Showing posts with label pemilihan umno. Show all posts
Showing posts with label pemilihan umno. Show all posts

Friday, 18 October 2013

#PemilihanUMNO: KELANTAN: PERWAKILAN DIINGAT PILIH CALON TERBAIK DI 14 BAHAGIAN!!


Perwakilan Umno di 14 bahagian di Kelantan harus merebut peluang untuk memilih barisan pemimpin terbaik pada pemilihan parti Sabtu ini, kata Pengerusi Veteran Umno Kelantan Datuk Mohd Rozali Isohak. 

Beliau berkata barisan pemimpin yang bakal dipilih untuk tempoh tiga tahun akan datang itu penting dalam persiapan Umno Kelantan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti. 

"Pilih pemimpin yang terbaik kerana dalam kalangan mereka ada yang akan menjadi bakal calon PRU14 nanti," katanya kepada sumber. 

Beliau berkata perwakilan perlu memilih calon yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik seperti berhemah tinggi, berpengalaman, berpendidikan serta bersih daripada rasuah dan penyelewengan kuasa. 

Katanya lagi perwakilan juga perlu memilih pemimpin yang mesra rakyat iaitu sentiasa bersama masyarakat di bahagian masing-masing dan mengatasi masalah yang mereka hadapi. 

Mohd Rozali yang juga Naib Pengerusi Kanan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kelantan turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memilih seseorang calon atas dasar kepentingan peribadi kerana ini akan merosakkan parti. - BERNAMA

Monday, 30 September 2013

#AriffHakimi4Exco: @ariffhz - BAKAL BAWA PENDEKATAN BARU KEPADA PENGUNDI MUDA #PemilihanUMNO


“Menjuarai Hati Orang Muda” 

Calon No.62 Exco Pemuda, Dr Ariff Hakimi Hj Zulkifli. Wakil daripada Kelantan yang akan ke kencah nasional. Dr Ariff yang begitu sinonim dengan Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), iaitu gerakan yangturun padang mencari golongan kurang berupaya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti.

SELANJUTNYA

Diharap perwakilan dapat pertimbangkan supaya dia dapat mengisi tempat sebagai Exco Pergerakan Pemuda Pusat.


Visi: Memastikan Kemenangan Cemerlang UMNO & BN Dalam PRU 14

Misi: Membawa Orang Muda Mengundi BN Dalam PRU 14 Melalui Pendekatan Aktiviti Keagamaan, Pendidikan, Sosial, Sukan & Pembangunan Ekonomi.



Saturday, 28 September 2013

#PemilihanUMNO: Wanita Kebal Kelantan, (Kak Long Jeli) Keperingkat Nasional. Tahniah! #KakLong4Exco


Hajah Roslinah Mohamed, atau popular dengan gelaran Kak Long telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan diperingkat nasional pula, iaitu sebagai Exco Wanita. Kak Long kini menyandang Naib Ketua Wanita UMNO Kelantan, dan juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jeli, iaitu kubu kebal Barisan Nasional sejak zaman Nik Aziz tak pakai tongkat lagi yang dinaungi oleh Tok Pa kita.

Kak Long memiliki berpengalaman dalam selok belok politik bahagian/negeri selama lebih 20 tahun. Memang tempoh yang sangat lama. Boleh tak kita kategorikan Kak Long sebagai 'Wanita Kebal'?

Hebat. Admin harap perwakilan dapat pertimbangkan jawatan yang dipertandingkan Kak Long. 'Otai' seperti ini WAJIB dibawa keperingkat nasional untuk memperkukuhkan lagi sayap wanita dalam UMNO.

*credit pic Pas Beruk

Friday, 27 September 2013

#PemilihanUMNO: Baca Ni!! Salinan Rayuan @tunfaisal Kepada Jawatankuasa Pemilihan. #Justice4TF #TF4MT


Seperti yang saya sebutkan di dalam tulisan sebelum ini, membuat rayuan adalah tanggung jawab saya, kerana ia bukan sahaja mengenai saya, Pemuda UMNO Malaysia dan Pemilihan UMNO 2013, tetapi kerana ia akan menjadi rujukan atau 'precedent' kepada banyak perkara selepas ini.


