Pejuang Berani Mati.

Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Nilai klasik yang semakin dilupakan


Arwah ibu saya gemar mendodoi anak-anaknya dengan zikir dan menyanyikan lagu kanak-kanak klasik Melayu yang penuh dengan mesej dan aksi. Kini, saya rindu dengan alunan merdu suara arwah ibu.

arwah ibu kerap menyanyi µcak cekur udang gamit, minta cekur bagi kunyit¶. Lagu ini dinyanyikan apabila saya sudah boleh membuka dan menutup tangan pada sekitar usia tujuh bulan. Saya diajar untuk membuka dan menutup tangan mengikut lagu yang dinyanyikan.sehinggakan,sampai sekarang juga,seandainya disaat saya jatuh,saya sering mengalunkan bait-bait lagu cekur dan gamit sambil menggenggam tangan saya.rindu itu membuahkan inspirasi hebat buat insan kerdil seperti saya.disamping itu,banyak juga faedah yang kita dapat sebenarnya dari lagu ini,ia membantu menguatkan otot-otot jari dan tangan anak-anak yang masih kecil,ia juga adalah kegiatan yang menggembirakan dan meningkatkan keyakinan diri.seronok bila tengok anak-anak buah saya pun melalui proses ini.

kemudian,apabila saya pandai menggunakan jari telunjuk sekitar usia sembilan bulan, arwah ibu  suka menyanyikan lagu ni ":Tun-tun nukut,Nukut dalam cupak, Mana tikus mondok, Menyorok bawah ketiak."Lagu ini digayakan oleh ibu dengan mengetuk-ngetuk satu jari telunjuk ke tapak tangan yang satu lagi. Apabila habis lagu dinyanyikan, ibu akan menggeletek bawah ketiak saya supaya berasa geli dan ketawa. Pada peringkat ini saya juga diajar menepuk tangan dengan lagu Tepuk Amai-Amai.Apabila saya bertatih belajar berjalan lagu berikut dinyanyikan:"Tak teh kayu api,Sudah letih jalan lagi".

Antara agu lain yang dinyanyikan oleh arwah ibu, termasuklah 'Buai Laju-Laju,Rasa Sayang,Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam, Enjit-Enjit Semut, Lompat Si Katak Lompat dan Tebang Tebu'.Lagu kanak-kanak Melayu klasik ni memanag mengandungi mesej berserta aksi atau pergerakan kreatif, ia yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukan sahsiah generasi kita sejak turun-temurun. Lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu mesej Islam,taat kepada Allah, nasihat, nilai moral tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai rasa kasih sayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak banyak diselitkan dalam lagu ini.Malangnya, lagu ini semakin dipinggirkan. Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti. Dari sini,keyakinan diri mereka akan terbentuk.

Mereka seterusnya, akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar.Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan selalu diulang.Zikir dan lagu klasik Melayu menepati ciri-ciri itu. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita. Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang diberi kepada anak. Setiap arahan perlu tepat, jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai. Contohnya, permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat. Aksi melompat dengan tinggi, menggalakkan perkembangan fizikal dan membantu anak mengenali konsep rendah dan tinggi.Perkembangan akal kanak-kanak ditingkatkan melalui permainan berlagu, terutama lagu yang menggunakan gerak tangan.Saya sangat suka lagu Air Pasang Dalam yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk meningkatkan potensi otak kanan dan kiri. Aksi lagu ini juga dimainkan dua berkumpulan. Ia baik untuk perkembangan emosi dan sosial anak.Banyak juga lagu yang berunsur teka-teki, mengenal abjad dan matematik yang baik untuk minda anak.

