Sabtu, 25 September 2010

BUKAN KUASA MENTERI PELAJARAN.....KIT SIANG PENING KE?


 Kit Siang tak faham undang-undang? Tuduh Tan Seri Muhyiddin pilih bulu dan tidak bertindak....

MUHYIDDIN MEMBIDAS......



"Lim Kit Siang,, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan. Nama aje ketua pembangkang tetapi tidak tahu apa-apa." 

  Beliau mencabar orang kuat DAP itu untuk membuktikan di segi peruntukan perundangan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh Menteri Pelajaran untuk mengambil tindakan disiplin.
 Dakwaan Kit Siang  Muhyiddin enggan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Pelajaran untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua di Kulaijaya dan seorang guru di Bukit Selambau yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.
Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan seperti pengetua sekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang tindakan tatatertib terhadap kakitangan kerajaan berjawatan tetap mestilah mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada, setiap tuduhan juga perlu disiasat dengan teliti, manakala pegawai kerajaan yang dituduh itu diberikan peluang seadil-adilnya untuk menjawab tuduhan terhadap mereka.

Katanya jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadap guru dan pengetua itu telah pun selesai menjalankan tugas mereka.
Muhyiddin berkata, di dalam kes pengetua dan guru sekolah terbabit yang merupakan pegawai kerajaan berjawatan tetap, kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka terletak di bahu Ketua Setiausaha Negara.

"Saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya," katanya
"Kit Siang tidak faham ,bersikap emosional dan politikal, tak pernah jadi pegawai kerajaan. Dia orang politik, 100 peratus totok politik. Dia tidak faham dengan soal pentadbiran,hanya menarik perhatian dan sokongan" katanya.
"Hanya pihak yang melantik (pegawai kerajaan) sahaja berkuasa dan berhak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya, menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai kerajaan berjawatan tetap,"
LAGAKNYA KIT SIANG SAJA BUAT BODOH SEBAB KONONNYA DIALAH HERO DAP?

Jumaat, 24 September 2010

ANDA BUAT ANDA DAPAT....Kenapa menuding jari kepada UMNO?

BUDAYA POLITIK NEGATIF MENULAR DALAM PEMILIHAN PKR...Demikian diakui sendiri oleh Saifuddin Nasution....

Setiausaha Agung PKR berkata 'Sebanyak 176 Aduan Telah Di Terima'

Pemilihan PKR yang sedang diadakan sekarang ini jelas sekali seolah-olah membuka "pekung di dada". Menerusi pemilihan ini juga banyak "adengan yang tidak ingin kita lihat" telah berlaku. Justeru itu, pucuk pimpinan parti perlulah memainkan peranan penting untuk memastikan hanya mereka yang bersih sahaja diterima pencalonan mereka, terutamanya bagi jawatan tertinggi parti. Apa yang dapat disaksi, memang terdapat budaya UMNO yang semakin menular dalam PKR sekarang ini. Ikuti sidang media bersama Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang telah diadakan baru-baru ini.

[Budaya seperti penyalahgunaan kuasa, penipuan, samseng serta politik wang terus melanda parti itu. Perpecahan akhirnya berlaku di mana-mana tanpa dapat dibendung lagi. Soalnya sekarang, apakah ini rupanya PKR. Parti yang dianggap alternatif untuk membawa arus perubahan tiba-tiba masih melakukan kegiatan yang sama seperti UMNO dulu. Jika inilah keadaannya, maka kami juga yakin akhirnya PKR pula akan ditolak rakyat. Oleh itu, pembersihan perlu dilakukan segera. Setiap aduan perlu disiasat tanpa
"pilih bulu". Jika tidak, sudah pasti akan ada yang kecewa dan akhirnya mengambil tindakan diluar batasan. Politik bukanlah alasan untuk menghalang mereka yang kecewa menolak sesebuah parti itu. Oleh itu, pimpinan pusat perlu memantau segera apa yang berlaku ini jika mahu melihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus relevan untuk rakyat]....dipetik dari Pahang Daily...

 komen Udanggalah...
KENAPA menuding jari kepada UMNO,semua yang berlaku budaya UMNO menular dalam PKR...
Habis mana dia budaya PKR..Ini pemilihan PKR...BUKAN UMNO..
Sedangkan UMNO berupaya membenteras politik wang semasa pemilihan partinya,walaupun mendapat kutukan dari PKR dan pembangkang.
Kalau orang UMNO masuk PKR kerana membenci cara UMNO kenapa bawa kebencian itu ke dalam PKR?...
ITULAH...kita selalu nampak salah orang ,bila kita buat salah masih menuduh ianya berpunca dari orang lain tanpa kita sedar bahawa kita yang TERUK.

TERNYATA PEMILIHAN PKR begitu gedebeh kerana parti itu wujud kerana kepentingan individu ...baru pemilihan pertama sudah disaluti budaya KOTOR ciptaan sendiri..


Khamis, 23 September 2010

Pengarang PLAYBOY INDONESIA akan serah diri.

 Majalah Playboy 'VERSI INDONESIA' 

telah mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat apabila berada dipasaran Indonesia pada 2006. Ramai yang menentangnya tetapi dalam masa yang sama ramai pula yang suka hingga keluaran sulung Playboy habis dijual dalam masa yang singkat.

  Walaupun tidak disukai kehadirannya dan kandungan majalah itu dilihat lebih "bersopan", Playboy sebenarnya telah berjaya "menakluki" Indonesia, sebuah negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.

  Apabila berasa umat Islam di negara ini seakan-akan sudah dicabar, organisasi-organisasi Islam termasuk kumpulan radikal seperti Barisan Pembebasan Islam (FPI) melancarkan "perang" terhadap penerbit majalah Playboy sehingga majalah itu ditarik balik.


JAKARTA: Pendakwa raya berkata bekas pengarang edisi tempatan majalah Playboy yang kini dibubarkan berjanji menyerah diri pada 8 Oktober ini.
Bekas pengarang Playboy Indonesia yang dikenakan hukuman penjara 2 tahun oleh mahkamah Agung Indonesia pada 27ogos lalu atas tuduhan menyiarkan gambar wanita separuh bogel dalam keluaran sulung majalah itu....


Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Selatan berkata Erwin Arnada akan muncul untuk menghabiskan hukuman penjara dua tahunnya atas sabitan perbuatan tidak senonoh. Pendakwa raya diberitahu mengenai kesediaan Erwin menyerah diri selepas menghantar keputusan saman akhir kepadanya untuk hadir pada hari ini.