Dalam rayuan saya, saya menyatakan bahawa saya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan menggugurkan nama saya dari senarai Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sebaliknya hanya membaca mengenainya di portal berita BERNAMA.

Melalui portal berita BERNAMA, dilaporkan bahawa “tiada calon untuk nombor 11 dan 60 disebabkan mereka yang mengambil borang pencalonan tidak menyerahkannya semasa proses pendaftaran calon Sabtu lepas.”

Saya ingin menyatakan bahawa laporan ini adalah TIDAK BENAR sama sekali dan saya mempunyai salinan Borang Pendaftaran Calon bernombor siri 0000465 yang mempunyai cop nombor calon 000060 dan penerimaan oleh Dato’ Hj Tajudin bin Harif, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia.

Melalui sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dimaklumkan bahawa penolakan pendaftaran saya adalah disebabkan saya tidak pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal. Alasan ini agak mengejutkan saya dan saya ingin merayu keputusan Jawatankuasa Pengurusan atas sebab-sebab berikut:-
1. Keputusan untuk menawarkan diri dan penyerahan Borang Pendaftaran Calon dibuat selepas saya merujuk pelbagai pihak dalam pentadbiran parti termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli bin Tan Sri Mohamed Ghazali. Hanya selepas mendapat pandangan mereka, barulah saya menyerahkan Borang Pendaftaran Calon kepada Urusetia Pendaftaran Calon di Tingkat 5, PWTC. 
[Nota: Masih ada pertanyaan mengenai status saya yang belum dijawab, iaitu berkenaan hak saya untuk mengundi dalam pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara serentak di bahagian-bahagian pada 12 Oktober nanti. Jika saya masih mempunyai hak disebabkan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih belum bersidang, bagaimana dan di manakah saya harus mengundi pada tarikh itu. Maksudnya, sebelum melakukan sesuatu, saya telah bertanyakan kepada pihak-pihak tertentu mengenai kedudukan saya] 
2. Pengguguran nama saya dari senarai calon agak tidak konsisten dengan semangat pindaan Perlembagaan UMNO yang diluluskan oleh perwakilan semasa Mesyuarat Agung UMNO pada tahun 2009. Keputusan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menambah syarat minimum kelayakan bertanding di peringkat Majlis Tertinggi adalah “bagi memastikan agar calon-calon dapat melalui proses kepimpinan parti di samping membolehkan mereka menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar sebelum menawarkan diri.”

Persoalannya hari ini, adakah jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia di peringkat Pusat mempunyai kewibawaan yang lebih rendah daripada kewibawaan jawatan Ahli Jawatankuasa peringkat Bahagian? Kedua, adakah berdasarkan rekod prestasi dan pendirian saya selama ini di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya dilihat sebagai BELUM DAPAT LAGI“menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar”sehingga belum layak menawarkan diri untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi parti. 
3. Walaupun ada alasan bahawa ia merupakan peruntukan di dalam Perlembagaan Parti dan Peraturan Pemilihan Parti, namun saya percaya sedikit pengecualian masih boleh diberikan untuk kes-kes terpencil seperti kes ini, sama seperti pengecualian yang dibuat bagi calon-calon Pergerakan Pemuda UMNO yang lahir pada tarikh 1 Januari 1973. Pengecualian ini boleh dilakukan tanpa menjejaskan semangat dan hasrat sebenar peruntukan dan pindaan Perlembagaan. 
4. Mungkin terdapat sedikit kekhilafan dalam menafsirkan semangat pindaan Perlembagaan UMNO tahun 2009. Dari sudut pandangan saya, tambahan syarat minimum sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal, seharusnya dibaca BUKAN sebagai syarat untuk MENGHALANG pemimpin yang berkelayakan untuk menawarkan diri bertanding di peringkat yang lebih tinggi, sebaliknya harus ditafsirkan sebagai syarat untuk MENGGALAKKAN lebih ramai pemimpin yang layak untuk menawarkan diri ke peringkat tertinggi sesuai dengan hasrat untuk menjadikan UMNO itu LEBIH DEMOKRATIK, LEBIH INKLUSIF DAN LEBIH TERBUKA.” 
5. Penolakan pemegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda di peringkat Pusat untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi boleh mengakibatkan tafsiran bahawa jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia mempunyai merit yang lebih rendah daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian. Tindakan ini boleh dianggap sebagai rujukan atau `precedent’ dan mempunyai kesannya terhadap moral, heirarki dan mungkin pelbagai aspek lain lagi di masa hadapan.
Di atas lima sebab di atas dan juga rekod pencapaian serta perkhidmatan selama ini kepada parti dan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air, saya memohon pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk mengekalkan saya sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sidang 2013-2016.