Permainan berlagu Mak-Mak Pergi Pasar, contohnya, mengasah kemampuan anak untuk mengenal dan mengeja warna.Kegiatan nyanyian beraksi dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.Anak kecil yang aktif menunjukkan bahawa dia akan membesar menjadi anak cergas. Ia seperti sabda Rasulullah saw bermaksud:'Keaktifan anak pada masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa.´
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Bagi ibu bapa, anda haruslah memahami bahawa kanak-kanak gemarkan nyanyian dan pergerakan. Mereka banyak belajar melalui nyanyian dan permainan. Ada ibu bapa yang agak malu untuk menyanyi dan melakukan aksi lagu bersama anak-anak. Sikap ini mesti dikikis dan digantikan dengan sikap memupuk minat berkreatif melalui zikir, nasyid dan nyanyian.Setiap aksi mesti dimulakan oleh ibu bapa kerana anak suka meniru. Ia adalah antara kegiatan masa berkualiti yang harus dilakukan setiap hari bersama anak-anak supaya mereka gembira dihargai dan disayangi .

selain lagu-lagu klasik dan permainan klasik di atas , arwah ibu saya juga sering membawa saya kemajlis berzanji , marhaban dan nasyid . dalam pada masa yang sama sebenarnya arwah ibu telah mendedahkan kepada saya akan pentingnya hidup berjemaah dan galakan ke surau dan masjid . iyalah , hampir semua program diatas semuanya berlangsung di surau dan masjid-masjid di kampung , zaman dahulu manalah ada dewan atau pentas sebagainya . cuba anda bayangkan perbezaannya dengan zaman sekarang . nilai-nilai klasik ini semakin pupus dikalangan kanak-kanak.masing-masing didedahkan dengan 'facebook,youtube,ps3' dan sebagainya dimana tidak melibatkan aktiviti dua hala .

saya cukup bimbang dengan revolusi ini.permainan konda-kondi , layang-layang , gasing , guli , teng-teng semakin sukar kita lihat wujud dikalangan kanak-kanak .tapi begitulah lumrah dunia , yang lama diganti baru , yang baru meneraju untuk maju . mungkin , dari sudut positifnya , pasti ada kebaikan yang tersirat dari peralihan nilai kontemporari ini didalam jiwa anak-anak nanti .

mungkin akan datang siapa tahu semuanya ini akan kembali semula kepada fitrah yang lebih baik ? mungkin nilai kontemporari ini hanya satu proses yang perlu dilalui anak-anak bagi menempuh proses belajar mereka untuk masa akan datang ? bukan ?

apa-apa sekali pun , saya amat berbangga dengan zaman saya.walaupun dulu menekan butang 'on' komputer pun terkapai-kapai . tapi saya tahu menekan butang baju melayu saya .

Akhir kalam , jangan terus matikan apa yang anda alami dizaman dahulu dek beredarnya zaman tapi hidupkanlah ia melalui medium yang lebih mudah untuk generasi akan datang ..diibaratkan Al-Quran . walau beratus-ratus tahun sudah turunnya ia , tapi nilai-nilai yang ada didalamnya seiring sehaluan zaman ke zaman..janganlah jadi seperti pepatah melayu yang masyhur "ibarat kacang lupakan kulit" .

wallahua3lam .



p/s:rindu pada arwah ibunda.al-fatihah.

Tuesday, January 10, 2012

Ciri-Ciri Lelaki Soleh




























Lelaki Soleh Idaman Wanita..

Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah 



aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold susahnyenakejer?" dan seumpamanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas positif belaka , maka kemungkinan besar



 anda adalah termasuk dalam golongan lelaki soleh . 


memang mcm saya . kahkahkah .tak adalah , saya jauh lagi dari ciri-ciri diatas . :)




Sumber : Jom Berdakwah FB.

Sunday, December 4, 2011

Beku

aku melemparkan sisi pandangan kepada dua ekor lalat .

 mereka asyik berbual sesama sendiri berbincang isu politik kaum lalat sebarang dua .

tahap kekerasan udara semakin kuat menerjah corong-corong hidung . seakan-akan menghukum aku .

mungkinkah udara percuma ini berubah harga nilai ? aku tidak pasti .

 yang lintas cuma terdetik di saat ini , kalau lah tuhan datang bertandang , melebar tangan mengutip hutang .

aku pasti serta merta tubuhku kekejangan . iyalah , tiada harta mampu aku cagarkan untuk menebus nilai udara percuma 24 tahun yang lepas .

Allah . hanya syukur layakku tadahkan ke langit menerima nikmat yang kau terbit .

