Kenapa B COmplex

Stress juga boleh menggangu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit. B Complex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress”... B Complex mengandungi B6 - penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress...

Kenapa Vita-C
Bagi yang menghidap allergy, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”... “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit allergy lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tissue...

Thursday, February 14, 2013

Set Bersalin Shaklee buat Ibu terus Kekal Bertenaga.

Ibu-ibu yang sedang hamil pasti sedang tercari-cari set bersalin yang sesuai untuk anda semasa tempoh berpantang nanti kan? Pastinya pening kepala kerana banyak betul set bersalin di pasaran sekarang. 

Ibu yang menyusu lebih-lebih lagi, pasti cerewet sikit pilih set bersalin, maklumlah takut-takut memberi kesan kepada anak yang menyusu. Ataupun lebih menakutkan, set bersalin yang mengeringkan susu! Pastinya itu sesuatu yang tidak diingini oleh ibu-ibu yang baru bersalin dan berhasrat menyusukan bayinya.

Ibu pasti tak rasa risau lagi dengan pilihan terbaik yang ada kini. Ini memang epic, dan menjadi trend ibu-ibu menyusu sekarang memilihset bersalin Shaklee.

Set bersalin ni dilengkapi dengan vitamin dan mineral yang penting untuk ibu-ibu baru bersalin.

VITA-LEA : Membekalkan keperluan vitamin dan mineral ibu terutama zat besi yang membantu ibu lepas bersalin yang banyak kehilangan darah semasa proses bersalin dan pemulihan.

B-COMPLEX : Vitamin anti-stress, bukan saja mengelakkanmeroyan tapi juga membantu menstabilkan hormon agar memudahkan proses penyusuan susu ibu.

VITA-C : Vitamin C dengan flavonoids yang penting untukpenyembuhan tisu serta membantu membanyakkan susu ibu.

ZINC Membantu dalam penyembuhan luka, mengelakkan jangkitan dan membantu dalam metabolisma karbohidrat.

Ibu juga boleh add-on GLA Complex bagi membantu menstabilkan hormon selepas bersalin dan ESP yang bukan saja bagus untuk penyusuan susu ibu malah membantu mendapatkan kulit yang gebu! Anda boleh ambil Ostematrix bagi membantu dalam penyusuan dan mengelakkan sembelit.

Jom kita tengok apa kata pengguna yang berpuas hati dengan set ini:
Pastinya anda pun ingin merasai pengalaman seperti ini kan. Lebih-lebih lagi jika anda pantang sendiri...

artikel : http://www.vitaminsemulajadi.net/
Friday, January 11, 2013

Vitamin C Shaklee yang hebat.




Vitamin C


Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia adalah vitamin serap air maka ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas,vitamin C dalam badan yang sedia ada akan mudah rosak. Ditambah badan akan mula kekeringan disebabkan cuaca yang panas tadi. Ini boleh mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti penyakit.Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
  • Mudah selsema
  • Mudah tertekan ( stress)
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Mudah bersin
  • Luka yang lambat baik
  • Wajah nampak tua berbanding umur ( Vitamin C membantu pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulcer
  • Mudah demam
  • penyakit Skurvi
dan banyak lagi.





Tetapi untuk mengetahui dengan sangat cepat sama ada kita cukup vitamin c atau tidak...
1. Gusi mudah berdarah setiap kali digosok
atau
2. cuba goreskan kulit tangan dengan menggunakan kuku sendiri. Jika ia menghasilkan satu garisan warna putih yang jelas lagi nyata, maka itu tandanya anda kekurangan Vitamin C yang ketara. 
Saturday, January 5, 2013

Nak kulit cantik?


Energizing Soy Protein (ESP): 
Bertindak menghasilkan sel-sel kulit yang baru. Tahukah korang, setiap 21 hari sel kulit kita akan mati, dan sel kulit mati akan digantikan dengan sel kulit baru yang terhasil dari pengambilan protein yang secukupnya. Muka yang kekal dengan kesan jerawat yang gelap dan bertompok adalah kerana sel-sel kulit yang tidak diperbaharui. Dengan pengambilan ESP akan membantu meningkatkan kualiti sel-sel kulit baru. Jadi akan menghasilkan kulit yang gebu, licin, sihat dan cantik.

Vita-C Plus:
Fungsi utama Vita-C as a booster untuk kolagen. Bila umur makin meningkat kolagen makin kurang sebab tu muka jadi kendur dan banyak garis-garis penuaan. Jadi Vita-C membantu meningkatkan paras kolagen yang agak kririkal di muka anda. Nak tahu kenapa muka artis-artis Hollywood tegang, cantik berseri, sebab mereka amat mementingkan paras kolagen dalam badan mereka. Sebab kolagen jugalah, muka artis Hollywwod yang berumur 50 tahun ke atas tetap maintain tegang, licin dan cantik. Ala-ala remaja gitew.
Sunday, December 16, 2012

