Showing posts with label parlimen. Show all posts
Showing posts with label parlimen. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

#TukarKelantan #PRU13 : TERKINI! BN mendahului di Kelantan!

Rakyat keluar mengundi BN - Sumber gambar : Facebook

Mengikut trend nasional, BN dikatakan sedang mendahului di negeri Kelantan setakat jam 1 tengahari tadi. InsyaAllah jika trend ini berterusan, BN akan membentuk kerajaan negeri yang baru esok.

Berdasarkan trend sekarang, kemungkinan besar momentum PRU11 akan berulang di mana rakyat memberikan sokongan hebat kepada BN.

Trend ini bukan sahaja di Kelantan, malah di negeri-negeri lain dan peringkat pusat juga. Penulis yakin BN akan memenangi 2/3 majoriti.

Masih ada masa lagi untuk rakyat Kelantan keluar mengundi. Pastikan undi Barisan Nasional untuk Kelantan baru, Kelantan maju.

Berikut adalah gambar calon BN Parlimen Ketereh,Tan Sri Annuar Musa dan calon BN Parlimen Kota Bharu, Dato Fatmi keluar mengundi pagi tadi.

Tan Sri Annuar Musa beratur bersama rakyat
Dato Fatmi selesai mengundi

TUKAR!

Saturday, 27 April 2013

Solidariti BN dan PERKASA di Pasir Mas pastikan kemenangan Tok Him. #PRU13 #GE13


BN dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pasir Mas telah mencapai kata sepakat untuk sama-sama memastikan kemenangan calon bebas yang juga merupakan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali di kerusi P22 Parlimen Pasir Mas.

Kata sepakat itu dicapai pada Majlis Penyelarasan BN dan PERKASA Pasir Mas yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato Hj. Hanafi Mamat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa dan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali. Turut hadir adalah YDP Perkasa Kelantan dan calon BN di DUN dalam parlimen Pasir Mas.

Kesemuanya bersatu bagi memastikan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas di kerusi tersebut. Dato Hj. Hanafi Mamat dalam ucapannya menyeru penyokong-penyokong BN untuk bersatu hati menyokong Dato Ibrahim Ali dan memastikan PAS tersungkur di Pasir Mas.

"Dacing dan bunga raya adalah satu. Pastikan Nik Abduh tewas di Pasir Mas," seru beliau.

Dato Ibrahim Ali dalam ucapannya menyeru rakyat Pasir Mas untuk terus memberi peluang kepadanya berkhidmat demi agama, bangsa dan tanahair setelah sekian lama beliau menabur bakti di sana.

Kerusi Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dato Ibrahim Ali dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas Che Johan Che Pa yang dicalonkan BN tidak menyerahkan borang pencalonan bagi memberi laluan kepada Dato Ibrahim Ali.

Kesepakatan yang dapat dilihat di antara BN dan PERKASA menunjukkan solidariti bersama bagi menjayakan agenda mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada dikhianati Pakatan Pembangkang.

Rakyat Pasir Mas diseru untuk terus menyokong Tok Him kerana beliau adalah anak tempatan Pasir Mas, manakala Nik Abduh adalah orang luar yang tidak tahu menahu mengenai hal ehwal di Pasir Mas.

Lihat gambar-gambar di sekitar majlis tersebut.









Monday, 22 April 2013

[VIDEO] : Ribuan Rakyat Kelantan Berarak Bersama Calon BN. #TukarKelantan


Penamaan calon di Kelantan pada PRU13 mungkin telah mencatat sejarah tersendiri di negeri Cik Siti Wan Kembang apabila jumlah penyokong-penyokong BN yang berarak mengiringi calon-calon di bahagian masing-masing mendominasi setiap pusat penamaan calon di seluruh Kelantan.

Jumlah yang begitu ramai boleh dianggap sebagai manifestasi sokongan rakyat untuk menukar kerajaan PAS Kelantan selepas 23 tahun diperintah oleh parti itu.

Nisbah penyokong-penyokong BN pada hari penamaan calon berbanding penyokong-penyokong PAS boleh dikatakan 3:1 dan 2:1 di kebanyakan kawasan, dan seimbang di beberapa kawasan.

Benar jumlah penyokong-penyokong yang berarak pada hari tersebut tidak melambangkan jumlah sokongan rakyat kepada sesebuah parti. Namun ia menunjukkan BN Kelantan mempunyai jentera yang begitu hebat dan bersemangat.

PRU kali ini sudah pasti memberi kelainan kepada BN Kelantan kerana BN Kelantan dilihat lebih bersedia pada tahun ini berbanding tahun 2008.

Jika pada PRU sebelum ini ceramah-ceramah BN tidak mendapat sambutan, kali ini ceramah-ceramah BN mendapat sambutan luar biasa dan seringkali mengalahkan ceramah-ceramah PAS.

Tidak hairan jika penyokong-penyokong BN mampu mendominasi pusat-pusat penamaan calon kerana selama ini mereka telah menanti selama 23 tahun untuk melihat perubahan kuasa berlaku di Kelantan.

Dengan semangat gelombang merah, InsyaAllah Kota Darulnaim akan kembali ke tangan BN pada 6 Mei 2013 nanti.

Saksikan video sekitar penamaan calon PRU13. Gambar-gambar boleh dilihat di entry ini.

Sunday, 21 April 2013

[Video] #TukarKelantan #GE13 : Sidang media Dato Seri Mustapa Mohamed


Satu sidang media telah diadakan pagi tadi di Pusat Media BN di Kota Bharu. Sidang media tersebut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato Seri Mustapa Mohamed, Datuk Zaid dan Datuk Nafi.

