Saturday, January 04, 2014

2014

Happy new year 2014!!!
Masuk thn ni, Iman naik tahun 4, Afiq Khair tahun 1 dan Asha Zahra 5 tahun. Mama dan abah? Errrr dah nak menghampiri hujung 30-an!!

27Dec lalu, hari orientasi tahun 1 utk Afiq Khair. Semua nya ok. Dia pun excited. Hari2 sebelum tu asyik la bertanya bila Afiq nak sek. Kwn sama taska nya; Hasya..kwn tadika nye; Wafiy dan Iman pun sama kelas.

2Jan, bermula sesi persekolahan yg sebenar. Dari mlm sebelum tu Afiq Khair demam. Panas sgt! Pagi 2Jan pun masih demam. Kasi ubat demam. Bila ajak mandi dan bersiap, dia merengek taknak sek. Aduh. Dah bermula drama. Bergelut lah kami siapkan dia. Hampir 7:30 am baru gerak dari umah. Sampai sek dah tentu lewat.

Turun dari kereta dgn Iman. Afiq Khair ok aje. Kitorg tinggalkan diorg kat dpn gate sek. Minta Iman bwk Afiq Khair masuk sek dulu. Aku dan ABANG pegi parking kereta. Lepas tu baru masuk sek. Ada assembly..dgr ananat dari guru besar dan guru bertugas.

Selesai ucapan, murid2 berbaris masuk kelas. Time tu Afiq Khair meluru kpd ABANG. Nangis2 nak ikut ABANG. Cikgu pegang Afiq Khair, sementara kami beredar keluar dr sek utk hntr Asha Zahra ke tadika pula.

Alhamdulillah Asha Zahra ok.

Selesai urusan tadika, kami ke sek Iman dan Afiq Khair semula utk urusan di kedai buku. Barisan pjg! Oh oh...hingga anak2 tahun 1 keluar rehat, kami masih berbaris. Udah la ngadap kelas tahun 1...dah tentu Afiq Khair nmpk kami. Dia dtg ke arah kami. Terpaksa ABANG temankan dia di kantin.

Lps rehat, dah tentu taknak masuk kelas. Terpaksa ABANG bwk dia ke kelas dan meraung lagi sbb kena tinggal! Uh uh Afiq Khair yg selalu mcm hero. Mama x sangka dia akan nangis teruk...

Ptg dihantar ke sek KAFA....alhamdulillah ok. Duduk sebelah dgn Darwish....anak pengasuh taska nya.

3Jan...hari kedua persekolahan. Afiq Khair taknak turun dari kereta. Terpaksa ABANG tarik dia hingga ke dataran perhimpunan sek. Kemudian cikgu dan Abang Imannye menemankan dia hingga masuk kelas. Tak pasal2 cikgu kasi seringgit masuk poket Afiq Khair demi nak pujuk dia. Tapi x mkn saman punya org!!! Diam2 Iman keluar dr kelas, Afiq Khair nangis lg...huhu...

Iman kata, time tu Iman pun meleleh air mata sbb kesian dkt Afiq Khair. Alahai Afiq Khair!

Cepat la baik. Dia kata, dia x suka sek pagi...dia malu sbb ramai org. Sek ptg dia suka...lagi2 duduk sebelah Darwish...

Ya Allah...permudahkn lah urusan kami. Mama yg terlebih emo...terlebih risau...terlebih sedih!!

Labels: , ,

Sunday, March 04, 2012

Ke Jepun

Anak2ku mmg bersemangat nak ke jepun. Lagi2 lps buat lawatan x rasmi ke AAJ hari tu. Ingatnye, seringgit 2ringgit je ke nak fly ke jepun? ABANG kata, kena belajar pandai2 baru boleh pegi Jepun. Kalo utk jalan2 je, mana cukup duit nak ke sana...

Semalam, lps hantar Iman ke kelas taekwondo, on the way balik rumah dgn Afiq Khair dan Asha Zahra, aku singgah kedai utk beli newspaper. Lps tu singgah kfc utk tapau kfc breakfast set. Afiq Khair pun mula la berkata kata...
Afia Khair: knp la mama nak pegi kedai byk2 kali. Nanti duit habis mcm mana? Kan kita kena simpan duit byk2 supaya boleh pegi Jepun....

Ptg td pulak. Aku bikin muffin cheeze utk minum ptg. Tp muffin mcm bantat je. Harapkan rasa je yg sedap. Anak2 kata, "sedap sangaaat!"
Iman: sedap sgt ni mama. Mama boleh bukak kedai kek dan roti. Nanti boleh tambahkan duit simpanan... Pastu boleh la kita pegi Jepun.

Errrrr....anak2 ku skrg takde lain. Simpan duit je, kata nye demi nak ke Jepun. Hamboi...

Labels: , , ,

Saturday, March 03, 2012

Lama

Dah sebulan, eh.?2 bln gak eh x terupdate entry. Anyway, aku sihat. Anak2 pun sihat. Cuma, my parents la... Last week demam teruk. Mak abah ku.. Kesian diorg. Tu yg last sunday, pagi tu aku sekeluarga balik gak kg. Risau dan rindu yg amat kat mak abah. Dpt jenguk n tatap muka diorg, lega lah hati. Semlm tepon kg, dgr suara mak pun masih sengau2 demam lg. Abah pun masih batuk2. Ya Allah, kurniakan lah kesihatan yg cemerlang buat mak abah ku, mak abah mertua ku...adik beradik kami semua, anak2 dan keluarga ku, org di sekeliling ku serta seluruh manusia, muslimin muslimat semua. Amin!
Hr ni, ABANG p english course kat UIA.
Iman pulak, replacement school.
Yg tinggal kat umah, aku dgn Afiq Khair n Asha Zahra je la... Jap lg tgh hr bak kena p amik Iman kat sekolah...
Oh ye, hr ni for the 1st time, aku mencuba hidangan breakfast kfc. Cheezy egg bun dgn kopi. Sedap sgt!!! Rm4 x termasuk tax hokey!!!

Labels: , , , , ,

Sunday, December 18, 2011

Setelah seminggu cuti...

alamak. Esok aku dah nak masuk keje semula lepas seminggu bercuti. Saja aku amik cuti, kononnye nak abiskan annual leave. Syok cuti ...hehe. Sempat balik kg, p kenduri kendara, layan anak2, settlekan urusan2 di bank n post office, dating dgn ABANG, bwk anak2 p zoo, survey tadika baru utk Afiq Khair, etc.

