Showing posts with label Internet & PC. Show all posts
Showing posts with label Internet & PC. Show all posts

Cara Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook

Antara perkara yang tidak begitu digemari apabila melayari facebook ialah apabila mendapat notification berkenaan game. Agak sukar untuk memaklumkan setiap orang yang menggunakan aplikasi game ini kerana biasanya ianya akan dipost secara automatik. Malahan ianya seakan tidak berhenti apabila ada sahaja game baru yang muncul.
Terdapat cara yang mudah untuk ban / block daripada menerima jemputan untuk bermain game. Ianya akan menyekat segala yang berkaitan dengan game yang anda block dan semestinya hidup anda lebih tenteram. :)

Untuk block notification game dari facebook, ikuti 4 langkah mudah ini.


1. Pada paparan utama, klik pada sebelah kanan-atas,

2. Satu list akan keluar kemudian klik pada 'Setting'.

3. Klik pada 'Blocking'

4. Scroll sedikit mouse anda sehingga jumpa 'block apps'. Masukkan perkataan awal nama game, satu list akan keluar dan pilih game yang anda hendak block. Senarai game anda boleh lihat di notification anda. Boleh masukkan seberapa banyak yang anda hendak blok.

5. Selasai dan anda kini akan lebih tenteram tanpa gangguan 'invite' untuk game dari rakan anda. :) Jika ada lagi game terbaru, ulang dari langkah 1-4 untuk sekali sahaja. :)

Contoh senarai game yang di'block'/sekat/ban.


Cara Tunaikan (Clear) Cek Dari Google Adsense

Pendapatan dari google adsense adalah salah satu punca pendapatan untuk seorang blogger seperti yang dinyatakan dalam entri 'betul ke boleh buat duit dari blog.?. Oleh kerana google adalah syarikat yang berpangkalan di luar Malaysia, maka cek yang diterima juga adalah dari luar negara. ( Walaupun terdapat google Malaysia).

Tutorial berikut adalah cara bagaimana untuk tunaikan (clear) cek yang diterima dari google adsense. Tutorial ini dilakukan di Maybank, tetapi kaedah yang sama juga jika dilakukan di bank-bank lain di Malaysia.


1. Daripada sampul yang diterima, buka dengan berhati² untuk mengelakkan berlaku kerosakan (terutamanya koyakan) pada cek.


2. Catatkan maklumat anda di belakang cek.
Maklumat yang perlu ada catatkan ialah nombor akaun anda, nama penuh dan nombor kad pengenalan


3. Ambil sampul surat 'Kemasukan Cek Segera', atau biasanya dikenali sebagai envelope sahaja. Boleh dapatkan di kaunter atau di tempat yang disediakan. Dan maklumat berikut perlu disi pada envelope yang anda telah ambil tadi.
► PENTING: Pastikan semua maklumat adalah tepat dan seperti yang dinyatakan di bawah.
► Pastikan nombor² adalah sama di dalam cek dan envelope. Antara yang perlu diberi perhatian ialah nombor cek, bank dan jumlah.
► Lain² masukkan nombor telefon, nama dan nombor akaun.
► Juga boleh potong 'RM' dan ganti 'USD'. Ini sebagai pilihan sahaja. Pegawai bank sebenarnya sudah sedia maklum.

4. Jika anda ada banyak cek google adsense untuk ditunaikan, boleh diletakkan dalam satu envelope sahaja. Pastikan nombor cek dan jumlah adalah betul seperti di bawah.
► PENTING : Jangan campurkan cek google adsense dengan cek dari bank² lain.

5. Setelah selesai masukkan semua maklumat, selak helaian envelope dan koyakkan salinan berwarna kuning. Salinan kuning ini adalah untuk simpanan anda. Kemudian masukkan cek anda ke dalam envelope dengan kemas.


6. Masukkan ke dalam mesin deposit cek, dan kerja anda selesai. :)


7. Nota Tambahan.
► Setiap bank akan mengambil masa yang berbeza untuk proses cek dari luar negara. Biasanya dalam masa 2-3minggu.
► Setiap transaksi yang dilakukan, bank akan ambil sedikit komisen (% bergantung kepada bank), dan stamp duty.
► Setiap transaksi yang berjaya, pihak bank akan menghantar maklumat transkasi ke rumah anda seperti di bawah.

Cara Jual Kembali Emas Public Gold Secara Online

Membeli emas adalah salah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Antara pengeluar emas yang dikenali di Malaysia ialah Public Gold. Untuk membeli, pembeli boleh membeli pusat jualan atau melalui agen. Biasanya pembelian dibuat ketika harga emas adalah pada tahap yang rendah.
[update: admin jumpa satu website yang terangkan cara pembelian emas public gold secara online di sini ► http://www.mohdzulkifli.com/2013/03/cara-mudah-membeli-emas-public-gold-online.html )
Setelah membeli, sudah tentu ada masanya emas ini perlu dijual, samada untuk kegunaan wang, untuk pelaburan lain, ataupun jual kembali kerana pada ketika itu harga emas adalah tinggi. (Harga emas tinggi ialah masa yang sesuai untuk jual, sebelum beli kembali pada harga rendah). Tetapi bergantung kepada individu bagaimana untuk mencorakkannya.