Seperti yang saya nyatakan, niat dan tujuan saya membuat rayuan adalah jelas, ia bukan mengenai saya semata-mata, tetapi beberapa perkara lain yang berkaitan. Apa pun keputusan Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO, saya akan tetap menghormatinya. Saya tetap ORANG UMNO dan tetap akan istiqamah dalam perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

#PemilihanUMNO: WAJAH-WAJAH PEMUDA HARAPAN KELANTAN DIGELANGGANG NASIONAL!!


Pemuda UMNO Kelantan memperkenalkan tiga calon bagi mewakili sayap itu untuk bertanding di peringkat Pusat dalam satu majlis yang diadakan di sini malam tadi.

Ketiga-tiga calon tersebut ialah Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), Mohd. Faizal Daud; Pengarah Eksekutif GDAB, Ariff Hakimi Zulkifli dan Setiausaha Persatuan Anak-Anak Kelantan, Azlan Abdullah.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, ketiga-tiga calon diketengahkan itu mempunyai pakej lengkap dari segi pengalaman dan latar belakang pendidikan untuk membawa suara anak muda terutama dari Kelantan.

“Pemuda UMNO Kelantan memberi sokongan penuh kepada ketiga-tiga tokoh muda ini untuk bertanding jawatan Exco dan kita yakin mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik untuk melakukan transformasi selaras dengan gagasan Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu, Mohd. Faizal yang juga Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (Himsah) dan Fellow Kanan Institut Pemikiran Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, fokus utama beliau adalah memberikan penekanan kepada aspek pendidikan.

“Saya melihat peranan Pemuda dalam bidang pendidikan sangat penting untuk menjadi juara dalam bidang pendidikan kerana mereka dekat dengan orang muda yang ingin tahu hala tuju mereka.

“Barisan kepimpinan dalam Pemuda UMNO masa kini memerlukan cendekiawan dan ahli akademik yang dapat memperkasakan bidang pendidikan untuk generasi muda," katanya.

Dalam pada itu, Ariff Hakimi yang juga seorang arkitek landskap dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (Tombak) berkata, perjuangannya adalah untuk memantapkan barisan Pemuda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya merasakan sokongan orang muda pada masa kini semakin kritikal dan mereka telah beralih kepada pembangkang, justeru usaha untuk memulihkan kepercayaan orang muda harus dijadikan agenda utama.

“Ini bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada PRU-14 di Malaysia amnya dan Kelantan khususnya," kata beliau.

Azlan Abdullah yang juga seorang peguam berkata, sudah sampai masanya UMNO menarik lebih ramai pengamal undang-undang untuk menyertai parti tersebut sebagaimana dilakukan oleh pakatan pembangkang.

Katanya, pakatan pembangkang telah menggunakan kelebihan yang ada pada peguam untuk menarik sokongan daripada rakyat.

“Kita lihat ramai peguam berada dalam pembangkang, saya rasa sudah sampai masanya UMNO dibarisi oleh peguam-peguam untuk menguatkan parti terutama ketika berhujah ," katanya.

