Umie.Artoqiemie: 12/14

26 December 2014

tukar ubat psoriasis

Salam semua..

sekarang musim main perahu.. Semoga semua di negeri pantai timur selamat hendaknya. Aku pun kat perak sekarang ni, risau je aku nengok, hujan tak berhenti dari semalam. Kedai runcit rahmath terbakar pulak pagi tadi , macam-macam. Moga semuanya baik-baikla eh? Sedih aku tengok kedai runcit rahmath terbakar, sebab kat situla spray mount paling murah aku boleh dapat, bak kata kawan aku, perfume mampu milik kat situ ja ada..

Aku nak ceghita pasal cream psoriasis aku, kan sebelum ni aku duk asyik recommend ECONAZINE kan ? rupanya ada cream yang lagi bagus. tak berbau, jimat & bagi aku hilang terus merah-merah kat kulit.. takda la terus, 2 3 hari jugak la. Nama dia UNIVATE OINTMENT. Ni pun ahli pharmacy kat manjung perak yang recommend, thanks kak.. jasamu dikenang.


gambar ihsan google, sebab gambar ni paling clear & HD. try la Univate Cream ni mana tau boleh membantu masalah anda.. harga rm10.90 kalo tak silap..carik kat pharmacy ye, jangan carik kedai jamu, Btw, yang cleanser mandi for dry skin aku tak try test lagi mana okay, Sebab kalo yang berbuih kasi makin kering kulit so elakkan la ye anak-anak?

boleh email aku kalo nak tanya / kasi pendapat mana ubat yang elok. ikhtiar je ye. setiap penyakit tu kan pasti ada ubatnya.lek lek je. :D umie_nadhirah@ymail.com



11 December 2014

Zolace Zolace Zolace fashion addiction

Shalom masyarakat semua. Aku dah balik belajar kat UiTM perak ni. Tahniah pada yang konvokesyen 81 kat Seri Iskandar ni, tak pernah aku tengok lagi UiTM macam KeyEll haha.  Ouh berkaitan entry radiance signature tu , radiance belum mampu mengurangkan psoriasis ye. Kalau SNE okay kalau untuk psoriasis. Keep on emaling me to know further what/which products yang aku consume paling latest aku share.



Btw aku ada nak cerita something kat korang , pasal Z O L A C E ? what was that? Zolace ni sebenarnya butik pakaian muslimah malaysia yang menjual macam-macam jenis benda bukan barang makan ye, macam poket doraemon, ada macam-macam color,size,design baju/accesories. Kalau agak-agak nak carik dress muslimah murah dan berbaloi better kasi terjah lelaju zolace ni ada apa. So nanti kalau ade event anugerah industri ke pekerja cemerlang ataupun musim-musim convo ni kan, haaaa sesuai sangat lah pergi zolace


Blouse online kat situ simple and elegant sebab design nya sangat minimalize tapi gojes gitu. Buat apa nak ke kedai kalau semua boleh order dihujung jari kan? buang minyak weh haha sebab semua shipping ke malaysia, singapore & brunei cost takdak, YES IT FREE!! .Boleh bagi omak omak korang , yang dah nak dekat birthday tu. Bukan omak omak je boleh pakai, onak onak (anakanak) pon boley,


Selain itu zolace ada jual skirt labuh maxi yang sangat selesa bawak berjalan-jalan, nak langkah longkang kejayaan tanpa ragu-ragu sebab senang nak bergerak, Bagi yang bosan dengan palazzo yang tiada corak, anda patut bertukar citarasa sempena tahun baru ni ,printed palazzo pants yang ada di zolace ,Cantik-cantik coraknya disamping sesuai untuk digayakan dimana-mana.

 Tudung bawal corak yang sesuai digayakan dimana-dimana & senang nak atur, tak perlu lilit lagi chuoools oii haha,Antara corak yang ada di zolace.com ialah bunga raya chiffon, day by the bay (pattern cam kotak-kotak), daylong pattern, plain color dan lain-lain lagi. Oh!Btw, zolace juga ada menjual tempat tudung hanger besi berklip yang memudahkan lagi para muslimah menguruskan gobok(almari) korang dengan lebih teratur.

