Jumaat, September 03, 2010

SIRI TAZKIRAH RAMADHAN 1431 (Audio) - 6

  Oleh :
Ust. Yusof Bin Johan
(sabar tunggu 'player' muncul yeee...)
 Tajuk :
"
Laksanakan Undang-Undang Syariat"
Tempat :
 
Markas PAS Caw Tmn Dato' Senu,
Sentul, Kuala Lumpur
.
Tarikh : 
  Jumaat, 17 Ramadhan 1431 (27 Ogos 2010)

Antara Intipati :
- Asal-usul puasa hari Asyura
- Puasa agama Yahudi - "Yaumul Kafarah"
- Perpaduan menuju redho dan kasih sayang Allah.
- Dosa terbahagi 2.
- 3 pekara penyebab dosa.
- Dan Banyak lagi....!!!!

Moga ada manfaat buat kita semua...Wallahu'alam...!



Jumaat, Ogos 27, 2010

SIRI TAZKIRAH RAMADHAN 1431 (Audio) - 5

Oleh :
Ust. Mohd. Izzat Bin Mohd Ropi
(Tenaga pengajar di Tahfiz Darul Furqan)
(sabar tunggu 'player' muncul yeee...)
 Tajuk :
"
Kualiti Kehidupan"
Tempat :
 
Markas PAS Caw Tmn Dato' Senu,
Sentul, Kuala Lumpur
.
Tarikh : 
 Isnin, 13 Ramadhan 1431 (23 Ogos 2010)

Antara Intipati :
- Merangkumi kualiti ibadah sepanjang hayat.
- Dan Banyak lagi....!!!!

Moga ada manfaat buat kita semua...Wallahu'alam...! 



SIRI TAZKIRAH RAMADHAN 1431 (Audio) - 4

Oleh :
Ust. Sobri Bin Mat
 
(sabar tunggu 'player' muncul yeee...)
 
Tajuk :
"Taat Dan Khidmat"
Tempat :
Markas PAS Caw Tmn Dato' Senu, 
Sentul, Kuala Lumpur.
Tarikh : 
Jumaat, 10 Ramadhan 1431 (20 Ogos 2010)

Antara Intipati :
- Taat kepada Allah & Rasul.
- Khidmat kepada Ibu & Bapa.
- Khidmat kepada Anak & Isteri.
- Tragedi Anak menyembelih Ibu sendiri.
- Dan Banyak lagi....!!!!
 
Moga ada manfaat buat kita semua...Wallahu'alam...!


Isnin, Ogos 16, 2010

SIRI TAZKIRAH RAMADHAN 1431 (Audio) - 3

Oleh :
Ust. Hairul Nizam Bin Mat Husin
(sabar tunggu 'player' muncul yeee...)

Tajuk :
"Puasa Dan Taqwa"

Tempat :
Markas PAS Caw Tmn Dato' Senu, Sentul, Kuala Lumpur.

Tarikh : 
Jumaat, 3 Ramadhan 1431 (13 Ogos 2010)

Antara Intipati :
 
1) Puasa menyebabkan Taqwa.
 
2) Saidina Ali berkata, Taqwa ada 4 ciri :
- Takut kepada Allah SWT yang Maha Perkasa.
- Beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT (Al-Quran & Hadis).
- Redho dengan yang ada (banyak @ sedikit).
- Bersedia untuk menghadapi hari kematian.
 
3) Benarkah ada hadis yang mengatakan boleh terus minum/makan 
walaupun sudah berkumandang azan subuh?

4) Kisah seorang lelaki ahli maksiat di zaman Nabi Musa A.S yang rindukan Rasullullah S.A.W.

Dan lain-lain lagi...!

Ahad, Ogos 15, 2010

SIRI TAZKIRAH RAMADHAN 1431 (Audio) - 2

Ust. Marzuki Zakaria


Oleh : 
Ust. Marzuki Bin Zakaria
Tajuk :
Puasa Dan Solat
Tempat :
Markas PAS Caw Tmn Dato' Senu,
Sentul, Kuala Lumpur
Tarikh :
2 Ramadhan 1431 (12 Ogos 2010)
 
Antara Intipati :
Kita dibebani dengan 4 yang disukai :
1. Suka makan.
2. Suka minum.
3. Suka bersetubuh.
4. Suka tidur.

Kelebihan solat beerjamaah.
DLL...!!!




Jumaat, Ogos 13, 2010

SIRI TAZKIRAH RAMADHAN 1431 (Audio) - 1



Oleh : 
Ust. Mohd Qari Abd Ghapar

Tajuk :
Ciri-Ciri Orang Bertaqwa 

Tempat :
Markas PAS Caw Tmn Dato' Senu,
Sentul, Kuala Lumpur

Tarikh :
1 Ramadhan 1431 (11 Ogos 2010)


Rabu, Ogos 11, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN - Markas PAS Cawangan Taman Dato' Senu

ALHAMDULILLAH! Setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, untuk kesekelian kalinya, dapat kita merasai nikmat berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Atas kesempatan ini juga saya ucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa, dan selamat mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini kepada pembaca dan pengunjung yang sudi menjengah blog ini.

Markas Pas Caw. Tmn Dato' Senu
Sebagaimana kebiasaan seperti tahun-tahun yang lepas, pihak PAS Cawangan Taman Dato' Senu akan meneruskan program Tazkirah Ramadhan di markas PAS cawangan di No. 25, Jalan Dato' Senu 10, Taman Dato' Senu, 51000 Sentul, Kuala Lumpur.

Bermula malam ini (1 Ramadhan / 11 Ogos), tazkirah akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Qari bin Abdul Ghapar.

Kepada anda yang tinggal berhampiran atau berkesempatan untuk hadir, kehadiran anda amat dialu-alukan bagi mengimarahkan lagi majlis ilmu ini. Insya-Allah program akan dimulakan selepas solat sunat Tarawikh, sekitar jam 9.45 minit malam. Sebar-sebarkan!

(Klik sini untuk melihat jadual penuh Tazkirah)

Rabu, Ogos 04, 2010

DENGKI DAN DENDAM - Senjata Syaitan Rosakkan Ummah

(Gambar Hiasan)
Al-Imam Al-Ghazali berpandangan bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama.

Orang berhati bersih akan turut menjaga mulut, lidah serta perlakuannya supaya tidak melampaui batas dibenarkan agama. Hati yang sihat dan bersih mengikut tapisan agama akan menampilkan akhlak terpuji sementara hati yang kotor melahirkan keperibadian buruk dan merosakkan.

Dalam satu pengajian di masjid, Rasulullah SAW ada mengkhabarkan kehadiran seorang calon penghuni syurga di tengah mereka. Orang itu tidak dikenali oleh sahabat, bahkan namanya tidak popular sebagai seorang tokoh ibadat.

Sahabat berasa tertarik hati dengan keistimewaan yang ada pada diri orang itu selepas Rasulullah SAW mengesahkan dirinya sebagai calon penghuni syurga. Salah seorang sahabat, Abdullah bin Amr, bertekad memantau dari dekat orang berkenaan untuk mengetahui apa keistimewaannya.

Abdullah lalu meminta izin untuk bertamu di rumah orang itu selama tiga hari. Ketika menjadi tetamu, Abdullah melihat secara langsung bentuk amalan tuan rumah, gerak gerinya, tutur katanya dan cara ibadahnya.

