Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Friday, 17 June 2016

PENGALAMAN IUI PERTAMA


Assalamualaikum..lama tak bersiaran kan...

Me dah selesai menjalani proses IUI...IUI....perkataan yang berlegar2 dlm kepala sejak dua tiga tahun lepas...tapi bila dah selesai menjalani proses tu,rasa mcm mimpi pulakkk...tak sangka sampai ke tahap ini proses TTC kami...

Me mulakan dgn clomid 1 biji sejak 3 cycle lepas..cycle pertama TVS on CD12 tak ada telur..cycle kedua, 2 biji clomid, telur ada 3 biji tapi x cukup besar,1.2cm je and doc xnak teruskan IUI..cycle ke tiga 3 biji clomid, TVS CD12 ada 3 biji telur tapi size masih tak cukup. Nasib baik cycle ke tiga jumpa pakar terus, jadi dia suruh datang lagi CD21 (sbb my cycle panjang kan,mgkin ovulate lambat). Jadi CD21 me dtg balik telur tinggal sebiji je,tapi size dah ngam untuk IUI. Dua telur lagi doc kata mgkin dah pecah secara semulajadi..doc kata kita cuba IUI..wah terus bersinar2 mata tgk doc...dlm hati kata inilah yang aku tunggu-tunggu selama ni..haha... doc bekalkan dgn ovidrel.kena inject jam 8 malam. Malam tu bawa ovidrel g klinik swasta, mintak doc cucukkan..hehe..x berani cucuk sndr. Encik Abah lagi tak berani..

CD23 pagi2 lagi kami dah gerak ke hospital..sampai hospital serahkan sperm..sperm akan dicuci terlebih dahulu, hanya yang betul2 berkualiti shj akan diambil. Proses mencuci sperm mengambil masa 2 jam..jadi sementara tu me hantar Encik Abah ke sekolah dlu (beliau xnak amik cuti). Lepas hantar Encik Abah, me patah balik ke hospital. Masa tu sperm dah ready. Yang assist doc masa prosedur tu adalah MA(medical assistant) perempuan. Doc yang jalankan prosedur tu pun doc perempuan.  

Mula2 doc explain la ttg proses IUI ni..sbb dah banyak kali google sana sini,jadi mudah la utk me faham apa yang doc explain tu. Lepas explain,doc cuci part tu..then masukkan speculum (yang kalo kita google tu diorg sebut muncung itik). Masa masukkan speculum ni rasa sakit sikit je..me rasa masa buat HSG dulu lagi sakit kot...kemudian doc inject sperm yang dah dicuci tadi...keluarkan speculum dan SIAP!! Sekejap sangat rasanya...tetiba,eh aku dah jalani IUI..mcm mimpi jek..haha... Lepas siap prosedur tu doc suh baring 30minit..rehat..masa ni doa je la..tawakal pada Allah...lepas 30minit MA bagi kad app..dtg 2nd day period atau kalo tak period g klinik buat buku merah...

Malam sebelum buat IUI tu me buat solat hajat, bukan kena mintak berjaya je prosedur ni..tp lebih baik kita mintak apa pun keputusan yang Allah dah tetapkan nanti,mohon la kita dikurniakan keredhaan yang sangat tinggi..me terus terang mmg harapan sangat tinggi dgn IUI pertama ni, tapi me sedar..Allah Maha Mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya..sebelum kita buat prosedur ni lagi Allah dah tahu keputusannya,jadi mohon la keredhaan hati..tu lebih selamat..supaya kita tak hilang pedoman bila gagal..

Sepanjang dua minggu menunggu ni, mmg me tak buat kerja berat,jalan pun slow2 jek (keje kat klinik mmg kene jalan laju weiiii..kadang2 lupa). Encik Abah byk tolong buat kerja rumah...dlm hati mmg terasa alangkah indahnya kalau betul2 pregnant nanti...berdoa dan berdoa...