Sebut psl tadika baru ni, mmg bercadang nak pindahkn Afiq Khair ke sekolah lain. Next year, dia masuk 5 thn. Hari tu dah p jenguk2 Genius Aulad Putra Heights. Kebetulan jumpa Teacher Dila, guru kelas Iman thn lepas. Syok gak masa tu. Iman lak yg beria pujuk Afiq Khair utk bersekolah kat situ. Tapi Afiq Khair mmg taknak.

Jumaat baru2 ni, aku n ABANG mmg sama2 cuti. So, amik peluang tu bwk anak2 p jenguk tadika Dzul Iman Putra Heights Sec 9 lak. Afiq Khair ok pulak. Dia kalo tanak tu, dari awal, blom pegi pun lagi dia dah beria kata "taknak! Taknak!"...this time, ok pulak. Dia sendiri yg kata, nak sekolah Dzul Iman. So, hari ni sempena ada Open Day Dzul Iman...we all pun sekeluarga p sekali lagi jenguk tadika tu. Jumpa guru2 dan founder nye; ustazah Badariah...or kak Bada. Ada taklimat pasal tadika, etc. Byk kali tanye Afiq Khair, best tak Dzul Iman? Dia kata "best!". Then, betul ke ni nak sekolah Dzul Iman? Dia jwb, "iye... Betullah Afiq nak sekolah Dzul Iman!". So, tadi we all dah slmt register utk Afiq Khair di tadika Dzul Iman tu. Afiq Khair pun mcm happy je kat situ. Harapnye dia ok aje nnti bersekolah kat situ. Mama n abah pun mmg dah tertarik dgn pendekatan yg ditunjukkan oleh tadika tu. Guru2 pun nampak ok. InsyaAllah. Afiq Khair...ganbare ne.

Labels: , , ,

Sunday, August 21, 2011

21 Ramadhan

Diam x diam...ramadhan hampir ke p'hujungnye. Aku pun dah lama x update blog ni. Thn ni giliran kami sambut pagi raya pertama di kg Abang.. Dgn tema baju kaler turqoise. Baju raya dah siap beli. T- shirt lain utk tambahan kpd bj ry, x perlu beli sbb baju yg elok2 masih ada. Lg pun baru je terima sorg 2 helai baju dari nihon. Mcm selalu, setiap awal thn dan masuk summer di nihon, mesti sahabat ku aka family angkat di nihon sana akan mengirimkan pelbagai brg termasuk baju2 utk anak2ku. Alhamdulillah... Kpd semua, slmt hari raya. Maaf zahir batin.

Labels: ,

Wednesday, July 13, 2011

lama nye

Lama nye aku x sempat nak update 'umah' aku ni. Sejak masuk kejebaru 23 mei lalu.. Mmg x berpeluang utk aku layan blog. Blog mmg langsung x bleh bukak kat opis tu. Lunch hour yg sejam tu saja blej tgk facebook n yahoo mail. Anyway, hr ni usia aku naik satu thn lagi. X mcm thn2 lalu...aku amik coti sempena bday aku. Thn ni, bday abang, bday aku, anniv kami..semua aku x amik cuti. Takpe le. Lain sket sambut bday kat opis ni. Keje kali ni, ramai staffnye kat opis tu. Bila sorg wish bday tadi... Dah la sengaja dia jerit kuat2 'otanjoubi omedetou'...maka the whole opis toleh kat aku. Semua mai jerit happy bday...omedetou..blablabla. Yg terharu, jepun2 tu semua serbu kat meja dok wish bday. Owh...meriah. Cukup buat aku happy. Keje berlambak pun, kepala still x pening mcm slalu. Alhamdulillah. Terima kasih mak, abah krn melahirkn aku. Syukran sahabat, adik2, family dan semua yg wish bday aku. Muahhhhh!

Labels:

Thursday, May 19, 2011

Esok je lagi

ye lah. esok je lagi aku mai keje sampai kat ESG ni. esok je la lagi aku mai opis ni sebagai staff. kalau boleh, lepas2 ni...dah takmau ada apa2 connection with this company. boleh gituk?

anyway, terhutang budi gak le dgn my kawaii (cute) boss yg macam doremon ni. he is really nice and cool boss. tapi, aku lebih suka dgn boss yg garang dan tegas masa kat FSAP dulu. mr m*n*w*. garang tapi sgt2 aku sayang dan ingati sampai bila2.

next week...bermula 1 penghijrahan lagi dlm hidup aku. kerja baru, boss baru, kawan2 baru (tapi ada gak le akan jumpa kawan2 lama/ junior2 lama aku nanti)...apa2 pun, serba baru le! doakan le yg terbaik buat aku. moga semua nye akan baik2 aje...takde yg tak baik melainkan serba baik sahaja!! insya ALLAH!

doki doki shiteru ne!!

ps: tadi p lunch kat ss15 dgn k.isma dan ami-chan!! hisashiburi ni... kebetulan ami-chan email aku hari ni. so, aku bg tau le dia yg aku last day esok je kat ESG. tu yg dia ajak p lunch kat ss15. TQ k.isma...belanja mkn lunch hari ni. our favourite place..noodle station le... :-)

Labels: ,

Monday, May 16, 2011

Bentou



ini entry sepatutnye aku post on last Friday, 13/5/2011. tapi blogspot problem...kan. so, entry yg tertunda le nih.








ABANG ada redeem kad Bonus Link dia. redeem point, utk dptkan 2 set Ben10 Lunch Box Set. satu utk Iman dan satu utk Afiq Khair. bila set tu dah sampai kat opis ABANG, aku sibuk kata...kang Asha Zahra pun berebut nak jugak. kang bising, masing2 gaduh berebut rebut. walhal Asha Zahra tu just sibuk "nak! nak!" masa baru2 dia nampak benda tu je. kang lelama dia lupa, bosan dan dah tak peduli pun. yg abang2 nye mana mau mengalah. sure takmo kasi adik comel tu nak pegang2 kejap je pun.







so, aku utk pertama kali nye..berjalan kaki masa lunch time, dari opis kat ESG tu...menuju Carrefour. owh...tak la jauh sgt. selama ni aku malas nak pegi sampai Carrefour sana, sbb tgh hari panas2 gitu...terasa macam jauuuuuuuuuuuuuuuuuuh je Carrefour tu dari ESG. member2

opis selalu kata pegi lunch kat food court Carrefour tuh!






anyway, tujuan ke Carrefour sbb nak beli Lunch Box set utk Asha Zahra saja. so, dpt le setnye..








