Pages

Memaparkan catatan dengan label RESEPI PASTA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI PASTA. Papar semua catatan

Rabu, 8 Mei 2013

RESEPI SHEPERD’S PIE MANTOP




Assalamualaikum wbt..............


Walllaaaa..... memang tak cukup seketul..berketul2 baru puas makan.
Ucu buat saiz  kecik2 senang anak2 nak makan, ceduk guna sudu je. (x ingat saiz berapa tapi boleh dapat dlm 6 ketul)
Terima kasih banyak2 pada   K.Yatie memories n  K.Umi  krn sudi berkongsi resepi dan memang betul bagai dikata....tersanggggaaaat lah sodapnye...
sekali buat pasti nak lagi...




Kalau orang lain dah buat berkali2 dari tahun2 sebelumnye,  tapi ucu tahun ini ler first time buat, tak pe lah biar lambat tahun, janji bila orang tanya " ko dah pernah buat sheperd's pie "  terus angguk2  sambil  menyeringai  itu tandanye tak lah ketinggalan zaman sangat lagik ........hehehehe..



Ini resepi ucu kopipes dari blog K.Yatie



SHEPERD’S PIE
Sumber : yatiememories / K.Umi / ucubakery

Bahan A (Untuk Inti):-

·                     500 gram daging kisar
·                     1 labu bawang besar (dipotong dadu)
·                     1 ulas bawang putih (dicincang)
·                     1 cawan kacang panggang
·                     8 biji cendawan butang (dibelah 4)
·                     5 biji tomato masak (dipotong dadu)
·                     1 batang lobak merah (dipotong dadu)
·                     1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil
·                     1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
·                     1 sudu makan serbuk lada hitam
·                     1 kiub stok daging
·                     2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
·                     Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-

1.            Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2.            Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
3.            Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
4.            Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
5.            Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
6.            Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-

·                     1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
·                     1/2 cawan susu segar
·                     2 sudu makan mentega
·                     1 sudu teh serbuk lada sulah
·                     garam secukup rasa
·                     Air untuk merebus kentang secukupnya



Cara Menyediakan Pai:-

1.            Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
2.            Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
3.            Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan 
         mentega.
4.            Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
5.            Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya 
         sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering.
6.            Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 
         190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
7.            Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....




Ingat masa nak makan ikut arahan cara menyediakan no. 7 -  hidangkan ketika suam2...
jangan gelojoh sangat panas2 dah suap ke mulut, alamat melocur lidah...ucu dok khabar ni sebab  dah ada rakyat kat rumah ni yg melanggar arahan tu...kesian dia...hehehehe...




Para ibu2 yg memang rajin memasak apa lagi mulakan operasi pie buat minum petang ni...

selamat mencuba.

Wassalam




Selasa, 24 April 2012

Pasta Alfredo goreng + Kek aiskrem




Assalamualaikum wbt.....

Salam sejahtera dan selamat pagi kawan2 yang budiman - ini ayat mukadimah ..
Dah bersarapan ke belum... - ini ayat nk ajak b/fast 
kalau belum, pandai2 lagi cari ye, sebab perut masing2 - ini jawapan yg paling orang menyampah...ayat ajak2 ayam miang...hahahhaa..menyampak kaa..???

Okey lah asyik nk mengarutnye pepagi ni..nehh ucu suakan  sarapan omputih yang dimasak oleh orang samo matang....pasta alfredo digoreng menggunakan sos spagheeti (prego). senang banget gitu..(aiii.. tetiba tukar channel seberang pulak..)



Walaupun makanan ni berasal dari negara omputih yang beribu2 kilometer n berjam2 duduk kt kapal terbang baru nak sampai sana....
tapi hanya kurang dari 30 minit makanan ni dah boleh sampai ke dalam mulut tau...meh ucu taipkan resipinya..

Resipi Pasta Goreng Alfredo


Bahan-bahan 


  • 300 gm pasta alfredo - direbus kemudian tos n gaul dengan sedikit minyak
  • Daging/ayam kisar - ucu guna brand Ramli burger
  • Bawang merah - dicincang kasar
  • 1 kiub pati ayam - brand knorr
  • 3 sb cili giling - ikut kepedasan
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 4 sb sos prego
  • Udang - tak bubuh pun (elek)
  • Secubit garam
  • Sedikit Air 
  • Cheddar cheese - diparut
  • Origano  

Cara-cara ;


  • Panaskan kuali besar dengan minyak masak
  • Kemudian masukkan daging hancur tadi - masak sehingga kekuning2an
  • Barulah masukkan cili giling/sos cili/sos tomato/garam hingga terbit minyak
  • Masukkan sos prego dan tambahlah sedikit air supaya tidak terlalu pekat
  • Kacau sehingga mendidih dan barulah masukkan pasta tadi dan digaul hingga mesra
  • Rasa masinnya andai kurang bubuh lagi sedikit kicap masin.
  • Bolehlah dihias dengan cheddar parut dan taburkan origano




Kata orang diet...sebelum makan berat kena makan buah dulu...ni segugus anggur tak tau dari negara mana ....ambik lah kawan2 sorang sebiji..itu ajer yang ada...
  