Seminggu lepas IUI dah mula rasa cramping..mmg tanda2 nak period la tu..dan akhirnya period menjengah pada hari ke 14 selepas IUI,jam 2 pagi, tanda IUI pertamaku gagal! Hati sebak, tapi berjaya tahan diri dari menangis..tapi kalah bila bgtahu pd Encik Abah subuh tu, dia wat cool...insyaAllah ada rezeki lain kali...tu ayat biasa beliau..masa tu mmg xleh tahan dah..menangis lah jugak..ptg tu pun menangis lagi...yup, mmg sedikit sedih, tapi me xkan putus asa..akan cuba utk kali ke dua..

App dgn doc masa Day2 period, doc tanya nak teruskan 2nd IUI ke? Me terus jawab nak,tapi after Hari Raya..doc bgtau boleh buat berapa banyak kali pun IUI yang kita nak...

Itu shj lah pengalaman pertama IUI ni...at least dah berusaha kan..Allah yang menetapkan..takde satu perkara pun yang jadi dengan sia2,pasti ada hikmah..insyaAllah..

Selamat berpuasa uollss!!

Wednesday, 20 January 2016

IUI, tak semudah yang di sangka

Assalamualaikum...
 
Last entry berkenaan TTC berdoktor..bulan Oktober...Ya Allah sekejapnya masa berlalu..
 
Me dah mulakan TTC berdoktor awal Disember tahun lepas. Pada mulanya sekitar awal November,kami membuat temujanji dengan Hospital Columbia Asia,Nusajaya. Tapi semasa tarikh temujanji tu me demam pulak, x jadi pergi..dan terus bertangguh2 untuk set tarikh semula..
 
Sehinggalah bulan Disember, kami decide untuk teruskan rawatan di hospital kerajaan shj. Alhamdulillah,urusan untuk dapatkan app dipermudahkan..dapat app awal bulan..salah satu faktor kami pilih hospital kerajaan adalah sbb me kerja di sini, senang untuk dtg follow up, dan Encik Abah pun dah mintak maaf awal2 sbb dia xkan boleh dpt teman setiap kali ada app..cikgu bukan senang nak dpt cuti kan...jadi me pun kena faham keadaan beliau..dtg app sorg2 dari tempat keje, ape ada hal kan...hehe
 
Hari pertama datang,me jumpa dgn doktor houseman,doktor baru kan..jadi nmpak lah dia mcm blur2 jek..sekejap2 keluar bincang dengan pakar..tapi takpelah,nak wat mcm mana..disebabkan me dah pernah ada rekod pada 2012,me terus ckp ngan doktor tu saya nak buat IUI,dan dia terus setuju..disebabkan period me tak regular,dia bekalkan me dgn Duphaston untuk diambil selama 21 hari..dan dtg semula CD2 period..
 
Lepas habis duphaston hari ke 21, esoknya terus period..cd2 dtg jumpa doktor,kali ni me mintak MO terus, xnak jumpa HO dah..tanye gitu gini, doktor bg clomid pulak..makan  50mg (1biji) cd2-cd6.. dtg scan balik cd10,untuk TVS. TVS ni scan dari bawah, doktor masukkan rod tu kat vagina,untuk scan folikel telur..cd10 dtg, xde dominan folikel,doktor minta repeat cd12..n cd12 pun xde jugak dominan folikel...maka dgn sedihnya doktor kata x boleh proceed IUI cycle ni..sambung makan Duphaston lagi..kemudia period amik clomid pulak,kali ni hi dose cket..100mg (2biji)..
 
Sedikit kecewa la sbb tak boleh proceed IUI..hmm bukan senang rupanya..kena ada telur yang cantik n matang baru boleh proceed..tapi xpe..keep positive!! Next cycle kita cuba lagi....bye!

Thursday, 22 October 2015

TTC "berdoktor"

Assalamulaikum...
 
Lama dah rasanya tak menulis ttg TTC...hampir 2 tahun kot? Puas dah berehat, cukup lah bertenang..perlu start enjin semula rasanya ni...hihi..
 