Bersabit penerbitan majalah itu bantahan di Indonesia pernah menyuarakan....Di Iraq dan Afghanistan Amerika memerlukan berbilion bilion dollar untuk dibelanjakan  juga korban nyawa tentera dan rakyat mereka untuk memporakperandakan masyarakat dikedua dua negara itu, Di Indonesia, mereka hanya perlukan  sebuah majalah Playboy untuk memporakperandakan masyarakat Islam.....


Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.

SEKARANG SIAPA YANG DAH MULA MASUK LUBANG BIAWAK...?

CUEPACS perjuang BONUS kakitangan awam...orang kampung siapa bela?

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.
Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.

"Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.


OMAR selain itu berkata pemberiaan bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara.Eloklah tu memang tugas Kesatuan membela kebajikan ahlinya tentang gaji,elaun,insentif dan sebagainya demi khidmat yang telah dicurahkan memperkasakan perkhidmatan awam.

Tetapi terkadang rakyat kecewa juga bila sesetengah kaunter perkhidmatam awam yang begitu lembab terutamanya melibatkan majlis tempatan.Itu yang biasa kita dengar kelewatan dalam pelbagai urusan..contohnya proses permohonan tanah yang memakan masa bertahun-tahun.Begitu juga perkhidmatan di kaunter-kaunter bayaran,selalu membosankan dan mencuri masa orang awam.

Bagaimanapun pembelaan Kesatuan Sekerja begitu berarti kepada penjawat awam...cuma kekadang aku terfikir rakyat di kampung siapalah pembelanya.Kalau peneroka Felda rasanya sudah cukup terbela,itupun masih ramai yang tak berterimakasih dan bersyukur...



Harapan terus dipertaruhkan kepada KERAJAAN dalam pembentangan budget bulan depan agar semua rakyat mendapat manfaat yang saksama khususnya rakyat terbanyak yang masih hidup dibawah PARAS KEMISKINAN...







Rabu, 22 September 2010

LUKA SEMAKIN PARAH.

Indonesia larang calon amah ke Malaysia


GAMBAR kesan deraan dipercayai dilakukan majikan terhadap Winfaedah selepas dia ditemui di tepi jalan di Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.


JAKARTA - Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar semalam melarang calon pembantu rumah pergi bekerja di Malaysia sehingga pemerintah republik itu mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.

Kenyataan itu adalah reaksi kepada kejadian terbaru penganiayaan terhadap amah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 September lalu.

Kejadian itu, katanya, menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi.

"Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,'' katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com.

POLIS telah pun menahan suspek berkenaan dan pasti didakwa.......


GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri ditahan di sebuah pangsapuri di Jelutong dekat sini kelmarin selepas dipercayai mendera dan merogol pembantu rumah mereka.
Kedua-dua suspek berusia 41 dan 36 tahun itu ditahan pada pukul 9.15 malam selepas mangsa yang berusia 26 tahun dan berasal dari Jawa Timur membuat laporan di Balai Polis Nibong Tebal pada 12 September lalu.

Berikutan krisis yang tidak berkesudahan dan semakin merenggangkan hubungan antara kedua-dua negara,isu terbaru ini menambahparahkan luka-luka yang sedia ada..

Kumpulan BENDERA memang semakin teruja dan tak sabar nak serang Malaysia dengan bala tentera kebalnya seramai 200 orang itu....


Mereka memang sedang memaksa Presiden SBY segera mencari jalan untuk membawa pulang kira-kira dua juta tenaga kerja Indonesia yang mencari nafkah di Malaysia demi mempertahankan kehormatan serta kedaulatan negara dengan lebih 17,000 kepulauan itu.

Eloknya Malaysia membatalkan terus mengimpot amah dari sana.Nampak sangat mereka nak juga hantar pekerja ke Malaysia dengan alasan sehingga ada perlindungan yang jelas...

Rasanya kita tidak mempunyai masalah besar kalau amah dari Indonesia tidak hadir kerana masih banyak negara jiran tetangga kita perlukan pekerjaan di bumi kita seperti Filifina dan Bangladesh.


Sepatutnya mereka bersyukur kita telah membuka peluang rezeki kepada sebahagian besar rakyat mereka .Kita juga tidak menyokong rakyat kita yang jahat seperti mendera dan tindakan undang-undang tetap dikuatkuasakan......



Selasa, 21 September 2010

MENANTI 'PUTERI 'TURUN DARI KAYANGAN.

1,817 calon menduduki peperiksaan UPSR di bahagian Paya Besar....
PUTERI UMNO BAHAGIAN PAYA BESAR AKTIF DALAM PROGRAM PENDIDIKAN..MEMBAKAR SEMANGAT PELAJAR-PELAJAR YANG MENDUDUKI UPSR....

KUANTAN – Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar di daerah ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Paya Besar menyumbang alat tulis berupa pensel dan pemadam kepada 1,817 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam.

Ketuanya, Norydal Othman berkata, sebanyak 27 sekolah iaitu lapan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Lepar, 10 di DUN Panching dan sembilan di DUN Sungai Lembing terlibat dalam pemberian alat tulis itu.


Menurutnya, ini adalah tahun kelima pihaknya menjalankan program pengagihan sumbangan seumpama itu kepada calon UPSR dan berharap tradisi itu dapat dikekalkan pada tahun-tahun seterusnya. 


Tahniah kita ucapkan kepada Ketua Puteri Bahagian Paya Besar,Saudari Norydal..Memang beliau salah seorang ketua puteri yang aktif dan banyak sumbangan dalam aktiviti puteri.Harapan juga kita sandarkan kepada semua ketua puteri bahagian agar sama-sama memacu pergerakan puteri masing-masing kerana harapan dipertaruhkan kepada sayap puteri demi pemulihan dan kebangkitan UMNO amnya.


Keahlian puteri perlu dijadikan agenda utama....


UMNO ada ahli melebihi 3 juta orang. Jika kita andaikan satu pertiga daripada mereka mempunyai seorang anak gadis yang dalam usia Puteri UMNO, maka sudah tentu mereka dapat kumpulkan seramai satu juta ahli.....


Sementara itu sejumlah 66,000 daripada 315,473 ahli Pergerakan Puteri Umno belum berdaftar sebagai pemilih, kata ketuanya Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin . 

Beliau berkata dengan penubuhan Bilik Gerakan Pilihan Raya di setiap negeri, Puteri Umno dapat mengenal pasti dan mengeluarkan peringatan kepada ahlinya yang mencapai umur 21 tahun untuk berdaftar sebagai pemilih.

Walaubagaimanapun syabas Puteri yang banyak membantu memulihkan UMNO , jika dibandingkan dengan Pemuda yang semakin lesu tak bermaya....