dgn itu...cukup le sorang satu lunch box set. untung nye Asha Zahra...tak sekolah lagi dah dpt habuan macam org yg bersekolah ye..? ok la. janji tak gaduh2..mama/abah tak pening..ok la tu.







the next morning, Afiq Khair bangun pagi je, sibuk nak bawak bentou (bekal) nasi lemak. tu mesti mau "merasmikan" bekas Ben10 dia tuh. owh....mama nasi pun tak masak pagi tu. nasi lemak apa tah lagi...kan? maka nye, berkejar le tapau nasi lemak kat gerai dlm putra heights tu. minta acik tu isi je nasi lemak tu boh dlm bekas Ben10 Afiq Khair. huh!







sejak tu, hari2 Iman dan Afiq Khair mau tapau nasi lemak...boh dlm bekas Ben10 dan bawak bentou p sekolah. mmm...tunggu dan lihat. sampai bila akan bertahan diorg ni sibuk2 nak bawak bentou nasi lemak ni. aku kata nak isikan dgn roti aje le...Afiq Khair taknak. nak nasi jugak! doii..





layankan aje le.... sekadar bentou, kan...... tapi, kena la keluar awal2 sket.

Labels: , , , , , ,

Tuesday, May 10, 2011

Restoran Murni Discovery, Taipan





Ahad baru2 ni... 8 mei 2011.
mungkin secara kebetulan...
ada my parents in law dtg sini dari kg sbb nak p kenduri kat felda bukit cherakah.
ahad tu pun, org dok sibuk kata Hari Ibu.
so, mlm tu...berkumpul le adik beradik ABANG yg bujang2 dan yg mana dok dekat2 Subang Jaya (aku sekeluarga le, dan juga KakYu).
We all p makan2. kali ni pilihan kami, makan2 kat Restoran Murni Discovery. sgt syok.
menu pun, nama comel2, kiut2 gituk. byk pilihan makanan dan minuman.
ada yg sedap...ada yg so-so...ada gak yg terkena tak sedap!

aku amik air "poison". RM5 ke..RM6 ntah. lopa dah. gelas tinggi!
kalo tak silap isi rasa nye ada timun, daun pudina, mango, peach/passion fruit ntah...
memacam kombinasi buah2 dan rasa. ok gak la. sedap. tapi maniiiiiiis bagi aku!

makan, aku amik "megi goreng special". RM4.
sedap!! pedas sket le. tapi Afiq Khair dan Asha Zahra pulun je mkn. ok la tu kut bagi kanak2.
sbb nama nye "special"...maka ada le telur goreng mata bolat seketul.

masing2 amik menu yg berlainan. so that, buleh tukar2 merasa. spaghety dia ok gak le.
Iman amik spaghety bolognese chicken chop. air nye..."I Kiss U" nama air tu.
kombinasi ribena, laici buah...dan apa ntah lagi. ok gak rasa nye. gelas besor!

aku suka "Ribena Special". air pilihan adik ABANG...Pana. sedap!
ada satu minuman tu...nama nye "Milo Dinosour"!!!! Iman kata, ntah ntah ada
muka dinosour kat atas cawan air milo tuh!

kalo ais kosong..."I Hate U".

overall...mmg ok le sekali sekala p mkn situ. harga pun OK kut.
restorannye sentiasa FULL dgn
manusia. yg kat Taipan tu, letaknye bersetentang dgn Restoran Jepun "SUMO".

alhamdulillah...tenkiu ABANG, KakYu, Imah, Peah...sbb share-share belanja makan.

Labels: , , , , , , , ,

Friday, May 06, 2011

Hospital Serdang





Menu nye boleh tahan juga. sedap dan mengenyangkan. cukup utk anak dan penjaga mkn. ni menu ABANG dan Afiq Khair, 1st night at hospital.







Muka Afiq Khair, ptg Khamis, 14 April 2011.







Kaki Afiq Khair pada Khamis, 14 April 2011.









Mlm pertama tido spital. tgh lalok dan tak larat ni. demam teruk!













Tgh hari Sabtu, 16 April 2011. Mama dan Abang Iman dtg melawat. Afiq Khair tgh lena tidur.








The last day. Selasa, 19 April 2011. Afiq Khair dah mau main2 kat playground dlm ward.







Yeayy!! dah siap packing, kat dpn spital nak balik rumah.








Pakej 6 hari 5 mlm.

Gara-gara Afiq Khair yg demam panas lepas balik dari berlibur dgn family-in-law kat PD.
kalo demam aje.ok lagi. ni, siap naik bintat2 merah di tapak kaki, tapak tgn, telinga, dlm mulut. memula ingatkan penyakit HFMD..

tapi, lepas sehari demam, makin merebak lak bintat2 merah tu ke kaki, tangan, muka dan badan. kesian...

bila 2nd time bawak Afiq Khair jumpa doktor lagi, mmg bintat2 merah tu dah byk.
doktor suruh aje dibawak ke spital. ABANG bawak ke spital Serdang. nak jumpa doktor saja..kena nunggu hampir 4 jam. Afiq Khair yg masa pegi tu dah tak panas badan...jadik demam semula. mmg betul2 mencabar.

bila jumpa doktor, doktor arahkan supaya amik darah. utk test. result dlm 2,3 jam lepas tu. dohh..menunggu le lagi ABANG dan Afiq Khair kat spital. keputusannye, darah OK. bukan denggi atau apa2 yg bahaya. mungkin ada jangkitan kuman gituk...yg menyebabkan bintat2 merah naik tu.

doktor suruh Afiq Khair masuk ward. kandungan air dlm badan sgt kurang. tu yg nak kena stay kat spital. so, bermula lah "pakej istimewa" buat ABANG dan Afiq Khair di Hospital Serdang...14 april 2011 sampai 19 april 2011. 6 hari 5 malam. macam2 yg ABANG harus tangani kerenah Afiq Khair. nangis mmg tak henti2 bila dia celik mata. "nak balik!"..."nak mama".... tu yg diulang ulang. nangis siap guling2 kat lantai...siap lari pegi pintu sbb nak lari keluar, balik umah. ABANG terpaksa le pujuk2...berdukong aje le si baby besar kami tu. tidur pun dlm dukongan ABANG. bila dah lena baru le ABANG baringkan kat katil. Hari2 nak kena cucuk kat kaki atau tangan, utk masukkan air, masukkan ubat. tu yg tak tahan. mmg nangis tak hengat le Afiq Khair. mkn, minum pun takmo. dipujuk pujuk pun tak mkn saman. susu pun takmo. kalo mau pun, mkn sikit, minum sikit2 je la. doii...macam mana nak baik sayang oi.

tension gak ABANG kat spital tu. sampai satu mlm, ABANG sakit kepala. minta tolong nurse check tekanan darah, rerupa nye tekanan darah dah naik!!! Kesian ABANG.

