Thursday, 2 December 2004

Raya, raya, Raya!



Syawal yang menjelma hampir sampai ke penghujungnya. Namun, perut aku masih kenyang dengan juadah di rumah2 terbuka dan jamuan2 raya. Hm… kalau kat UK dulu, suasana raya hanya sehari je. Ataupun hanya pada pagi raya, masa sembahyang raya. Pastu rasa cam hari2 biasa semula.

Berbeza dgn suasana di tanahair. Sebulan puasa, dua bulan raya. Yela... Masa first Ramadhan lagi dah keluar iklan kuih raya, baju raya, lagu raya, keselamatan jalan raya, dll... Tu masa bulan puasa....

Syawal pulak, waktu membuat jamuan raya dan rumah terbuka... sampai la habis sebulan. Tahun ni ditambah lebih meriah bila bulan Syawal jatuh pada masa cuti sekolah. Maka, bulan Syawal ni juga dipenuhi dengan kenduri2 kahwin. Ramai jugak kawan2 sebaya, adik2 junior, dan adik beradik atau kawan kepada kawan2 aku yang nak kawin bulan ni. Tahniah diucapkan pada semua !!!

Jemputan kahwin yang aku dapat banyak juga, rumah terbuka lagi... sampai taktau nak pergi mana. Tambahan pulak..aku skrg ni hanya menggunakan khidmat kaki je. Moto adik dah pakai. So, kena aa menumpang orang. Nasib baik kengkawan aku sumer baik2 belaka dan dah ada kenderaan. Dah jadi wanita Waja, wanita Wira, wanita Kembara…. Fuh… jeles gak aku. Isk..isk..

Malam tadi ada jamuan raya jabatan. Best gak aa... Masa aku dtg tu, tak pasal2 Dr. Razali suruh aku jadi MC. Ader ke patut ! (gaya Waheeda dlm iklan syampoo) Hehe...tak aa. Terkejut sungguh aku. Memang aku tolak aa. Kang tak pasal majlis nak seronok2 jadi majlis yg boring. Korang tau je la aku ni… mudah bagi org tido. Haha !

Kesimpulannya, best aa jamuan mlm tadi. Mmg tak silap pilih Dr. Jadi MC. Ceria dan meriah sekali! Aku tak tau kalau aku boleh buat sebaik dia. Hm…xpe.. Aku kena belajar lagi..

Kepada kengkawan aku yang dah walimah tu, aku ucapkan tahniah dan selamat menjalankan tanggungjawab yang baru sebagai suami/isteri.

Ha… bagi mereka yang belum abis poser 6… cepat2la... kalau nak ganjaran pahala puasa sethn. Kalau xnak... No sweat. Its your choice.

Monday, 29 November 2004

Abandoned

Dah lama tak tulis... Nak tahu kenapa?

Aku kini dah kembali ke tanah air. Kena lapor diri dulu dan tunggu interview untuk sambung belajar. Bila aku kat sini, memang susah sikit la nak online. Rumah xde internet, ni pun baru dapat kat bilik. Kalau tidak, aku cek email kat library je. Permohonan aku baru dibawa ke atas minggu lepas. Aku harap segalanya akan dipermudahkanNya. Amin...

Penantian... Suatu yang membosankan dan menyakitkan.
Apapun, tawakal ajela...
Hope I'll return back to continue my study.

Doakan aku ye kengkawan semua!

Wednesday, 6 October 2004

Bila langit mendung....

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empanganIni sikit sahaja senarai kebaikannya.
Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

p/s: dpt dr fwd email.

Wednesday, 8 September 2004

~*Selamat Hari Lahir*~

Masa berlalu begitu pantas sekali…
Tanpa aku sedari,
Telah tiba ke suatu detik,
Di mana seorang insan istimewa dilahirkan,
23 tahun yg lepas…

Aku mula mengenalinya dari sekolah rendah lagi,
Kami di sekolah yg sama,
Tapi, lebih akrab semasa di sekolah menengah,
Sekolah atas bukit yg byk beruk tu…

Aku masih ingat lagi..
Bersama-sama mengulangkaji pelajaran..
Tika PMR menjelang tiba..
Setiap hari stay back,
Belajar hingga lewat petang...
Dgn harapan mendapat keputusan cemerlang,
Agar sama2 dpt ke puncak jaya.

Namun,
Allah lebih berkuasa.
PerancanganNya Maha Hebat!
Kami berpisah sekolah..
Menuntut ilmu di aliran yg berbeza...

Dua thn berlalu,
Kami tiba ke Universiti,
Bertunggakkan falsafah universiti yg sama,
Kami belajar berdikari…
Yang berbeza cuma tempat.
Aku di selatan - dia di KL.

Walau kini kami masih lagi berjauhan,
Namun, ukhwah ini masih segar abadi,
Moga suatu hari nanti,
Kita akan berjumpa lagi,
Sahabatku.
InsyaAllah….

Dan dihari ini..
Aku ucapkan,
SELAMAT HARI LAHIR YG KE-23
Buat sahabatku yg teristimewa.
Moga hari2 yg mendatang akan lebih ceria
Dalam usaha kita mencari redha dan rahmat Illahi

Wassalam


Friday, 3 September 2004

Cosmeston Lake

Bangun2 je, basuh pinggan dan cucuk sate! Kami akan ke Cosmeston Lake tengahari nih. Pergi barbecueing.

MasyaAllah, actually, aku xde la plan apa pun sejurus saja aku abih course nih. Just thinking to have a time of my own and settles up for the study leave thing… Anyway, manusia merancang, Allah merancang… Dan perancangan Allah tu yg terbaik! Allah susun, aku akan bercuti sekejap, have fun utk dua tiga hari nih. Haha! Begitu indah perancangan Illahi…Selepas penat aku berduka dan having a very depressing time in writing my report.

Orang ajak, aku okay je. Aku selalu camni bila orang ajak. Sukar utk mengatakan tidak. Apa lagi utk sst yg begini. Doing outdoor activities and out in the nature... (Bukan naturism, ek!) AhakQs!

Banyaknyer swan a.k.a. angsa kat sini. Putih2 dan gebu2. Subhanallah… Aku amik beberapa foto. Tapi kali ni guna kamera orang lain. Kamera aku xde bateri. Lupa bawak charger. Aduss…aku mmg selalu mcmni! Tapi ok je… at least ada gak gambar aku! Dengan Swan lak tuh..

Kami tiba agak lewat. Kul 2 lebih camtuh… Cepat2 hidupkan api. Lama gak nak hidupkan api. Dan dgn berbekalkan 2 batang mancis je!!! Hebat, kan??!! Lepas hampir sejam, kami berjaya! Budak2 dah mula meragam... Bosan, agaknya. Tapi ok je. Kami pergi bawa ke playground dulu. Amik gambar lagi!

What a nice time we had that day. MasyaAllah... Hingga aku hampir lewat ke tempat kerja! Takpe..takpe...Don skrg dah baik ngan aku! Hehe...

Mlm tu aku balik ke bilik. Bagi Angela rasa jagung bakar yang kami petik semalam. Sukanyer dia!!!

Thursday, 2 September 2004

Fruit Picking...

Kami nak pergi petik buah hari nih. Kat kebun orang, tapi. Tak jauh dari Cardiff. Just 30 minit camtuh. Seronotnyer!!!

Sampai je kami kat sana, aku rasa cam best jer! Udara yg segar, persekitaran yg menghijau, amat tenteram sekali. Lepas pakcik omputih tuh bagi penerangan pasal kebun dia dan syarat2 ketika berada di sini, kami pun memulakan pengutipan buah.

Memula kami ke kebun epal. Wah… Semuanya tengah ranum. Tapi pokok epalnya bukan macam pokok yg aku selalu bayangkan… yang ada sebatang je batang yang besar. Mcm pokok rambutan. Rendah je…dan byk ranting2. Buahnya pula… merah! Macam epal dalam cerita snow white tuh. Bukan mcm epal royal Gala yg aku selalu beli kat pasar malam dulu. Hehe…

Pakcik kata aku ni seronok macam orang lepas SPM. Yela..dah abih MSc. kan??? Haha…enjoy aaa. Setelah bersakit2an, bertension2an (Huh! BM pun tunggang terbalik dah. Ayyark!!!). Erm…Sebenarnya masih byk perkara yg bermain di fikiran. Tapi buat masa ni, aku hanya mahu menikmati keindahan yg ada. Dan makan buah!

Puas aku amik gambar sekitar kebun. Cari angle yang sesuai..Maklumlah..Jurugambar professional... Hehe…Kami hanya dibenarkan makan sebiji buah je utk setiap jenis. Untuk rasa. Selebihnya, kami kena beli. Tak mahal.. 88 p sekilo. Ok la tuh.

Kemudian kami ke kebun plum. Plum di sini kecil2 belaka. Victoria plum namanya. Semuanya dah masak. Ada juga yg terlebih masak dan kecut di pokok. Erm... memang dah masak sangat. Aku cuba juga mencari yg keras sikit... Takde!