Menjelang PRU ke 13 nampaknya UMNO perlu kekuatan dari semua peringkat...DIHARAP PUTERI AKAN BERAMAI-RAMAI TURUN DARI 'KAYANGAN 'demi menunaikan tanggungjawab seiring dengan harapan rakyat dan menjana sokongan terhadap BN...

Ahad, 19 September 2010

PELABURAN ASING MEROSOT ANGKARA SIAPA?

Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"Sedangkan masalah itu mereka yang usahakan dan kemudian dia tuduh kerajaan yang salah. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menarik ketibaan pelabur luar ke dalam negara,"



Apakah yang hendak dicapai oleh pembangkang dengan memburuk-burukkan Malaysia di luar negara selain kepentingan politik? Mahu meminta campur tangan asing untuk menyelesaikan masalah negara? Bukankah sebagai Ahli Parlimen,  ruang untuk bersuara ada di dalam Parlimen?

 Datuk Seri Jamil Khir Baharom pernah berkata:
"Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.
"Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara,”

TERNYATA TUGAS PEMBANGKANG BUKAN LAGI 'MENEGUR TAPI MELEBUR'.......

TIDAK PERLU KUTIPAN DERMA.

SHAH ALAM – Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya tidak membenarkan sebarang usaha pihak tertentu yang mengadakan kempen memungut derma membiayai jamuan majlis bacaan tahlil, bacaan doa untuk jutawan kosmetik itu.

Abang Sosilawati, Maskor Lawiya berkata, tindakan pihak tertentu yang melancarkan kempen memungut derma melalui laman sosial untuk membiayai majlis tahlil dilihat sebagai memalukan keluarganya.


“Mungkin niat mereka baik, kumpul derma dari orang ramai untuk mengadakan tahlil untuk Sosilawati tetapi tindakan ini memalukan keluarga kami.

“Kami tidak membenarkan usaha itu dilakukan kerana Sosilawati dikenali sebagai orang yang berada. Jika mahu buat majlis tahlil tidak perlu memungut derma kerana duitnya ada,” katanya.

Tindakan sedemikian dikesan daripada sebuah akaun dari laman sosial Facebook yang memohon sumbangan daripada rakan- rakan Sosilawati dan orang ramai untuk tujuan mengadakan majlis tahlil:. 


KOMEN UDANGGALAH....Betullah tu,walaupun kematian Sosilawati begitu tragis dan menarik simpati pelbagai pihak,tetapi bagi keluarganya kedudukan mereka tidak memerlukan wang kutipan derma untuk tujuan tahlil atau sebagainya. Mungkin bagi mereka kutipan derma lebih mustahak untuk mereka yang memerlukan. Walaubagaimanapun terimakasih kepada mereka yang berniat ikhlas tetapi juga membimbangkan jika ada yang mengambil kesempatan dari situasi ini....

Di Sebalik Wajah....Suspek Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati dan yang lain.lain...

Butiran Suspek.. Datuk Patmanabhan A/L Nallianen (kiri) dan Surenden A/L Nallianen (kanan).


APA ADA PADA NAMA? APA ADA PADA RUPA?........lihatlah dan nilailah sendiri...

Sabtu, 18 September 2010


Myspace Graphics
Myspace Graphics and Myspace Layouts

BANTAHAN TERHADAP MAJLIS PEGUAM.

MAJLIS PEGUAM GAGAL MENGESAN DAN MEMBERSIHKAN PEGUAM PENJENAYAH...Itulah, mereka selalu nampak salah orang lain tapi apa dah jadi pentabiran DALAMANnya....

Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah.

Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.



Dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

SEMENTARA ITU MAJLIS PEGUAM PERNAH MENDAKWA POLIS GAGAL MENJALANKAN TUGAS....

Presidennya, K Ragunath berkata setiap tahun, kira-kira 30 hingga 40 peguam dipecat oleh Majlis Peguam dan laporan polis terhadap mereka juga telah dibuat, namun tiada sebarang tindakan lanjut diambil.

"Dalam Majlis Peguam, kita memiliki sebuah lembaga disiplin yang tegas dan berdikari bagi menangani peguam menyeleweng, namun, hanya itulah kuasa yang kami ada, kami tidak berkuasa menghantar mereka ke penjara.

"Isu kami di sini ialah polis lambat bertindak dalam kes sedemikian. Kami bersedia membantu polis jika mereka ingin mengambil tindakan rasmi terhadap peguam menyeleweng.

TERNYATA MAJLIS ITU BIASANYA NAMPAK KESILAPAN ORANG LAIN..Sekarang mana kredibeliti mereka TENTANG ISU PEMBUNUHAN SOSILAWATI bersama 3 yang lain.JELAS profesionalisma guaman itu digunakan untuk gerakan jenayah kejam...PENIPUAN dan PEMBUNUHAN....

Dahulu kita biasa digemparkan dengan tindakan Majlis Peguam yang tidak profesional antaranya... Perarakan membantah Akta Pertubuhan 1978 tentang Hak Asasi Manusia...Perarakan sokongan terhadap Zainur Zakaria yang ternyata menghina mahkamah dan Perarakan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman...

Hari ini wajarlah NGO2 berarak dan membantah Majlis Peguam kerana kegagalan mereka pula....

Menurut rekod profesion undang-undang Malaysia mempunyai lebih kurang 12,000 ahli dan keahliannya sedang bertambah sebanyak 10-15% setahun. Setiap peguam bela dan peguam cara adalah ahli Badan Peguam Malaysia secara automatik asalkan mereka memegang perakuan amalan yang sah.

JELAS SEKALI SUSPEK PEGUAM PENJENAYAH itu tidak menuruti amalan kerjaya guaman yang sah?

Jumaat, 17 September 2010

JAWATAN PRESIDEN HANYA BONEKA.


PRESIDEN TAK ADA KUASA....MACAM PATUNG atau hanya sebagai PAK TURUT kepada Penasihat... ITULAH Realitinya PKR...

Zaid akui dakwaan jawatan Presiden hanya boneka

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) 'mengiakan' dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan presiden dalam parti itu hanyalah jawatan boneka kerana dakwanya ada pihak lain yang lebih berkuasa.

Zaid berkata, dalam PKR, presiden selaku orang nombor satu tidak mempunyai kuasa seperti sepatutnya kerana terdapat pihak yang lebih berkuasa iaitu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu blog UMNO Bhg. Cheras melaporkan... PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekadar ‘patung bernyawa’ kerana tidak berupaya menerajui parti itu sehingga terpesong matlamat perjuangannya. Menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Haji Md. Nasir Ghani, Dr. Wan Azizah hanya menjadi pak turut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan segelintir pemimpin yang berkepentingan. PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh disifatkan sebagai ‘katak bukit’ yang suka menjerit memaki-hamun kerajaan kerana cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai. Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, gelaran ‘katak bukit’ memang tepat dipadankan dengan Anwar kerana perlakuan politiknya banyak menimbulkan kesusahan kepada rakyat. Katanya, ‘katak bukit’ bukan sekadar bijak melompat tetapi cekap berpaut di mana-mana pokok asalkan memperolehi keuntungan dan keselamatan kepada dirinya. “Pada dasarnya Dr. Wan Azizah Presiden PKR, tetapi beliau hanya patung bernyawa yang dikawal-selia oleh mereka yang berpergaruh dalam parti itu,” katanya.

SEBENARNYA SEMUA ORANG TAHU DAN LIHAT KEADAAN YANG BERLAKU ITU..SEHINGGAKAN PEMILIHAN PKR pun dalam percaturan Sang Katak Bukit seluruhnya.. Itulah yang dilakukan Anwar semasa dalam UMNO dahulu... JADI TAK HERAN LAH APA YANG BERLAKU DALAM PKR SEKARANG........

Khamis, 16 September 2010

JAWAB SAMBIL SINDIR


Datuk Seri Khir Toyo....PUJI SATU MENGENA BANYAK..begitulah layaknya ketua pembangkang Selangor yang pernah menerajui negeri itu......

DALAM wawancara dengan Malaysiakini......
Sebagai ketua pembangkang, adakah Datuk lihat apa-apa tindakan kerajaan negeri yang dianggap baik?

Langkah yang baik, sudah tentu. Saya beritahu, ada baiknya dia buat, umpamanya air percuma. Kalau perkara ini diteruskan dan tidak membantutkan ekonomi Selangor, bagus. Jangan sampai membantutkan ekonomi negeri. Yang lainnya (kebaikan) saya tidak nampak. Mana penerusan (dasar) kerajaan lama seperti beri bantuan kepada orang meninggal berusia 60 tahun ke atas? Masa BN dulu kita beri kepada semua tanpa perlu daftar. Kalau rakyat Selangor tinggal di Selangor, meninggal, pergi balai polis, bukti dia bayar RM1000. Hari ini dia bayar RM2,500 tapi kena daftar dulu. Kalau tak daftar tak boleh. Bila ditanya bagaimana bantuan orang meninggal itu diberi Khir jawab..on the spot..berbanding sekarang kena daftar,kalau tak daftar tak dapat.Mahasiswa nak dapat RM1000 kena interview dulu...

Bila disuruh buktikan dakwaan itu...Dr.Khir berkata:

Di kampung ramai yang beritahu. Tapi (kerajaan negeri) tetap nafikan. Bukti yang paling mudah ialah pemilihan nazir masjid di satu kampung di kawasan saya. Orang yang dapat nombor tiga dipilih jadi nazir. Yang dapat undi terbanyak tidak dapat jadi nazir. Ini jadi contoh, belum banyak lagi saya dedahkan. Kita akan begerak (pededahan) perlahan-lahan. Saya ada kesemua maklumat. Sebab itu tugas kita kali ini adalah tegur dahulu biar dia betulkan. Kalau dia tidak betulkan kita akan keluarkan bukti kesemuanya.

Bila ditanya masalah kerjasama dengan SYABAS kerana penghuni pangsapuri tidak dapat nikmati air percuma.
Khir kata mereka buat sesuatu tidak berbincang dulu. MB buat sebab nak popular sedangkan kos untuk bagi meter individu di flat ini kosnya memakan dijangka lebih RM1 bilion Bila ditanya kenapa SYABAS nampak enggan untuk bekerjasama dalam isu ini? katanya tanggungjawab Syabas hanya menyalurkan air sedangkan memasang paip kerja Kerajaan Negeri.

Dakwaan SYABAS langsung tidak mahu kerjasama dengan kerajaan?
Katanya kalau SYABAS langsung tidak mahu kerjasama dengan kerajaan, dia tidak bijaklah kerana dia perlukan kerajaan Selangor.

Katanya lagi BN hanya tegur ,rumah persendirian dapat pengurangan 20% sedangkan rumah flat tak dapat...bukan kerana pengerusi SYABAS itu orang UMNO,business is buisness...ini soal berniaga.Masalahnya kerajaan PR melihat UMNO sebagai musuh sedangkan semasa BN perintah semua ahli perniagaan diberi peluang tanpa mengira parti. Katanya kerajaan negeri boleh menang jika SYABAS kemukakan saman sebab ada klausa khas jadi tak payah besarkan isu itu...


'Tidak, tidak, tidak'. Tidak benar katanya bila didakwa kadar air akan meningkat jadi lebih mahal dari kadar tol. Beliau juga menjelaskan masalah pengswastaan bukan mudah hendak diselesaikan sejak dari zaman nya menjadi MB.

Selcat ini hanya alat politik. Kalau Selcat betul-betul telus, kenapa (Exco, Datuk) Hasan Ali bila kritik Selcat tak kena tindakan tapi saya kena tindakan sampai setahun? Tak dipanggil pun (untuk beri penjelasan) katanya bila ditanya tentang badan itu.

Mengulas kisah beri penyapu,kerana tindakannya Dr. Khir berkata, pejabat daerah itu dapat yang terbaik. Apabila di tanya apa Datuk rasa bila orang kata Datuk teruk dan beri penyapu..katanya 'ITU SATU PERINGATAN YANG BAIK'....

TERNYATA JAWAPAN DATUK SERI KHIR DALAM WAWANCARA TERSEBUT LEBIH KEPADA MENYINDIR MB KHALID yang gagal dalam pentadbirannya...

Rabu, 15 September 2010

WARGA MALAYSIA TIDAK BERDENDAM.


Indonesia tetap menjadi pilihan pelancong Malaysia meskipun segelintir penyangak 'BENDERA' menghina dan cuba mengistiharkan perang terhadap negara.....

JAKARTA - Maraknya aksi demonstrasi terhadap pemerintah Malaysia tidak menutup minat pelancong Malaysia ke Indonesia.Demikian dilaporkan oleh Menteri Budaya dan Pariwisata (Menbudpar) Jero Wacik .Tahun ini pemerintah mensasarkan jumlah kunjungan pelancong Malaysia mengatasi 1.5 juta orang atau lebih tinggi dari tahun lalu. Jero menjelaskan tahun 2009 jumlah pelancong Malaysia mencapai 1.4 juta orang.

