Showing posts with label List Tutorial. Show all posts
Showing posts with label List Tutorial. Show all posts

Tutorial Cara Letak Bloglist Dalam Blog

Meletakkan bloglist dalam blog adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengetahui jika ada update terbaru daripada blog kegemaran anda. Selain dapat menjimatkan masa dimana anda tidak perlu buka setiap kali, ianya juga dapat dijadikan penganti kepada bookmark. Salah satu kelemahan bookmark ialah ia tidak menunjukkan bila blog tersebut dikemaskini dan ianya dapat diatasi dengan meletakkan bloglist di blog anda.

Berikut contoh bloglist yang dimasukkan blog ohbest dan ohfakta. Setting yang ada juga membolehkan anda mengetahui bilakah blog tersebut diupdate.

Tutorial untuk letak bloglist dalam blog adalah seperti berikut.

1. Dari dashboard > layout

2. Klik 'Add a gadget' dan dari senarai yang dipaparkan pilih 'Blog List'

3. Pilih setting yang anda mahukan, (boleh diubah kemudian juga), kemudian klik pada ' add to list'.
Setting yang dicadangkan ialah.
Sort : Most recently updated
Show : 5 blogs @ 10 blogs
Tick : Title of most recent item
Tick : Data of last update

4. Masukkan blog yang anda ingin ikuti kemudian klik 'Add'. ( apa kata tambahkan http:///tutorialuntukblog.blogspot.com , http://ohbest.blogspot.com , www.ohfakta.com kedalam senarai anda.:)

5. Jika sebelum ini anda sudah ada follow blog tertentu, anda juga boleh letak pada bloglist dengan klik pada 'blogs i'm following' dan tick pada senarai yang ada kemudian klik add.

6. Contoh senarai blog yang dimasukkan seperti berikut. Setelah selesai, klik 'save' dan selesai. Anda juga boleh mengubah semula setting yang telah ditetapkan sebelum ini.

7. Contoh bloglist dengan setting yang berbeza adalah seperti berikut.



---------------------------------------------
Blog list adalah sangat bagus untuk menjimatkan masa anda dari melawat sesebuah blog/website.
Cuma terdapat satu kelemahan berbanding rss reader yang biasa, iaitu bloglist hanya menunjukkan 1 post sahaja untuk satu-satu masa. Bermakna, jika blogger update 2 entri sekaligus, anda mungkin terlepas entri yang pertama.

Apa yang bagusnya.?
Blog yang paling terbaru update akan berada di senarai paling atas jadi anda tidak mengalami kesukaran untuk mengetahui bilakah sesebuah blog diupdata, dan siap ada masa bilakan blog tersebut baru diupdate.
Semestinya anda boleh jadi pengunjung pertama, kalau bahasa pasarnya, ketika entri masih 'panas' lagi.:)

Tutorial Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

Beralih daripada domain .blogspot.com kepada .com boleh dianggap sebagai satu penjenamaan semula kepada blog oleh blogger. Dengan adanya domain .com, terasa lebih professional dalam dunia blogging. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sebelum beralih dari .blogspot.com kepada .com, anda hendaklah terlebih dahulu membeli 'nama' domain anda. Biasanya berharga dalam RM30 - RM40 untuk setahun. Dan juga admin ada tunjukkan ►bagaimana cara untuk beli domain dari serverfreak.◄

Anda juga boleh beli domain dari penyedia perkhidmatan yang lain, dan tutorial untuk tukar juga akan lebih kurang sama. Tetapi, untuk tutorial ini, admin akan tunjukkan bagaimana untuk tukar selepas anda membeli domain dari serverfreak. (Jika anda membeli dari penyedia yang lain pun rasanya caranya adalah lebih kurang sama je). Untuk tutorial ini, admin andaikan anda sudah mempunyai 'nama' domain yang dibeli dari serverfreak.

Tutorial untuk tukar dari .blogspot.com kepada .com adalah seperti berikut,

1. Dari dashboard > settings > basis. Klik pada 'Setup a 3rd party URL for your blog'



2. Masukkkan domain yang anda telah beli. Pastikan domain adalah dalam format www.(domain anda).com.
kemudian klik 'Save'


3. Satu notifikasi akan muncul yang mengatakan anda masalah dengan domain yang anda telah masukkan. JANGAN PANIK.. Itu adalah normal untuk kali pertama ada masukkan domain.

Apa yang penting adalah maklumat yang telah diberikan seperti dibawah yang admin bulatkan. Maklumat ini akan digunakan untuk langkah seterusnya. Pada bahagian ini, tidak perlu klik 'save' kerana memang tak dapat.