Akhir sekali kami ke kebun jagung. Dan sebelum balik aku ada gak jumpa pokok dan buah red currant, black currant dan wild berry. Aku petik wild berry tu. Sedap! (aku nih…pasal makan, semua sedap! Aper aa)

Gi keje dan pulang ke rumah makcik Faridah. Kami buat preparation utk masak sate pula. Aku kepenatan.

Wednesday, 1 September 2004

MerdeKA! meRDekA! MERDEKA!... Alhamdulillah

Petang tu aku dtg semula utk mendapat result keseluruhan.
Semua org menanti… Diorg nampak riang dan ok je.
Seorang demi seorang dipanggil. Dan bila keluar, teriakan kecil akan terdengar
“I passed!!!” Ah..seronoknya jika aku juga camtuh.
Giliran aku dipanggil...
Alhamdulillah, aku lulus!
Alhamdulillah…. (10x)
Suatu kesyukuran yg tidak dpt digambarkan.

Bila semua dah tau keputusan, dan overall, semua lulus…. Alhamdulillah.
Aku dgr diorg rancang nak pergi pub. Dalam hati hanya Allah je yg tau.

“Ah! Nasib aa… Korg pergi aa.. aku tak nak.”

Lepas aku kata aku xboleh pergi, lima dari yg lain cadang nak pergi Starbuck aje. Erm.. kalau Starbuck ok aa…

Ni first time aku ke Starbuck. Walaupun jaraknya hanya lima minit dari hostel aku. Mahal!!! Selalu tengok dari luar je. Nak masuk xberani.

Puas cari simbol debit card yg boleh digunakan. Takde langsung. So, kawan aku belanja aku hari tuh. “Yeay!” Dia juga tolong pilihkan airnya. "Double yeay!" Aku ikut je. Tak paham apa pun. Huhuu..


Offer Letter...

Aku tak terus pulang lepas tuh. Masih ada masa lagi utk jumpa supervisor aku. Aku risau akan offer letter yang masih belum diterima. Paula kata dia dah dapat lama dah. Aku jadi makin risau. Dia tak nak terima aku ke?

Dave kata aku sepatutnya dah dapat dah offer letter tuh. Hmm… musykil gak. Aku dah check kat pigeon hole dan rumah. Takde la pulak. Dave kata nnt dia check balik dgn pihak yg berkenaan. Kemudian aku cakap kat dia pasal progress report dan proposal.

Aku akan bertemu janji dgn dia esok! Kul 11.00 am.

Tuesday, 31 August 2004

Menanti Detik2 KeMERDEKAan

Bismillahirrahmanirrahimmm...

Hari ni aku viva.
It was alright. Memula tuh memang berdebar. Tak keruan. Rasanya kalah org yg nak kena pinang. AhakQs!
Bila melangkah masuk ke bilik 2.65 F, aku nampak muka kedua2 examiner aku tu cool jer.
Aku pun mula cool. Hilang sikit debaran di hati.

And so it goes...
Diorg tanya, aku jawab...
Aku jawab, diorg tanya....
Aku tanya, diorg lak jawab... Huh?!
Whateva...

Pada aku alhamdulillah. Not so bad. But I dunno what the result would be.
Petang ni...About 2.30 p.m. InsyaAllah...
Maka kini bermulalah aku menghitung detik2 keMERDEKAan aku dlm kos nih...
Dub dab... Dub dab....
Korang... Doakan aku ek!

Thursday, 19 August 2004

Am I Burning out???

Avoiding Burnout by Henry Neils

In some ways it was a typical breakfast meeting. The waitress was pleasant, the eggs were average, and the restaurant was full of busy people. We shared a cup of black, coffee-like substance, and the first few times my client took a sip he managed to spill quite a bit of it. His trembling hand was just one of the symptoms of his burnout. That’s why we were meeting. He wanted to know if I could help him.

I picked up a fork and explained that as long as I used it for eating, the fork would last indefinitely. However, if I began to use it to drive nails or dig trenches, it would soon break. The key was to use it for what it was designed to do. The look in his eyes told me he got it, but I still went on to say that people are like the fork. When they do what they are not designed to do, they eventually break.

Sure enough, I had him take his MAPP Assessment and it showed that he was designed to work on projects where there was a definitely goal. He derived immense satisfaction from reaching goals. He also needed to work by himself about half the time. He was a scientist and enjoyed lab time, doing calculations, and interpreting test results.

What his job required on a day-to-day basis was another story. His primary task was to supervise a dozen people and maintain operations. No goals. No projects. No time alone. Consequently, his job was sucking the life out of him. Much credit for his recovery goes to his boss who was willing to change the job content to fit the design of a valuable employee.

So how do you know if you, a loved one, or someone who reports to you is suffering from burnout? Here are the early-warning signs.

1. chronic fatigue - exhaustion, tiredness, a sense of being physically run down
2. anger at those making demands
3. self-criticism for putting up with the demands
4. cynicism, negativity, and irritability
5. a sense of being besieged
6. exploding easily at seemingly inconsequential things
7. frequent headaches and gastrointestinal disturbances
8. weight loss or gain
9. sleeplessness and depression
10. shortness of breath
11. suspiciousness
12. feelings of helplessness
13. increased degree of risk taking

Fight burnout. Do what you were designed to do. If you know someone who fits this description have him/her take a Career Assessment.

Henry Neils is President and Founder of Assessment.com, the leading online career assessment company focused on helping employees and employers work together for their mutual benefit. Millions of people have gained personal insight into their careers by using the tools, such as MAPP™ (Motivational Appraisal of Personal Potential), provided at Assessment.com.

p/s: I'm not sure if I am. But it feels like it.... Huhuhu...
Korang... jaga diri bebaik... jgn jadi cam aku nih :(

Wednesday, 18 August 2004

Wahai Hati, Tenanglah...

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Mas'ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata:

"Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwa ku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, aku tidak selera hendak makan,tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata:

"Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu, tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamudapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini .... sebab itukita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa iniyang mafhumnya:

"Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindungdengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Akuberlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

p/s: Dapat dr fwd email. Just wanna share with u guyz

Monday, 16 August 2004

Welcome The Month of Rejab

Diam tak diam, esok dah nak masuk bulan Rejab. Wah... antara 3 bulan yg penuh berkat. Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Masa kecik2 dulu ustazah ada ajar.. Rejab tu bulan Allah, Syaaban bulan Nabi kita, Muhammad S.A.W., dan Ramadhan adalah bulan utk semua umat Islam. Dlm ketiga2 bulan ni juga, kita disunatkan utk berpuasa (kecuali Ramadhan la... Tu mmg wajib!) Besar pahalanya...

Aku juga terima byk forwarded email pasal keistimewaan bulan2 ni. Cuma, ada di antaranya tak diketahi sumbernya. Sebab ianya adalah rekaan semata. Lebih senang disebut sebagai hadis palsu. Aku tak banyak tau pasal ni. Kene rujuk yg lebih pakar. Nampaknya, byk lagi yg aku kene belaja... Nanti kalau aku tau lebih lanjut, aku bgtau korang ek!

Dan.... tak lama lagi juga raya!!!
Aku harap kali ni aku akan beraya kat rumah... dah lama tak balik. Rindu yg teramat sgt. Huhuhu....

Ni ada sebahagian hadis tentang bulan Rejab yg aku copy dan paste dari internet. Tak sempat nak edit or jelaskan lebih lanjut. So, korang baca je lah ek!

Book 006, Number 2585:
'Uthman b. Hakim al-Ansari said: I asked Sa'id b. Jubair about fasting In Rajab, and we were then passing through the month of Rajab, whereupon he said: I heard Ibn 'Abbas (Allah be pleased with both of them) as saying: The Messenger of Allah (may peace be upon him) used to observe fast (so continuously) that we (were inclined) to say that he would not break (them) and did not observe them so conti- nuously) that we (were inclined to say) that he would not observe fast. (Sahih Muslim)

Book 024, Number 5149:
Abdullah. the freed slave of Asma' (the daughter of Abu Bakr). the maternal uncle of the son of 'Ata, reported: Asma' sent me to 'Abdullah b. 'Umar saying: The news has reached me that you prohibit the use of three things: the striped robe. saddle cloth made of red silk. and the fasting in the holy month of Rajab. 'Abdullah said to me: So far as what you say about fasting in the month of Rajab, how about one who observes continuous fasting? -and so far as what you say about the striped garment, I heard Umar b. Khatab say that he had heard from Allah's Messenger (may peace be upon him): He who wears silk garment has no share for him (in the Hereafter), and I am afraid it may not be that striped garment; and so far as the red saddle clotb is concerned that is the saddle cloth of Abdullah and it is red. I went back to Asma' and informed her. whereupon she said: Here is the cloak of Allah's Messenger (may peace be upon him). and she brought out to me that cloak made of Persian cloth with a hem of brocade, and its sleeves bordered with brocade and said: This wall Allah's Messenger's cloak with 'A'isha until she died, and when she died. I got possession of it. The Apostle of Allah (may peace be upon him) used to wear that, and we waslied it for the sick and sought cure thereby. (Sahih Muslim)

"Ahlan wa sahlan ya Rajab...."

Tuesday, 10 August 2004

A day in school...