Afiq Khair mmg tak brp mau mkn, minum. dia mau balik umah saja! emosi dia dah tak keruan. ABANG merayu kat doktor supaya kasi aje balik umah. tapi doktor tak kasi juga. tu yg ABANG tension..

19 april tu, selasa...ABANG mintak aku jaga Afiq Khair kat spital pulak. ABANG masuk keje..kononnya nak handover keje kat staff dia...sbb dia akan amik coti lagi beberapa hari utk jaga Afiq Khair kat spital. ikut kata doktor masa hari Isnin tu, seminggu lagi kena stay. doiiiii...

hari selasa tu, aku kat spital.. alhamdulillah Afiq Khair ok je. badan dah tak panas. bintat2 merah dah makin pudar. dia mau mkn, mau minum. mau bercakap. mau buat "kerja" sendiri kat buku mewarna dia tu. alhamdulillah. bila doktor dtg check tgh hari tu, alhamdulillah doktor pakar kata Afiq Khair dah boleh discharge ptg tu. bagai nak melonjak aku. ehehhe...itu yg kami tunggu2.

sempat borak2 dgn ibu2 yg jaga anak2 sakit kat ward kanak2 tu. masing2 kata, ABANG penyabar sungguh. Afiq Khair yg kuat nangis tu, ABANG layan aje kerenah nye dgn tenang dan sabar. kadang2 je nampak muka tegang bila Afiq Khair nangis tak henti bila dipujuk. nurse dan doktor2 pun masing2 cakap macam tu. masing2 puji ABANG. alhamdulillah! aku tumpang syok la pulak. sengeh senyum kambing dlm hati!

terima kasih ABANG atas kesabaran ABANG jaga dan layan kerenah Afiq Khair yg manja tu. . ikut kata ABANG, ada suatu ptg tu Afiq Khair nangis2 tak henti. ABANG bacakan surah Toha
dan tiup2 kat Afiq Khair. alhamdulillah sejak tu Afiq Khair dah kurang mengamuk. kurang nangis.

**dpt petua dari Ustaz Zamri Mari Mengaji:-
amalkan baca surah al-Insyirah (alam nashroh...) sejak baby baru lahir dan surah Toha ayat 1-5. supaya anak2 mendengar kata, lembut hati gituk. insyaALLAH ada kesan yg baiknye.

ptg 19 april tu, ABANG terus ke spital dari opis. nak angkut brg2 dan Afiq Khair balik umah. yeayyyyy!! lega bila dpt balik umah, dpt berkumpul sekeluarga di bwh satu bumbung. kami rindukan suasana itu. Iman dan aku siap nangis2 bila kami berdoa lps solat bersama-sama semoga diberikan kesihatan yg cemerlang buat Afiq Khair dan semua, masa ketiadaan ABANG
dan Afiq Khair kat rumah selama 6 hari 5 mlm tu.

alhamdulillah! Afiq Khair dah sihat. kulit pun makin bersih dari kesan bintat2 merah tu. mkn pun berselera sungguh. semalam p follow up checkup kat spital, berat sudah 12.4kg. lepas demam dan kuar spital, berat badan dah bertambah 1.4kg!!!!!! bagus lah Afiq Khair. ehhehe..

semoga anak2 mama dan abah semua nye membesar dgn sihat, ceria, cemerlang dan beramal soleh selalu!!! amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin!!!!!!!!!!!

we all sekeluarga sgt puas hati dgn layanan nurse, doktor dan semua staff di ward 5A, ward kanak2 spital serdang. semua baik2 belaka. manis muka. overall memuaskan lah. cuma nye....kalo dah warded tu, mmg payohnye lah nak dpt keizinan utk discharge dari doktor pakar. selagi ubat tak abis, selagi antibiotik tak abis, selagi procedure tak settle...selagi tu le tak bleh kuar spital. doiiii.... Anyway, Terima Kasih hospital serdang dan all staffs there!!!

berkat Afiq Khair warded tu, kasih sayang antara kami sekeluarga makin erat. lebih2 lagi aku...rasa sgt menghargai suami dan anak2 serta mak abah dan ahli keluarga yg lain, yg ALLAH anugerahkan buatku. mereka semua sgt bernilai buatku.

aku setuju dgn ABANG...yg katanye,kami mmg patut bersyukur sbb Afiq Khair tak le sakit teruk macam anak2 org lain kat spital tu. tengok anak2 lain kat ward tu, diorg ada yg jauh lebih teruk dan kronik. ada yg dah biasa keluar masuk spital. muka diorg tenang aje...sabar juga melayan anak2 yg sakit. Insaf bila tengok diorg semua!!

maka nye, dari sekarang, aku dan ABANG juga harus lebih kuat dan tabah dlm melayan anak2. insyaALLAH!


ok, have a nice weekend semua!!! esok Iman ada sekolah ganti utk deepavali.











































Labels: , , , , , ,

Friday, April 29, 2011

Melaka Lagi

ada planning mau over night kat melaka.

aku sgt suka dgn melaka. pernah bersekolah kat melaka...selama 2 thn.
lepas tu, pernah kerja di melaka...tapi tak sampai pun setahun.
menyulam rindu, zaman bercinta dgn "pakwe" ku pun byk kenangan di melaka.
lepas berkahwin pun, "pakwe" ku yg dah jadik encik hubby tersayang sampai
sekrg, masih bekerja di melaka. aku yg masa tu dah pindah dan kerja
di shah alam, hampir setiap weekend akan balik ke melaka.
maka....byk kenangan sgt le kat melaka ni.

sekali pun aku dan encik hubby tersayang dah pindah dan masing2
kerja kat sekitar lembah klang, kami sgt seronok kalo dpt peluang
ke melaka. lebih2 lagi kalo ada jemputan utk hadiri kenduri
kat sekitar melaka... selalunye, kami akan tidur kat melaka.
cari hotel, apartment, resort utk penginapan kami satu mlm kat sana.
sambil tu, boleh ronda2 sambil imbau kenangan lama kat melaka tu.
menjamu selera tu dah tentu la...

so, next...dlm bln 5 ada jemputan kenduri kat Johol, negeri sembilan.
kami bercadang nak tidur 1 malam kat melaka. yeayyyy!!!

tak sabar. anyway, sebelum tu...aku harap moga kami sekeluarga
sentiasa sihat dan ceria. boleh pegi jalan2, makan2 dan ronda2
dgn senang hati. insyaALLAH!

selamat berhujung minggu dan selamat Hari Pekerja.
esok nak balik kg. yeayyyyyy lagi!