Sementara itu Kota Jakarta seolah-olah menjadi rumah kedua pelancong Malaysia. Jumlah pelancong ke Jakarta sehingga Julai 2010 mencapai 185.828 orang. Dari jumlah tersebut, pelancong Malaysia adalah yang paling ramai, yakni 24.996 orang atau 13,45 peratus.

diikuti dari Arab Saudi, seramai 14.709 orang, disusuli China (14.232 orang), Singapura (12.666 orang), dan Belanda 10.785 orang.

Di Bali pula sejak awal tahun 2010, kunjungan pelancong Malaysia di tempat ketiga di belakang Australia dan Jepun sementara China di tempat keempat.

TERNYATA...Betapa baik dan berbudinya rakyat Malaysia, biarpun penghinaan telah dilemparkan dalam isu-isu kecil melibatkan budaya dan persempadanan.Sanggup membakar bendera dan 'Ganyang Malingsia'.Seolah-olah Malaysia ini musuh yang sangat jahat dan mesti diperangi.....

Budi kita seharusnya dikenang.. memberi rezeki lebih 2 juta rakyat mereka, tak cukup dengan itu datang melancong beramai-ramai membantu menjana ekonomi mereka . Itu tak termasuk bantuan ikhlas rakyat Malaysia bila setiap kali bencana melanda negara mereka...

Mungkin yang masih tersemat dihati rakyat Malaysia adalah saudara di Indonesia adalah DARAH DAGING mereka dan kunjungan ke Indonesia adalah BAGAI IKAN PULANG KE LUBUK.....

Selasa, 14 September 2010

MUSIM BAKAR MEMBAKAR..


SYAITAN BERASAL DARI API NERAKA...Begitulah ianya dicipta oleh ALLAH swt.....

Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan enggan sujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah sebabnya kamu enggan sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."



Pembunuhan kejam Sosilawati bersama 3 yang lain melakar satu lagi jenayah paling kejam di dunia...Perbuatan suspek 'SYAITAN' bergelar Datuk dan berjawatan profesional ini ..MEMBUNUH dan MEMBAKAR ...cuba menghilangkan bukti..tetapi kehendak ALLAH tiada siapa boleh membantah walaupun jenayah dilakukan sungguh terancang..

Bukan mudah MAYAT boleh terus menjadi abu untuk dihanyutkan ke sungai.....

SHAH ALAM - Membakar mayat seorang manusia sehingga menjadi abu memerlukan kira-kira 12 jam, kata Pensyarah Tamadun India Universiti Malaya (UM), Dr M Rajantheran.

Beliau berkata, tempoh panjang itu biasanya menggunakan kayu getah.

“Sejak dahulu lagi, kaedah membakar mayat secara tradisional bagi kaum India adalah menggunakan kayu api. Kayu api itu disusun di bawah mayat bagi memudahkan proses pembakaran.

DALAM jenayah melibatkan Sosilawati mungkin cara pembakaran tercanggih digunakan namun tubuh manusia dan tulang belulangnya bukan mudah untuk dilenyapkan.Kalau tidak masakan Mumia Firaun dan Tengkorak manusia purba berusia jutaan tahun masih boleh ditemui hingga sekarang...

Mayat Altantuya yang di BOM pun masih meninggalkan BUKTI....

Nampaknya sekarang musim bakar membakar...manusia sudah menjadi syaitan..

---Jan 20 — Lapan suspek termasuk dua beradik dan bapa saudara mereka ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan kejadian membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini awal pagi 8 Jan lalu.

---DEMI membantah pembinaan masjid di Ground Zero dan Memperingati peristiwa 11 September Terry Jones yang anti-Islam mengistiharkan 'Hari Pembakaran Al-Quran'....

Demi melayani nafsu maka manusia-manusia puaka telah menjadi SYAITAN...

Firman Allah :

“ Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya. Maka Apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? “. ( QS Al Furqan : 43 ).

Ketika hawa nafsu dapat menguasai akal dan situasi atau menguasai eksistensi manusia secara utuh, menurut Islam orang itu berubah eksistensinya menjadi non manusia, binatang, bahkan menjadi eksistensi paling rendah, yaitu asfalasafilin: darjad yang serendah-rendahnya.

SYAITAN-SYAITAN ini takkan terlepas dari pembalasan....

tetapi amat menyedihkan adalah mereka yang menjadi mangsa SYAITAN-SYAITAN ini dan tangisan mereka yang ditinggalkan....

Khamis, 9 September 2010

PESTA HANTU DI PINGGIR MASJID.


Hantu semakin banyak dan mengadakan PESTA pulak tu...Walaupun Iblis dan syaitan diikat sepanjang Ramadhan tetapi jelmaan hantu dari manusia terus mengaruk......

Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh di Georgetown Pulau Pinang merayu bantuan Yang di-Pertuan Agong supaya mengarahkan pihak berkuasa yang terbabit segera menghentikan 'pencabulan' sambutan Pesta Hantu Lapar yang menganggu penduduk setempat.

Sejak sebulan lalu, terdapat persembahan di mana gadis muda yang berpakaian menjolokkan mata menyanyikan lagu pop Cina, Inggeris, Melayu dan juga Hindi dengan iringan muzik yang mendesingkan telinga.

Ianya tidak jauh daripada dua masjid yang bersejarah - Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh yang terletak kurang 30 meter dari satu sama lain. Bunyi muzik yang kuat itu juga menganggu umat Islam yang menunaikan solat di masjid berkenaan.

KENAPA mereka tidak mengadu kepada LGE ..MB yang diiktiraf 'khalifah' tu..Kan ke kuasa meluluskan lesen dan tapak PESTA tu dalam bidang kuasa Majlis Tempatan...

Lagi pelik PESTA dah berlanjutan sebulan ..nak RAYA dah.. baru jawatankuasa nak ambil tindakan... Mana perginya Suara PAS atau NGO lain selama itu.?

APAKAH agenda TERSIRAT pihak-pihak terlibat mengadakan PESTA Hantu berhampiran masjid dikala umat Islam berpuasa dan bertarawikh? sumbermalaysiakini.

SIKSANYA IBU MELAHIRKAN.....

Saat paling gembira buat Ibu-bapa bila anak-anak pulang di Hari Raya..Kali ini aku kutip sedikit berita tentang ibu-ibu ajaib didunia.

Melahirkan 69 orang anak adalah sangat ajaib, tetapi itulah yang telah dilalui oleh seorang ibu di Rusia.........



Livia Ionce bersama suami dan sebahagian anak-anaknya
Feodor Vassilyev merupakan perempuan tersubur di dunia telah melahirkan 69 anak dari rahimnya.