MasyaAllah, sakitnya kepala aku hari ni. Datang school mcm dlm keadaan separuh sedar je. Tak boleh nak fokus sangat. Sedihnya bila nikmat Allah yg satu ni ditarik balik. Inilah modal yg Allah beri pada aku, selain anggota tubuh badan yg sihat. Inilah juga yg membezakan antara manusia dan haiwan. Peritnya rasa. Macam nak tercabut kepala. Tapi ada kalanya dia okay.

Aku jumpa supervisor tadi. Asked how was his holiday. And he replied that it was okay. He asked me back bout my health. I said it was okay. Cuma sometimes still gets the headache. I told him bout my writings... not working very well. He just asked me to hand in whatever I can.

Huh... nasib baik. Alhamdulillah.... Sebenarnya aku risau dia marah.

Dahla English aku tah apa2 tah.Then we discussed bout the bout the simulation we left out. We go through and and developed some programs to automate the whole process of simulations. Took about 2 and half hour. Tu aku dgn dia je. Kalau aku buat sensorang entah berapa lama la nak siap tuh. Aku ni jenis tak sabar. Kalau tak jadi je, aku mudah give up and loose hope.

Ntahla... tapi sbg orang Islam, aku tak boleh camni. Aku kena kuat semangat. Allah tak suka hambaNya macam ni. Cepat putus harapan. Harapan tu hanya kita serah padaNya. Dialah penentu segala. Kita cuma perlu berusaha, berdoa dan bertawakal.

InsyaAllah...moga dipermudahkanNya...

p/s: Hampeh la... belum publish lagi ada org dah baca isi hati aku ni. Aku saje je tulis kat tempat keje. Sambil tunggu hoover kak Norma. Pastu, masa hoover, ada org curi tangok kertas yg aku tulis nih. Cit!! Kantoi!!! *@_@*

Sunday, 8 August 2004

Windsor.. Galleries

Puas cerita.. Takk best kan kalo xde gambar? Ni dia... Enjoy!






Windsor... A place to remember...

Penat dah aku menulis pasal kisah duka dan boring sejak kebelakangan ni. Hujung minggu ni (semalam) aku ke Windsor Castle. Memula rasa berat nak pergi. Tapi sebab dah beli tiket. Aku buatkan hari ni sebagai a day off from all the hassle in my mind. Tenangkan hati dan diri, supaya lepas ni lebih mudah concentrate on my writings.

Bertolak pagi…
Lepas subuh tertidur… Lewat pula bangun. Pukul 6.30! Alamak… Aku terkocoh2 siapkan diri dan sediakan bekalan ke sana. Aku janji nak bawa sandwich. Nasib baik flatmate aku byk membantu. Dia pun pergi sekali. Tapi dgn kawan2 dia.

Hampir tertinggal dek bas. Nasib baik sempat. Di bas aku keletihan akibat berlari2an dan kurang tidur. Semua tempat dah penuh. Nasib baik ada adik tu baik dan bagi aku duduk sebalah perempuan. Kalau tak aku akan rasa tak selesa sepanjang perjalanan. Dahla penat. Alhamdulillah.

Dan bermulalah perjalanan kami….

Tiba di sana aku sempat memberi kawan flatmate aku tu sandwich dan tortilla yg aku buat tadi. Harap dia suka. Di sini bermula sedikit konflik sebenarnya. Flatmate aku ajak utk ke Windsor Castle as a group. Supaya dapat harga berkumpulan. Agak murah. Kami bertiga, aku dan dua lagi kawan aku tu setuju. Yelah...masuk je dah 10 pound kalau berkumpulan boleh dpt 6 pound.

Tapi ntah macammana kami lost dgn kumpulan tadi tu. Sorang dr kawan aku ni cam tension je. Aku pun sama gak. Dia kata kita bukan xcukup duit pun utk ke castle tu... Aku diam je. Sbb dlm hati aku terasa yg mmg mahal sebenarnya harga tiket tuh. Takpela..aku mengalah. Malas nak argue. Aku pun ikut je la diorg. Pergi sendiri 3 org.

Wah ! nak masuk castle mcm nak pergi luar negara. Ada imigresen checking. Takut Osama Laden ke? Hehe..hati tergelak kecil. Masuk kawasan castle. Ok je la…Tak la lawa sgt. Castle kat sini semuanya sama je. Warnanya coklat, kelabu or kelam2 sikit. Yelah, bangunan lama kan… Ratusan tahun. Sebenarnya aku membayangkan yg ianya putih dan cantik. Mcm cerita Cinderella tuh. Jadi, apa istimewanya castle ni? Korang nak tau? Ya… castle ni sebenarnya tempat tinggal raja2 England sehinggalah Queen Elizabeth yg sekarang ni. Sebenarnya, aku pun baru tahu. Hehe..

Baru jalan sikit je.. Kami berehat sebentar utk makan. Perut dah lapar. Aku pulak tak sempat sarapan pagi tadi. Kemudian sambung jalan balik. Di sini ada pameran tentang sejarah castle nih. Rupa2nya castle ni pernah terbakar tahun 1992 dulu. Dan byk juga pembinaan semula telah dijalankan. Maknanya, tak semua bangunan ni ori!

Byk jugak amik gambar… Best! Very historical. Dalam castle ni juga ada chapel. Di mana raja2 dulu disemadikan. I a juga sebenaynya merupakan tempat sembahyang orang Kristian. Tapi gerun gak kalau tempat sembahyang ada kubur... Byk patung lak tuh…Patung raja2 yg mati. Rasa cam tiru firaun lak. Cuma dia taka wet mayat dia. Dan di sini gak ada mahkota raja2 yang lepas. Okay la...Tapi aku rasa menarik lagi masjid kat putrajaya tuh !

Kemudian kami ke Doll House dan state Apartments. Doll house ada replika Windsor castle dan bilik2nya. Selain tu, ada dua anak patung yang dihadiahkan oleh kerajaan mana tah ke England pada thn 1922. Lama tuh. Hampir ¾ abad. Dengan pelbagai baju2 anak patung. Korang nak tau berapa besar anak patung tuh? Ade la besar budak 5/6 thn. Negri gak aku tengok. Cam patung dlm cerita hantu omputih tuh. (Aku pun dah lupa tajuk ceritanya) Kalau mata dia gerak mesti aku pengsan kat situ gak. Hahaha!

Di State apartment tak byk benda sgt. Dia ada la paparkan lukisan Leornado da Vinci pasal anatomi dan beberapa lukisan raja2 serta landskap yg dilukis oleh artis2 masa tu. Amat halus dan teliti sekali. Cam tak percaya je yg sebenarnya dia dilukis dgn pensel ataupun kapur. Itu lah the real art! Tapi kekadang tu, lukisan dia aku tak kenan sgt. Suka benor lukis angel bersayap dan org yg half naked. Uwekk!!

Di bilik lain bangunan ni, ada juga ditunjukkan dewan makan raja2, bilik tidur, bilik lukisan, dewan pahlawan, bilik tetamu kehormat/antarabangsa, dsb… Ala.. aku rasa sama je cam Putrajaya. Tatau la yang mana tiru mana. Yang bezanya aku pi ke Putrajaya dulu, free. Ni kene bayar! Dan juga ni versi bangunan uzur dan Putrajaya versi bangunan moden. Pergi aa kalau korang ada masa. Sebenarnya, semua bilik2 tu masih digunakan, bila ada special occasion. So, mmg korg kena plan dulu sbl pergi. Takut nnt takleh masuk laks.

Byk benda yg berlaku.. aku rasa sedih gak. Tapi aku kena sabar. Maybe salah aku gak... huhuhu... Aku teringat sahabat aku pesan pasal beza org ada tarbiyyah dgn org yg xde. Bukan nak kata pasal diorg xde ke atau kurang. Just nak tekankan pada diri aku ni supaya bertindaklah seperti org bertarbiyyah. Bukan ikut rasa hati je. Mcm yg Allah suka. Kan???

Dah... penat dah ? Masih ada masa lagi...

Kami keluar dan terus ke boat tour. Kejap je tour tuh. Dlm 35 minit. Sepanjang sungai Thames. Yang menariknya, banyak swan/angsa. Lawa. Tapi yang lainnya menyakitkan dan mencemarkan pandangan. Biasa la..musim panas. Kat tepi2 sungai tu ada orang mandi manda dan berjemur. Sebab mmg agak panas hari ni. Tekak pun asyik haus je. Kemudian ke kedai2 membeli cenderahati di sekitar pekan tu.

Sebenarnya, hati aku meronta2 nak pi solat. Rasa cam something wrong je. Puas pandang sekeliling mencari tempat utk menunaikan kewajipan. Banyak kali gak aku suarakan. Sebenarnya nak minta cdgn tempat. Tapi aku lihat mereka berdua nak round2 lagi. Takpe la… lagipun akak tu takleh solat. Hm... Hati aku tak keruan dah ni. So, aku bagi alasan yg aku letih dan kami jumpa balik di bas nnt.

