Setiap insan inginkan menjadi seorang isteri dan ingin
diberi peluang menjadi seorang ibu.Alangkah bahagianya menjadi seorangi bu
apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang telah dilahirkan.Secara
lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui anaknya.Susuibu yang merupakan makanan
yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagimemastikannya membesar
dengan sihat dan kuat.Susuibu juga mmepunyai daya tahan yang diperlukan oleh
bayi anda demi melindunginya dariapda serangan dan jangkitan yang biasa
dihadapi pleh bayi yang baru lahir.Malah,kebanyakan susu tepung bayi boleh
mengakibatkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.Kita sering
dengar bayi alah susu lembu bayi alah susu soya namun tidak pernah kita dengar
bayi alah susuibu itu sendiri.
Selain bayi,ibu juga dapat manfaat kesihatan daripada
penyusuan tersebut.Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovary jarang
berlaku pada para ibu-ibu yang menyusu.Penyusuan secara eksklusif disarankan
untuk diberi sehingga 6bulan dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan
makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih.Diet yang seimbang amat penting
bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran
susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.
Senarai dibawah adalah saranan nutrian yang perlu diambil
oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.
MULTIVITAMIN (VITALEA)
Ianya menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu
yang mana ianya tidak boleh diperoleh daripada diet harian.kadar vitamin yang
mencukupi membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan berkhasiat di samping
menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.