Pembelian emas juga boleh dilakukan secara online untuk 'lock' harga pasaran ketika itu. Begitu juga dengan jualan. Tujuan untuk 'lock' harga adalah untuk memastikan apabila kita menjual kembali emas, ia adalah harga semasa kita melakukan transaksi online, bukan harga ketika kita berada di pusat jualan. Jualan kembali secara online bermaksud kita 'lock' harga untuk jualan, barang tetap akan diserahkan selepas itu.

Berikut adalah tutorial untuk jual kembali emas kepada pihak public gold secara online.

1. Buka laman public gold. Jika belum berdaftar boleh berdaftar di https://publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_user&view=register&lang=en.
1.1. Pada navbar, pergi ke 'Order' dan klik pada ' Place Sell Back'


2. Perhatikan senarai yang ada, masukkan jumlah kepingan emas yang hendak dijual semula. Pastikan 'Product Name' adalah betul dengan emas yang anda hendak jual semula.


3. Masukkan maklumat yang diminta. Alamat tidak perlu kerana transaksi akan dilakukan secara online banking.
► Pastikan bahagian 'selling to' adalah betul, iaitu cawangan yang anda hendak serahkan emas secara fizikal.
Untuk senarai cawangan, alamat dan nombor telefon, boleh rujuk di sini: cawangan public gold seluruh Malaysia
► Klik pada "Update" dan jumlah grand total akan menunjukkan harga emas yang akan anda jual.
► Setelah dipastikan semuanya betul, klik pada 'Check Out'


4. Paparan baru akan muncul menyatakan harga akan dikunci pada harga ketika itu. Klik 'Ok' untuk teruskan.


5. Satu informasi tentang transaksi yang anda telah lakukan akan keluar.


6. Penting untuk anda perhatikan, tarikh dan waktu yang sepatutnya emas yang anda hendak jual sepatutnya sampai ke cawangan yang telah anda pilih. Anda boleh baca terms and conditions untuk maklumat lanjut.


7. Anda juga akan dapat satu copy transaksi yang telah dijalankan di email anda. Apabila sudah sampai tahap ini,bermakna urusan anda untuk jual kembali emas kepada public gold telah selesai.

Cara Buat Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA / Politeknik Premier

Bagi yang memohon kemasukan melalui rayuan ke IPTA/Politeknik Premier bagi sesi 2014/2015, semakan keputusan rayuan telah boleh dilakukan bermula 12.00 tengah hari, 12 Jun 2014. .


Terdapat beberapa link untuk menyemak keputusan permohonan pemasukan pelajar ke IPTA / Politeknik Premier ini,

Semakan boleh dilakukan salah satu dari link yang berikut.

1. http://jpt.uum.edu.my/spm/default.aspx
> Klik link d atas, masukkan nombor kad pengenalan dan klik 'OK'

ATAU

2. https://jpt.utm.my/?menu=spm
> Klik link di atas, masukkan nombor kad pengenalan  dan klik 'Masuk'

ATAU

3. https://online.moe.gov.my/upu/hebahan/index.php
> Klik link di atas, masukkan nombor kad pengenalan, tick jenis insitusi, tick program pengajian kemudian klik 'Masuk'


Tahniah kepada yang berjaya dan jangan berputus asa bagi yang tidak berjaya dalam rayuan ini. Proses pembelajaran masih terbuka luas kepada sesiapa yang berhajat untuknya.

Cara Login Uitm Student Portal

Universiti Teknologi MARA (Uitm) merupakan universiti terbesar dari segi saiz dan juga jumlah bilangan pelajarnya.
Maka sudah tentulah Uitm Student Portal merupakan antara jaringan penting yang digunakan pelajarnya. Dengan akses ini, pelajar dapat terus ke eHEP system, Academic System, dan juga untuk memeriksa keputusan peperiksaan.


Cara untuk login Uitm Student Portal adalah seperti berikut.


1. Cara paling mudah ialah buka link http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp, kemudian klik pada 'Student Login'


ATAU

Jika anda dari anda dari laman utama Uitm, klik http://www.uitm.edu.my/index.php/en/, halakan curson anda pada paparan "Students > Current Student > Student Portal"


2. Masukkan student ID dan password dan klik 'sign in'. Jika terlupa password, boleh klik 'click here to retrieve your password'

3 Paparan seterusnya akan meminta anda membuat pilihan yang anda mahukan. :)