Mata melilau mencari tempat yg sesuai. Nak pi church ke? Teringat Zura kata yg boleh solat sana. Even Umar pun dulu pernah solat kat gereja. Err..tapi aku rasa cam xde kekuatan je. Lagipun kawasan tu agak ramai org. Bukan ramai sebab diorg sembahyang, tapi ramai yg jalan melawat dan minum2. Aku nampak ada park. Hmm.. boleh gak kalau bawah pokok. Tapi semuanya ada org. Kat mana lagi ni ? Aku ke toilet utk bersihkan diri dan wudu’. Di sini aku jumpa bilik utk ibu2 tukar lampin bayi. So, aku buat keputusan utk solat di sini. Bukan toilet, cuma berhampiran dgnnya.

Kat negeri ni, bukan mcm Malaysia atau negara muslim yg lain. Surau dan masjid merata2. Jadi kena pandai2 cari tempat sendiri. Yang bersih dan suci. Asal bukan toilet atau kubur, boleh saja. Nasib baik byk gak pengalaman solat dlm perjalanan. Boleh la diaplikasikan.

Ah... lega sikit rasanya. Aku tatau mana nak pergi. Ikut kaki je la. Nampak orang main lawn bowl. Baju putih melepak ala2 org dulu2. Aku pergi dekat. Org tua2 semuanya. Bila tengok tarikh kelab lawn bowl ni ditubuhkan, 1922. Patut pun. Setia sungguh diorg dgn kelab ni. Sampai ke tua.. Hehehe...

Depan sikit aku kembali ke tempat kami boat tour tadi. Ha..bestnye! Aku cari tempat utk duduk sambil menikmati pemandangan. Comel sungguh angsa2 tu. Kemudian ada keluarga duduk sebelah aku. Aku pun ajak dia berborak. Wah.. ramah! Jarang jumpa org putih yg ramah cam ni. Org England. Dok kat Glasgow. Baik! Offer aku mcm2 makanan dia. Kemudian dia pergi dgn keluarga dia utk boat trip. So aku seorg balik aa… Biasala..kalau aku sorg, xde benda yg akan dilakukan selain berangan… Hehehe… Sambil bersyukur atas nikmat yg aku ada. Alhamdulillah…

Hm… masa pun dah tiba utk pulang. Tidur sepanjang perjalanan. Secara keseluruhan, boleh aa bagi 3 bintang daripada 5 utk trip ni. Not so fun, but not too bad too ! Okay2 jer... Byk juga aku belajar hr ni. Paling2 menahan diri dari marah, bersabar, dan bersyukur.

Moga selepas ni aku ada semangat semula utk menulis thesis! Doakan yea!

p/s : Setakat ni dah 1294 patah kata yg aku tulis sini. Tak terasa pun. Kalau nak tulis thesis, punyalah bercinta nak tulis satu perenggan. Rasa cam pelik la pulak. Entahla labu…

Thursday, 5 August 2004

Nekad...


Aku tak kisah!
Kali ni aku nekad..
Aku nak lari jugak...
Biar apa pun terjadi.
Eh! Tapi esok aku nak puasa...
Takpe... Lari tetap lari...
Tunggulah kesudahan aku di esok hari.

Wednesday, 4 August 2004

WAHAI DIRIKU MENGERTILAH


Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.

Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya.

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN


p/s: Jangan salah faham.. Puisi ini bukan aku yg tulis. Aku tidak sehebat ini utk menulis. Namun, aku amat tersentuh dgn bait kata2nya. Moga kita sama2 muhasabah diri yg serba kekurangan ini.

Ketemu kembali...

Lama sudah tak menulis. Rasa rindu la pulak pada blog ni. Terutama pd sahabat yg lama tak ku kirimkan berita. Bagaimana kau di sana? Ku harapkan moga kau sihat senantiasa.

Yang tak sihat tu, sihat2kan lah dirimu. Redhalah atas ketentuanNya. Benar... kita memang selalu terlupa akan segala nikmat yg Dia beri pd kita. Bila ditarik balik, baru sedar yg ia amat bermakna. Bukan sahaja engkau, aku juga rasakannya. Jadi, bersabarlah atas ketentuanNya.

Aku kini juga sedang melalui saat yg getir dan perit dlm hidupku. Sebab tu aku byk berdiam dlm dua tiga menjak ni. Nak tulis rasa tak kesampaian pula. Aku rasa tak perlu nak 'describe'kan di sini. Biarkan ia dahulu. InsyaAllah. Aku masih cuba hadapinya dgn sabar dan redha.

Sahabat, kau pula bagaimana?

Aku rasa sampai di sini dahulu. Moga nanti kita bisa bicara lagi.

Wassalam.


Tuesday, 27 July 2004

Sick Me....

Felt sick today. Lemah seluruh badan. Dari hujung jari tangan sampai hujung jari kaki. Sendi2 terasa lemah longlai. Rasa cam nak baring je. MasyaAllah… Tak laratnye..

Tak boleh! Aku kena lawan gak.. Aku kena kuatkan diri, tabahkan hati. Aku kena habiskan first draft ni. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

Korang, doakan aku juga ye…


Sunday, 25 July 2004

Thai Dinner & Kehidupan yg Terlampau

Apa ye, nak tulis hari ni? Aku rasa macam ada byk idea je, tapi tak tau nak tulis under tajuk apa… Hmm… Takpela..aku tulis je dulu..

Dengan keadaan aku sekarang yang agak sibuk… Terasa agak tertekan. Masa dah makin tiba ke penghujungnya dengan simulation yg selalu tak menjadi. Tapi, alhamdulillah, semakin ok. Cuma aku kena ulang benda2 yg dulu aku buat tu sekali lagi. MasyaAllah… hanya Allah yg tau perasaan ni. Tu la pasal aku selalu balik lambat. Sampai kul 9.00 – 10.00 p.m. Nasib baik la waktu siang kat sini panjang. Tak terlalu gelap.

Samapi bilik je selalunya aku akan keletihan… Lepas solat, dah tak larat nak tahan mata. Bumm!!!...tido…

Semalam aku melawat Zura. Dah agak lama tak jumpa. Dia sibuk dgn kerja, aku lak dgn research di school…. Mulanya aku saje2 je text dia. Kata nak bg email pasal sesuatu. Kemudian dia saje usik aku. Dia balas… Pasal kawin ke? Katanya. Hmm… aku diam je. Hish… budak ni. Mlm tu aku tak dpt nak msg dia akibat keletihan yg terlampau.

Dan aku pun text aa dia esok paginya (semalam) minta maaf tak dpt hantar email tuh. Aku juga tulis… A’aa betul… minggu depan aku nak bertunang. Saje je aku nak kenakan dia. Heheh… Sebelum ni dia kenakan aku… (Hohoho!…tumbuh tanduk dua kat belakang).

Dia balas balik suruh aku dtg kedai…plz… katanya. Rasa bersalah lak. Aku pun text balik pasal yg tadi tu aku memain je… Tapi dia mmg nak ajak aku dtg kedai. So, petang tu aku dtg aa..

Wah…kedai dah bertukar rupa! Makin cantik! MasyaAllah.. Buku2 pun makin banyak. Bagus2 lak tuh… Aku beli something. CD Timeless Wisdom. Bacaan Quran yang ada English Translation narrated by Dawud Wharnsby Ali. Best! Aku minat dia. Suara dia clear. Boleh aa aku dgr Bacaan Al-Quran dgn English translation sambil2 buat simulation nnt. Takle hati aku ni kosong je…

Petang tu kami keluar makan bersama. Biasalah aku dgn Zura… Kalau bersama mesti gi kuar makan, shopping, berbual… Just wanna spend time together dan releasekan sikit tekanan kerja aku di school tu. Kami bercadang keluar ke Nandos. Sebelum ni Zura kata ada ayam yang halal… Tapi hari ni baru dia bgtau yg sebenarnya ayam halal hanya dijual di tempat2 tertentu je. So, di Cardiff xde. Dia pun sebenarnya baru perasan akan hal ni.

Gulp! Aku terkedu. Zura kata dia memang makan ayam kat sini. Menurut dia ulama di sini bersependapat yg ayam di UK ni disembelih oleh org ahli kitab (Kristian/Yahudi). Kecuali yang disembelih oleh org Athiest. So, majority di sini semua ayam/daging tu boleh dimakan. Ada la dia bagi hujah tentang hadis nabi dan sebagainya. Dan aku tau, hadis tu hadis sahih. Cuma masih belum terbuka hati utk makan.

Tak jadi makan Nandos, kami ke Restoran Thai. Huwaa… Kat sini lagi best! Masuk2 je dah disambut oleh pelayan dgn ucapan ‘sawadikap’. Siap dgn tangan diorg sekali. Macam kat Negara Thai la pulak. Memang exclusive aa tempat nih. Tak sesuai dgn gaya aku hr ni. Hari ni aku pakai sempoi je. Dahlah bawak beg galas lak tu. Ah… Nasib aa…

Banyak aa yg  kami bualkan. Maklumla… lama tak jumpa. Suka aa borak dgn Zura. Boleh bincang pasal macam2. Dari hal dalam, luar Negara, ke hal agama dan personal life. Yang bestnya pasal agama aa… Tapi kami selalu gak berselisih pendapat. Erm.. sebenarnya aku yang tak banyak ilmu. Tu yang selalu argue je dgn dia. Sorry la my friend. Tapi dia selalu aa pesan suruh check balik kalau tak puas hati, or kalau tak pasti. Rasa kurangnye ilmu aku. Huhuhu…

Hrm…lama betul tunggu makanan kami sampai. Kami asyik makan starter je. Pastu Zura marah aku. Sebab karang kenyang sangat. Tak makan lauk yang lain pulak. Alas… sampai pun lauk2 tu. Wah… bagus betul presentation lauk2 tu. Dihias cantik sangat sampai sayang nak makan. Tapi sebab perut pun dah lapar, kami makan je la. Kemudian dessert kami order aiskrim. Ni pun lawa gak. Siap ada payung lagi. Wah… Memang puas hati!