Labels: , , ,

Thursday, April 28, 2011

Seorang ibu/ isteri/ perempuan...

pagi ini. sempat menjenguk blog seorg kawan..
terharu dgn isi kandungan entry yg ini.

Labels: , ,

Wednesday, April 27, 2011

Surat

Bukan kisah surat cinta.
Bukan juga surat berantai.

tapi, surat letak jawatan dari seorg pekerja kpd seorg boss yg sgt baik hati, cool dan comel macam doraemon!

sejak dpt offer new job, DIA jadi tak tenteram. kalo lah new offer tu sgt bagus benefit dan RM RM RM nye, mesti lah tak byk pikir. DIA mesti terima aje terus. ehhehe.. (DIA yg agak mata duitan masa itu). tapi, new offer tak begitu memberangsangkan. anyway, DIA pikir secara positive. boleh timba ilmu, pengalaman dan suasana yg baru. huhuhu...

DIA terpaksa lepaskan segala "nice thing" during bekerja dgn kaisha yg ada ni. boss comel yg cool selalu, office hour yg agak flexible, boleh bawak anak ke opis kalo terpaksa (tapi DIA tak pernah buat)...and everything yg nice lah. semua nye demi shourai (masa depan).

macam nak gugur jantung, masa DIA nak email-kan resignation letter tu. after sent, semua jadi senyap sepi. no joke anymore dgn Ms Lady gaga (boss's wife). walhal lady gaga tu, selama ni seorg yg ceria dan kuat buat joke. menceriakan suasana gituk. huhu... DIA rasa macam seorg pesalah. rasa bersalah...mungkin kerana terhutang budi dgn boss and the company.

huhu...

DIA pasrah dgn keputusan yg dibuat. nak habiskan masa satu hari tu, sgt lah menyeksakan. macam dlm penjara pulok! that lady gaga dah tak layan macam biasa. DIA pun rasa macam nak cepat2 "pergi" dari kaisha ni.

tapi.........today, masuk hari ke3 after hantar resign letter, suasana kembali OK. lady gaga OK. boss pun OK. we can talk macam biasa. joke, share any story about the kids and everything. alhamdulillah. mungkin lady gaga dah dpt terima kenyataan yg DIA betul2 mau pergi.

suatu ketika pagi tadi, lady gaga ucapkan sesuatu yg amat mengharukan DIA.
lady gaga: you know..
DIA: tak tau!
lady gaga: hehhe... i dunno well about you. but, what i know, you are being such a nice person. you have a good character and you are patient.
DIA: ..................
DIA tak tau nak balas apa.
lady gaga: in future, kalo u nak dtg keje dgn kita lagi, dtg la. boss really convenience in working with you.
DIA: ...................

air mata bergenang di mata DIA. bagai nak menitik pun ada..
terharu!!

DIA rasa sedikit (sikit aje?!!!!) bersalah. selama ni, DIA tak begitu suka dgn lady gaga. lady gaga yg dirasakannye suka take advantage kat org lain... lady gaga yg suka arah itu, arah ini... suka persoalkan hal yg remeh temeh... suka tunjukkan kebenciannye kalo dia dah tak suka kat seseorg...

tu yg DIA macam tak caya la pulak. lady gaga buleh membuatkan org terharu jugak!

dgn surat perletakan jawatan yg satu itu, DIA dpt rasakan pelbagai perasaan.

ganbarou!

Labels: , ,

Thursday, April 21, 2011

Pilihan

In case,
Kita selalu doa, kalau lah "itu" adalah pilihan yg terbaik buat kita, buat family kita, buat agama kita, buat kehidupan kita pada masa kini dan masa akan dtg....kita mohon kpd ALLAH agar didekatkan, dimudahkan pilihan "itu" kpd kita...semoga ALLAH berikan pilihan "itu" kpd kita. dan jika sekiranye ada pilihan "lain" yg lebih baik buat kita, buat family kita, buat agama kita, buat kehidupan kita pada masa ini dan masa akan dtg, kita mohon kpd ALLAH moga dijauhkan pilihan "itu" drpd kita.. agar mudah utk kita buat pilihan.

dan tiba pada suatu ketika, pilihan "itu" dtg juga kpd kita. adakah itu adalah pilihan yg terbaik buat kita..? patut ke kita terus amik dan ikut saja pilihan "itu" tanpa ragu-ragu???

atau hanya sekadar ujian dari ALLAH...utk membuatkan kita lebih byk berfikir sama ada mahu teruskan dgn pilihan "itu" atau biarkan saja pilihan "itu" berlalu pergi?

mana satu? mahu teruskan dgn pilihan "itu"???

Labels: ,

Tuesday, April 12, 2011

Merajuk



ops...bukan le aku yg merajuk.




Afiq Khair dgn Asha Zahra, kuat gak merajuk nye. kalo tak puas hati ke, ada benda yg diorg mau tapi tak dpt, merajuk le diorg. sampai nangis2 gituk. doiii..pening melayan. mm..biasa la kan. anak2...camtu le. kena sabar je lah melayan.




ni, di suatu hujung minggu kat rumah. Afiq Khair tgh buat "keje". ala...hari tu baru beli buku latihan utk dia. so, tu tgh rajin le nak mengaler.. menulis...membaca segala nye. Asha Zahra lak, apa yg abang ada, semua dia nak. suka2 hati dia je amik "harta" abang dia... abang Afiq Khair ni mmg ciwek! tau nangis je lah... bila tgk abang dia nangis, Asha Zahra mai dtg tepuk2 bahu...sambil kata "dah...dah..". kononnye nak memujuk le tu. tapi, bila ada masa yg tak bagus tu, nampak abang dia nangis pun, dia buat tak peduli je. lagi dia ajukkan abang yg sdg nangis tu. huhu!





Mama: Afiq kenapa sayang...







Afiq Khair : Acha tu.....!!






Asha Zahra: nah..nah... (sambil pulangkan buku abang dia..)


Dedua pandang ke luar sliding door, sbb nampak abah balik dari mana ntah dgn Abang Iman..