Alhamdulillah .

Alhamdulillah ...


______________________________________________________________




sejak ,

dua menjak ,

tiga menjak ,

empat menjak ,

lima menjak ,

dan enam menjak ini saya sangat sibuk dengan kehidupan di sini .

maaf kawan-kawan saya jarang update .

insyaAllah selepas ni saya cuba curahkan kasih sayang pada blog inih .

i lap you All .


...

Thursday, November 3, 2011

Jawapan tag cayangmeowmeow

yeah..terima kasih la buat pemilik belog adik cayangmeowmeow yang comel..(adik ke?)

terima kasih tag saya dalam belog . katanya wajib jawab 11 soalan darinya , wah wah , saya ni kalau bab menjawab soalan ni memang gagal sikit . huhu . apeun saya cuba ye dik .. jom kita tengok apa soalan-soalannya..

1-SUKA KUCING TAK?

 Udy : sangat suka . tapi malu nak bela . ngeh3x .

2-NYATAKAN KENAPA,(suka kucing)

Udy : sebab dia kucing . kalau dia anjing x suka . hehe .

3-BILA 1ST TIME JATUH CINTA?

Udy : malu la nak jawab..hihihik..(lari kat tiang lampu).

4-BENDA APA PALING SAYA SAYANG?

Udy : benda yang paling saya sayang...kasut bola dan hadiah harijadi..muahaha..

5-MANA LAGI SAKIT,TEPUK SEBELAH TANGAN ATAU GF CURANG?

Udy : dua2 tak sakit . sebab dua2 tak pernah berlaku . ngee.

6-SHAMPOO APA YANG UDY GUNA?

Udy : perlu jawab ke? hihi . udy gune Clear For Men .

7-SUNNAH NABI YANG SENTIASA UDY AMALKAN?

Udy :                  :)

8-MANA LAGI BEST,HIDUP KAT BANDAR ATAU DI KAMPUNG?

Udy : kampung..sebab udy asal dari kampung..x suka bising2 ..hehe.

9-KALAU KAWAN TAK TEPATI JANJI.UDY MARAH X? KE COOL ?

Udy : kawan-kawan udy semua tepati janji...insyaAllah..kan korang?

10-PERNAH TAK SUKA KAT SESEORANG,TAPI TAK BGTAU KT DIA?

Udy : tak pernah...sebab..kebanyakkannya diorg yg suka kt udy ..ngeh3x ..

11-Kritik sikit blog cayangmeow..

Udy : Comel !

terima kasih buat adik cayangmeow...jadi udy dah jawab segala soalan adik..so..thanks sekali lagi sbb tag saya..

bye !

Sunday, October 30, 2011

waktu.

Assalamualaikum semua..

waktu berlalu sangat pantas..

sehinggakan setahun umpama sebulan..

sebulan umpama seminggu..

seminggu umpama sehari.

sehari umpama sejam..

sejam umpama seminit..

seminit umpama sesaat..

sesaat umpama sedetik..

sedetik lebih pun kita tak mampu kembalikan..

yang berlalu tetap kan berlalu..

yang berlalu takkan kembali..

hanya yang akan datang sedia menanti..

maafkan daku..

kerana...

sudah seminggu aku tak hapdet !

haha .

Friday, October 21, 2011

xyah letak tajuk.(speechless)



arab malay zainab punmi!!

layann..


maaf sbb blog ni lama sgt tak berhapdet..so..utk mengisi jumaat korang..terimalaaahh...


datok siti nurhalijah boleh cari job lain pasni.

Sunday, October 9, 2011

Akhirnya.

maaf lame tinggalkan blog ini bersawang dan berhabuk.
biaselah,laptop dah dijual,mcm nilah,sibuk dgn urusan lain.
untuk tatapan anda semua.saya akhirnya berjaya memasak kuskus...
boleh lah...sedappp...



aduih...blogger buat hal balikk pulak dah..




serabut betui...layan jelaaa...