Alhamdulillah sepanjang setahun duduk sebumbung ni, my cycle normal..bole dikatakan hampir setiap bulan jumpa EWM..yakin masa tu adalah waktu subur, insyaAllah,tapi masih belum rezeki..ngam2 2 minggu lepas EWM period pun muncul...ok la,xde feeling2 pregnant..haha...
 
Spjg silent mode, me belajar 1 ilmu baru dr grup TTC..jika period kita lewat, sebenarnya bukan period kita yang delay, tapi ovulation kita yang delay..normally lepas 2 minggu dr tarikh ovulate, period akan dtg...jika tak dtg 2minggu lepas ovulate, itu bru dikira period delay..contoh mcm me, bila cycle 40hari..dulu me ingat period delay 10hari...tp bila da tau, sebenarnya EWM muncul masa cd26..delay hampir 10 hari dr tarikh sepatutnya ovulate (biasa cd15)..jadi normal la bila period muncul on cd40 (2 minggu lepas cd26)... mcm tu jugak masa cycle me jadi 60hari...me perasan EWM muncul masa cd46..which is sangat lambat kan....tp period ttp dtg 2 minggu lepas tu...fhm kan?
 
Ok, balik pd citer asal..smlm me call Columbia Asia Nusajaya set app dgn Dr Rohaini..dpt tarikh 13hb Nov..insyaAllah nak start semula TTC "berdoktor" ni..sebelum ni TTC tanpa tauliah jek...huhuhu...doakan...

Tuesday, 27 January 2015

Tazkirah Suami TTC kpd Isteri TTC

Assalamualaikum..
 
Throwback hari kejadian,CD2 malam..me masih dlm mood sedikit sedih sbb cycle ke 5 sejak duduk serumah masih failed to conceive..
 
Lokasi, dalam kereta otw balik rumah lepas keluar dating hujung minggu..mood santai..me mulakan bicara dengan mukadimah
 
"Kalau bayi tu bole kita tempah di kedai, mintak quotation dan tempah satu kan senang" (kesan baru balik dr tempah langsir raya)
 
Encik Abah seperti biasa, gelak sedikit je..
 
"Abang ni kisah ke tak kita ni takde anak?" mood me dah mula berubah..
 
"Nak kisah apanya,dah Allah belum nak bagi..kita redha je la"
 
Me diam.
 
Encik Abah sambung lagi 
 
"Abang tgk Ayang kalo period je jd mcm ni..mcm tak redha..tak boleh la mcm tu, ni kan semua Allah dah tentukan..Abang pun sedih jugak, tp tak la sampai nak monyok mcm ni..kita kena redha pd Allah, ada anak syukur, takde anak pun syukur..ni kan ujian Allah untuk kita, syukur la sbb bentuk ujian kita mcm ni..ada orang Allah uji dengan ujian lain, ada anak,tp buang anak, tak sayang anak,dera anak, anak sakit...ada orang ujian takde anak lagi lama dr kita, bayangkan perasaan diorg..cuba letakkan diri kita kat tempat orang lain..mcm Ustaz M, dah 14 tahun menunggu..Cikgu R pun sama.."
 
Me diam,dan mula menangis dalam diam. Teringat kat Ustaz M dan isterinya Ustazah J, dah 14tahun TTC, ambil dua orang anak angkat, seorang meninggal masa bayi, dan seorang lagi kini dah remaja..juga teringat pada Cikgu Z, Encik Abah pernah cerita wife nya banyak kali pregnant, tapi asyik gugur, skrg ada anak angkat 2 orang..juga teringat cikgu-cikgu lain di sekolah Encik Abah,sekolah tu ramai TTC, tak kira lelaki mahupun perempuan, malah bekas pengetua nya (lelaki) juga TTC 8 tahun sebelum dpt anak kembar, guru penolong kanannya (lelaki) juga TTC selama 4 tahun..dan beberapa lagi guru perempuan yang kadang-kadang berkongsi cerita TTC dengan Encik Abah..
 