Yang kat bawah ni pulak bukan menu ucu ye....ucu tengah berangan2 nk diet tau ..tapi bila baca kat blog  nani kisah induction diet dia...mak aiiiii  semacam semput lah pulak nak ikut...ape2 pun kalau nk berdiet kenalah kuatkan mental dulu dan buat betul2..InsyaAllah akan menjadilah tubuh badan yang diidamkan.....
macam ucu ni metal tahap M...susah sangat..



Kek pink (aiskrem) ni diorder oleh Cikgu Rahmah...sempena bertambahan umur beliau...disamping meraikan kepulangan anak2 tersayang dari asrama.




Semoga Pn. Rahmah sentiasa dilimpahi kesihatan, kebahagian, keceriaan disamping keluarga tersayang dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT segala urusan didunia n akhirat..Amin..




Tengok fresh cream kt atas ni pon dah terliur2...boleh ke ucu berdiet ni...


Okey lah ...
ucu chaw dolu...

Wassalam...


pssstt..
metal 'M" - makan2..mengantuk...makan2..mengantuk





Rabu, 25 Januari 2012

Macaroni Ketam



Assalamualaikum wbt..........

Selamat bertugas kembali.....kalau lah cuti ni boleh sambung  lagi oohhh alangkah indahnya doniaku hari ini...

Okeylah jangan asyik nak bercuti2an...meh kita sarapan dengan macaroni ketam ...lagi bagus, kenyang jugak perut yang memang dah berkeroncong ni...


Nama mesti bagi gempak..padahal isinya cuma ketam instant...
kesimpulannya..macaroni goreng isi ketam, itu aje...

Meh la sapa2 yang nak merasa boleh ikut resipi yg simple ni...

Resipi Macaroni Goreng Ketam
Sumber : ucubakery.blogspot.com


Bahan-Bahan 

  • 500gm macaroni
  • 200gm daging cincang 
  • 2 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 kiub pati ayam
  • 5sb cili kisar
  • 5sb sos spaghetti - ucu guna prego saja
  • Isi ketam - ikut banyak mana yg diperlukan
  • Sedikit garam
  • Air jika perlu
  • Daun sup  dan daun bawang

Cara-cara

  • Rebus macaroni sehingga lembut campurkan sedikit minyak, apabila sudah empuk angkat dan toskan kemudian siram dgn air dan campurkan sedikit dengan minyak
  • Panaskan minyak dan masukkan  bawang putih dan bawang besar, masak sehingga layu@ kekuningan
  • Masukkan daging cincang masak sehingga keperangan - digaul selalu
  • Selepas itu masukkan cili kisar, sos spaghetti dan kiub ayam - sentiasa digaul dan kacau rata
  • Masukkan isi ketam, sedikit garam
  • Apabila sudah nampak sebati,bolehlah masukkan macaroni tadi  dan  pastikan semuanya sudah mesra bolehlah diangkat dan dihidangkan
  • Taburkan daun sup dan daun bawang - ucu tak letak pun




Masih lagi dengan bahan instant...gandingan yang mantop, nescafe 2+1 instant jugak mari...tinggal bubuh air panas jah...biar bagi suam gitu baru minum ye.....jgn ikut kat iklan tv tu ....berasap2 terus pi minum...kang ada lidah yg terbakar...hahaha..



Akhir kata ..meh lah bersarapan......

Wassalam..



Selasa, 17 Januari 2012

Jom Sarapan - Pizza Ekspress



Assaalamualaikum wbt...........

Selamat pagi kawan-kawan semua..harap2 semuanya sihat2 dan ceria lah ye...

Hari ini ucu nak belanja kawan2 makan pizza yang paling senang dibuat..budak darjah 2 pun boleh buat. Tinggal sediakan bahan2 asas yang memang dah senang dicari, melainkan kat kedai bundle  dah memang sah2 tak de jual..kwang...kwang..kwang..