Thursday, September 1, 2011

aku perlukan ruang

aku perlukan ruang..
sangat memerlukan ruang untuk bernafas..
ruang untuk mengeluh..
ruang untuk pejam mata..
kerana..
aku amat sesak..
teramat sesak..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.

sesak dengan makanan hari raya..
selamat hari raya aidilfitri..
ngee..

Saturday, August 27, 2011

dayman maak


wallahi ana bahibbik ya habibati..

Konsep IPHONE 5 yang sangat cool!



ini merupakan konsep yang mungkin akan dicipta didalam iphone5 yang baru.dan mungkin juga berbeza.apepun ia hanyalah KONSEP yang dicadangkan oleh aatmastudio..cool no?!

Friday, August 26, 2011

Jangan Putus Asa!!

kucing ini dah termasuk dalam sungai dan cuba berenang ke tepi.
dan akhirnya berjaya sampai ke tepi tebing.namun nasibnya masih belum selamat.kerana longkang ini sangat tinggi.
pihak kecemasan datang cuba untuk memberi bantuan dengan menurunkan tali padanya.
ironinya kucing ni tak pedulikan bantuan itu,sebaliknya menaiki tangga ni dengan keadaan yang basah kuyup.
semasa menaiki tangga tu kucing ni hampir2 terjatuh kerana kakinya licin,namun dia berusaha juga untuk terus sampai ke puncak.
sekali lagi pihak bantuan kecemasan cuba menghulurkan bantuan tapi kucing ni selamber derk je wt tak tau.
dan akhirnya..jangan putus asa! berjaya jugak menyelamatkan diri !

.
moral of the story :
jangan mudah berputus asa,pantang ajal sebelum maut dengan dugaan yang kita hadapi.sedangkan makhluk kecil seperti kucing nipun sangat tabah mengharungi dugaan,apatah lagi kita manusia yang dikurniakan akal dan iman.setiap permasalahan itu ada jalan penyelesaiannya kecuali mati.kerana mati itu adalah jalan terakhir bagi mereka2 yang syahid mencuba.so guys,jangan mudah putus harapan dengan apa yang kita usahakan.jangan mudah menyerah kalah.dan cuba sedaya upaya selagi mana kita mampu.jangan manjakan diri mendapat pertolongan dari yang lain sebelum kita mencuba sedaya upaya.insyaAllah,Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.
:)

pssst..kucing tu larik dri manusia sbb takut kene sembelih wt juadah berbuka kot.hehe.

Kucing Gangster!

'aku malik dan sebelah aku shark,lu apehal pandang2?'

Thursday, August 25, 2011

alamak!kantoi tak pose!

seekor kucing telah ditangkap JAIS kerana didapati bersalah dalam cubaan makan di restoren.beliau akan dihadapkan ke pejabat agama bagi sesi kaunseling.
sumber-Berita Hairan.

Kad Raya untuk Warga Bloggers

sebelum baca kad raya saya nak kasi ni.
dengarlah lagu ini dlu ye..




.
.
.
Klik Photo Untuk Tumbesaran Tulang.


kalau sesiapa berminat ,savelah kad raya saya yang tak seberapa ni sebagai tanda kenang kenangan ikhlas dari saya yang jauh..
doakan kita bertemu lagi diramadhan akan datang..insyaAllah.

(;

Tuesday, August 23, 2011

Bisnes.

Ayah : 'ayah nak ko kawin dgn perempuan pilihan ayah.'
Anak : 'taknak!'
Ayah : 'pempuan tu anak Perdana menteri malaysia,Dato Najib'
Anak : 'kalau camtu ok.'


kemudian,Ayah pergi berjumpa dengan Dato' Najib.

Ayah : 'kawinkan anak dato' dengan anak saya'
Dato' Najib :'Takkan!'
Ayah : 'Anak saya CEO Bank Negara'
Dato Najib :'kalau camtu ok.'

akhirnya,Ayah pergi berjumpa dengan Presiden CEO Bank Negara.

Ayah :'lantik anak aku jadi CEO Bank Negara ni.'
Presiden:'sori sikit!takkan!'
Ayah :'Dia menantu PM la,Dato' Najib'
Presiden:'Kalau camtu ok.'

