Rabu, 22 September 2010

LUKA SEMAKIN PARAH.

Indonesia larang calon amah ke Malaysia


GAMBAR kesan deraan dipercayai dilakukan majikan terhadap Winfaedah selepas dia ditemui di tepi jalan di Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.


JAKARTA - Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar semalam melarang calon pembantu rumah pergi bekerja di Malaysia sehingga pemerintah republik itu mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.

Kenyataan itu adalah reaksi kepada kejadian terbaru penganiayaan terhadap amah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 September lalu.

Kejadian itu, katanya, menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi.

"Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,'' katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com.

POLIS telah pun menahan suspek berkenaan dan pasti didakwa.......


GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri ditahan di sebuah pangsapuri di Jelutong dekat sini kelmarin selepas dipercayai mendera dan merogol pembantu rumah mereka.
Kedua-dua suspek berusia 41 dan 36 tahun itu ditahan pada pukul 9.15 malam selepas mangsa yang berusia 26 tahun dan berasal dari Jawa Timur membuat laporan di Balai Polis Nibong Tebal pada 12 September lalu.

Berikutan krisis yang tidak berkesudahan dan semakin merenggangkan hubungan antara kedua-dua negara,isu terbaru ini menambahparahkan luka-luka yang sedia ada..

Kumpulan BENDERA memang semakin teruja dan tak sabar nak serang Malaysia dengan bala tentera kebalnya seramai 200 orang itu....


Mereka memang sedang memaksa Presiden SBY segera mencari jalan untuk membawa pulang kira-kira dua juta tenaga kerja Indonesia yang mencari nafkah di Malaysia demi mempertahankan kehormatan serta kedaulatan negara dengan lebih 17,000 kepulauan itu.

Eloknya Malaysia membatalkan terus mengimpot amah dari sana.Nampak sangat mereka nak juga hantar pekerja ke Malaysia dengan alasan sehingga ada perlindungan yang jelas...

Rasanya kita tidak mempunyai masalah besar kalau amah dari Indonesia tidak hadir kerana masih banyak negara jiran tetangga kita perlukan pekerjaan di bumi kita seperti Filifina dan Bangladesh.


Sepatutnya mereka bersyukur kita telah membuka peluang rezeki kepada sebahagian besar rakyat mereka .Kita juga tidak menyokong rakyat kita yang jahat seperti mendera dan tindakan undang-undang tetap dikuatkuasakan......



3 ulasan:

  1. salam UG
    kasihan dengan di mangsa
    teruk badan dia

    InsyaAllah... akan pulih kembali seperti sedia kala. Kasi belasah itu couple INDIA.
    suka2 hati dera orang tanpa ada BESAR HATI

    BalasPadam
  2. Salam bro, kita tidak nafikan kebanyakan pelaku penderaan ini dilakukan oleh majikan yang bukan Islam..... tetapi, pihak-pihak yang melonjak di Indonesia juga perlu menilai bagaimana perihatinnya Kerajaan Malaysia terhadap mangsa-mangsa yang dianinya...dan mereka juga perlu membuka mata berapa ramai dari kalangan pembantu rumah Indon ini telah menganianya majikan mereka walau pun majikan mereka memberi layanan yang baik..

    Kalau kita lihat sekarang, kebanyakan warga kerja Indonesia tidak menghiraukan larangan kerajaan mereka sehingga ada yang sanggup menyeludup ke Malaysia secara gelap, mereka tidak mampu menampung kos yang tinggi yang dikenakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dari Indonesia sendiri..... kekadang yang berkepentingan ini lebih sudu dari kuah...

    BalasPadam