www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Thursday, 7 July 2011

MUKTAMAD...! BERSIH TETAP KE STADIUM MERDEKA 9 JULAI INI.....


Bersih 2.0 mengisytiharkan perhimpunan Sabtu ini tetap akan diadakan di Stadium Merdeka di sebalik segala halangan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, semua 14 anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara berkata “tidak satu ketika pun kami akan berganjak daripada keputusan untuk berhimpun di sana secara aman.”

Sambil menolak, amaran, ugutan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka dan juga rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 sejak dua minggu lalu, pertubuhan yang diwakili 62 NGO itu juga melahirkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya kerana didakwa mengkhianati janji bagi membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah stadium.

azlanApa sekalipun terjadi, ikrar mereka, BERSIH akan melaksanakan “hak yang dijamin oleh perlembagaan untuk berhimpun secara aman untuk sebab yang berpatutan dan kebaikan bersama”.

“BERSIH 2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan kabinet yang telah memungkir janji untuk menyediakan sebuah stadium kepada kami untuk berhimpun secara aman.

“Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited terhadap prinsip integriti, kami cuba sedaya upaya bagi mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan bersetuju mengadakan perhimpunan di sebuah stadium bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan bebas.

“Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi terbaik untuk perhimpunan ini kerana sifatnya yang simbolik dan juga kedudukannya di tengah-tengah ibu negara. Tidak satu ketika pun, kami akan berganjak daripada keputusan untuk berhimpun secara aman di sana.

“Jika perdana menteri adalah pemimpin yang mengotakan janjinya, beliau akan membuat segala perancangan bagi majlis itu diteruskan secara aman di Stadium Merdeka,” kata gabungan itu.
Read rest of entry

Monday, 20 June 2011

BILA POLIS NAK TANGKAP IBRAHIM ALI? PENGACAU UPAHAN UMNO

Perhimpunan 'Gerak Aman' pada 9 Julai dilancarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali petang ini yang didakwanya untuk mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH daripada mengadakan demonstrasi jalanan.

perkasa launch anti-bersih campaign 190611 3Sekumpulan penyokong PERKASA pula bertindak membakar dan memijak gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum sidang akhbar bermula selepas majlis pelancaran tersebut.

Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.
"Apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis bertindak apa cara sekalipun untuk menjaga keamanan

"Kalau (perhimpunan BERSIH) tak dibatalkan, kita teruskan... Kalau nak tangkap, tangkap semua, asalkan negara kita aman. Jangan buat kekacauan," kata Ibrahim yang mendapat tepukan kira-kira 500 penyokong PERKASA dan NGO Melayu yang berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman.

ibrahim ali launching gerak amanMengulas mengenai perhimpunan Gerak Aman pada 9 Julai ini, Ibrahim berkata beliau akan bermalam di Jalan Bellamy pada tengah malam 8 Julai sebelum berarak ke Istana Negara pada keesokan paginya.

"Jangan balik, selepas subuh kita akan menuju ke Istana Negara, untuk mempertahankan negara," katanya.

Beliau menjangkakan ramai penyokong Gerak Aman akan terlibat dengan perhimpunan itu, bahkan barisan yang dipertua negeri-negeri telah berjanji akan membawa penyokong dengan 20 buah bas bagi setiap negeri.

Menurutnya lagi, pihaknya juga telah menyediakan peguam untuk membela penyokongnya yang ditahan dan tidak bertanggungjawab sekiranya mereka melakukan perbuatan jenayah pada hari tersebut.

Beliau juga menyarankan agar para hadirin yang hadir agar mengedarkan risalah yang dibekalkan dan wakil NGO menggantungkan kain rentang yang dibekalkan sebagai usaha menguar-uarkan perhimpunan 'Gerak Aman'.

Berdasarkan risalah - "Menolak perhimpunan BERSIH 2.0 yang sebenarnya kotor - terdapat empat lokasi utama untuk para penyokong 'Gerak Aman' berkumpul pada tarikh tersebut seawal jam 7 pagi.

Lokasi terbabit adalah perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, Perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Risalah yang diedarkan itu juga, turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya" yang didakwa membela kes murtad Lina Joy dan mengusaha menggugat Melayu dan Islam, antaranya menganjur forum menyerang perlembagaan negara dan menuntut pelaksanaan suruhanjaya antara agama (IFC).

"Demi keamanan negara dan rakyat Malaysia, kalau saya berkayuh dengan lidi, saya akan pertahankan keamanan... Membujur lalu melintang patah.

"Kita bukan golongan pengacau, kalau mereka berhenti (untuk berarak) kita berhenti. Kita mahu menghalang tindakan melanggar undang-undang," kata Ibrahim lagi.

Ibrahim - yang akan mengetuai kumpulan Gerak Aman - mendakwa BERSIH 2.0 mempunyai "agenda lain" dengan mengambil aspirasi yang berlaku di Tunisia, Mesir dan di negara Timur Tengah yang didakwanya untuk menumbangkan kerajaan melalui jalan raya.

Ibrahim menegaskan tindakan BERSIH untuk berarak ke Istana Negara tidak mendapat restu secara majoriti di kalangan rakyat Malaysia.

"Sebab itu kita buat penentangan bagi seluruh dunia tahu. Jangan bimbang, jangan takut dengan Ambiga.

"Saya sudah dua kali ditahan ISA, saya kenal Mat Sabu, saya kenal pemimpin DAP,"katanya.

Beliau menggesa penyokong PERKASA agar tidak berasa takut kerana tindakan mereka menghalang sebagai tindakan mencegah dan tidak agenda politik tertentu.

"Pemuda Umno nak herhimpun, kita tidak campur dengan Pemuda Umno... Kita rakyat, satu batalion," katanya sambil bertanyakan kepada hadirin siapa yang ingin ditahan ISA.

Kelihatan segelintir penyokong mengangkat tangan dan ada juga yang berkata "saya" bagi menyahut cabaran Ibrahim.

"Jangan jadi seperti di Asia Barat, kita mahu membantu Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) kerana kita buat kerja baik supaya rakyat mengikuti undang-undang," tegasnya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan, Ibrahim menggesa Kementerian dalan negeri dan Ketua Polis negara agar bertindak sekarang dan tidak hanya sekadar memberi amaran.

Beliau juga menggesa polis mengguna segala peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi menegakkan keamanan di negara ini.

Ditanya mengenai permit, Ibrahim berkata tidak mempunyai permit, bahkan akan berdepan dengan kumpulan BERSIH.

Katanya, beliau akur sekiranya perhimpunan gabungan itu membatalkan hasrat mereka, pihaknya juga akan berbuat demikian.

Turut hadir wakil NGO Pekida, pemimpin politik seperti Datuk Khalid Yunus dan Zulkifli Nordin dan wakil penjaja dan persatuan teksi, untuk memberi sokongan membantah perhimpunan BERSIH 2.0.

Khalid dan Zulkifli turut berucap menyokong Gerak Aman dan membantah BERSIH 2.0.


Read rest of entry

Sunday, 17 April 2011

POLIS SYAKI ADA KUMPULAN PENGGANAS DI BRICKFIELD KL

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat sekiranya enam butir bom tangan yang ditemui di sebuah hotel murah di Brickfields baru-baru ini mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata bom tangan itu ditemui hasil serbuan oleh sepasukan polis ke atas hotel berkenaan pada kira-kira pukul 2.30 petang Rabu lepas.

"Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan kes ini masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi malam Sabtu.

Katanya kes itu disiasat di bawah Akta Senjata Api dan Bahan Letupan 1957, dan beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai kes itu.

Sementara itu Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Ibupejabat Polis Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan dalaman mendapati bom tangan itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas, namun siasatan masih dijalankan. -BERNAMA
Read rest of entry

Monday, 14 March 2011

MAHATHIR PEMBOHONG : KES ANWAR JUGA BOHONG? Umno, MCA Dll Memang Kaki Pembohong.,KENAPA?