INILA BISNES BRO..

pak arab sengal

disatu tempat di qatar.

-_-"

Monday, August 22, 2011

dengarkan 'ustaz' dato' sri liow tiong lai .

Pemakanan sihat ketika berbuka mampu hindari penyakit kronik

Berita Harian, Ogos 10


RAKAN Islam kita mula menjalankan ibadah puasa pada Ramadan lebih seminggu lalu. Sejak beberapa tahun, saya berkesempatan menyertai mereka pada majlis berbuka puasa dan berasa amat kagum dengan keimanan dan sikap berdisiplin dalam menunaikan ibadah ini.

Saya ingin berkongsi cerita mengenai seorang kawan Muslim saya, yang mengajar saya mengenai erti sebenar Ramadan. Dia sentiasa berbuka puasa di rumah bersama keluarganya dan akan terus pergi ke masjid selepas itu untuk menunaikan Tarawih.

Walaupun dia sering mendapat jemputan untuk berbuka puasa oleh rakan sekerja, dia menolak jemputan itu secara lembut dengan alasan lebih baik baginya untuk berbuka di rumah. Pada suatu hari saya bertanya kepadanya mengapa dia berbuat demikian. Menurutnya, Ramadan bukan soal menjamu selera dengan pelbagai hidangan dan juadah, sebaliknya ia bulan untuk dapatkan ketenangan diri, di samping membersihkan diri dan fikiran.

Kawan saya itu sentiasa sihat dan cergas dan adalah jelas bahawa dia mengamalkan prinsip serba kesederhanaan dalam semua aspek kehidupannya sepanjang tahun, bukan saja ketika Ramadan. Kita semua harus mengambil iktibar daripadanya dan falsafah kesederhanaannya itu.

Kita hidup dalam sebuah negara yang mana makanan adalah sebahagian daripada kemeriahan budaya kita. Bagi rakyat Malaysia, jamuan adalah peluang terbaik untuk keluarga dan rakan berkumpul serta mengeratkan silaturahim. Apatah lagi pada musim sebelum perayaan apabila ada begitu banyak promosi makanan dan sering digunakan sebagai alasan untuk keluar bersama sanak-saudara, kawan dan rakan sekerja.

Secara peribadi, saya seronok berkunjung ke bazar Ramadan untuk menikmati pelbagai juadah, yang kebanyakannya hanya boleh didapati pada musim ini. Memang seronok melihat rakyat beragama Islam dan bukan Islam bergaul bersama-sama di gerai makanan, berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar tip mengenai cara untuk memasak pelbagai jenis juadah yang berbeza.


Bagaimanapun, kita harus membuat pilihan bijak apabila berkunjung ke bazar ini. Jika mengikut nafsu, memang semua juadah yang dijual itu mahu dibeli, tetapi cara ini pasti akan meningkatkan pengambilan kalori anda jauh berlebihan daripada keperluan harian kita.
Ketika berkunjung ke bazar Ramadan, fikir dulu mengenai apa yang anda beli. Pastikan pilihan dibuat berpandukan prinsip amalan pemakanan sihat. Kurangkan jenis makanan bergoreng, berminyak dan manis.

Pastikan anda mempunyai pilihan pelbagai jenis makanan daripada semua kumpulan untuk berbuka puasa dan bersahur. Perbanyakkan sayur-sayuran, buah-buahan, legum, kekacang dan bijirin penuh untuk hidangan berbuka puasa dan bersahur.

Apabila berbuka puasa, makan perlahan-lahan bagi meredakan kelaparan dan kehausan. Mulakan dengan makan kurma atau buah-buahan dan segelas air, biarkan ia hadam dan seelok-eloknya tunaikan sembahyang Maghrib sebelum menikmati hidangan utama. Pastikan anda minum banyak air bagi mengelakkan kekurangan air.

Ada kawan saya bergurau mengatakan berat badan mereka bertambah pada bulan puasa. Perkara ini mungkin berlaku sekiranya jumlah makanan yang anda makan ketika berbuka dan bersahur jauh melebihi daripada apa yang biasa anda makan ketika bukan bulan puasa.