Labels: , , , ,

Thursday, March 31, 2011

Ms S.wah

seminggu gak la aku tak update blog ni. macam2 yg berlaku. keje pun busy gak kat opis.



aku tgh agak DOWN.



huhu...my opis mate...yg selalu jadik teman berbual, bergossip, ber-msn (dok ngadap depan depan meja pun boleh ber-msn sesama kami), berkongsi suka duka, berkongsi kisah anak2 dan serba serbi cerita...dah tender resign letter semalam. short notice, esok dah last day. next week dia dah takde. huhuhuhu!!! nangis aku! terkejut sgt!




tapi, idak le aku nangis depan org. heheh...semalam, masa dia bagi tau yg dia resign (tu pun dia bg tau lalu msn..)...aku shock gitu2 je. tak rasa sedih lagi. selama ni pun, aku dah agak2 la yg dia akan pegi. mmg ayashiiiiiii (pelik) je tgk dia lately ni. mmm...bila drive keluar dari parking kereta ptg semalam, baru aku rasa sangat2 sedihnye... bangun pagi tadi pun rasa tak bermaya. otak dah beku rasa nye. huhu..



Ms. s.wah yg slim, yg kiut, yg baik hati, yg rajin membantu aku bila aku in trouble, yg sgt ringan tulang, yg caring, dan macam2 yg serba baik lah...akan pergi juga dari company ni. lepas 10 thn setia keje sini. selama ni aku ingat, dia akan keje terus kat sini until die... but, ternyata keadaan sekrg ..macam2 yg berlaku kat company dan org atasannye, yg jadi penyebab kpd ms.s.wah utk pegi.



tak leh lupa, masa aku mula2 keje sini dulu, kena print byk helai gak utk sales person in charge. color printing. siap paper jammed kat copier machine tu. ms. s.wah dgn sabar tolong aku betulkan machine tu. huhu...



2 thn lebih sket le...aku keje sama2 dia. aku senang sgt bekerja dgn dia. tak lokek ilmu. apa yg dia tahu, dia tunjuk ajar aku. apa aku tak paham, aku tak tahu, aku mesti tanya dia tanpa ragu tanpa malu... sbb aku tahu, dia akan ajar aku dgn manis muka...aku suka macam tu. senang berurusan dgn org macam dia.



aduih...boringnye kalo dia takde. dgn sapa la aku nak ngadu apa2 hal kalo kat opis ni nanti. dgn sapa la aku nak kongsi cerita Iman, Afiq Khair dan Asha Zahra nanti...selama ni mmg dgn ms. s.wah je geng aku kat opis ni. maklum le...kita dua org je pompuan kat opis. dia je la kan geng utk kepoh2...



nanti kat opis ni, takde dah dengar cerita pasal Jamaine (anak ms. s.wah yg chubby dan comel..) kanak2 ribena tu.... kisah "Big Baby" ms. s.wah and Big Baby dia punya mak tiri and family.. also, when i tension with perangai pakcik2 dlm opis ni, kat sapa la nak aku luahkan dgn kadar segera.. macam selama ni, kalo aku geram dgn sesapa antara pakcik2 tu, terus je aku "buzz" ms. s.wah dgn MSN.. hoho.. lepas perasaan gituk. sabo je la...




time lunch...kita sama2 ngadap bentou..dia dgn bentou dia...aku dgn bentou aku. ms.s.wah yg slalu bancuh air milo panas, minum oat utk jaga kolestrol dlm tubuh (org nye kecik tapi tahap kolestrol tinggi...), slalu mkn cornflakes cenggitu jek...macam makan jajan tuh! ehhehe... kalo aku, mkn coco krunch atau cornflakes, nak kena tuang susu segar tu dulu baru lalu nak mkn.




ms. s.wah, we will miss you. especially aku le....ntah bila boleh dpt kawan sekerja yg ngam macam ni. sampai mati akan aku kenang dia as my opis-mate yg sehati sejiwa...dan sangat2 best gituk!




aduhh...cam tak caya je. hari ni macam tak boleh nak pandang muka dia... tak boleh nak cakap2 dgn dia macam selalu. sbb, aku takut termenangis! teruk kan aku ni? sentimental sangat. alahai...!




apa2 pun, aku happy for her. pilihan dia utk pegi dari sini ni, adalah pilihan yg tepat. semoga my best friend ms. s.wah will be success and happy forever. selamat bekerja di tempat baru. selamat berkenalan dgn kwn2 baru, boss baru, opis baru dan serba serbi baru... mesti boleh ya! moga ada peluang utk kita org jumpa2 lagi lain kali nanti...




doii....syahdu la pulak.




aku? masih kat company ni. dah pun cuba2 cari "lobang" tempat lain. tapi, nampaknye belum laku lagi di pasaran. takpe, redha jek. ajal maut, rezqi...semua nye di tangan ALLAH. kita hanya berusaha, berusaha dan berusaha semampu yg boleh tanpa jemu dan putus asa...doa dan tawakkal pun kena konsisten. kalo jodoh ku dekat sini lagi panjang dan lagi baik buat agama ku, kehidupan ku, keluarga ku...maka aku kena terima lah hakikat nye... kan ALLAH itu Maha Kuasa, Maha Mengetahui. tunggu dan lihat je lah...kan?!!




walau apa pun, alhamdullillah aku punyai ABANG dan anak2 serta keluarga yg sentiasa bersama ku..sentiasa menyokong dan menyayangi ku. yg penting, aku harus kuat. ganbarou cikpuan Ume!!

Labels: , , ,

Tuesday, March 22, 2011

Dinos Alive

Dah tengok kat blog Izan, dan Turin pun ada bercerita yg diorg p Pusat Sains Negara bawak anak2 tengok dinasor. So, aku pun excited gak la...nak bawak anak2 ke sana. Iman mesti suka tengok dinasor.

Sempena weekend dan cuti sekolah juga la, Sabtu 19/3/2011 baru2 ni...lepas Iman abis training taekwondo, kitorg bersiap utk keluar ke Pusat Sains Negara. Kat area Bukit Kiara sana. we all pun tak tau jalan. aku dok harap kat ABANG je le. kesian ABANG dok pusing2 cari jalan ke sana. ehehe..












Last year, Iman dah pegi Pusat Sains Negara dgn rombongan sekolah tadika Genius Aulad dia masa tu. seronok sgt dia. tapi masa tu takde Dinasor...