Sunday, 22 September 2013

#PemilihanUMNO: @AriffHZ Harap No.62 Dapat Beri Tuah Kepadanya!! #AriffHakimi4Exco



Seperti apa yang penulis tulis sebelum ini:
Ariff Hakimi Hj. Zulkifli merupakan calon yang dipersetujui dan diberi pengesahan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan Anuar Safian. 
Ariff Hakimi atau dikenali sebagai Ariff di kalangan rakan-rakan merupakan ahli pemuda UMNO dari Bahagian Pasir Puteh merupakan Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan Pengarah Eksekutif Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) sebuah NGO yang terlibat dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di UiTM di bawah program Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB).
SELANJUTNYA
Sepanjang perkenalan penulis dengan saudara Ariff Hakimi, dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang berjasa kepada UMNO mahupun anak-anak kelantan terutamanya.

Dia telah banyak melibatkan diri dalam kerja akar umbi (peringkat bahagian) dan aktif pada peringkat nasional dalam Jelajah Destini Anak Bangsa.


Jelajah Destini Anak Bangsa ini telah banyak membantu dan membawa satu perubahan kepada bangsa bumiputera yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran di Peringkat Universiti. Alhamdulillah, sebuah kejayaan yang besar berjaya dihasilkan.


Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai Ariff Hakimi Haji Zulkifli. Ada banyak lagi yang mahu ditulis. Tungguuuu....

Diharap dia diberi peluang untuk menggalas tugas sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan kali ini.

FB: https://www.facebook.com/AriffHakimiHjZulkifli
Twitter: https://twitter.com/ariffhz

Monday, 16 September 2013

#PemilihanUMNO: Kenali Onn Hafiz, Calon Exco Pemuda UMNO!! #OnnHafiz4Exco

Walaupun berasal daripada keluarga politik terkenal tanah air, namun Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong Onn Hafiz Ghazi amat mesra dan senang didekati.

Beliau yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong dan Exco Pemuda Pusat, bertekad mahu membantu dalam memastikan Umno terus kekal sebagai pejuang tunggal bangsa Melayu dan agama Islam.

"Saya lihat bahawa parti Umno adalah satu-satunya parti yang akan terus membela nasib orang melayu dan agama Islam di negara ini. Saya ingin menjadi sebahagian daripada pasukan utama Pemuda yang akan melihat kepada nasib dan hala tuju orang Melayu muda," katanya kepada Malaysian Digest.

Onn Hafiz, 35, yang pernah bertugas di syarikat perakaunan PricewaterhouseCoopers (PwC), cicit kepada pengasas Umno (Allahyarham Datuk Onn) dan cucu kepada Perdana Menteri ketiga (Allahyarham Tun Hussein Onn) mahu berdiri di atas kaki sendiri dalam perjuangan politiknya.

Hubungan kekeluargaan sebagai anak saudara Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilihat sebagai satu kelebihan kepadanya di dalam dunia politik kerana jasa Hishammuddin sebagai mantan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.


“Saya telah berkhidmat dan dilatih dibawah beliau (Dato Seri Hishammuddin) selama tujuh tahun dan banyak yang telah saya pelajari. Keikhlasan untuk berjuang demi agama dan bangsa sentiasa di titik beratkan.

"Dengan pengalaman dan tunjuk ajar yang saya terima, saya rasa sudah bersedia untuk berkhidmat dan membantu Pemuda di peringkat nasional.

Ditanya tentang penerimaan anggota Pemuda Umno terhadap tawarannya untuk merebut satu daripada jawatan Exco Pemuda Pusat, Onn Hafiz berkata, penerimaan daripada anggota Pemuda Umno seluruh negara adalah menggalakkan.

"Alhamdulillah, sambutan mereka terhadap saya setakat ini adalah baik dan saya berdoa agar mendapat sokongan daripada rakan-rakan perwakilan Pemuda Umno," katanya.

Tambah beliau, jawatankuasa Pemuda Bahagian Sembrong juga sebulat suara menyokongnya untuk bertanding Ketua Pemuda Sembrong bagi menggantikan Ariffin Nan yang berhasrat bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian. - SUMBER

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?