Hampir-hampir beliau tidak tidur kerana ditakuti jika ada amalan tuan rumah yang tidak dapat disaksikannya. Namun, Abdullah tidak mendapati apa-apa amalan yang istimewa berbanding sahabat lain. Amalannya biasa-biasa saja seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Sebelum pulang, Abdullah pun bertanya secara terus akan amalan istimewa tuan rumah untuk dilakukannya. Jawabnya: “Tidak ada, selain yang engkau sudah lihat. Aku belum pernah melakukan kepalsuan terhadap siapa pun daripada kalangan umat Islam. Dan aku tidak pernah hasad (iri hati) kepada seseorang yang dianugerahi (nikmat) oleh Allah. Abdullah berkata: "Itulah (sebenarnya) yang dapat meningkatkan darjatmu.

Jelas perasaan dengki, dendam, marah dan perlakuan buruk kepada sesama Muslim adalah satu senjata pemusnah yang digunakan syaitan untuk memporak-perandakan hidup manusia. Lalu dibisikkan ke telinga manusia untuk menyemarakkan api kemarahan dan mendorong dendam.

Perlakuan buruk itu akan menghindari kita daripada berusaha meningkatkan ukhwah dan persaudaraan, apa lagi untuk saling bermaafan sesama kita. Sikap ini pasti menjauhi lagi hubungan silaturahim yang dituntut agama.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)

Justeru, penting bagi kita untuk mengawal perasaan dendam dan marah supaya terbuka pintu kemaafan di hati kita terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sikap mengawal marah ini dititikberatkan Rasulullah SAW apabila seorang sahabat meminta nasihat.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Jangan marah. Kemudian orang itu mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi Baginda SAW menjawab: Jangan Marah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Allah juga akan memberi ganjaran besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Untuk meredakan perasaan marah terhadap seseorang, hendaklah kita fokuskan jiwa melihat seteru kita daripada sudut positif. Mungkin ada banyak perkara baik pernah dia lakukan terhadap kita dan renungkanlah secara mendalam bagi memadamkan api kemarahan yang wujud dalam jiwa.

Contohnya, apabila kita marah melihat kesalahan dilakukan isteri maka hendaklah kita fokuskan perbuatan baik yang pernah dilakukannya sepanjang perkahwinan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin dia boleh meredai akhlaknya yang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu.

Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah.

Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu.” (Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim)

Antara batu penghalang utama untuk kita menerapkan perasaan saling bermaaf-maafan adalah sikap yang kasar, keras kepala dan berhati batu. Oleh itu sikap lemah lembut dalam pergaulan seharian wajar menjadi sifat umat Islam terpuji.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dan Dia memberikan atas (sebab) lemah lembut apa yang tidak Dia berikan atas (sebab) kekerasan dan yang tidak yang tidak dia berikan atas (sebab) selainnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Allah menganugerahkan kepada Nabi dan Rasulnya sikap lemah lembut terhadap umat manusia dan sikap itu adalah daya tarikan terhadap dakwah mereka. Melalui sikap lemah lembut ini jugalah memunculkan sifat suka memaafkan kesalahan pihak lain.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau sudah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Wallahu'alam.



Isnin, Ogos 02, 2010

AUDIO KULIAH : "Peperiksaan Di Alam Kubur" - Ust Hj Ahmad Rizam Ghazali


"Peperiksaan DiAlam Kubur"
(sabar tunggu 'player' muncul yeee...)

Huraian Kitab Darussamin (Bab Sifat Wajib Bagi Allah)
Tempat : Masjid Taman Kenari, Kulim, Kedah.
Oleh : Ustaz Hj Ahmad Rizam Bin Ghazali Hasbullah
(Mudir Madrasah Raudhatul Ulum)
Kg Ulu Rening, Batang Kali,
43300 Ulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan. 

Untuk menghubungi pihak madrasah :
H/p: 019-399 5344, 019-399 1159
Tel: 03-6057 1896, 03-6066 4501
Email: raudhatul.ulum@yahoo.com




Khamis, Julai 29, 2010

HADIS : Alamat Mimpi

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). 

Mimpi itu ada tiga jenis: 
(1) Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain".
Riwayat Muslim.

Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha.

Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas.

Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak.

Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

Wallahu'alam!
(Sumber : JAKIM)


Khamis, Julai 22, 2010

SECEBIS KISAH - Buat Pedoman

Sudah seminggu lebih blog ini 'sepi'. Maklumlah rutin hidup kita ini, adakalanya 'free' memanjang, ada ketikanya lansung tak duduk diam.

Ok lah! Dikesempatan ini ingin saya nukilkan sebuah kisah. Mungkin ada antara kita yang pernah terbaca, sebab saya dapat pun melalui email yang dikirimkan. Saya sendiri, lebih dari dua kali membacanya kerana terkesan di hati.

Entah benar atau tidak kisah ini...wallahu'alam. Mungkin ada fakta yang boleh dipertikaikan, namun apa yang ingin saya kongsikan adalah pengajaran disebalik kisah ini. So...selamat membaca...!


Dikisahkan...sepasang suami isteri seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun, Ita panggilan manjanya.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar ibu dan bapanya melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !...saya tak tahu Tuan..!". "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata, "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak  yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.

Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat  menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis terisak-isak keduanya dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya. Sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi makan panadol tu", balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik  tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik...pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan..!" katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya  tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan beransur hilang, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama", katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti hysteria. Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis....!

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya…!

Akhir kalam...! Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukannya untuk melepaskan geram dan kemarahan anda...!!!

Selasa, Julai 13, 2010

SENARAI MAKANAN DAN HIKMAHNYA - DALAM ISLAM.

Sesungguhnya Allah telah mencukupkan segala keperluan hamba-Nya. Setiap yang Allah jadikan pasti ada hikmah-Nya. Begitu juga dari segi pemakanan kita sehari-hari. Di sini dicatatkan sebahagian kecil senarai pemakanan dan hikmahnya bagi keperluan kita. Moga ada manfaat untuk kita bersama.

1. Roti.
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik, dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

2. Jintan Manis (anisun).
Jintan manis banyak khasiatnya. Ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

3. Epal (tuffah).
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

4. Asparagus (hiyawn).
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

5. Pisang (mawz).
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6. Barli (sya'ir).
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.

7. Selasih (manis rayhan).
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8. Mentega (zubdah).
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

8. Bunga kubis (qunnabit).
Sayura n ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10. Chamomile (babunaj).
Kegunaa n chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

11. Lobak merah.
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

12. Biji kopi (qahwah).
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

13. Biji hitam (habb al sauda).
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

14. Ayam (dajaj).
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

15. Kulit kayu manis (darchini).
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

16. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj).
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin; bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

17. Timun (qitta').
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

18. Jintan putih (kammun).
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

19. Tamar kering (tamr).
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

20. Terung (badhijan).
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

21. Telur (baydah).
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

22. Ikan (samak).
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

23. Bawang putih (thum).
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga. Namun, Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

24. Minyak sapi (samn).
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

25. Halia (zanjabil).
Halia disebut dalam ayat al Quran (ayat17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

26. Inai (hinna).
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

28. Madu lebah (a'sal).
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

29. Kekacang (a'das).
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

30. Salad (khass).
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Namun, salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

31. Daging (lahm).
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa . Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

32. Daging kuda.
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.

Wallahu'alam.

(Sumber : Rosli Zakaria roslibz@gmail.com)

Jumaat, Julai 09, 2010

Video Kuliah : "BERISTERI DUA" - oleh Ust Mohd Kazim B. Elias

"Demi maruah Islam Yang Suci, marilah kita sama-sama tidak bersubahat dalam perkara yang batil".

Dapatkan siri kuliah bulanan Ustaz Mohd Kazim Elias yang terbaru dari terbitan
Alias Salam : 019-3997206/019-3994061

Pusat Pendidikan Al-Barokah,
Jln Pemimpin, Kg Manjoi, 30020 Ipoh, Perak
memerlukan dana bagi menyiapkan bangunan sekolah yang sedang dalam pembinaan disamping untuk kegunaan kerja-kerja kebajikan.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank
CIMB Bank
No Akaun : 08160000129107.
Semoga Allah akan merahmati dan membalas segala jasa sumbangan tuan dan puan. Terima kasih.