Masakan ucu tak la sama macam kakak2, adik2 , makcik2, abang2 blogger yang memang terer dalam bab2 masakan omputih tu...

Ucu pun terer jugak bab2 masakan omputeh ni, cumanya cara tu ada banyak beza hihihi...
bezanya, masakan ucu ni ada stail ekspress..nak2 yang instant lagi triple ekpress nye..hahaha..contoh yang nyata macam pizza kt bawah ni...



Mungin dah ramai tahu macamana nk buat pizza ekspress ni, tapi ucu tetap nak tempekkan juga resepinya ye....


Resipi Pizza Ekspress
Inspirasi : ucubakery.blogspot.com


Bahan-bahan ;

  • Roti - ucu guna gardenia
  • Isi Ketam - instant
  • Cendawan  butang- dihiris/dicincang halus 
  • Nenas kiub - dihiris
  • Sosej - ucu tak letak, xde stok
  • Sos spaghgeti  - ucu guna prego
  • Mozarella - diparut





Cara-cara ;
Sapu roti dengan sos spagheti
Susun cendawan/sossej/ketam/nenes
Taburkan mozarella 
Bakar selama 25 - 30 minit 190 darjah celsius bergantung pada oven masing2.
Bila mozarella tu dah cair, itu tandanya pizza dah masak.
Dan boleh dihidang 




Untuk menunjukkan ucu ni adil dan saksama...ucu akan beli bahan dan tolong hiris/potong bahan2 dan tugas seterusnya akan disambung oleh rakyat2 tegar kat rumah ni...bila dan masak ucu tinggal ngap ajer...



Terliur tak tengok cheese ni.......banyak jugalah depa  bakar  kalau nak ambik..ambiklah..ucu kasi free ini hari...

Ok by..by..
Wassalam








Khamis, 24 November 2011

Spaghetti Carbonara



Assalamualaikum wbt...
Salam 28 Zulhijjah .....

Pagi ni ucu dapat panggilan yang susah nak ditaksirkan...macam tak caya pun ada...moga2 jadi kenyataan..dan yang selalu ucu pesan kat diri ni...kalau ada rezeki tu Allah berikan untuk hamba yang daif lagi naif ni..Insyaallah ada...kalau dah jadi kenyataan nanti akan ucu ceritakan kat entry yg akan datang...

Kali ni ucu nak hidangkan masakan spaghetti carbonara, masakan omputih lah kiranya...orang hitam ke, orang biru ke, orang hijau ke...janji semua boleh masak dan makan....tapi ini versi instant way@ versi orang malas2 manja gitu....




Spaghetti carbonara ni sesuai digandingkan dengan seafood ..contohnya mcam udang godang2 melingkor atau pun sotong besor putih melepak. Tapi kali ni ucu bubuh mana yang ada kat peti ais je...daging kisar.(bunyi macam sedih la pulak..)

Oleh kerana ini masakan simple dan mudah ...kat bawah ni lah bahan2 yang ucu gunakan...

Resipi Spaghetti Carbonara 
Olahan : ucubakery.blogspot.com
Bahan-bahan

  1. Spaghetti di rebus kemudian ditos
  2. 1 botol sos spaghetti (tak kisah brand apa)
  3. 250gm daging/ayam kisar
  4. Bawang putih (dicincang halus)
  5. Bawang besar (dipotong besar)
  6. 1 kiub pati ayam 
  7. 1/2 cawan susu segar/susu cair
  8. Mushroom butang (dihiris)
  9. Garam
  10. Lada sulah
  11. Air -( andaikata kuahnya terlalu pekat blh lah ditambah sedikit air)
  12. Minyak (utk menumis)

Cara masak ;

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau dan kemudian masukkan daging kisar tadi - lebih kurang 3@4 minit
  2. Kemudian masukkan sos carbonara + kiub ayam bersama dengan daging tadi
  3. Masukkan mushroom dan gaul sehingga sebati
  4. Apabila sos tadi nampak dah pekat sikit baru masukkan susu cair @segar sehingga berkrim
  5. Boleh tambah sedikit air jika terlalu pekat
  6. Bubuh garam dan lada sulah
  7. Boleh lah dihidang.





Selamat mencuba ...mana kawan2 yang malas2 manja macam ucu ni rugi kalau x cuba...Insyaallah sodappp....hingga menjilat sudu garpu....

Wassalam......






Jumaat, 4 November 2011

Macaroni goreng


Assalamualaikum wbt....
Salam penghulu hari.....

