Salam Eiduladha semua...syukran jazilan buat rakan alam maya saya yang baru, Ghost_Mar atas pemberian kad raya ini...cantik sangat..:) Semoga anti sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT selalu...
Kad Raya Lagi..
Posted by .::Ummu Rifaie::. at 02:58 0 comments
Labels: Lain-Lain Artikel
Selamat Hari Raya AidulAdha...

Tapi...akhirnya hari ni dapat juga saya mengisi n3 baru...memandangkan suami saya juga sudah selesai mengambil sanad...dan kuliah saya juga tak lama lagi nak habis..memandangkan exam tak lama lagi pd 3hb/1/08 insyallah...doakan kejayaan bersama saya dan sahabat-sahabat saya yang lain...windu nak balik Malaysia..:)
Memandangkan tak berapa lama lagi kita akan menyambut EidulAdha, jadi dikesempatan ni..saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidulAdha buat rakan-rakan blogger yang sudi berkunjung ke blog saya ni...Moga Ukhuwwah yang terjalin berkekalan hendaknya...
So, terimalah kad Raya daripada kami sekeluarga buat semua rakan blogger...
Posted by .::Ummu Rifaie::. at 04:29 1 comments
Labels: Lain-Lain Artikel
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia ini dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6. HAK KEPADA SIRATH (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.
8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Posted by .::Ummu Rifaie::. at 01:49 0 comments
Labels: Lain-Lain Artikel
HUKUM MENDENGAR SUARA WANITA MELALUI TELEFON
[Fatwa as-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jubairin. Dinukil dari kitab Fatawa Wanita Muslimah jilid 1 halaman 434 cetakan Adhwaus Salaf].
Soalan:
Apakah hukumnya seseorang lelaki ajnabi mendengar suara wanita ajnabiah melalui talian telefon atau melalui peralatan talian perhubungan lain?
Jawapan:
Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.
Tetapi, sebahagian ulamak mengharuskan seseorang wanita ajnabiah bercakap dengan lelaki ajnabi dengan kadar keperluan seperti menjawab persoalan. Sebahagian isteri-isteri para Sahabat RA pun meriwayatkan beberapa buah hadis dan sebilangan lelaki telah mendengar periwayatannya tetapi perbuatan tersebut dengan syarat tidak adanya sebarang keraguan dan tidak ada pengaruh yang boleh menimbulkan gerakan syahwat.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."
Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya menjawab persoalan menurut kadar keperluan bila bercakap melalui telefon sama ada wanita itu memulakan perbualan atau membalas percakapan kepada lelaki ajnabi yang menghubunginya melalui talian telefon. Dalam keadaan ini, perbuatan mereka adalah di dalam hal yang sangat diperlukan untuk melakukannya, percakapan mereka akan menghasilkan faedah syarak bagi kedua-dua belah pihak, bukan berada di tempat yang meragukan, tidak mengeluarkan suara yang lembut lagi tidak mempunyai faedah, tidak akan menyebabkan kepada pengaruh syahwat dari salah seorang dari keduanya. Yang lebih utama, mereka hendaklah meninggalkan perbualan itu melainkan ketika tersangat perlu.
Posted by .::Ummu Rifaie::. at 04:38 0 comments
Labels: Lain-Lain Artikel
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) Allah s.w.t. tak akan memberi kepadanya pahala 10.000 malaikat.Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan diberi pahala 10.000 orang berhaji dan umrah dan 10.000 orang mati syahid.Sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura maka seolah-olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya pada Rasulullah s.a.w.:"Ya Rasulullah s.a.w. adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari yang lain?".Berkata Rasulullah s.a.w.:"Ya memang benar, pada hari Asyura Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi, bukit-bukit, laut,syurga,Nabi Adam dan Hawa, memasukkan Nabi Adam ke dalam syurga juga pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim, menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api,Allah s.w.t. menengelamkan Firaun, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s., Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam,Allah s.w.t. mengampunkan dosa Nabi Daud,Allah s.w.t. mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan akan terjadinya hari kiamat itu juga pada hari Asyura!.
Posted by .::Ummu Rifaie::. at 18:49 0 comments
Labels: Lain-Lain Artikel
Perbaiki Hati dan Diri...
Posted by .::Ummu Rifaie::. at 08:45 0 comments
Labels: Lain-Lain Artikel