Encik Abah sambung lagi
 
"Allah tak bg kita anak lg,bukan sebab Allah tak mampu bagi..tapi Allah belum nak bagi lagi..kita doa la lagi dan lagi...kalau Allah tak makbulkan doa kita kat dunia ni,Allah akan gantikan dengan ganjaran yang lebih baik kat akhirat nanti..sampaikan ada hamba Allah yang kata alangkah bagus kalau semua doa aku kat dunia tak dimakbulkan Allah..Nabi Zakaria, pun bertahun-tahun menunggu untuk dapatkan zuriat..bukan Allah tak dengar doa Nabi, tp bila Allah kata nak bagi, masa tu Nabi Zakaria n isterinya telah pun uzur, kuasa Allah, isterinya boleh mengandung"
 
"Allah nak tunjukkan kuasanya sekejap je, tgk masa kita baru balik umrah tahun lepas, dalam masa dua minggu je Allah dah bg ayang transfer kat JB kan..walaupun sebenarnya sebelum tu sangat2 mustahil ayang nak transfer dalam masa terdekat..tp kuasa Allah,tiba-tiba je dapat..nanti insyaAllah kalau kita pergi umrah lagi,kita doa lagi..minta pd Allah..kita ni banyak dosa, mungkin ada dosa kita yang menghalang rezeki sampai pada kita..doa la pada Allah, minta Allah ampunkan dosa kita yang menghalang rezeki zuriat sampai pada kita..kita tak tau dosa yang mana...doa mcm tu..insyaAllah...jgn sedih2 lagi k"
 
Terus sejuk hati me bila dengar Encik Abah ckp mcm tu.. Sepanjang Encik Abah bagi nasihat tu me diam je..tp air mata laju je mengalir..sangat betul setiap kata-kata Encik Abah tu..me ni perlu diberi semangat selalu..supaya dpt sentiasa positif...
 
semoga bermanfaat pd yang lain juga..
 
 

Friday, 23 January 2015

Ayat Lazim CD1

Assalamualaikum..
 
Hari ni CD1,cycle lepas 34days..
 
Walaupun dah cuba jadi sepositif mungkin,tp masih tak dpt sembunyikan kesedihan bila Cik P muncul..ni Cik P ke lima since kami duduk serumah..means 5 cycle failed..and..dah 5 kali jugak la me sebut perkara yang sama pd Encik Abah..
 
Pagi pas bangun tdo,sambil bermalas-malas atas katil..me panggil Encik Abah
 
"Abang..."
 
Encik Abah pun terus jawab
 
"Nak ajak pergi buat treatment kan..."
 
Me senyum je..nampaknya dia pun dah faham ayat lazim me masa CD1..tapi niat tu hilang bila Cik P habis, dengan harapan dapat conceive naturally without treatment..muncul balik bila CD1 muncul...gitu la...
 
Sebenarnya me sedih, Encik Abah mcm tak bersungguh nak mulakan treatment semula..bila me ajak jom, dia kata jom la..tapi bila me senyap,dia pun tak bertanya...tak kisah ke dia...xtau laa..

Monday, 19 January 2015

Kisah Ibu Adik Ainaa Amanda

Assalamualaikum..
 
Siapa tak kenal adik Ainaa Amanda..adik kecil comel, yang "tangannya di syurga" cukup pandai berceloteh..menarik perhatian sampai menjadi viral di facebook.. sekarang dah ada FB page sendiri lagi..rezeki beliau kan..nampak satu kekurangan, tapi begitu banyak kelebihan yang lainnya..
 
Apa yang menyentuh hati me adalah ibu adik Ainaa (Abby Hassan) ini rupa-rupanya seorang bekas TTC..TTC selama hampir 11 tahun, kemudian bila dikurniakan anak, diuji pula dengan ketidaksempurnaan fizikal anaknya..mmg ibu kepada adik Ainaa ni insan terpilih oleh Allah..
 