Pengambilan Vitamin bantu kurangkan masalah jeragat




Salam ceria semua... hmm.. harini cerita tentang jeragat....Apa itu jeragat? Jeragat tu kalau nak kenal..dlm ayat yg mudah.. ia bintik2 hitam yg kecik2 kat muka tu... bukan jerawat atau tahi lalat. tp tumbuh kecik2...(ala2 lebihan daging warna coklat atau hitam).. jeragat ni masalah kulit normal dikalangan wanita... Ia tak berbahaya tapi ia membuatkan wajah kelihatan kusam dan tak cantik.. bab2 tak cantik mmg pantang betul tak.. Okey.. yg anda perlu tahu adalah langkah2 pencegahan seperti, melindungi kulit dari matahari, pemakaian krim yg bersesuaian dgn kulit, pemakanan... dan lagi satu yg berkait dgn vitamin....Mcm keratan majalah dibwh.. dari sumber Rapi.. katanya pengambilan vitamin membantu kurangkan masalah jeragat.. which is true indeed.. kulit memerlukan tiga vitamin iaitu A, C dan E utk kekal sihat..
  • Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen (Sila cuba Vitamin C plus Shaklee ia sustained released lengkap dgn bioflavonoid.. vitamin C Shaklee mmg larisss.. always out of stock seluruh Malaysia)
  • Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit (yg ni sy suggest anda cuba Vitamin E shaklee.. sbb ia natural, 400iu lengkap dgn Selenium dan yg best ia ada extract grape seed.. so mmg terbaikkk)
  • Protin - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat  (apa lagii.. sila lah cuba Protin ESP Shaklee.. mmg terbaikk ..non GMO.. mmg hot stuff sampai licin stok satu malaysia.. next week baru stok sampai.. so sila book sebelum habis lagi.. kalao ada extra budget.. sila amik Collagen Powder Shaklee.. haaa yang tu mmg sah2 best tahap maksima)
kredit info : mamafaiz.com-tq
Saturday, December 15, 2012

Vitamin C Shaklee-Sustained Release


Vitamin C Shaklee, Bukan Sekadar Vitamin C

Ascorbate adalah salah satu dari nutrient utama yanng bersifat antioksidan. Tugasnya menghapuskan radikal bebas dan penceroboh mikrob, serta berkerjasama dengan antioksidan lain seperti vitamin E dan glutathione (sejenis asid amino). Menurut Dr Atkins, mereka yang mengamalkan vitamin C hidup lebih lama dari mereka yang kekurangan vitamin C.

Apakah tugas vitamin C dalam kesihatan kita?
Mengawal Jangkitan
Kebanyakan orang tahu vitamin C diambil untuk mengawal selesema. Walaupun ia boleh membunuh bakteria dan meneutralkan toksin dari bakteria, tapi punca utama kenapa vitamin C boleh mengawal selesema ialah kerana ia meningkatkan pertahanan semulajadi badan.
Hampir kesemua sel dalam sistem imuniti menerima sokongan nutrisi ini tapi yang paling utama ialah interferon, antibodi dan sel darah putih yang memerlukan vitamin C bagi melawan jangkitan.
Asma & Elergi
Di dalam Journal of The American Dietetic Association, terdapat laporan di mana pengambilan 1000mg vitamin C boleh bertindak sebagai anti-histamin. Walau bagaimana pun ia bukanlah kesan segera kerana suplemen memperbaiki tisu-tisu badan tidak memberi kesan seperti ubat.
Untuk asma pula, pengambilan vitamin C yang rendah mendatangkan risiko keradangan tisu-tisu paru-paru. Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition, pengambilan 1-2g vitamin C memperbaiki fungsi paru-paru dan mengurangkan serangan asma. Menurut satu kajian double blind, pengambilan sebanyak itu juga melindungi saluran bronkial daripada cuaca sejuk dan hayfever.

Serangan Jantung

Kekurangan vitamin C dalam tisu badan adalah penyebab kepada sakit jantung, menurut satu circulation dalam American Heart Association. Vitamin C berfungsi melindungi lemak darah daripada menjadi plak-plak atherosclerotic yang terkumpul dalam arteri yang menjadi punca kepada masalah ini. Pengambilan vitamin C mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL, serta membina kolagen untuk melindungi darah di jantung dari melekat pada partikel-partikel lain.

Stress

Menghadapi stress samada secara fizikal atau emosi memerlukan bekalan vitamin C yang cukup. Kelenjar adrenal memerlukan lebih vitamin C dan ia lebih mudah kehilangannya dalam keadaan stress. Vitamin C membantu untuk meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh hormon kortisol semasa dalam keadaan stress. Menurut Dr Atkins, penyakit schizorphrenia adalah disebabkan oleh kesan dari toksik yang terhasil semasa stress.

Gout

Menurut ujian makmal, pengambilan vitamin C dos tinggi boleh mengurangkan asid urik dalam badan.

Batu Hempedu

Menurut European Jurnal of Clinical Investigation, pengambilan 2000mg vitamin C setiap hari melambatkan proses pembentukan batu hempedu sebanyak 350%.

Masalah Penglihatan

Seperti karetonoids, vitamin C membasahi mata kita dengan perlindungan antioksidan, yang mana menurut US Department of Agriculture’s Human Research Centre, boleh melindungi dari katarak. Vitamin C juga mengurangkan tekanan pada mata, yang mana melindunginya dari glaukoma.

Tips Untuk Mendapatkan Khasiat Vitamin C Optimum:

  • Dapatkan yang jenis ‘Sustained Released’
  • Jangan ambil dos tinggi sekaligus, misalnya jika nak ambil 1000mg, ambil 500mg dulu pada satu2 masa.
  • Ambil bersama makanan (selepas makan) kerana enzim pencernaan membantu meningkatkan kepekatan vitamin C dalam darah.
  • Ambil bersama Iron untuk membantu penyerapan Iron

Vitamin C dengan Bioflavonoids.

Bioflavonoids adalah sejenis antioksidan, ia bekerjasama dengan vitamin C, di mana ia memperkasakan fungsi vitamin C. Bioflavonoids dalam buah-buahan sitrus adalah gabungan terbaik!
Dapatkan Vita-C Plus Shaklee sekarang untuk mendapat khasiat vitamin C terbaik!

credit info  :by MOMMY LYNA
Read more http://vitaminsemulajadi.com/vitamin-c-shaklee-bukan-sekadar-vitamin-c/
Thursday, December 13, 2012

Sustained Release Vita-CTM500 mg





Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit