Thursday, August 30, 2012

Mungkin ( Mungkin Yang Terakhir )

Bulan yang penuh dugaan, ujian. Perit, pedih, sakit, sedih semua bercampur jadi satu. Apa lagi yang nak datang lepas ni, aku pun tak tahu.

Orang lain seronok beraya, jalan sini sana. Aku ; sebaliknya. Meratap hampir setiap hari.

Lepas satu persatu aku hadap, makin berat yang datang. Selesai satu datang lagi dua. Kalau berterusan macam ni baik aku tak payah selesaikan masalah yang datang.

Biarkan. Biar bertimbun-timbun. Puas hati !

Apa yang aku rancang nampaknya dah semakin kabur. Ya lah, aku sekadar mampu merancang. Aku sedar aku hanya insan yang tak ada apa-apa. Kerdil. Dan mungkin disebabkan tu, semuanya serba tak menjadi.

Tapi tak kan lah satu pun tak sukses?

Stress macam nak gila. Sumpah tertekan.

Mengeluh panjang.

Aku kira satu persatu, dari orang yang aku harapkan tinggalkan aku sampai lah ke lutut aku yang cedera sampai berjalan kena guna bantuan tongkat. Nak kena mengadap fisio pulak lepas ni. Semuanya aku kena hadap sendiri.

Kempunan mee kari agaknya. Biarlah, bukan rezeki aku agaknya.

Haish!

Kadang-kadang terdetik jugak perasaan kecewa dengan hidup aku sendiri. Tak ada yang menarik, tak ada kemajuan. Apa yang aku harapkan jarang sekali aku dapat. Mungkin sebab tu mudah untuk orang buang aku. Perasaan kecewa makin menebal. Dah sampai paras hidung, sikit lagi nak lemas.

Lemas dengan perasaan kecewa.

Mungkin aku tak boleh mengharapkan yang indah-indah untuk diri aku sedangkan aku ni tak sebagus mana pun. Tak boleh nak menetapkan semuanya mengikut kemahuan aku.

Tak boleh.

Semuanya ada aturan sendiri. Ada cara sendiri.

Dan mungkin aku pun dah penat menulis. Penat dengan diri sendiri. Atau aku rasa perkataan "KECEWA" tu lebih tepat untuk menggambarkan keadaan aku sekarang. Penat untuk hidup.

Selepas semua yang berlaku, mungkin aku patut berhenti menulis. Bila sampai masa, blog ni pun aku tutup. Boleh jadi ni kali yang terakhir aku meluah perasaan kat sini. Aku kata mungkin.

Mungkin!

Kalau aku rasa aku patut kembali mengadap blog ni, adalah entry baru. Kalau tak ada, tak adalah.

Mohon maaf banyak-banyak kalau aku ada buat salah. Segala ketelanjuran kata-kata, terkasar perbuatan atau apa-apa saja yang tak kena kat hati yang membaca blog aku ni. Tu pun kalau ada la yang sudi baca.

Ada rezeki aku kembali. InsyaAllah. Kalau tidak, blog ni pun patut dilupuskan. Cukup cerita aku sampai sini barangkali.

Salam.

-----------------------------

- Mungkin Yang Terakhir -

Satu cerita
Demi satu cerita
Suka dan gembira
Sedih dan sengsara
Telah aku rasa

Ada rasa yang masih tersimpan
Ada sayang yang masih aku angan
Sedang takdir dan kemahuan
Tidak sekali sehaluan
Semuanya berantakan

Biarlah aku simpan sendiri
Segala yang bakal aku hadapi
Aku mulakan langkah kaki
Setelah dibuang berulang kali
Ceritaku mungkin tamat di sini.


" Biarkan segalanya terhenti. Waktu yang berputar mahu pun nadiku sendiri. Aku tidak mahu lalui apa-apa lagi. Ya aku lemah. Kerana itu aku rebah. Tiada istilah bangkit lagi. "

Jumaat
31.8.2012
4.55 am
Penang