Makanan kat sini memang betul2 sedap beb, tapi mahal la… Err… terkedu gak masa nak bayar. Apapun, everything have its first time. So, kalau org tanya, leh aa kata yg aku dah merasa dah makan kat sini. Tapi, maybe lain kali tak dtg dah. Bukan tak suka… Tapi err… fulusnya melampau sgt. Boleh buat sedekah anak yatim… Dapat pahala (Jgn marah ye, my friend). Maybe kalau aku jd jutawan nnt, leh aa dtg lagi. 

Lepas makan kami bergerak utk pulang. Aku ke school, dan Zura balik umah. Oklah… penat dah cerita. Bye!

Monday, 19 July 2004

Meeting

Baru je habis meeting dgn supervisor tadi. Alhamdulillah... dapat menerangkan dgn agak baik. Cuma still dlm preliminary result. Teruk betul. Minggu depan merupakan meeting kami yg terakhir. Pastu kami akan stop. Tinggal menulis je lagi. Sebelum bersurai, kedua2 supervisor aku suruh tunggu kejap. Mereka Tanya pasal application aku tu. Err... aku kata masih tunggu surat financial guarantee dari sponsor. Wah.. bestnyer rasa! Dan lepas ni juga makin besar tanggungjawab aku. Fuhhh!!



Saturday, 17 July 2004

Rumah Terbakar

Aku dapat berita yg rumah student Malaysian di Cardiff ni terbakar. Teruk gak. Alhamdulillah tak melibatkan nyawa. Hanya harta benda yang terbakar. Kejadian berlaku petang semalam. Punca kebakaran dijangka disebabkan oleh litar pintas dan bermula dari bilik bawah tanah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku tak dapat bayangkan jika musibah seperti itu menimpa diriku. Nauzubillah… Minta dijauhkanNya. Mangsa2 menumpang di rumah jiran Malaysian yg terletak bertentangan dengan mereka (sahabat yg juga menceritakan kejadian ini padaku). Mereka tak dapat claim insurans sebab harta benda tak diinsurankan. Hanya rumah saja lah kot. Tu pun pastinya untuk tuan rumah.

Ada sahabat yang melaporkan perkara ni pada pihak MSD. Aku rasa itu yg sebaiknya. Kehadiran MSD pun tak lain tak bukan utk menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar. Mereka harus tahu perkara ni! Sahabat aku kata mereka sedang dalam perjalanan ke sini. Dan dengar2, ada TYT yang bermurah hati nak menderma pada mangsa kebakaran ni. Alhamdulillah…

Kami berbual tentang perkara ni dengan lebih lanjut lepas kerja. Berbincang untuk mengambil iktibar atas perkara yg berlaku. Antaranya ialah dgn menginsuranskan barang2 yg berharga. Ada juga yang nak beli peti besi yang tahan api utk simpan barang2 berharga dan mudah terbakar. Pasport, visa, sijil, dsb. Maklumlah, rumah2 di sini dah agak tua. Ulang suara; TUA, tapi tak semua yg uzur. (Maintenance depa kat sini hebat!.) Dah menjangkau lebih 100 tahun! Cuba korang bayangkan. Kat Malaysia tu, kalau 30++ thn je, dah macam nak runtuh dah. Pikir sendirilah kenapa. Aku rasa, selain dari faktor cuaca, faktor nak cepat siap dan korupsi pun ada gak (heheh.. no komen!)

Err… aku terpikir apa ye barang2 yang aku nak insurankan tahun depan?

• Laptop (Semestinya!)
• Digital camera ( Mahal woo nih!)
• Walkman
• Basikal (kalau beli aa, thn depan)
• Buku2 study… (buleh ke??)
• Bantal busyuk… (heheh)

• Lagisatu… maybe nak beli peti besi kot.

KEPADA MANGSA2 (SAHABAT2) AKU UCAPKAN TAKZIAH. MOGA ADA HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH YG MENIMPA INI.

Friday, 16 July 2004

British National Party : Racism & Terrorism

Hari ni aku merajuk. Tak nak gi school. Sepanjang hari di bilik je. Tak keluar kecuali ke tempat kerja. Buat simulation asyik2 tak jadi je… Bosan betul…
 
Masa keje aku rasa penat betul. Sendi2 rasa lemah gemalai. Tak larat. Nak pengsan pun ade. Maybe sebab seharian tak keluar bilik. Puasa pulak tu. Kalau aku keluar dari awal tadi mesti tak rasa apa sgt.
 
###
 
Berbuka puasa dgn fish and chips yg aku beli masa ke TESCO td. Malas nak masak. Lagipun hari ni ada dokumentari sensasi! Tentang British National Party (BNP) and their cunning scheme. Memang sakit betul hati aku tengok dokumentari tu. Mereka adalah antara parti politik yang agak tak popular di Britain. Cara gerakan diorg mcm underground. Agak berahsia. Ahli yg dtg ke ceramah parti kena ahli yg betul2 core. Objektif mereka adalah untuk mewujudkan Britain yg terdiri daripada white people sahaja. Sangat2 racism. Dalam dokumentari ni, seorg wartawan BBC menyamar menjadi ahli BNP. Dia yg buat segala interview dan ambil pandangan individu yg akan menjadi calon parti. Bila ditemuramah, salah seorg daripada mereka menjawab, “The first thing I will do is to shoot all the Pakis.” Tu dia kata kalau dia dpt memegang kerusi kawasan atau daerah yg ditandingi.
 
Apa yg aku lihat di sini adalah mereka yang terlalu emosional dan agressif. Mereka mendapat sokongan daripada rakyat yang tak puas hati dgn polisi kerajaan mengambil asylum seeker dan kehadiran orang2 muslim yg semakin ramai di Britain ni. Tersirap darah bila mendengar kenyataan diorg ni. 
   
“I wanna shoot the muslims.”
 
“I wanna kill the muslims.”
 
Apa yg lebih menakutkan lagi ialah pengaruh mereka ni semakin berkembang dgn memenangi semakin byk bilangan undi dan kerusi. Kalau korang nak baca lebih lagi, sila ke…
 
Going undercover in the BNP 
 
BNP leader repeats Islam attack 
 
Profile: British National Party 

 
###

Errr… Esok kene gi school… Mane boleh merajuk lama2. Nak kantoi???!!! Hehehe… Lagipun ada group meeting esok. Aku tak mahu ketinggalan!!
 
Ganbatte!!!

Thursday, 15 July 2004

Blood Donation... :D

Dtg lambat sikit ke lab hari ni. Ntah kenapa tah… Kepala aku cam lembab sikit. Maybe sebab tido lewat mlm tadi and terlebih tido pagi ni. Ntahla…

Gi tengok simulation yang aku setkan semalam… alamak! Salah directory la pulak. Hampeh betul.. Aku kena wat lagi sekali. Susah? Senang je. Semua benda dah ada.. Tinggal letak input je. Yang agak mencabar bila kena wat local axis definition yg baru bila nak jana new molecule. Kali ni aku nak jana butane dan octane crystal pulak. So, dua file input yg penting aku kena generate. Aku dah buat sketch dah.. tinggal nak tanya supervisor utk confirmation yg aku wat ni betul ke dak.

Dia lak tengok gitu2 je… tension betul aku! Takpe..kita cuba dulu.. aku pujuk diri. Erm.. dah agak dah.. Tak jadi juga. Tapi supervisor aku xde skrg ni. Sibuk. Ntah ke mana tah. Kekadang aku rasa bersalah sbb slalu nyusahkan dia. Tapi kalau pikir balik, takkan nak diam je. Camna dgn simulation aku? Masa berjalan dgn pantas! So, mau tak mau aku kena aa kejar dia selalu. Interrupt dia walau dia bz. Nasib engkau la labu…

Bila aku tengok balik semua result, tak seperti yg dijangkakan. Alamak! Camna ni? takpe.. pasni tanya pensyarah lagi… Teruk betul la aku nih! ;) Aku rasa ni mesti sebab supervisor aku ubah program gen_neigh tu. Satu lagi masalah… Ya Allah… Mudahkanlah urusanku ini.

Ntahla..time2 mcm ni I do really need a friend. But all of them are not here. Well.. actually ko lupa Has, Allah kan ada. He is the Almighty, the Ultimate power of all. He knows everything.

Yepp… kekadang aku lupa tu. Has..Has.. apa la nak jd dgn ko nih. (Geleng kepala). Insaf..insaf…. :(

Erm.. petang ni aku nak pi derma darah. Semalam ajak kengkawan lain cam tak interested je. Xpe aa.. aku nekad nak pi gak kul 4.00 ni. Doakan aku!