Saya bersetuju dengan kawan Muslim saya yang memberitahu bahawa berpuasa boleh menjadikan seseorang itu lebih peka. Selepas beberapa hari berpuasa, paras endorphin (bahan kimia pada otak yang membuatkan seseorang ceria) muncul dalam darah, lantas memperbaiki kesejahteraan mental kita secara keseluruhannya.

Ramadan juga masa untuk merenung mengenai kesengsaraan yang dialami oleh golongan kurang bernasib baik. Sesungguhnya, jika kita semua – sama ada umat Islam dan bukan Islam – sama-sama mengamal dan mematuhi prinsip ini, kita semua akan muncul sebagai masyarakat yang lebih sihat dan lebih bahagia. Kepada semua rakan Muslim saya, selamat menjalankan ibadah puasa pada Ramadan ini.

Dato’ Seri Liow Tiong Lai ialah Menteri Kesihatan Malaysia. Dalam kolum ini, beliau berkongsi perspektif peribadinya mengenai kesihatan dan pembangunan rawatan kesihatan di Malaysia. Ikuti beliau melalui blognya (www.liowtionglai.com/blog), atau Twitter (@liowtionglai)


sumber : disini .

Tuesday, August 9, 2011

Thursday, August 4, 2011

Menaruh Harapan


persetankan rambut setebal rosmah , gincu merah berkilat dan baju kebaya merah mak ngah.






Tajuk Lagu: Menaruh Harapan
Penyanyi/Artis: Zaiton Sameon

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh

Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap…
Dihati kecil ku menaruh harapan…

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu…




semoga Allah memberi ketabahan buat diriku..

Tuesday, August 2, 2011

Kenangan puasa # 1

setiap daripada kita pasti mempunyai pengalaman dan kenangan pahit manis sewaktu puasa.daripada kenangan itulah menjadikan ramadhan itu satu bulan yang istimewa dari bulan-bulan lain.bahkan,menjadikan kita lebih matang dalam proses pematangan dalam ibadah.so i wanna to share my stories to you.:)
P/S:dengar lagu ni sewaktu membaca syok jugak kot.hehe



Tak tahan .


waktu kecik2 dlu,mak sy dah wajibkan utk anak2nya berpuasa seawal umur 6 tahun.selepas tarbiyah solat 5 waktu semasa umur 5 tahun,tahun selepasnya kompem wajib pose 30 hari penuh.kalau sape tak penuh,mak kate xnak belikan baju raye.well,sbgai kanak2 yg belum baligh,memahami erti ikhlas dlm puasa sudah tentu tidak sekali,demi mendapatkan kasut raye baru yg dulu femes dgn kasut power rangers yang ada lampu kelip2 kat bawah,menjadikan sy sgt bersemangat menempuhi ibadah puase.(padahal raya pertama je lampu tu dah rosak,sebab asyik pijak nak tunjuk kat kawan).

setiap pagi,mak tak pernah lupa nak kejut sy bangun sahur,bermula dgn amaran kejutan pertama dari akak2,dtg pula amaran kedua dari mak,kalau liat jugak nak bangun,amaran ketiga yg terakhir dtg dri ayah bawak air dlm gayung.tak cakap banyak terus simbah.waktu dlu2 sy sgt bengang sbb ia menggangu waktu jelajah mimpi saya.dan tak faham kenapa la family sy nak sgt sy bgun sahur.bila dah besar2 mcm ni,dah blajau agame,barulah sy faham,pd sahur tu bukan sahaja menampung lapar dahaga,malah padanya ada barokah,padanya ada hikmah,dan yg paling penting,bgun sebelum makan itu memberi peluang utk kaum muslimin melakukan ibadah tahajud,tilawah,dan zikir.(namun ia sgt2 dipraktikkan kita).bukan tu saja,bila sy diperantauan sebegini,barulah sy tahu,sahur itu mengumpul silaturrahim keluarga di awal pagi.islam itu indah sgt,ramadhan itu berkat sgt,anak2 yg jarang bersarapan dgn ibubapa yg kesibukkan,dpt merasai kemanisan bersahur bersama2.kdg2 diselangi dgn gurau senda dri si ayah dan ibu . subhanallah cantik kan?.sy kat sini sahur sorg2 aje.bgun sendiri,masak sendiri.dats why tahu akan hikmah sahur.olrite,jauh sudah sy sesat menyimpang.