"BERISTERI DUA"

Pengajian Fardhu Ain :
Kitab Muhimmah - Keluaran 25

Oleh : Ustaz Muhammad Kazim Hj Elias Al-Hafis.
Tempat : Masjid Ar-Ridhuan, Ulu Klang, Selangor.
Tarikh : 21.05.2010
Terbitan : AliasSalam Enterprise (Ali - 019-3997206)
*Video ini dalam format 3gp untuk mengurangkan 'byte' supaya memudahkan kerja-kerja 'upload'. Harap maaf jika mutu visual kurang memuaskan.





FAKTA YANG PERLU ANDA KETAHUI TENTANG "KENTUT"


Kentut??? Ya kentut, kenapa??? Jijik...malu..??? Kita bukan nak cerita perkara kotor, tak senonoh atau lucah, tetapi fakta. Bagi yang belum pernah mengetahui pasal kentut, bacalah.

1. Dari mana datangnya gas kentut?


Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.



2. Apakah yang membuatkan kentut berbau busuk?


Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptans. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut, contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.



3. Kenapa kentut menghasilkan bunyi?


Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan rektum. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.



4. Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?


Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.


Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal (Silent- But-Deadly), jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang sunnguh mempersonakan.



5. Berapa kali seseorang itu kentut sehari?


Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari.



6. Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?


Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.


Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.



7. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?


Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.



8. Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?


Tidak benar, selagi hidup angin ada dalam badan. Suka atau tidak ia tetap akan keluar dengan selambanya.



Hikmah "Kentut".


Hikmah Allah menjadi kentut ini supaya kita memahami bahawa tiada manusia yang lebih mulia dari manusia lain kecuali kerana imannya, hatta para Rasul juga mengalami perkara ini, tetapi mereka menguruskannya dengan penuh hikmah dan tidak menyusahkan orang lain. Maknannya pentingnnya ada pengurusan dalam kualiti hidup kita mengikut sunnah.


Seterusnya kita lihat kedalam lagi. Kita semua sama, malah lahir ke dunia dari sebelah lubang najis sahaja. Setiap hari kita berjalan ke sana ke mari. Pakailah minyak wangi apa pun, tapi kita tak boleh nafikan yang kita tiap-tiap waktu bawa tong najis dekat perut kita. Kalau lori bawak najis, dia hanya bawak najis pada waktu bekerja sahaja, tapi kita 24 jam, sesaat pun tak lepas.


Begitulah hinanya kita. Jadi jangan menghina manusia lain yang hidupnya susah, gila, OKU atau apa sahaja. Setiap kita perlu saling hormat dan saling tegur menegur, bersih membersihkan dan melindungi aib sahabat-sahabat seiman dengan kita sama sebagaimana kita melindungi najis dalam perut kita yang hanya kita dan Allah sahaja yang tahu betapa busuknya ia.


Wallahu'alam.

(Sumber dari saudara Herman Samsudeen)

Selasa, Julai 06, 2010

SEDIKIT RENUNGAN DICELAH KESIBUKAN KITA SETIAP HARI


Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, telah dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalah-Nya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid, biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

"Inilah yang akan kita lakukan", kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!".

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu iblis, syaitan, dan jin.

Jawab sang iblis :

  • "Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka".
  • "Rayu mereka agar suka Berbelanja, Belanja dan Belanja... serta Berhutang, Berhutang dan Berhutang...".
  • "Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."
  • "Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."
  • "Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."
  • "Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"
  • "Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".
  • "Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan".
  • "Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"
  • "Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".
  • "Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga".
  • "Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."
  • "Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"
  • "Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK". "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.
  • "Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah". "Dan dengan segera mereka akan merasa bahawa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)".

"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL". "RENCANA YANG BAGUS".

Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, dan SENTIASA HURA-HURA.

Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta. Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya.

Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"