###

4.00 pm…

Kuang.. Kuang… Kuang…..

Hahaha…aku gelak sendiri. Rupa2nye utk staff dia je la dik Non ooii! Tak dibuka utk org luar. Aku malu sendiri. Rasa nak gelak kuat2 pun ada. Fuhh! Selamatlah darah aku dari didermakan… Maka tak merasalah aku experience dlm bidang menderma darah. Tu lah… Kat UTM dulu org buat byk kali ko tak nak ikut. Sekarang baru beriya2 nak buat. Buang tebiat ke apa aku nih :D

Masa balik ke school tetiba aku dipanggil oleh supervisor keje aku. Dia ingat aku nak dtg keje. Borak dgn dia sat. Yang bestnye, ni first time aku nampak dia ceria dan gelak. Kalau tak muka cam nak makan org je. Kecut aku. Mungkin dia tengok muka aku, dia jadi baik, kot (Perasan!)

###

Hmm… aku dah bgtau kat lecturer aku pasal masalah translation tadi. Dia kata nanti dulu. Dia nak uruskan utk masalah Cornie (rakan sekuliahku) dulu. Dia kata maybe dia punya masalah ada effect kat aku. Sedihnye… Dah hampir dua bulan nih.. result tak nampak bayang gak! masyaAllah…. Mampu kah aku?

Innalillahi wa inna ilaihi raji’uunnn…. (DaripadaMu aku dtg dan kepadaMu aku kembali)

p/s: Sorry ye, mood aku bercampur2 hari ni.

Monday, 12 July 2004

Dreams



Can u help me along the way there?

Sunday, 11 July 2004

Di manakah ENGKAU??!!! (Tuhanku)

Kau lihat aku ketawa
Gembira mempamerkan gigi semua
Sentiasa riang
Dan girang

Namun…
Tahukah engkau
Apa yg ada dihatiku ini?
Terutama tika ku sendiri?

Perit dan pedih
Aku sedih…
Sunyi dan sepi
Adakah aku bermimpi?
Tidak!
Aku menempelak…
Kenapa begini?

Aku sebenarnya masih mencari
DiriMu ya Illahi
Kekadang kurasa hampir kepadaMU
Namun biasanya aku tidak begitu..
Argh! Kenapa begini!
Aku tak mengerti
Aku takut…
Aku risau….
Di manakah Engkau dihatiku?
Adakah aku sudah menjauh?
Atau semakin hampir..
Atau terpesong terus..
Astaghfirullah wa nauzubillah…

Kembalikan cahaya itu padaku
Sesungguhnya aku merinduiMU!!!

Wednesday, 7 July 2004

Happy Birthday Sue!!


SAHABAT SEJATI

by UNIC


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


Hari ni hari jadi kawan baik aku masa kat UTM. HAPPY BIRTHDAY SUE!!!

Saje je...Tetiba je lagu ni jadi favourite aku wat masa ni. Heheh.. rindu kat kengkawan kot

Been quite stretched today. MasyaAllah.. Hanya Allah yg tahu.
Moga dipermudahkanNya dalam menempuh hari2 yg mendatang. Biasalah tu.. kalau tak susah, xmanis aa hidup ni beb!

Harapanku agar aku dapat segera menyelesaikan dissertation ni.

Monday, 5 July 2004

Knocking At Your Door



I am listening to the sounds of the birds
I wish I am a bird
I am looking at the stillness of a rock
I wish I am a rock
I am wondering at the calmness of the lake
I wish I am a lake
I am looking at the 5 ducklings constantly following her mother
I wish I am a duckling
I listened to Yahya Ibn Muaz's story
I wish I am he


To the birds I said
I wish I could constantly in zikr of Allah like you
To the rock I said
I wish my qalb is still like you
To the lake I said
I wish my nafs is as calm as you do
To the duckling I said
I wish I followed Rasulullah SAW constantly as you do
To Yahya Ibn Muaz I said
I wish I am 'ibad like you


But who am I
A sinful human being
With a clouded heart
With a broken mirror to see in me
An ugly being kept in me
I wish I looked at it constantly since before
But who am I
A sinful human being


O Allah
I am knocking at your door
Wishing you to open for me
Oh! I saw a woodpecker in front of me
Knocking at a tree in front of my eyes
Subhanallah
I wish I am a woodpeacker


To you oh Allah
Please open the door for me
For I long your forgiveness and mercy on me
O Allah
Please accept my heart
As my heart have something to say


O Allah, I am weak
Turn my weaknesses to strength to what pleases you
Please take my forelock to khair
And let Islam be my ultimate expression of satisfaction


Ya Allah
Verily I am weak, base and low
Please elevate me
I am in need
Please enrich me


O Allah
Please open the door for me.


~Awang Shamsul Awang Hambali~

Wednesday, 30 June 2004

Decided better not to....

Ruangan Galley akan dimansuhkan. Atas sebab2 yang tertentu. So, sesapa yg nak website tuh, please email me or tinggalkan mesej di guestbook.

Ok... timer kasih semua!

Tuesday, 29 June 2004

Kemasnye!!!

I’m about to go to school now. Sambil tu selak research proposal sorang sahabat ni. Untuk rujukan aku membuat proposal yang akan datang ni pula. Sebenarnya dia bagi lama dah. Minggu lepas lagi. Tapi aku tak sempat nak print. Semalam baru print. Hari ni baru baca. Fullamak!!!… Kemas giler keje budak ni. Kagum betul aku.

Teringat balik kata partner amali aku masa kami rujuk laporan amali kimia dia. “Fuh… Lawa betul tulisan dia. Kalah tulisan ko Has.” Aku senyum je. Memang lawo pun dari tulisan kami berdua. Bukan tulisan aku je, tulisan parner aku nih lagi la kalah. Sebab dia (partner aku ni) punya tulisan cam doktor. Lagi susah nak paham. Hehe.. InsyaAllah.. dia ni nanti bakal doktor kimia. Aku??!! InsyaAllah... tengah diusahakan.

Oklah… Seronok kenang kembali zaman silam ni. Cuma xleh lama2. Nanti lost, tak balik ke dunia nyata.

Time for school now! Wassalam.

Monday, 28 June 2004

Sahabat atas sahabat





Seorang sahabat…
Membuatkan aku terkenangkan sahabat yang lain.
Saat kami bersama
Berjuang..
Menimba ilmu
Susah dan senang
Diharungi bersama

Tika ku dalam kesedihan
Kau banyak membantu
Mengenal erti dunia
Dan segala macam kandungannya

Menasihatkan daku
Kembali pada yang Esa
Agar tidak berputus asa
Kerna ia dugaan semata

Kata-katamu…
Amat bermakna
Tak terungkap maknanya di hatiku

Kini kukembali
Menggenggam sebuah semangat
Untuk berjaya

Duhai sahabatku
Kuharapkan kau
Kan kan juga tabah dan sabar
Moga kau bahagia selamanya
Dalam redha dan rahmat Ilahi

~Jazakillah khairan kathira~

"A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out."

"A friend is one who walks in when others walk out"
-Walter Winchell


Wednesday, 23 June 2004

Good news! Alhamdulillah...

My classes have long finished. Now I’ve moved to do my dissertation. Three weeks since I've started it. But still a lot to catch up. The literature readings and running the simulations… Subhanallah… Felt very tired (like dead ) especially after coming back from work. But actually I like the project. Very interesting, even though not entirely understand some part of the application.

Until today, I think I’m still repeating the same simulation for the same molecule. Not that I don’t like it, but I’m afraid that I will be left behind from the others. Every simulations seems producing new problems. Hrmm.. Luckily I have a very patient and helpful supervisor. Thanks to Allah.

Today, after reporting some of the problems and unlikely results, he asked me bout pursuing the project to a higher level. I was so shocked. Like not believing it. Actually I’ve asked him before bout this, but he said it was not likely for me to do it. But then, Alhamdulillah… I’m really looking forward to it.

But, I still can’t believe it! Felt a little trembling just by thinking of it. Can I do it??!! But I quickly convince myself that I can do it! InsyaAllah. With Allah’s help. So… it seems that I have to work harder from now. And plan for further actions that I should take.

Ya Allah…. Thanks a lot!

And whosoever has Taqwa of Allah, He will make a way for him to get out. And He will provide him from where he never could imagine. And whosoever puts his trust in Allah, then He will suffice him. Verily, Allah will accomplish his purpose. Indeed Allah has set a measure for all things.
[Surah At-Talaaq : 2-3]


Mafhumnya: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberinya jalan keluar ( dari kesulitan). Dan Allah akan memberi rezeki yang tidak terkira. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan memeliharanya . Sesungguhnya Allah menyampaikan ( melaksanakan) urusanNya. Sesungguhnya Allah lah yang mengadakan kadar ( aturan yang tertentu bagi setiap sesuatu.

Wednesday, 16 June 2004

Yummy Suprises That Makes Me, MEEE....