 Kalo dah tudung je cantik, tak boleh jugak, dia kena ada Kurung moden online, yang cun-cun untuk dipadankan dan beg tangan online tangan yang gojes-gojes. Nak carik clutch untuk dinner or whatever? no worries nigga.. ada ! ada ! dorang ada new arrivals dekat website.


Apa yang aku suka zolace ni dia punya nama baju pun unik-unik, macam baju kurung biru kat atas ni nama dia Romantic Resplendence Baju Kurung In Blue . Kalo agak-agak kurang romantik nak pikat bakal suami atau pun suami di rumah cuba try sat baju ni.


Gonna Shape Up Necklace

Zolace juga menawarkan anda necklace dengan harga yang berpatutan sesuai dengan gaya anda ke majlis ataupun kemana saja. Gonna shape up necklace ni paling aku suka , nampak cam exclusive. Kalau pakai tshirt pun boleh pakai necklace ni. nak tau harga? ushar sana , ushar... pasti tak percaya.. 

This one is my favourite bag dekat zolace. Sebab very classic yet elegant nampak cam berkarisma je pergi kelas guna ni. Sling Over Satchel Bag In Green!!

Kalau yang tak suka beg keraih(keras), Any Day, Any Time Bucket Shoulder Bag In Chocolate ni sesuai untuk mereka yang aktif. Ada banyak lagi color boleh pilih boleh ushar sana ye. 

Yang paling best shopping online kat sana , aku tak rasa pening bila bukak website sebab dorang ada buat pecahan untuk new arrivals,  most loved by customer dan sales so senang korang nak click. Nak tahu lebih lanjut dan lanjut lagi pasal ZOLACE..sini saya sertakan dorang punya fesbuk, twita,pinterest,insta & gugel plus. happy shooping guys !



09 December 2014

Sapot member #PRK2014

Shalom masyarakat!
Aku baru je habis design mende alah ni untuk calon-calon mpp UiTM Perak kampus Seri Iskandar. So sapa-sapa yang ada kat UiTM Perak tu. Sapot member ! HAHA!


Voice Of Your Future L.E.A.D.E.R..

07 December 2014

Shopping RM1212 At Lazada Malaysia [Contest]

Apa yang boleh dibeli jika ada RM1212 di Lazada Malaysia? Mesti banyak pilihan kerana Lazada menawarkan harga barang yang berpatutan dan diskaun yang hebat terutama pada 12 December 2014 akan datang kerana dijangka akan ada ONLINE REVOLUTION SALE selama 1 hari dengan pelbagai tawaran menarik.


Cara penyertaan :
  1. Buka website Lazada Malaysia : http://www.lazada.com.my/
  2. Pilih mana-mana produk pilihan dalam website Lazada tetapi jumlah semua barang tidak melebihi RM1212. (Boleh pilih lebih dari 1 barang)

Okay aku memilih Apple iPad Air WiFi 16GB Silver untuk online business. cehh!! curlas kau jah.. berbusiness pakai iPad. Sebenarnya, nak baca nota sejarah aku semester ni, senang sikit kalo dah besar. scroll scroll takde la tido hehe. harap-harap rezeki aku la ye. 



  1. Copy link url product dan letak didalam post/entry (Link boleh klik)
  2. Nyatakan sebab memilih produk tersebut. (Simple je)
  3. Boleh letak gambar product/screenshot dari website Lazada (optional)
  4. Tajuk post/entry : Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]
  5. Letakkan banner diatas dalam entry/post. 
  6. Letakkan caption dibawah dalam entry : 
 Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

Pemenang akan dipilih secara random melalui Google Carian  (tidak semestinya pada page pertama) dan URL yang diletakkan di ruangan komen ini . 6 pemenang bertuah akan memenangi shopping voucher dan cash. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Harga barang tidak melebihi RM1212
  2. Sila letakkan link blog di ruangan komen. (Peluang menang lebih besar)
  3. Pemenang akan dipilih secara random tetapi jumlah harga barang yang melebihi RM1212 akan dibuang dari penyertaan. 
  4. Contest ini hanya valid jika terdapat lebih dari 20 penyertaan, so sila ajak kawan-kawan untuk join :)
Contest ini berlangsung sehingga 12 December 2014. Jangan lepaskan peluang ini!