Pagi Sabtu tu, sebelum bertolak, aku dah siap2 masak bekalan makanan. nasi putih, sardin dlm tin ditumis, telur dadar, ikan bilis/kacang tanah digoreng dan pack sekali cekodok tepung baki dari sarapan pagi tu.












dlm perjalanan, hujan. sampai sana alhamdulillah hujan dah takde. tanah basah aje le. dlm kol 12 sampai kat car park area. berpusing gak la nak park kereta. penuh! Iman excited sbb nampak dinasor. yuran masuk utk dewasa ialah RM10 dan kanak-kanak 4-12 tahun kena RM5 sempena ada festival Dinos Alive ni.












ni le pertama kali aku jejak kaki ke pusat sains negara. sama2 belajar memacam benda kat situ...dgn ABANG dan anak2. anak2 mmg seronok. byk benda baru yg diorg cuba. bila masuk kat area pameran Dinasor tu...Afiq Khair sibuk nak berdukong dgn ABANG. Afiq Khair dgn Asha Zahra nangis2 takut kat dinasor yg ala2 hidup tu. ekor dan kepala boleh bergerak. mulut pun boleh nganga sebesar besarnye. huhuhu.... tapi, lelama, ok la dah. mau la Afiq Khair bergelak tawa.. Iman pun ada masa nye, dia macam takut2 gak bila tengok pelbagai dinasor yg macam hidup tu. huhuhu...












paling syok bila anak2 layan pelbagai permainan kat kids zone...ala2 playground la gituk. macam2 jenis ada. semua diorg nak naik main. perut lapar...dah kol 4pm masih kat dlm tu. bekalan nasi yg dibawak, ada dlm kereta. alhamdulillah aku masukkan biskut2 ke dlm beg sandang yg dibawa masuk ke dlm pusat sains tu. boleh la kami sambil kunyah2 biskut utk alas perut. anak2 seronok layan main...tak hingat lapo. tapi, diorg berebut gak bila nampak biskut2 tu. hehhehe..












dekat kol 4 setgh ptg, we all keluar dari pusat sains negara. anak2 sibuk nak beli air minuman. kami beli choclate ice blended kat van yg ada jual air kat depan pusat sains tu. satu gelas share berlima. mahal wo! rm6.90 ke rm7.90 ntah...rege segelas air yg kami beli tu. ABANG yg belanja.










* Asha Zahra nunggu giliran dgn abang2 nye utk minum ice blended*

alhamdulillah anak2 enjoy. mama dan abah diorg pun seronok. jalan2 sambil nambah ilmu di samping bersuka ria dan habiskan masa bersama sekeluarga. puas hati. dah keluar dari Pusat Sains tu, Iman tanya kat ABANG, "esok kita pegi pusat sains lagi ke abah?"... hoho...seronok sgt la tu. siap nak dtg hari2 ke pusat sains...ye?












at last, bekal makanan yg aku siap pack tu...we all mkn kat rumah je. balik dari pusat sains negara, singgah giant kejap. lepas tu baru le balik umah...kol 6.30 ptg baru nak mkn LUNCH! hahaha...
Alhamdulillah. kita semua enjoy. thank you ABANG sbb approved my proposal utk ke pusat sains. thank you juga sbb drive kitorg ke sana... we love you ABANG!!! lain kali cuti sekolah kita p jalan2 lagi ye...tak pun beraktiviti / beriadah bersama sama lagi ye..

Labels: , , , , , , , , ,

Wednesday, March 16, 2011

Western la konon!

Isnin hari tu, aku tanya Iman dgn Afiq Khair...dinner nak mkn apa. Iman kata nak mi grg. Afiq Khair kata nak nasi lemak. aku kata...mlm tu kita mkn mi grg la. nasi lemak hari lain ok...Afiq Khair kata OK. tapi bila dah masak mi grg...Iman tak mkn beria pun. slow sgt mkn. sejam jugak nak abiskan sepinggan mi grg. itu pun tak sampai satu senduk aku cedok ke pinggan dia. geram betul rasa hati. Afiq Khair lagi la...tak mkn langsung. jamah separuh dari seketul fish ball aje. panas je hati. kita beria masak kentang kentung kentang kentung kat dapur. tapi org tanak mkn. tak sedap la kut mi grg mama tu eh? pedas ..kata ABANG. aduhh!





aku macam nak mogok dan nak "resign" je dari keje masak2 ni.





semalam..hari selasa. bila ptg, aku nak jugak masak utk dinner. tak jadi "resign" la pulak. dah nama nye mama dan wife...kan... mana buleh suka2 hati "resign" keje masak2 ni, kan? so, mlm tadi ini lah hasilnye. masak cincai boncai jek. simple banget. anak2 puji sedap sedap... masing2 berselera mkn. Asha Zahra pun mkn sampai licin nasi dlm bowl dia. We had a western dinner! ehehhe...



* ada sayur2 dan salad, daging burger, sosej daging, kentang/ carrot kukus, scramble egg, buah oren/ epal, nasi putih...mkn dgn mayonis, sos cili Thai-Life, black pepper sauce.


Iman dah abis mkn nasi, dia dok amik roti lak. pastu boh daging burger, boh mayo, boh sos cili.. mkn macam burger kata nye. happy aku tengok anak2 mkn berselera. tapi, mana boleh hari2 mkn macamtu. muak..dan tak elok utk kesihatan.



aduih..selera anak2 mmg tak dpt nak jangka. kalo beli dari luar pun, kekadang buat sakit hati aku jugak. bukan diorg nak mkn sgt. kalo hari ni, depa mau mkn nasi lemak dgn berselera.. esok lusa, lain kali kalo beli nasi lemak...mungkin depa langsung tanak mkn. susah wo nak memenangi selera mkn anak2 ni. hari2 nak kena pikir nak mkn apa utk dinner. itu kalo hari keje la. kalo hari coti lagi la...dari hal breakfast, lunch, dinner. kekadang...dlm kol 11 pagi tu dah ada yg lapo...cari makan, minum. kena ada makanan lebih sket dari breakfast tu supaya diorg boleh buat mkn/minum dlm kol 11...sementara tunggu lunch. kang petang2 dlm kol 5, kol 6 ptg...ada yg lapo jugak. kena buat minum ptg...ish ish...



makan..minum je keje nye kalo hari coti kat umah tu. ehhehe..kekadang sampai pening kepala aku nak pikir, nak sediakan makanan apa utk diorg. kang tgh rehat2, tetiba ada yg dtg.."mama, lapar ni. nak mkn apa eh?" aku mesti stress. rasa nye baru je mkn..baru je cuci pinggan mangkuk.. dah ada yg lapar semula. sabo je lah! kalo hari keje tu, ptg balik dari neseri...mesti depa lapar jugak. selalu nye sibuk cari mkn, cari minum bila sampai umah. walhal dah mkn/ minum ptg kat neseri. tapi, sampai umah senja2 tu...mesti mencarik jugak. kena sentiasa ada stock makanan kat umah! biskut, kerepek, jajan, roti, buah2...



emm...anak2 sdg dlm process pembesaran kan...layan kan aje le... kan mama sayang anak2..