adalah satu pagi tu,saya bangun 15 saat sebelum azan barangkali.baru usai meneguk minuman.azan sudah berkumandang,bersembur air dari mulut mulus sy.cepat2 saya kumur2 agar parasit rasa manis tidak menjamah deria lidah saya.ah,penangan bangun lewat sebegini sememangnya malang.dengan seusia sekecil itu,perkataan 'letih' sudah bermain melayang di kotak fikiran saya.niat di hati,arini tak sahur,nak mtk 'M.C' kt mak lah.hehe.

seperti biasa,bulan ramadhan ni sy bukan seperti kanak2 lain.pasif dan lembab seolah2 menanggung 1 tan bebanan di bahu.saya tak kira,main tetap main,bukit dan semak tetap saya redah.lubang2 ular dan lubang2 tenggiling saya teroka.saya yakin kaum2 ular dan tenggiling sudah melabel sehelai kertas notis amaran kepada kawan2 beliau,muka saya ni 'WANTED' sbgai makhluk perosak.barangkali binatang-binatang lain seperti tikus,itik,ayam,kucing juga berkumpul melakukan mesyuarat tergempar demi mengelakkan keganasan saya.yela,prinsip sy waktu kecik,Allah cipta bumi ni luas.jadi apa salahnya kalau sy kaji isi perut bumi ni satu2 kan?sampaikan pokok jambu belakang rumah saya,abis diubahsuai menjadi pondok tmpt sy membuang lelah.

awal pagi tenaga sy memang rancak .tapi ceritanya disini,masuk tengahari saja,mulalah tangki tenaga saya sudah kering.pegang lastik pun dah tak larat.dengan harapan dan azam yang tinggi.saya dengan comotnya datang pada emak sy yg sedang leka memasak kuih raya.sambil mengelip2kan kelopak mata,diikuti menongkak dagu dihadapan emak,saya bersuara

saya:"mak,sedapnya kerepek tu,mak nak adik tolong rasa?mana tau x cukup garam..boleh kan kan?".
mak:"boleh,nak rasa ke?tapi tak dapatla kasut power rangers kelip2 tu..(sambil memandang sinis)".
saya:"(aish,tak boleh jadi ni,mak bermain psikologi).ala mak..tdi x sahur..letih la..mak..tolong picit pale leh?pening la.."
mak:"(terus memicit si anak yg berpura2,naluri ibu tidak pernah lelah menyayangi anaknya)".
saya:"mak jap2,tak tahan..(berlari ke singki).."
mak:"memandang dengan senyuman."
saya:"mengelak pandangan mak sambil menjolok tekak dengan harapan muntah keluar.dan berjaya".
saya:"mak..adik muntah ni..cane?.terus berlari ke bekas kerepek..dan tanpa segan silu dan inesen mengunyah kerepek pisang"
mak:"tersenyum lagi dan terus menggoreng"
saya:mak..sedap la kerepek ni..kalau tambah garam lg sedap kot..mak nak buh lam bekas eyh?(berlalu tanpa rasa bersalah)".
mak:"hanya mampu tersenyum dan membalas : petang ni orang yang tak pose,takleh makan sama2 . dia kene duk depan tv bagi isyarat kt org pose dh azan ke belum.ok?'
saya:"laa..(menyesal)".

begitulah taktik kotor saya..huhu..bila dikenang kembali..geli sendiri urat ketawa saya..tapi apabila fikiran dan memori ini menerawang jauh..mahu saja diraung dan dititiskan luhuran air mata..emak saya sudah menetapkan janji bertemu sang pencipta seawal saya berumur 11 tahun..sesungguhnya..saya amat merindui suapan sahur emak diwaktu saya pada mula2 saya belajar puasa..mak..Salam Ramadhan buatmu sang penghuni syurga..

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...