Kes Anwar pun adalah kes pembohong sebab Mahathir memang kaki pembohong? Memang sah semua pemimpin BN kaki pembohong. Baru sahaja Liong Sik dan Chan Kong Choy menipu Kabinet dan PM Pak Lah yang disiarkan dalam akhbar perdana baru-baru ini, kini giliran Mahathir pula menjadi pembohong. Kenapa mereka jadi penipu nak suka nak jadi pembohong? Itulah dasar dalam UMNO, pandai makan pandailah simpan" jika rahsia terbongkar atau nak hapuskan pesaing maka berbohonglah maka menipulah sesama mereka. Ahli Umno dan BN semuanya bengong kerana berketuakan kaki penipu dan kaki pembonhong.



Yang kata Mahathir pembohong bukan sembarangan orang kalau bukan Ku Li yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, bekas Menteri Kabinet di zaman Mahathir dan juga seorang yang amat berpengaruh di Kelantan dan persada politik negara. Ku LI kata Mahathir pembohong akibat penulisan buku Mahathir yang menyindir Ku Li sehingga menyebabkan Ku Li melenting. Ikut apa kata Ku Li ini..

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata beberapa bahagian tulisan dalam memoir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, sebagai ‘pembohongan politik’.

Katanya, tuduhan beliau menggunakan wang ketika berkempen dalam pemilihan UMNO 1987 (semasa menentang Dr Mahathir untuk rebut jawatan Presiden UMNO) tidak berasas kerana ketika itu beliau tidak mempunyai wang bagi membeli undi.

Beliau, yang pernah menjadi Menteri Kewangan, turut menafikan dakwaan beliau mengetuai Team B untuk mengadakan kempen kotor bagi menjatuhkan Dr Mahathir, yang mengakibatkan pengharaman UMNO oleh mahkamah.

“Saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang. Saya tidak pernah mencuri dan menipu. Dia yang mencuri dan menipu akan rasa berdosa sepanjang masa, sepanjang hayatnya.

“Sebenarnya, saya menentang politik wang. Saya tidak ada kroni. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat semua perkara itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, ketika pelancaran buku bahasa Mandarin Professor Wang Gangwu, berjudul Junzi, di Ipoh, Tengku Razaleigh berkata, pembohongan politik semakin meresap dalam arena politik tanah air masa kini.

“Ini adalah komoditi yang sukar diperoleh hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia di mana pembohongan politik kian menular.
“Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir,” katanya.

Kalau Mahathir memang sah seorang yang pembohong maka semua ahli Umno sememangnya kaki pembohong, selalin membohongi rakyat mereka juga memang berperangai begitusesama mereka. Kita lihat siri-siri persengketaan pembohongan sesama pemiimpin Umno dan BN. Percayalah selepas ini akan ada lebih banyak siri kontroversi sesama pemimpin jahat BN ini.
Read rest of entry

Thursday, 10 March 2011

ROS PULA JADI BONEKA BN


Berita sensasi yang paling menggemparkan hari ini ialah apabila diumumkan bahawa Pakatan pembangkang tidak boleh membentuk satu gabungan rasmi kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Setelah lebih dua tahun memohon pendaftaran sebagai suatu gabungan seperti BN, pakatan yang dikenali sebagai 'pakatan rakyat' yang telah disepakati Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tiba-tiba ROS dengan kemunculan Pendaftar yang baru menyatakan permohonan itu ditola disebabkan tidak disertakan dengan kesepakatan tujuh buah parti bukan tiga seperti yang dipohon. Mana yang betul, Pendaftar ROS yang baru atau Pendaftar ROS yang lama?

Read rest of entry

Wednesday, 9 March 2011

SHAH RUKH KHAN DAN ALI RUSTAM LAGI...