 
Tengok kat FB beliau pun banyak post2 yang sentiasa positif..
 
So, everyone, keep positive, walau hidup ni penuh dengan ujian :) 

Wednesday, 10 December 2014

WW : Suplement untuk suami

Assalamualaikum..



Suplement untuk Encik Abah buat masa ni..itu pun selepas diheret masuk ke Guardian..susah benawww nak disuruh makan suplement..huhu

 

Friday, 14 November 2014

TTC : Me n PCOS

Assalamualaikum...
 
Diam tak diam,dah hampir dua tahun perkataan PCOS stuck in my head..PCOS PCOS PCOS!! 
 
Me diagnosed PCOS sejak awal 2012..skrg dah nak masuk 2015..sepanjang hampir 2 tahun ni,mmg dah boleh relate kan problem kat dr sndr mmg bpunca dr PCOS..tp me jenis mild je..x byk pun simptom PCOS yg ada pd dr me..
 
Antara simptom PCOS:
 
1.Menstrual problem,
Yup,mmg itulah punca yg menyebabkan me tahu me ada PCOS..sebab utama me g klinik masa awal2 2012 dlu adalah sbb Cik P tak muncul-muncul selama 2 bulan..stress mak!! G klinik,doc wat TVS..tgk2 kat ovari ade gugusan anggur ovum yg tak matang..so sah PCOS!! Nangis makkk!! My period mmg dr dlu lg tak regular..cycle panjang, 35-40days...ada kala mencecah 60days T_T ... tapi ade je org yg mmg cycle panjang,anak dah berderet..rezeki memasing kan..
 
2.Hair loss on the scalp and hair growth on the face,chest, back,stomach,thumbs or toe (hirsutism)
Hair loss!! Yes,my big2 problem since school..me pernah cerita kat sini .. memula dlu mmg pelik la npe la rambut byk sgt gugur ni..tukar mcm2 shampoo pun sama je..then bila study about PCOS baru la tau, rupanya related..
Tapi Alhamdulillah hirsutism tu x jadi plak pd me..kulit muka ok je,x berbulu ;P
 
3.Acne and oily skin
Alhamdulillah acne tu takde, tp oily skin tu ada sket la..tak teruk sgt,masih under control :)
 
4.Upper body obesity
Pun takde, dr sekolah lagi mmg me selalu ditanya "kenapa kau kurus sgt ni" makan banyak mana pun kurus keding jugak..tp sejak kahwin ni ade naik cket la..xla keding je mcm dlu..hehe..
 
5.Not ovulating and repeat miscarriages
Not ovulating tu x pasti plak..tp menurut doc,punca cycle panjang tu sbb kita tak ovulate la..repeat miscarriages tak pernah lagi sbb mmg belum pernah pregnant,harap2 tak berlaku la bila dah pregnant nanti..amin..
 
6.Depression and mood swing
Depression tak pulak..tp mood swing tu iye..kronik sgt terutama masa baru-baru kawen dlu..asyik nak marah, nak merajuk, nak berangin...nasib baik la Encik Abah penyabar..skrg bile da tau punca, da bole control..masukkan dlm kepala ni semua salah PCOS,bukan salah sendiri n org lain..lebih byk bersabar n fikir rasional..so merajuk tu akan reda..lama-lama takde dah merajuk2 berangin2 ni..sesekali tu normal la kan >.<
 
7.Breathing problem (obstructive sleep apnea) 
Atau berdengkur, atau org Johor panggil bersendor!! Haha..ok,me ni orgnye jenis sopan2 je..tp bile tdo sopannya tu terus hilang sbb berdengkur tak hingat..huhu..tak sangka plak masalah ni berkaitan PCOS..sebelum ni baca dengkuran sbb penat..tapi masih tak berapa faham kenapa PCOS bole sbbkan dengkuran, atau dengkuran yg sebabkan PCOS? nanti me study balik ye 
 
Sumber : sini
 

Thanks for reading ;)