4. Masuk ke laman web untuk domain yang anda telah daftar. Kalau yang membeli dari serverfreak boleh login dari sini > https://secure.web-hosting.net.my/clients/clientarea.php . Bagi yang membeli dari penyedia lain boleh login mengikut penyedia perkhidmatan masing-masing.

4.1 Selepas login, pada senarai domain yang anda (pastikan domain betul jika anda beli banyak domain), klik pada 'Manage Domain"


5. Selepas itu klik pada 'Manage DNS'


6. Klik pada 'Manage CNAME Records'


7. Pada paparan yang muncul, masukkan maklumat yang terdapat seperti di langkah 3.
Perhatikan ada 2 maklumat yang berbeza di langkah 3.
Satu maklumat ialah www  --- ghs.google.com
dan satu lagi maklumat xxxx ---xxxxx (apa sahaja yang muncul)

7.1 Masukkan www -- apa sahaja yang muncul di baris pertama di langkah 3. Selepas itu klik 'Add Record'


8. Ulang langkah 6 untuk maklumat pada baris kedua dan klik 'Add Record'



9. Siap untuk proses pertukaran domain. Kemudian, anda perlu tunggu 24jam (bergantung kepada kecepatan penyedia atau server, tetapi admin letak 24jam untuk letakkan satu standard).
Yup, ada tidak perlu lakukan apa² dalam masa 24 jam. Biarkan dahulu blog anda dengan nama .blogspot.com.(semestinya anda boleh tutup pc/laptop anda :)

9.1 Selepas 24jam, ( atau keesokannya), masuk semula ke akaun blogger, dashboard > settings > basic , kemudian masukkan nama domain anda, iaitu www.(nama-domain-anda).com dan klik save.



10. Jika, selepas anda save, paparan seperti ini muncul, maknanya, anda sudah berjaya. dan tahniah admin ucapkan.:)



11. Dan ini screenshot yang admin boleh tunjukkan sebelum dan selepas. Bukankah rasa lebih profesional.:)




Happy blogging..

Cara Untuk Menjemput Penulis Jemputan Untuk Blog

Sebagai seorang blogger, ada ketikanya kita menginginkan seseorang untuk menulis atau memberikan idea penulisan mereka. Terdapat beberapa cara yang biasanya dilakukan iaitu dengan menjemput mereka untuk menulis dengan cara copy paste kemudian diberikan kredit kepada mereka. Jika sekali sekala boleh dilakukan seperti itu, tetapi bagaimana jika ianya dalam kekerapan yang tinggi.?

Jika penulis jemputan ingin memberikan idea secara tetap, ataupun sentiasa ada idea untuk blog anda. Tentu sukar. Jadi, cara yang paling mudah ialah dengan menjemput penulis jemputan secara 'rasmi'. Ianya dapat dilakukan dengan beberapa setting yang membolehkan penulis jemputan menulis untuk blog anda tanpa anda perlu login ke akaun sendiri. Biarkan mereka menulis dan publish bila-bila masa sahaja yang mereka mahu.


Dan semestinya anda tidak perlu risau penulis jemputan akan akses sepenuhnya dashboard anda, kerana ianya adalah terhad untuk penulis jemputan.

Tutorial untuk menjemput penulis jemputan adalah seperti berikut.



1. Login pada dashboard > setting

2. Pada bahagian Permissions, klik 'Add authors'



3. Masukkan email penulis jemputan yang anda mahu. Boleh letak seberapa orang sekaligus. Kemudian klik 'Invite Authors'
Dan apabila klik anda akan dapat lihat jumlah jemputan orang 'terbuka'. (masih belum accept oleh penulis jemputan)

4. Sebagai tuan rumah, kerja anda untuk jemput selesai disini. Apabila penulis jemputan sudah accept, dia akan dapat terus menulis blog anda. Walaupun begitu, admin akan tunjukkan juga, bagaimana jemputan yang diterima oleh penulis jemputan yang telah anda hantar.

4.1 Pada email penulis jemputan, akan dapat satu email seperti di bawah.

5. Antara proses terlibat ialah untuk sign in dan juga klik pada accept invitation. Juga terdapat maklumat yang berkaitan seperti url blog dan tarikh jemputan.




6. Selepas selesai semuanya, tada... kini penulis jemputan boleh post entri ke blog anda bila-bila masa sahaja tanpa anda perlu untuk bersusah payan untuk tolong copy paste dan bagi kredit.


Dan juga untuk makluman sekali lagi, sebagai pemilik blog asal, anda tidak perlu bimbang blog anda diteroka berlebihan oleh penulis jemputan. Ini kerana penulis jemputan hanya dapat post dan lihat senarai blog yang dijemput sahaja.