MOHD Ali bersalaman dengan Shah Rukh di Bandar Baru Sungai Udang, Melaka, kelmarin.Semalam, si artis terkenal yang bernama Shah Rukh Khan ini telah bertandang ke Melaka rupa-rupanya. Duduk bersantai dengan si Ali Rustam di Bandar Baru Sg.Udang. Itulah penangan Ali Rustam yang juga peminat nombor satu Shah Rukh Khan. Dan yang peliknya beliau sentiasa di sambut oleh Ketua Menetri Melaka. Siapakah Shah Rukh Khan ini sampai disambut mesra oleh ketua sebuah kerajaan negeri? Naik tarafkah Shah Rukh Khan umpama seorang Menteri dari India? Begitulah senario setiap kali kedatangan makhluk Tuhan ini ke negeri Melaka. Beliau akan disambut mesra oleh si Ali Rustam dengan layanan yang terbaik. Umpama sahabat karib yang selalu mempunyai perasaan dan naluri yang sama.
Read rest of entry

SPR LAGI : KEMPEN PILIHANRAYA SARAWAK MUNGKIN 7 HARI SAHAJA

SPR sekali lagi digunakan untuk menyelamatkan BN dan empayar monarki Taib Mahmud di Sarawak. SPR ni bekerja untuk siapa sebenarnya? Soalan yang berulangkali akan ditanya oleh rakyat marhaen tanpa jawapan pun daripada SPR sendiri.

Pilihanraya Sarawak mungkin diberikan masa tujuh hari sahaja untuk berkempen? Rasionalkah jumlah yang hari diberikan ini untuk semua parti-parti politik berkempen bagi menjelaskan misi dan visi serta calon-calon yang bertanding. Apa yang tersirat ialah SPR cuba untuk menutup ruang kepada parti pembangkang masa yang mencukupi bagi menjelaskan manifesto pembangkang yang mungkin diterima baik oleh rakyat. Lainlah di pihak kerajaan BN yang memerintah, dengan menguasai televisyen, radio, akhbar dan saluran berita yang lain-lain, sudah pasti akan memihak kepada BN di Sarawak.

Hari ini menurut laporan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tempoh kempen pilihan raya negeri Sarawak kurang dari 12 hari seperti dilaksanakan semasa pilihan raya negeri 2006. Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, tempoh kempen terlalu lama dikhuatiri boleh mengundang amalan politik tidak sihat antaranya provokasi yang ditimbulkan oleh parti tertentu.
Read rest of entry

Tuesday, 8 March 2011

UNDI POS MENCANAK NAIK : APA KEJE SPR NI?

 

Satu usaha terancang yang dibuat oleh pihk tertentu dengan kerjasama SPR untuk menambah undi pos di sesuatu kawasan DUN dan Parlimen tertentu semata-mata bagi memberikan kelebihan calon tertentu. Betul atau tidak dakwaan pelbagai pihak ini, maka SPR perlu memberikan jawapan yang paling tepat dan berwibawa bukannya jawapan yang dijawab sambil lewa. Yang amat menghairankan kejadian undi pos yang mencanak-canak naik ini hanya berlaku di kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, timbul kekeliruan wujud campur tangan pihak tertentu sehingga menyebabkan status pengundi awam didaftarkan sebagai pengundi pos. Beliau berkata, “SPR perlu memberikan jawapan kepada persoalan ini kerana ia menunjukkan seolah-olah ada dalang yang ditugaskan menyusun dan merancang strategi ini secara terperinci,” katanya di Lobi Parlimen pada Selasa.

Read rest of entry

405 PENEROKA FELDA JENGKA 23 SOKONG PAS : Bom Jangka Buat BN


Pas yang menjadi komponen Pakatan Rakyat semakin diterima oleh pengundi yang menjadi peneroka Felda. Melihat senario pengundian yang berlaku di tiga buah rancangan felda di Felda Jengka 22, 23 dan 25 maka PAS sebenarnya mendapat kenaikan peratusan undi yang amat memberangsangkan di Felda Jengka 23.

Disaat dihimpit dengan pelbagai ugutan dan ditaburkan limpahan wang ringgit namun peneroka Felda Jengka 23 sanggup juga memberikan undi mereka kepada Pas. Ini membuktikan lebih separuh undi peneroka Felda Jengka 23 adalah milik Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS.
Read rest of entry

NAZRI CABAR PERKASA BERTANDING DI PADANG RENGAS...

Sensasi dalam melayan karenah juara melompat kalau bukan si Ibrahim Ali. Kali ini yang mempermainkan beliau ialah Tan Sri Nazri Aziz yang telah mencabar Ibrahim atau wakil Perkasa untuk bertanding dalam PRU menentang beliau di Parlimen Padang Rengas. Nampak lawak tapi lucu nak gelak tapi tak lucu, begitulah nasib si Ibrahim Ali.

Kenapa Nazri mencabar si Ibrahim ini? Terdahulu, Nazri mencabar Perkasa bertanding dalam pilihan raya di kerusi yang disandangnya iaitu Padang Rengas kerana Perkasa menolak cadangan untuk memansuhkan ruang perkenalan bangsa di borang-borang yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan dan swasta.
Read rest of entry

NEGERI SELANGOR SEJUK UMNO MEMBARA

Selangor yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) maju selangkah kehadapan lagi dengan wujudnya sebuah piagam yang akan menjadi dasar pengajian tahfiz di seluruh negeri Selangor kelak. Baru tiga tahun mentadbir Selangor, kerajaan PR telah berjaya mendaulatkan institusi tahfiz pada tahap yang sebenarnya. Umno dulu tidak mementingkan institusi seperti ini dan apabila pelancaran hal di atas terlaksana maka makin mendidihlah darjah kepanasan Umno Selangor untuk merampas kembali Selangor. Kesian melihat pencacai Umno yang berkempen saban malam untuk menghancurkan PR di Selangor tetapi hampa dan terus hampa.

Menurut sumber Harakahdaily, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Dasar Tahfiz Al-Quran dengan lima objektif utama antaranya melahirkan 500 huffaz profesional pada 2020. Dasar itu dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini malam tadi yang berkata, ia merupakan yang pertama dilaksanakan di Malaysia.
Read rest of entry

HARGA PETROL RON95 AKAN NAIK?


Pastikah anda harga petrol RON95 boleh dipertahankan sehingga Disember 2011? Pemimpin Umno kata RON95 tidak akan dinaikkan kerana kerajaan berhasrat menjaga kebajikan rakyat. Inilah ucapan sempena PRK Merlimau dan PRK Kerdau baru-baru ini. Itu cakap orang politik. Apa kata pakar ekonomi dalam bab ini.
Read rest of entry

BN HABIS BERJUTA......MENANG HANYA SECIPUT

Kemenangan BN yang memang dijangka awalnya menjadi kenyataan. Namun kemenangan ini membawamalapetaka buat BN sebenarnya. Bayangkanlah dengan berhabis hampir mencecah RM500 juta BN di Merlimau hanya mampu kurangkan undi PAS sekitar 500 undi sahaja berbanding PRU dalam 2008. Ini bermakna setiap satu undi kepada PAS yang telah dikurangkan BN dalam pilihanraya kali ini berjumlah RM1 juta...........

Read rest of entry

MERLIMAU : KENAPA UMNO MASIH MENANG?

Persoalan yang tidak perlu dipanjangkan lagi atau memang sudah terpahat dalam sejarah di Merlimau bahawa Umno pasti menang dalam PRK baru-baru ini. Pas yang bertanding dengan kadar kemampuan yang amat terbatas untuk menghadapi jentera jahat BN yang bernilai jutaan ringgit. Umno memang samseng, ganas danbrutal dalam setiap kali siri pilihanraya. Mereka mengganas dengan menaburkan segala kemewahan, menyalahgunakan segala kewangan dan agensi kerajaan, menjanjikan segala projek untuk rakyat, menyebar segala bentuk ancaman, semata-mata untuk memenangi pilihanraya tanpa mempedulikan halal haram dalam seni berpilihanraya. Itulah punca Umno akan menang. 
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online