Nama Vassilyev tercatat di The Guinness Book of World Records, sebagai wanita paling subur di dunia. Ia adalah isteri seorang petani Rusia.

Vassilyev menjalani 27 proses bersalin secara normal untuk melahirkan 69 anak. 16 kali proses kelahiran kembar dua, tujuh kali persalinan kembar tiga, dan empat kali melahirkan kembar empat.

Sementara itu wanita paling tua menjadi ibu ialah Rajo Devi Lohan dari India dengan melahirkan anak 20 bulan lalu pada usia 70 tahun.

Setakat ni rekod dunia ibu paling muda pula adalah Lina Medina yang berasal dari Peru pada tahun 1939,dan melahirkan anak pada umurnya 5 tahun 8 bulan

Sesungguhnya anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina. Firman Allah SWT yang bermaksud:
'Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia'

(al-Kahfi :46)
Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka . Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya'.......

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA....IBU..! AYAH..! AMPUNILAH DOSA-DOSA ANAKMU INI....

Selasa, 7 September 2010

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA.


SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI KUKIRIM PANTUN BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG DATANG MENJENGAH BLOG UDANGGALAH......
SEMOGA KITA SEMUA SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAH PUASA DAN GEMBIRA MENYAMBUT HARI RAYA.....

Kena berpantun ikut loghat negeri masing-masing......

kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padangbesaq kecik aja
Tempat siamlalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Di hari yang mulia sepuluh jari saya hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana saya masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin


Isnin, 6 September 2010

RELAKAH KITA ISLAM DIHINA?


PENGHINAAN TERHADAP ISLAM KINI SEMAKIN MENJADI-JADI........APAKAH sebabnya?Adakah kebencian terhadap umat Islam semakin ketara atau kelemahan kita sebagai umat Islam sehingga banyak pihak cuba memijak kepala kita....mempersendakan agama kita?

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada mana-mana pihak yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah menghina mana-mana agama yang diamalkan rakyat di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius perkara itu terutamanya menyentuh sensitiviti agama kerana boleh mencetuskan kemarahan selain menimbulkan pelbagai masalah khususnya keselamatan dan hubungan baik antara kaum.

“Kita tidak boleh biar sesiapa sahaja baik orang Islam atau bukan Islam untuk mempermainkan agama mana-mana kaum,” tegasnya ketika diminta mengulas gejala menghina agama Islam melalui laman sosial Facebook sejak kebelakangan ini.

Hina Islam: Facebook Li Lian disiasat

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat akaun laman sosial Facebook atas nama Katy Lim Li Lian yang didakwa memaparkan komen-komen menimbulkan kemarahan umat Islam.

Perkasa buat laporan polis penulis blog hina Islam

August 09, 2010

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog Central for Policy Initiatives (CPI), Helen Ang, yang menulis artikel berbentuk perkauman serta mempertikaikan hak, agama Islam dan keistimewaan orang Melayu di negara ini.

Sementara itu.......Sebuah masjid di Peranchis kembali menjadi sasaran vandalisme akhir minggu lalu. Serangan ini menimbulkan kekhuatiran akan makin meningkatnya sentimen anti-Islam di negara itu. Pelaku vandalisme menuliskan kata-kata "Keluarkan Islam dari Eropah" dan "Peranchis untuk Orang Peranchis"...kita juga pernah dikejutkan dengan isu pemakaian purdah di Perancis.

Dulu kita dikejutkan dengan penayangan filem Fitna juga menghina agama Islam, pelbagai pihak mengambil keputusan memulaukan barangan yang diimport dari Belanda.

Sekadar beberapa contoh diatas....banyak lagi penghinaan yang berlaku dengan pelbagai cara,ianya membawa kita merenung kembali agenda pihak-pihak yang menghina agama kita ini.Penularan yang semakin ketara di negara kita tidak boleh dibiarkan.pihak berkuasa seharusnya tidak berlengah menangani isu agama dan perkauman .....

Hadis Sahih Bukhari .
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Sebelum kiamat terjadi kamu akan memerangi orang Yahudi, sampai sebuah batu di mana orang Yahudi bersembunyi di baliknya, berkata: "Hai orang Islam! Inilah orang Yahudi di balikku! Bunuhlah dia!"


Ahad, 5 September 2010

WANITA TERUS DIAIBKAN.....


ATAS NAMA PERTANDINGAN WANITA TERUS DIRENDAHKAN MARTABATNYA......LAS VEGAS - Peserta Mexico, Jimena Navarrete dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Universe...................

Bagi umat Islam adalah jelas pertandingan ratu cantik adalah sesuatu yang bertentangan apatah lagi ia menjatuhkan maruah wanita melalui eksploitasi melampau bilamana adegan separuh bogel perlu diadakan sebagai sebahagian dari syarat pertandingan itu sendiri.

Dari sudut Barat, mereka berpandangan kecantikan wanita adalah sesuatu yang perlu diketengah dan dipertontonkan, barulah kejelitaan dan kecantikan wanita itu terserlah.

Wanitanya pula tidak kisah dieksploitasi malah berbangga melakukannya semata-mata mahu melayakkan diri sebagai wanita paling cantik di dunia.

Oleh itu adalah tidak menghairankan setiap mereka yang menonton pertandingan ratu cantik akan terpukau dengan kecantikan wanita-wanita yang menyertainya serta berharap untuk menjadi seperti mereka melalui bantuan alat-alat kecantikan yang menjadi antara penaja utama pertandingan tersebut.

Namun tahun ini berbeza sama sekali apabila beberapa peserta diminta hadir sesi fotografi untuk majalah, sama ada dalam keadaan bogel sepenuhnya atau hanya memaparkan bahagian dada mereka sebelum pertandingan tersebut berlangsung pada 23 Ogos lepas.

Gambar rasmi yang diambil jurugambar Fadil Berisha menunjukkan beberapa peserta dengan selamba beraksi mendedahkan dada dan tubuh badan mereka. Malah ada yang berbogel dengan hanya menutup bahagian strategik tubuh mereka dengan lukisan badan...sumber utusan/kosmo.

Komen UG...Begitulah bilamana manusia telah menjadikan nafsu sebagai Tuhan mereka.Pelbagai cara diexploitasi atas nama kebebasan dan hak asasi kononnya padahal ada yang tersirat dibelakangnya...Pertandingan yang menghina wanita dan membuang rasa malu dikalangan mereka dan penontonnya..........