Labels: , , , , , , ,

Tuesday, March 15, 2011

Makan Kenduri dan Jepun

Iman di majlis kenduri.




Foto pengantin di pelamin...hasil snap Iman.


Sabtu, 12/3/2011.


aku sekeluarga p hadiri jemputan kawin sepupu ABANG kat Sunway. umah WakNal dan WakSam. rerupa nye pagi tu diorg ada buat kenduri doa selamat aka cukur jambul 2 org cucu baru nye. kedua-dua nye cucu perempuan. satu, anak kpd Saiful dan satu lagi anak kpd Nana. comel sgt!




makanan kenduri pun sedap2 belaka. nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, sayur dalca, nanas masak apa ntah tapi sgt sedap. aku suka nanas tu.




Afiq Khair kena demam lagi. aduih...masa kat kenduri tu dia agak bad mood. so, layankan aje la .. atleast dia tidak menangis meraung raung!




ps: hati aku masih meruntun pilu bila baca status update pasal gempa bumi dan tsunami yg melanda Jepun pada Jumaat lalu (11/3/2011). alhamdulillah kwn2 yg aku rungsingkan..semua selamat kecuali Aini Zuraida. aku pun tak cuba menelefon dia. just mesej kat Facebook...tapi takde balasan dari Aini. check senarai nama Malaysian yg terselamat kat website kedutaan di Jepun, tapi tak jumpa pulak nama Aini sekeluarga. doa dan harapan ku moga Aini selamat!




melalui pembacaan aku, dlm keadaan kritikal lepas bencana alam yg dahsyat tu pun, org2 jepun masih boleh cool, sabar, dan still ada sikap prihatin antara satu sama lain. utk dptkan bantuan, utk buat bayaran kat kaunter bayaran di pasaraya atau kedai, diorg still sabar beratur. tak marah2, even bantuan dtg lambat. ptg jumaat lepas gempa dan tsunami, bekalan letrik terputus di bandar dan daerah yg terlibat (sendai, fukushima, miyagi, tokyo, aomori..etc)..tapi peniaga2 boleh beri bantuan percuma...dgn mengedarkan makanan, minuman, ubat-ubatan, pad pemanas (sbb cuaca sudah mula sejuk) kpd org ramai yg terpaksa berjln kaki pulang ke rumah. akibat bekalan letrik terputus, keretapi bwh tanah pun tak boleh berfungsi...maka ramai yg terpaksa jln kaki hampir separuh mlm utk sampai ke rumah, ada yg terpaksa tidur di station keretapi, ada yg tidur kat opis...dan jalanan.. stock makanan di kedai, pasaraya, sampai habis sbb masing2 terpaksa membeli makanan akibat tak dpt balik menikmati makanan di rumah. kesian nye!!!




bukannye kita hanya mesti kesian, berikan bantuan pada negara2 islam sahaja. tapi, kita harus ada rasa simpati, semangat ingin tahu dan sedia membantu kpd sesiapa saja. kafir atau Islam bukan lah persoalannye...tapi kerana kita sesama manusia! itu yg utama...




aku hiba bila baca pasal semua ini... lebih terharu bila org2 jepun yg bukan muslim itu...cara hidupnye adalah lebih muslim drpd org2 kita yg sememang nye lahir sebagai muslim ini. bayangkan kalo musibah macam ni terjadi kat malaysia. mau ke kita elok berbaris tanpa marah2 sambil tunggu bantuan? mau ke kita pikirkan hal org lain, sebelum kita pikir hal kita? mau kita kasi bantuan kat org lain, walhal diri sendiri pun dlm kesusahan..? sedangkan lori beras yg accident tergolek kat highway pun, org ramai berebut rebut nak amik beras itu tanpa izin.




aku benar2 insaf. insaf dan insaf. ya ALLAH, kuatkan semangat kami. kuatkan semangat mereka yg terkena bencana itu. aku mohon moga org2 malaysia, khasnye org muslim dan aku sendiri, diberikan sifat2 mulia, sabar, beriman, kuat semangat, prihatin antara satu sama lain...mohon moga kami menjadi manusia yg benar2 Engkau Redhai dan berkati lah kami ya ALLAH!




Jepun itu benar2 dekat di hati ku. 4 tahun pernah tinggal di sana...aku anggap Jepun seperti kg halaman ku juga. maka nye, kejadian bencana alam yg berlaku baru2 ini...sangat2 menyentuh hati sanubari ku. aku tahu, jepun pasti boleh...sifat2 yg ada pada setiap individu jepun itu sendiri lah yg pasti boleh membangunkan semula Jepun..

Labels: , , , , , , , , ,

Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun

tgh hari ni kita dikejutkan dgn berita...yg gempa bumi dan tsunami melanda Jepun..kat Tokyo area. boss ni pun org jepun...and most of us graduated from Japan...so, kami masing2 sibuk dgr news dan tgk berita through online. teruk gak kesan dari gempa bumi dan tsunami tu.

gempa berukuran 8.9 magnitude!!! ukuran tertinggi tsunami 7 meter! ker...ada yg lebih tinggi? huh! aku terus teringatkan kawan2 dan keluarga angkat kat Jepun sana. moga Shiho-chan, Momo-chan, Koh, Aini Zuraida, Natchan tachi, Furukawa sensei, K.Lela, semua staff fujiiseiko japan, Siha, K.Hanny, dan lain2 nye selamat sejahtera. amiiiiin!

Bala dan bahagia itu, kurniaan ALLAH..yg kita sendiri tak tahu bila akan kita tempuhi. kita hanya boleh merancang...usaha...doa...tawakkal. tapi ketentuannye, ALLAH saja yg tahu.

PS: bahagia kerana berkahwin tu, atleast mmg kita tau la dulu kot. dah plan, dah buat kad kawin, dah tau tarikhnye. if ALLAH perkenankan, maka...selamat lah kita kecapi kebahagiaan pada majlis kawin itu :-)

Labels: , , ,