Bermakna, jika anda ada 5 blog, dan jemput 1 untuk penulis jemputan, maka penulis jemputan hanya dapat lihat 1 blog sahaja dalam senarainya. Dan penulis jemputan hanya boleh post sahaja. Trafik blog pun dia takkan tahu. Juga paling penting, dia tidak boleh edit apa sahaja yang ditulis oleh anda sebelum ini.

p/s: Nanti dalam entry lain admin akan tunjuk bagaimana nak tukar dari .blogspot.com kepada .com :)

Tutorial Letak Random Post Button Dalam Blog

Jika sesebuah blog mempunyai entri yang banyak, mungkin pengunjung tidak tahu untuk membaca mana satu entri di dalam blog tersebut. Jadi bagaimana untuk kita kekalkan pengunjung blog untuk membaca entri blog secara rawak.? Maka perlulah dipasang 'random post button' dalam blog.
Ia juga salah satu cara untuk memastikan pengunjung akan kekal lebih lama di dalam blog kita untuk membaca entri-entri yang terdapat dalam blog secara rawak. Ia sangat bagus bagi blog yang sebahagian besar kandungannya adalah gambar atau video, dimana pengunjung tidak perlu membaca mengikut turutan garis masa, tetapi membaca entri secara rawak.


Contoh blog (test blog) yang dipasang dengan random button ini boleh dilihat di sini > test blog 

Tutorial untuk memasang random post button ke dalam blog adalah seperti berikut.

Cara Masukkan Banyak Gambar Dalam Entri Blog Dengan Mudah

Apabila menghasilkan sesebuah entri bagi blog, antara perkara yang hendak dimasukkan adalah gambar. Mungkin mudah untuk masukkan gambar sekeping dua dalam entri blog. Bagaimana pula untuk memasukkan berpuluh-puluh gambar (seperti gambar pergi melancong, perkahwinan, dsb) dalam satu entri blog dengan cara yang mudah.?

Contoh banyak gambar yang dimasukkan sebuah entri seperti di entri ini. Suasana terminal bas di China

Berikut adalah tutorial untuk memasukkan banyak gambar dalam blog sekaligus.

1. Dari dashboard anda, klik pada 'create new post'



2. Pada paparan yang muncul, pilih mode 'compose' kemudian klik pada ikon 'gambar'.



3. Klik pada 'Choose files'



4.Dari paparan yang muncul, pilih seberapa banyak gambar yang anda ingin masukkan, kemudian tekan 'open'



5. Proses upload bermula.



6. Apabila selesai, tekan 'add selected'.
Pastikan sebelum anda tekan 'add selected' semua gambar telah dipilih.



7. Selesai, itu sahaja. Mudah bukan..:)

Berapa maksimum gambar yang boleh diletakkan.?

-Admin sendiri tidak pasti. Kerana admin pernah upload sehingga 40keping, masih lagi ok.:).
Tapi pastinya boleh upload banyak sekaligus.:)


Fibox : Shoutbox Yang Cool Untuk Blogger

Fibox adalah satu lagi nama baru untuk shoutbox yang memasuki ruang maya ini. Rentetan daripada shoutmix yang akan menamatkan perkhidmatan percumanya, admin dapati Fibox menawarkan shotbox yang bagi admin memang cool, (walaupun bagi admin baru sekali pandang:)

Fibox kini dalam fasa beta dimana lebih banyak penambahbaikan yang akan dilakukan oleh pihak yang terbabit. Lihat pada paparan yang mesra pengguna dan penggunaannya yang mudah, admin tidak ambil masa yang lama untuk terus daftar. Anda boleh melihat contoh shotbox Fibox ini yang admin letakkan di blog ohbest.

Sambil-sambil daftar, admin ambil kesempatan untuk letakkan sekali tutorial untuk daftar Fibox seperti di bawah.

1. Buka www.fibox.ws, kemudian klik pada Sign Up


2. Masukkan email address dan password. Tick pada term of service kemudian klik continue


3. Notification mengatakan activation email dihantar kepada emial yang anda daftar.


4. Buka email dan klik pada link yang diberi.


5. Pengesahan bahawa akaun anda telah diaktifkan.


6. Login akaun anda, dan untuk kali pertama anda login anda akan diminta untuk create nama untuk shoutbox anda.


7. Daripada dashboard, anda boleh tetapkan setting yang anda kehendaki



8. Copy code yang diberi dan paste ke dalam ruangan HTML/javascript blog anda.
(tidak faham.?)

9. Save dan lihat hasilnya.:)


Tambahan:
Selepas pendaftaran, anda juga boleh login menggunakan akaun facebook anda.