"Malu Itu Tidak Datang Kecuali Dengan Membawa Kebaikan" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Jumaat, 3 September 2010

SEJARAH KONFRANTASI JANGAN BERULANG.


PERANG BUKAN PENYELESAIAN......Ucapan khas Presiden Indonesia, Susila Bambang Yudhiyono yang disiarkan secara langsung di hampir di kesemua rangkaian TV Indonesia pada malam Rabu, 1 September 2010 dijangka membuka lembaran baru hubungan antara dua negara yang tegang sebelumnya.

Sekadar memetik sedikit amanat penting Presiden SBY.....

Katanya, hampir dua juta rakyat Indonesia mencari rezeki di Malaysia dan pelaburan Malaysia yang kedua tertinggi di Indonesia yang juga tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah pelaburan Indonesia di Malaysia. Kemasukan pelancong Malaysia adalah kedua tertinggi di Indonesia menjadi punca rezeki kepada peniaga mereka, begitu juga halnya dengan hubungan sejarah ‘serumpun’ yang telah terjalin sejak beratus tahun terdahulu.

Ianya telah menutup samasekali implikasi perang antara Malaysia dan Indonesia seperti dicanang oleh Kumpulan Kurang Ajar Pembakar Jalur Gemilang....sehingga Indonesia dikatakan akan menambah kekuatan angkatan bersenjatanya....

'Armada kapal selama yang dimiliki oleh Indonesia yang hanya dua buah, dianggap kurang baik untuk melakukan patroli laut, dan rencananya dalam waktu dekat ini akan dilakukan penambahan.'

Pelbagai tuntutan oleh kumpulan bendera disanggah oleh kerajaan Malaysia....mewujudkan kemarahan menggila kumpulan itu sehingga melemparkan najis ke Kedutaan Malaysia ,membakar Jalur Gemilang dan mengistiharkan 'Ganyang Malaysia'...

PUTRAJAYA 2 Sept. - Kerajaan hari ini menegaskan, tuntutan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) supaya negara ini memohon maaf berikutan beberapa insiden membabitkan rakyat republik itu langsung tidak mempunyai asas.

Lebih memanaskan lagi episod ini bila media-media Indonesia membakar isu-isu tersebut......
Setiap kali berita utama di televisyen yang hampir 14 saluran (percuma) di Indonesia disiarkan, sudah pasti berita khas mengenai hubungan Malaysia-Indonesia hangat diperkatakan. Berita itu kebanyakannya mengecam Malaysia.

Sepatutnya Indonesia kena belajar dari sejarah KONFRANTASI dimana tentera Indonesia terkubur di bumi Malaysia.....

Jakarta – Pada 20 Januari 1963, Indonesia mengambil sikap bermusuhan terhadap Malaysia. Bangsa ini tidak terima dengan tindakan demonstrasi anti-Indonesia yang menginjak-injak lambang negara Indonesia, Garuda.

Untuk balas dendam, Presiden Soekarno melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia. Soekarno memproklamirkan gerakan Ganyang Malaysia melalui pidato pada 27 Juli 1963.

CUKUPLAH SEKADAR ITU....Presiden SBY sedar.. Langit Tinggi atau Rendah....

Menyerang Malaysia adalah kerja sia-sia..masih banyak rakyatnya yang perlu pelbagai pembelaan......Hari ini kalau kita ke Indonesia antara yang ditemui di Pintu masuk negara itu adalah PEMINTA SEDEKAH....

RAKYAT TKI di Malaysia takan sengaja pulang meninggalkan sumber rezeki mereka di sini.......


BUDAYA HOMOSEKSUAL SEMAKIN BERKEMBANG ...


Gereja gay pertama


TINDAKAN seorang paderi menjadikan sebuah gereja di pinggir Kuala Lumpur sebagai tempat untuk mengembangkan budaya gay sangat membimbangkan.



KUALA LUMPUR - Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.


Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.


Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.


Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.


"Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura," katanya.


Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006. sumberkosmo.


KOMEN UG..Apa dah berlaku kepada rakyat Malaysia?

APAKAH Ouyang lupa bahawa Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyebut

'Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya' bukan mengamalkan budaya songsang diluar tabie manusia....Nampaknya kebebasan beragama telah disalahguna oleh Ouyang..


Pandangan Islam tentang HomoSex

Dalam Islam, homoseksual disebut liwat. Menurut riwayat perbuatan liwat ini dilakukan pertama kali oleh kaum nabi luth. Sementara lesbian berasal dari kata esbos sebuah pulau di yunani tua tempat seorang wanita bernama sappho hidup. Sappo adalah tokoh mitos yunani kuno yang menperjuangkan hak-hak perempuan. Menurut sappho, kecantikan wanita tidak bisa dipisah dari aspek seksualnya. oleh karena itu kepuasan seksual juga mungkin diperoleh dari sesama wanita. sejak itu namanya dikaitan dengan lesbianisme.



Tidak perlu diragukan lagi perilaku seks yang menyimpang seperti homoseksual ini sangat dilaknat Allah. Al Qur'an menyebut perbuatan ini sebagai perbuatan maksiat yang melampaui batas (surat Al Ar’af 80-84). Allah meciptakan laki-laki dan perempuan, berpasang-pasangan, adalah supaya mereka bisa berinteraksi secara seksual dengan lawan jenisnya (heteroseksual). Agar mereka bisa meciptakan sebuah keluarga yang bahagia, normal, sehat dan berketurunan. Laki-laki diciptakan Allah untuk perempuan dan begitu pula sebaliknya.



Jika budaya sesat homoseksual ini kian berkembang, tidak mustahil azab yang telah diturunkan Allah pada kaum luth berulang, Allah kisahkan dalam al Quran:”maka tatkala datang adzab kami, kami jadikan negeri kaum luth itu (terjungkir-balik sehingga) yang diatas ke bawah dan kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi.” (surat Huud ayat 82)


Penyimpangan tabie yang mula diteroka Ouyang untuk penganut kritian Gay Malaysia ini jika dibiarkan lama-lama diterima oleh masyarakat seperti berlaku di barat. Mereka cenderung menganggap masalah homoseksual ini sebagai sebahagian dari agama dan tak ada yang boleh mencegahnya.



Apakah masyarakat Malaysia bakal menjadikannya budaya yang memang menjadikan nafsu sebagai Tuhan?.... Jadi, Homosek seharusnya disingkirkan jauh-jauh dari kehidupan kita terutama masyarakat timur seperti Malaysia....



HINA MELAYU...SIAPA PUNYA KERJA?

Satu lagi penghinaan terhadap melayu.Laman FB digunakan untuk menzahirkan kebencian antara kaum....

