WELCOME!!

WELCOME!

21 September 2010

BERKAT

Di dalam hidup manusia yang paling penting adalah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat, rumah tangga jadi sepakat. Apabila rumah tangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita akan jadi kuat. Apabila negara kita jadi kuat, negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan pun menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Ketika itu manusia mula mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat orang baik bertukar jahat. Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.

 Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat madu telan minyak gamat.

YANG LELAKI,
Budak-budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi percaya unsure kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut panjang pun tak berikat.

YANG PEREMPUAN,
Pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat..(apa dapat). Suka sangat tunjuk pusat hingga tak peduli lagi batasan aurat. Pakai pula yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak bernda ‘bulat’. Bila dah jadi macam ini siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya boleh jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adab. Usah takut Allah dan Malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita ‘buktikanlah’ kita buat. Akhirnya perut kempis jadi bulat.



Apabila perut kempis jadi bulat, maka lahirlah anak yang tak cukup sifat. Bila anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang merata-rata tempat.


MAKNANYA KETIKA ITU IBLIS MULA MELOMPAT,
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, marilah kita pakat mengingat, bahawa dunia ini semakin singkat, esok lusa mungkin kiamat. Sampai masa kita semua berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat. Disana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa itu sendiri mau ingat. Umur mu banyak mana, berapa banyak buat ibadat..? Zaman muda  mu, apa yang telah kamu buat..? Harta benda mu, dari mana dapat..? Ilmu mu, adakah manafaat..? Sebagai sesame insane sama-samalah ingat-mengingat. Semoga ianya dapat maningatkan kita supaya segera maninggalkan maksiat dan perbanyakkan ibadat. (petikan ucapan Ustaz Akill Hayy Rawa)  

No comments:

Post a Comment