Dunno what to do today. Really have a long tiring day. Actually, I am fasting today. Just wanna test how it feels fasting in summer... Huargh!!! Not really hungry, only tired. Maybe I get dehyrated coz lack of water intake last night. Neway... Alhamdulillah... nearly getting there now!

Finished cooking after work just now. So, now I'm 'lepak'ing, writing journal, listen to nasyeed... while waiting for iftar. Owh... Its 10 minutes more. Got to go then. Doing dua at this time is afdal and mudah dikabulkan. ;) Thats what my ustazah said.

Ok then... These are something bout me...









Monday, 7 June 2004

Cardiff FOSIS Conference

Alhamdulillah…suaraku sedikit sebanyak dah kembali semula…. Tapi masih ‘rock’ lagi. Erm… takpela… at least demamku dah mula kebah.

Conference pagi tadi byk juga memberi info padaku. Memula ingatkan ada pengisian. Rupa-rupanya ia adalah lawatan dari Politic Executive dari FOSIS utk tahu perkembangan ISOC kat sini dan membantu kami apa yg terdaya utk menyampaikan dakwah dan menyediakan kemudahan utk pelajar muslim.

Di sini baru la aku tahu apa fungsi mereka dan agenda diorg yg sebenar. Sungguh mantap dan tersusun. Lain sungguh dari keadaan di Malaysia yang mana HEP menguasai segala2nya. Nak minta sesuatu asyk nak kena quarrel dgn HEP dulu. Antara persatuan tiada masalah. Memang banyak aku ketinggalan benda-benda ni. Maklumla… keberadaan aku yg hampir setahun kat sini dihalangi dgn tugas sebagai pelajar master yang sangat pack. (Ah! Alasan je tuh…)

Apa yang aku baru tahu di sini ialah keaktifan dan keahlian sesebuah persatuan universiti menentukan berapa banyak duit persatuan yg dia akan dapat. Patut aa tahun ni ISOC kami lembab sikit. Presiden yg lepas sampai merayu utk dapatkan volunteer utk organisasi baru thn 2004. Tiada ahli yg rela tampil ke depan menggantikannya. Abdul Raheem Green, selepas ceramahnya marah betul hari tu. Akibat daripada lambatnya penubuhan organisasi baru, ISOC dpt peruntukan yg sikit. Di tambah pula diskriminasi dari seorg yg berjawatan tinggi berbangsa Arab kristian di Student Union kami. Aku ingat dia presiden pelajar. Tapi mereka kata dia setiausaha di SU.

Kemudian, kewujudan National Student Parliament (NSP) juga amat menarik perhatianku. Diwakili oeh pelajar dari setiap Uni di UK ni. Kuasa mereka sangat besar dan mampu memberi impak pada student society di Uni seluruh UK. Tapi aku tak paham sangat la how it goes. FOSIS Rep tu pun terangkan dlm BI, aku paham je.. Tapi konsentrasi diganggu oleh batuk dan demam aku. Kerap juga aku keluar.

Tapi betulla… sebenarnya ramai yg tak tahu hak mereka sbg student di sini. Bayar mahal2, tapi tak byk keperluan dan kebajikan kita, terutama yg muslim/beragama dipenuhi. Yang banyak pub dan pusat hiburan je. Boleh pula tu buka kat SUB. Aku hanya geleng kepala. Mcmmana la masyarakat hari depan ye? Penuh dgn hiburan je?

Tuesday, 1 June 2004

Trip To Southampton

Jumaat - 28 Mei 2004..
Lepas saja aku habiskan exam, aku tak tau apa nak buat lagi. Slalu study je. Ni rasa cam something missing. Kepala ligat berputar memikirkan sesuatu yang aku pun tidak tahu. Aku luahkan pada rakan se’flat’ku. Dia juga mengakui berparasaan sepertiku. Hehehe… maybe tu la perasaan selepas habis periksa. Kini dalam fikiranku hanya memikirkan bagaimanakah keputusannya selepas ini. Entahla…

Petang tu Kak Norma sms aku. Katanya dah jumpa org utk ganti aku. Ah! Gembira tak terhingga… Terus telefon keluarga angkat aku. Mereka pada mulanya ajak aku utk jenjalan ke Soton cuti ni. Maklumlah… cuti sekolah dah mula. Tapi aku telah lebih dahulu membuat janji dgn Kak Norma utk ke Hay-on-Wye. Sms Kak Norma tadi memberi lampu hijau buatku mengikut mereka ke Soton!

Anak-anak makcik semua nampak ‘exited’. Rindunya pada diorg semua. Dah agak lama tak berjumpa sejak exam yang lepas. Kalau tak hampir setiap minggu berjumpa.

Tiba di Soton agak lewat malam. Namun, sebenarnya baru je maghrib. Yelah…dah summer kan… Semakin lewat tibanya malam. Keluarga di Soton gembira menyambut kami. Mereka tak sangka aku juga akan dating. Sebab aku pun bagitau last minute. Adik2 angkatku semua dah keletihan nak tido.

Di tepi ruang tamu ada dua kotak ayam yg perlu di’siang’. Kami tidur lewat me’rewang’ bersama utk membuat sate esok. Wah… banyak rasanya nih… Selesai rewang, aku bersihkan diri dan terus lena sejurus sahaja meletakkan kepala atas bantal. Letih benar rasaku. Bukan badan yg penat. Mungkin mindaku letih menjawab exam tadi.

Sabtu - 29 Mei 2004...
Esok paginya selepas sarapan, aku kebelakang rumah. Melihat adik2 angkatku memotong rumput. Sebagai alternatif lain. Kalau hari hujan, kami mungkin membakar saja sate2 tu di belakang rumah. Aku pun turut sama. Ah… dah lama tak merumput. Seronok pula rasanya. Kemudian kami bergotong-royong pula menyucuk sate.

Seperti dalam ramalam cuaca, hari ni hujan sekejap-sekejap. Jadi kami membakar saja di belakang rumah. Sambil membakar sambil makan. Tapi lama-kelamaan makin slow. Hanya berbual dan membakar saja.

Petang tu selesai solat Zuhur, kami pergi ke Central Park. East (Andrews) Park, to be specific. Besar sungguh! Tapi bila kami keluar kereta je, hari mula hujan semula. Kami berteduh di bawah pohon pokok sekitar park.

Setelah hujan reda, kami pun keluarkanlah segala permainan yg kami bawa. Roller skate, cricket, tennis, soccer, baseball…wah! Banyaknye! Melihatkan adik2 yg ligat bermain membuatkan aku rasa cergas dan bersemangat! Aku mengidam bermain rollerskate. Dah lama dah tak main. Tapi sebab kasutnya tiada brek, aku jatuh terduduk. Aduh! Sakitnya!

Di park ni masih tak byk bunga. Kebanyakanya adalah pokok ros. Tapi semuanya baru berputik. Sedikit yg telah berkembang. Aku mengambil gambar bunga2 ros selepas hujan. Cantik sungguh!

Kemudian kami main rounders pula. Dibahagi kepada dua kumpulan. Girlz and Boyz. Memula tu seronok la… tapi bila sebelah pihak asyik pukul je, dah sebelah pihak meragam sebab asyik kutip bola. Budak-budak… biasala. Sambil tu kami makan bekal sate yg dibakar tadi. Dan sambung main lagi.

Lewat petang kami pulang. Keletihan..

Ahad - 29 Mei 2004
Keesokan harinya merupakan hari terakhir kami di Soton. Rancangnya hari ni nak gi pantai… tapi tak tahu di mana. Lepas selesai sediakan bekalan, kami bertolak… Aku hanya mengikut. Tak kisah pun ke mana. Semua aku anggap interesting je.

Rupa-rupanya kami ke Royal Victoria Country Park. Sungguh kuat angin di muara sungai ni. Buah2 konifer jatuh ditiup angin. Ada yang jatuh kena kepala. Sakit, walau tak mencederakan… Kami berpindah ke tempat yang terhalang sedikit dari angin. Kami mulakan dengan makan tengahari memandangkan perut pun dah berkeroncong minta diisi. Kemudian kami bermain rounders macam semalam. Semua pemain diberi briefing dan mengingatkan tentang sifat sabar dan toleransi dalam permainan. Kali ni kumpulan campur lelaki dan perempuan, sebab bilangan kami tak sama.

Lama juga kami di sana. Main, makan…solat… main, makan balik… Hehe…

Petangnya, lebih kurang 7.30 ptg kami bertolak pulang semula ke Cardiff. Setelah bersalam dan mengucapkan selamat tinggal, kami pun pulang. Keletihan.

Aku bermalam di rumah keluarga angkatku memandangkan esok kami akan bertolak pula ke Hay-on-Wye. Seronok sungguh hujung minggu ni. Tapi yang tak bestnya aku tak dpt amik gambar di Southampton Uni. Suka tengok dolphin tu…comel! Takpe…lain kali kot. InsyaAllah..

Klik sini utk gambar ->> Album I, Album II Sorry.. gambar not available ;)

Friday, 28 May 2004

Hanya Tuhan Yang Tahu

Hari ni exam paper last...

Tamat tepat jam 12 tgh.

Diam..Kelu..
Tundukku membisu...
Hanya takdir yang menjadi penentu..