Siasat Facebook guna ‘Melayu Babi!’





KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung laman Facebook yang dicipta menggunakan nama ‘Melayu Babi!’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

GPMS Selangor diwakili Pengerusinya, Mohd Faizal Mohd Salleh mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pengendali laman itu yang jelas mempersendakan Islam serta menggugat keselamatan negara.

Mohd Faizal berkata, tindakan pengendali tersebut dilihat boleh menggugat keharmonian antara kaum yang dikecapi selama ini kerana menggunakan perkataan kesat merujuk kepada sesuatu kaum.

“Kami berharap agar siasatan segera dapat dijalankan bagi menyiasat pengendali laman yang tidak bertanggungjawab itu dan tindakan tegas dapat diambil.


komen UG...Apakah pemimpin melayu akan terus berdiam diri setelah satu demi satu penghinaan terhadap bangsa dan kaum dicetuskan.....

Nampaknya ada pihak-pihak yang menzahirkan kebencian terhadap orang melayu terang-terangan tanpa selindung lagi....

Sebagai Tuan di bumi Malaysia dan melayu, apakah sanggup kita membiarkan penghinaan sebegini...

Bangunlah terus GPMS,GAGASAN dan PERKASA.... memperjuangkan bangsa,jangan peduli mereka yang mengkritik.Hang Tuah telah lama tiada..jangan sampai Melayu Hilang Di Dunia......!

Khamis, 2 September 2010

INGATAN DARI MENTERI BESAR...


Alhamdulillah..Hari ini aku terima Kad Ucapan Selamat Hari Raya dari M.B Datuk Seri Adnan Yaakub sekeluarga.
Terimakaseh M.B.... Aku hanya pemimpin kecil rasa berbangga atas ingatan itu..

Teringat aku senikata lagu...' Aku orang kecil , Engkau orang besar..Kau ibarat gajah ku hanya semut merah'......

Semut merah..semut merahlah...yang penting aku bahagia dan gembira hidup di Negeri Pahang
Darul Makmur dibawah kepimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob..

Terimakaseh M.B ...Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..

KERJAYA KETALI GANTUNG....




BANDAR RAYA MEXICO - Pihak berkuasa Mexico kelmarin mengumumkan penangkapan salah seorang raja dadah paling dikehendaki, Edgar Valdez Villarreal yang turut dikenali sebagai The Barbie kerana kulitnya yang cantik.

Menurut satu kenyataan Kementerian Keselamatan Awam Mexico, penjenayah kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu ditahan pada satu operasi polis di tengah Mexico ekoran maklumat perisikan mula diperoleh sejak Jun 2009.

Valdez yang berusia 37 tahun merupakan orang kanan Arturo Beltran Leyva, ketua kartel dadah dan menjadi orang ketiga paling dikehendaki sebelum kematiannya pada Disember 2009 dalam satu operasi ketenteraan.

Sebagai ketua skuad pembunuh, Valdez dipercayai terlibat dalam rampasan kuasa untuk menggantikan Arturo yang bersaing dengan adiknya, Hector Beltran Leyva.

Jabatan Negara AS telah menawarkan hadiah mencecah AS$2 juta (RM6.29 juta) untuk maklumat yang boleh membawa kepada penangkapannya.

Berikut Raja Dadah pernah disenaraikan paling bahaya di dunia...

1. Pablo Emilio Escobar Gavira.

  • Raja dadah terkenal dan paling ganas daripada rangkaian Medellin Cartel.
  • Pada tahun 1993, Escobar mati di bawah tangan sekumpulan polis Columbia.
  • Selepas kematian, kumpulan Mendellin Cartel berpecah – belah dan pasaran dadah jenis kokain mula diambil alih oleh pihak lawan, Cali Cartel.

2. Amado Carillo Fuentes.

  • Penyeludup dadah utama di Mexico.
  • Bekalan kokain yang dibekalkan Carillo ke Amerika Syarikat (AS) adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding penyeludup – penyeludup lain di dunia.
  • Memiliki empayar kekayaan bernilai lebih RM81.58 bilion.
  • Turut dikenali sebagai El Senor De Los Cielos (Raja Langit).
  • Merintis penggunaan lebih 22 buah pesawat peribadi untuk menghantar kokain keluaran Columbia ke sejumlah lapangan terbang utama dan lapangan terbang kecil di serata Mexico.

3. Osiel Cardenas Gullen.

  • Raja dadah daripada kumpulan Gulf Cartel yang asalnya beliau adalah seorang mekanik.
  • Menerima jolokan Pembunuh Kawan kerana tindakannya membunuh Chava Gomez yang mengemudi Gulf Cartel pada ketika itu.
  • Banyak kontroversi yang ditimbulkan oleh Cardenas sehinggakan Biro Siasatan Persekutuan AS menawarkan RM6.5 juta untuk penangkapan Cardenas.
  • Ditangkap Tentera Mexico dalam satu pertempuran dengan Gulf Cartel pada 14 Mac 2003 di Matamoros, Mexico.

4. Joaquin Guzman Loera.

  • Selepas Cardenas, Loera menjadi ketua pengedar dadah utama di Mexico.
  • Bijak dan gemar menggunakan terowong – terowong yang rumit untuk menyeludup kokain dari Mexico ke AS sekitar awal tahun 1990 – an.
  • Pada tahun 1993, usaha Loera unutk menyeludup 7.3 tan kokain ke AS terkandas. Taktik penyeludupan yang menggunakan bertin – tin serbuk lada sebagai tempat simpanan dadah terkandas apabila bekalan itu dirampas oleh pihak berkuasa di Tecate, Baja California.
  • Dipenjarakan pada tahun 1993 dan berjaya meloloskan diri dengan merasuah pada tahun 2001.

5. Gilberto Rodriguez – Orejuela & Jose Santacruz – Londono.

  • Merupakan pengasas kumpulan Cali Cartel sekitar tahun 1970 – an.
  • Menggunakan status sebagai pengguna halal.
  • Mulanya, mereka terlibat dalam aktiviti penculikan dan penghasilan barangan tiruan. Kemudian, perniagaan itu berkembang kepada penyeludupan kokain dari Peru dan Bolivia ke Colombia.
sumber Kosmo.

BAYANGKANLAH SEJARAH PENEMUAN PIHAK BERKUASA BILA TERTANGKAPNYA SEORANG RAJA DADAH MEXICO... WANG TUNAI USD 250 JUTA = RM 875 JUTA tersimpan dirumahnya...... Sebab itulah ramai yang sanggup menjadikan mengedar dadah karier sebelum Ke Tali Gantung.......