Semalam dah makan lempeng orang kampung....hari ni tekak nak makan makanan omputih pulak...macaroni goreng. Tapi negara sejuk tu ada ke yang buat macaroni goreng macam gini ye...nak tanya kat orang yang duduk kat Perth lah, umiyumi sayang kot2 ada.


Meh layan resipi ni...masak lebih kurang macam  masak mee goreng je..senang gitu....
Kalau rajin salin lah...

Resepi Macaroni Goreng

Bahan-bahan
  1. 500 gm  makaroni (direbus + minyak sikit kemudian ditos)
  2. 3 biji bawang besar* (dikisar)
  3. 4 ulas bawang putih * (dikisar)
  4. 3sb cili giling - ikut banyak mana nak pedas*
  5. 5 sudu besar sos cili*
  6. 1 peket kecil daging kisar 
  7. 4 sudu besar pes spaghetti - jenama prego - option
  8. Bebola ikan
  9. 1 tin cendawan butang - dihiris ikut suka


Cara-cara : 
  1. Tumis semua bahan yang bertanda * kemudian masukkan daging kisar - biarkan sehingga daging masak
  2. Kemudian masukkan pes spaghetti
  3. Barulah masukkan cendawan + bebola ikan
  4. Masukkan macaroni 
  5. Dah Siap



Dah siap.....jom makan...

Yang kat bawah ni pulak projek 2 minggu lepas (sabtu). Tempahan dari adik Nurul (Bukit Kerayong) apam polkadot 200 pcs untuk kenduri tahlil awrah ayahdanya...
Al Fatihah untuk ayahda Nurul...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin...


Terima kasih Nurul...

Akhir kalam ucu ucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA....wassalam...




Selasa, 27 September 2011

Pasta Elbow


Assalamualaikum wbt.....salam sejahtera, hari ni ucu buat entry masakkan lah pulak..bukan apa  takut nanti  ada yang dah jemu kalau asyik tayang kek aje...

Semalam sebelum balik dari office, singgah Tesco, Shah Alam (bunyi mcm jauh je padahal sebelah office jah..) beli bahan2 utk buat kuah spaghetti tapi dimakan dengan pasta elbow. Ini adalah permintaan anak bongsuku, Akid. 

Rasanye dah berminggu jugak lah dia minta masakan pasta ni..maka malam tadi tertunailah sudah permintaan  dia...(melampau betul lah mak dia ni kan...asyik sibuk memanjang..)




Disebabkan nak jimatkan masa dan tenaga, ini ucu bagi resipi yang ucu masak..lain orang lain caranya kan..tapi ucu selalu amalkan masak yang mana cepat dan senang (kiranya instant way laa..) neh resipi dan cara masakan ucu

Resipi Pasta Elbow
Olahan Ucubakery

Bahan-bahan 
500gm - pasta elbow
direbus- masukkan sedikit minyak/garam 

500gm daging/ayam cincang
1 botol kecil sos spaghetti / prego tradisional
2@3 biji bawang besar - dicincang
5 ulas bawang putih - dicincang/ditumbuk
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 kiub pati ayam
Tomato - dipotong kiub - ucu x letak sbb lupa beli
1 tin cendawan butang - dipotong 
Sosej - ikut nak byk mana - dipotong menyerong
Minyak masak
Garam


Cara masak ;

  1. Didihkan air dalam periuk,masuk garam 2 sudu kecil,masukkan spaghetti,masuk 2 sudu minyak.Angkat setelah spaghetti lembut.
  2. Panaskan kuali dgn minyak,masukkan bawang putih dan bawang merah.Setelah naik bau,masukkan sos cili dan sos tomato.Tumis sampai naik minyak.
  3. Setelah itu,masukkan isi ayam.Masukkan sedikit air,biar sekejap.Kemudian masukkan kiub pati ayam
  4. Then,masukkan sos spaghetti.Gaul rata.Dan bolehlah dihidangkan bersama elbow.



Cer tengok aksi-aksi mengancam akid yang kelaparan.....siap minta pinggan besar lagi..(bukan habis pun)...
dan gambar kt atas tu akid yg snap, sbb dia ni sama  hobi dengan kakaknya, pantang nampak kemera n camcorder sibuk nak rekod n snap gambar...yg sibuk mengira sosej tu tangan kakak dialah si Anis...

Gaya kesopanan dan kesusilaan...rukun negara ke 5 lah katakan...








sempat lagi korek hidung...ceh memalukan lah pulak...



Sekian dulu...wassalam...

Pilihan Ucubakery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...