Tuesday, February 13, 2007
Lebih 2 bulan abang zely duduk melepak kat umah.. dan hari ini dia harus terbang lagi.. terbang mencari rezeki untuk keluarganya.. bagi membesarkan aina dan arif, juga untuk kesenangan isteri(kak lah) tercinta... itulah kerja abg zely yang memerlukan pengorbannya dan keluarganya.. dia terpaksa mengorbankan masanya untuk bersama keluarga tercinta.. kak lah redha berkorban untuk berpisah sementara dengan suaminya.. aina yang mula memahami akan kerja abg zely seolah2 pasrah dalam terpaksa membiarkan ayahnyer pergi dan arif yang masih belum tahu erti perpisahan juga seolah2 memahami.. mie sendiri tak dapat bayangkan jika mie terpaksa berjauhan dengan suami beberapa bulan dan sanggup kah mie untuk berpisah dengan anak2.. erm, mungkin atas sebab2 itu mereka diberi rezeki yang cukup memuaskan.. kali nie abg zely pergi ABU DHABI lagi dan mungkin akan balik hujung bulan 5 nie.. mie sendiri tak tahu sangat ape kerja abang zely nie sebenarnya.. tapi, apa yang mie tahu dia kerja under SAPURA..
Tiap kali abg zely balik dari offshore, mesti bawak balik banyak souvenir.. berkotak2. diantara sourvenir yang selalu dia bawak balik ialah baju, cekelat dan mainan untuk aina n arif.. macam sebelum2 nie dia pernah bawak balik 3 kotak mainan.. giler banyak! sampaikan umah nie dah macam kedai jual mainan dah.. ada separuh dari mainan2 tu dah bawak balik kampung sebab kat sini dah takde ruang nak simpan mainan.. ada sekali tu dia bawak balik sekotak cekelat.. hah, yang tu memang stok untuk menggemukkan badan rasanya.. huhu manalah kak lah tu tak naik badannyer.. dah hubby dia sendiri seolah2 menggalakkan. hahaha agaknya badan mie dah berisi sket nie gara2 makan cekelat jugak la kot. ihiks! tapi, masa kitaorang pegi Langkawi aritu lagi banyak cekelat yang kami borong.. mie paling suka cekelat KASIS yang ada kacang tu.. cedap ooo...
Pepun, mie doakan semoga Allah memberi pelindungan kepada Abg Zely semasa ia di negara orang. semoga allah mempermudahkan perjalanan hidupnya.. tadi kak lah ngan aina hantar abg zely naik ERL ke KLIA.. kak lah cerita sepanjang perjalanan aina cakap "kakak dah besar.. kakak takkan nangis kalau ayah nak pegi kerja..." mie betul2 kagum dengan aina.. walaupun baru berumur 4 tahun tapi pemikirannya cukup matang dan memahami.. semoga dia membesar sebagai budak yang bijak.. ameenn.
Psstt : arif dah pandai sebut "AYAH".. lepas nie mie kena ajar dia sebut "MAKCUMIE" pulak...
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:14 PM |
0 KomeNs
« back home
Post a Comment