Ya Allah..
Tawakalku hanya padaMu.

Titik.

Monday, 17 May 2004

Ikan Masin Di Jalanan

Tomorrow will be my first exam for this semester. So, I'm so motivated to do my last part of revision study. To look at the exam papers and remember the important points. Woke up at 5.00 a.m, and study after perform the Subuh prayer. Quite early lately. Today it is at 2.45 a.m and ends at 5.23 a.m. Actually, I wanna woke up earlier, but just too tired and sleepy from yesterday.

Study in my room all morning. After Dzuhur, I don't have the feeling to study in the room. Just wanna go out. So, the library is the best place. Just at the back of our flat. Took about 5 minutes.

When I get down the flat, I saw a lot of people picnicking around the blocks. They were all lying happily on the ground... enjoying the sunshine. It was okay for me... But actually, what irritates me is they are all half naked!!! Astaghfirullah. Tak pasal kurang ilmu aku bila tertengok aurat orang. I just felt that don't they just felt ashamed of themselves??? Half naked mannn!! not just the boys...but the girls tooo...
Just like wearing underwear..not just, but they are!!

Hmm... whats bout the world now? People don't feel anything anymore...

Studied in library just bout one and half hour. Too sleepy... Took a 15 min break and study again. Came back and eat pasta in the kitchen. Just so... hungry! Then my flatmate came. We chat while eating... Talk a lot! Especially bout what's going on outside there. Memang kami kutuk habis-habisan. Even in China they dont wear like that!

Huhuhu...I'm full now.. Hope didn't fell asleep after this. I felt so heavy these days. Maybe byk makan, tak exaercise dan dah lama tak puasa sunat. InsyaAllah... kalau berkemampuan nak gak puasa lepas exam ni. Hope I can bear it! ;)

Kay... nak solat dan pi study balik.

"Ya Allah... permudahkanlah urusanku pada esok hari dan dlm menempuh exam ni."

Friday, 7 May 2004

Unfolding The Rose

A young, new preacher was walking with an older, more seasoned preacher in the garden one day and feeling a bit insecure about what God had for him to do, he was inquiring of the older preacher. The older preacher walked up to rosebush and handed the young preacher a rosebud and told him to open it without tearing off any petals.

The young preacher looked in disbelief at the older preacher and was trying to figure out what a rosebud could possibly have to do with his wanting to know the WILL OF GOD for his life and for his ministry. Because of his high respect for the older preacher, he proceeded to TRY to unfold the rose, while keeping every petal intact... It wasn't long before he realized how impossible it was to do so .

Noticing the young preacher's inability to unfold the rosebud while keeping it intact, the older preacher began to recite the following poem....


"It is only a tiny rosebud,
A flower of God's design;
But I cannot unfold the petals
With this clumsy hands of mine.
The secret of unfolding flowers
Is not known to such as I.
GOD opens this flower so sweetly,
When in my hands they fade and die.
If I cannot unfold a rosebud,
This flower of God's design,
Then how can I think I have wisdom
To unfold this life of mine?
So I'll trust in Him for His leading
Each moment of everyday.
I will look to Him for his guidance
Each step of the pilgrim way.
The pathway that lies before me,
Only my Heavenly Father knows.
I'll trust Him to unfold the moments,
Just as He unfolds the rose."

Saturday, 24 April 2004

Mari main masak-masak...

Dah lama dah tak masak proper. Banyak keje... Ni pun masih banyak lagi. But then I decided to cook properly after this. Haha.. Bukan tak masak... Tak pandai pun. Mesti ada je yang kurang. Garam la.. pedas sangat la.. manis sangat la.. takde rasa la.. macam-macam. Sedih betul... Kekadang kelako gak. Dah besar pun tak pandai masak lagi. Ini lah angkara duduk hostel dari kecik sampai sekarang. (Alasan jer tuh...) Yela... dah dok sorang.. beli je la. Masak sikit-sikit tak best. Lagipun aku tak suka simpan makanan lama-lama. Maklumla.. health cautious gak aku nih ;)

So, mlm tadi aku try masak menu baru. Biasa je sebenarnya... Pengat pisang. Aku suka sangat! Tapi pisang kat sini mahal. Tu yg tak leh nak buat tuh. Cengkodok pisang pun xdpt nak buat. Lama dah aku aim utk wat pengat pisang nih...

Satu hari ni aku ke LiDL.. pasaraya yg baru bukak kat sini. Byk barang dia yg half price! termasuk la pisang. So, apa lagi... Terus dpt idea nak wat pengat. Sebelum tu... tepon mak dulu.. takut salah buat pulak... Tau sebenarnya, tapi saje je nak kan confimation dari pakar masak aku. My beloved MOM!

And aku pun masak... Ala.. kacang je rupanya. Pejam mata pun boleh buat. Rasa sikit... Sedap! Alhamdulillah. Pas ni nak bagi flatmate aku rasa lak. Malaysian Desert - Pengat Pisang @ Coconut milk banana.... ah.. lebih kurang la tu. Yang tak bestnya, aku beli santan yang dibekukan. Masih ada sikit hampas kelapa lagi. Tapi... sedap gak aa.. (Puji diri sendiri nampak!)

Okaylah.. eksperimen kali ni berjaya! Lain kali cuba yang lain pulak kay!

Erm.. korang nak ke resepi dia? Ni ha...

Pengat Pisang

Air (500ml)
Gula perang (1/2 cawan)
Gula pasir (1/2 cawan)
Santan (Sebiji)
Garam (sedukup rasa)
And of course... PISANG (ikut aa berapa byk pun)

Memula...didihkan air. Masukkan gula perang dan santan. Sampai dapat cam warna teh tarik. Didihkan...
Rasa manis kuah.. Kalu tak manis sangat, masukkan gula pasir. sampai rasa cukup manisnya.
Then... letak garam secukup rasa. Tujuannya untuk menambah rasa lemak dalam masakan. Kalau manis saja tak sedap. Kena ada gabungan dua ni.
And... bila didih lagi, masuk pisang. Sebaiknya pisang yang masih keras, dan hampir masak, sebab nanti dah masak lagi lembik jadinya. Tapi, kalau masak sangat, buat cengkodok je la pisang tu... Didihkan sampai rasa santan tu dah masak. Takut kang ada yang sakit perut gamaknya.

Okayla..tu aje resepi aku kali ni.

Ilal liqa' wa maassalamah
Wassalam

Monday, 19 April 2004

Penghargaan Allah Terhadap Para Syuhada'

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang2 yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat (mencari ilmu pengetahuan dan berjihad), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum2 Allah. Dan gembirakanlah orang2 mukmin itu." (Surah At-Taubah : 111-112)

Begitulah hidup pejuang Islam. Byk kesukaran dan dugaan. Namun balasan Allah amatlah besar bagi mereka yang tetap terus membawa mesej islam ni. Allah beli diri dan harta kita...dijanjikanNya syurga yang kekal abadi...Subhanallah... Maha Suci Allah. Tiada yang dapat menandinginya. Aku ni berjuang dlm bidang yg kecil je. Dalam pelajaran. tu pun dah mengeluh byk. Org dulu2 lagi teruk. Sampai digergaji kepalanya. Terasa teruk sungguh. InsyaAllah.. akan kucuba sedaya upayaku belajar sebaik mungkin utk disumbangkan kepada agama yg suci ini.

Amin...

Saturday, 17 April 2004

Cuti-cuti Musim Bunga...

Haritu aku bercerita tentang musim bunga ala omputih...Spring vacation. Sekarang ni versi melayu la pulak. Cuti-Cuti Musim Bunga. Dah masuk minggu akhir dah cuti ni. Kejap je rasanya. Isnin ni mula kelas balik. dan lepas tu...EXAM!!!

Well...itulah lumrah hidup as a student. Okay then.. Kali ni kita ke Brecon pula yea... Sebuah tempat di utara Wales yang diwartakan sebagai National Park. Sebelum ni dah pergi utk main salji. But now kita tengok keindahannya di musim bunga pulak.

Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Sebab sampai dah malam.. so, tak tau la mcmmana rupa tempat tu. Bermalam di caravan. Subhanallah.. cantik dan selesa sungguh! Macam bilik kat hotel.. Ingatkan macam dalam cerita Mickey Mouse tu.. Simple je, but its not. Haha! Cuma.. sejuk je.

Spend the time there riding horses, main masak2, cari harta karun dalam Fool's Forest, dan jenjalan sambil menghirup udara segar. and...amik gambar..of course!

Indahnya alam ciptaan Allah ni...
Tak terungkap melalui kata-kata...

Akhir kata... see ya again next time, friends! InsyaAllah...
Ukhwah Fillah...

Tuesday, 6 April 2004

Spring Vacation

Baru je balik dr gi jenjalan around UK. Melawat rakan2 yg tinggal di sekitar UK ni. Seronok juga. Release tension sambil rapatkan ukhwah. Tapi yg tak bestnye, hujan sepanjang perjalanan. Banyak makan je... huhuhu... bertambah lagiler... ;)





Sampai je kat Cardiff rasa cam tak sedap badan lak. Makan tak betul agaknye. Anyway... Such a wonderful trip it was!