Assalamualaikum wbt...
Kami sekeluarga jarang sangat2 makan ikan sembilang ni...rasanya dah dekat 5,6 tahun kot tak cubit lauk ni.
Biasa ikan ni ucu masak goreng tak pun masak cili, tapi bila dah pekena kari pekat kat satu restoran yg dibuka 24 jam di Sg Sireh, Tanjung Karang....peerrrrghhh asyik teringat2 lah pulak.
Restoran ni betul2 dekat dgn simpang 4 traffic light Sg. Sireh kalau sapa2 lalu nak balik kg antara klang ke teluk intan pandang2 lah belah kanan, kalau nak ke kelang pulak kedai ni sebelah kiri ler...tapi rasanya ada 1 lagi cawangannya yg berhampiran dgn restoran ni.. cari ajer lah Restoran Kari Sembilang (kalau x silap lah)
dari asyik terasa2 jer kat tekak... satu hari tu paksu pegi pasar terjumpalah ikan sembilang yg memang besar lebih kurang 1kg sekor, sebijik macam yg kami makan kt restoran tu..alhamdullilah rezeki.
Apalagi projek mengari lah hari tu.....
sebenarnya ucu teramat kureng minat dgn masakan kari...tapi bila dah pekena sembilang kari hari tu semacam tersuka pulak...tapi kt ikan sembilang jer...
Resepi Kari Sembilang
Sumber : ucubakery
Bahan-bahan ;
Ikan sembilang - disiang dan basuh dgn limau kasturi/asam jawa
Bawang merah - dihiris*
Bawang putih - dihiris*
Halia - dihiris*
Bunga lawang
Kayu manis
Rempah kari adabi - 2 peket yg kecik
Rempah kari babas - 1 paket yg kecik
1 kotak Santan - 250gm
Kacang bendi
Air
Air asam jawa
Garam
Perasa
Cara- Cara :
- Panaskan minyak dan masukkan bahan hirisan serta bunga lawang dan kayu manis hingga kekuningan.
- Bancuh ke dua-dua serbuk kari dgn sedikit air serta air asam jawa
- Kemudian masukkan ke dalam bahan tumisan tadi dan kacau sehingga pecah minyak - api perlahan
- Masukkan separuh santan bersama air - jangan banyak sangat
- Apabila telah mendidih baru masukkan ikan sembilang tadi bersama kacang bendi- kacau dengan perlahan-lahan
- Masukkan garam dan sedikit perasa
- Apabila mendidih sekali lagi baru masukkan santan pekat - kacau perlahan
- Semua rasa sudah sempurna baru matikan api dan bolehlah dihidang.
okey lah yer.
Wassalam..