Pada sidang media berkenaan, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah memaklumkan BN Kelantan melantik Datuk Hassan Harun sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Kelantan.

Datuk Hassan Harun merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi pada BN bagi membantu pilihanraya BN negeri Kelantan dan kedatangan beliau adalah tepat untuk membantu BN dalam PRU13 untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU13 di kerusi-kerusi DUN dan kerusi-kerusi parlimen negeri Kelantan.

Datuk Hassan Harun yang dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Kelantan

Datuk Seri Mustapa Mohamed juga melafazkan syukur dan berpuas hati dengan penamaan calon yang berlangsung semalam.

"Saya bersyukur proses penamaan calon berjalan dengan lancar, tiada kemalangan jiwa bagi semua rakyat Kelantan dan tahniah kepada pihak PDRM. Saya dapat lihat tahun ini adalah berlainan dari segi tatatertib, semakin menaruh keyakinan kepada SPR adalah institusi yang berwibawa untuk menangani pilihanraya tidak seperti tahun-tahun sebelumnya," katanya.

"Semalam kita dapat lihat hasilnya dengan proses penamaan calon berjalan dengan baik. Ini satu perkara yang kita tahu, yang membanggakan kita rakyat Malaysia, malah kita berharap selepas pilihanraya yang ke-13, kita akan matang dan pilhanraya berjalan dengan tenang dan aman. Kita buat keputusan dengan objektif dengan tanpa berdasarkan kepada emosi atau perkara-perkara yang remeh-remeh dan direka," tambah beliau lagi.

Beliau juga berbangga dengan kehadiran penyokong-penyokong BN di semua pusat penamaan calon di seluruh Kelantan kerana kali ini penyokong-penyokong BN mendominasi pusat-pusat penamaan calon mengalahkan jumlah penyokong-penyokong PAS.

Kata beliau, "Saya gembira kerana di semua pusat penamaan calon untuk BN, ada yang nisbah 3:1, 2:1 dan ada yang seimbang. Jadi sesetengah kawasan yang nisbahnya yang begitu tinggi di beberapa kawasan di Kota Bharu menunjukkan ramai yang hadir di pusat penamaan calon, di Bachok dan juga di Pasir Puteh sebagai contoh pun di Jeli sendiri. Saya sebagai pengerusi BN Kelantan berpuas hati kerana orang kita bersemangat dan jelas kepada kita mereka tidak sabar lagi untuk mengundi dan dengan semangat yang tinggi."

Beliau turut memberi pujian kepada gerakan Gelombang Merah yang berjaya menghasilkan satu gelombang rakyat dengan semangat yang begitu hebat.

"Saya nak bagi kredit kepada gerakan Gelombang Merah Pada pengamatan saya, 85% penyokong kita memakai baju merah, 10% memakai baju biru dan 5% yang memakai baju putih atau sebagainya. Rakyat Kelantan khususnya sudah sebati dengan warna merah, jadi apa yang kita lancarkan dua tahun lepas, jelas sekali berkesan. Jadi melambangkan keyakinan yang tinggi bermula pelancaran gelombang merah. Bukan sahaja bilangan yang ramai, tetapi cukup bersemangat sampai hilang suara sesetengah penyokong parti. Jadi wanita dan anak muda bersepakat untuk keluar beramai-ramai. Jadi semangat yang tinggi dan keyakinan yang nampak kepada kita jadi kita jangan alpa."

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua bahagian yang telah menggembleng tenaga bagi memastikan jentera BN sentiasa memberikan yang terbaik. Turut diucapkan tahniah adalah kepada bahagian-bahagian di mana ketua-ketua bahagian yang tidak dicalonkan kerana mereka juga berarak bersama calon. Beliau juga gembira kerana calon-calon yang dibariskan BN kali ini tidak mendapat tentangan dalaman, malah diterima umum.

Ditanya wartawan mengenai ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas, beliau berkata PAS tidak boleh mendabik dada bahawa mereka tidak ada masalah dalaman. Bagaimanapun, jentera BN diingatkan supaya tidak alpa dan "over-confident".

Ditanya mengenai PAS dan DAP, beliau berkata gabungan PAS dan DAP adalah semata-mata untuk politik dan bukan untuk Islam.

"PAS dan DAP ini satu perkahwinan yang 'marriage convenience' semata-mata untuk politik, bukan untuk Islam. Islam dipergunakan sebagai platform untuk bergabung dengan DAP. Kita tahu bahawa DAP tetap menunjukkan belang dan saya berharap agar rakyat Kelantan akan membuat penilaian. Bagi saya kemenangan PAS adalah kemenangan bagi DAP. Dulu DAP tidak berpengaruh kerana orang PAS tidak sokong DAP, dan sekarang mereka menyokong DAP. Setiap undi yang PAS berikan kepada kita rakyat Kelantan, maka kuatlah lagi DAP dimana-mana jua DAP bertanding Ipoh, Seremban, Kuala Lumpur dimana kekuatan DAP bertambah kuat oleh kerana adanya orang melayu menyokong DAP. Setiap undi bagi PAS di Kelantan adalah undi untuk DAP," kata beliau.


#GE13 #PRU13 : Pakatan Pembangkang bertembung sesama sendiri di 7 kerusi


Seperti yang dijangka, Pakatan Pembangkang terus bertelegah sesama sendiri dan berebut kerusi.

Pilihanraya umum ke 13 kali ini bakal menyaksikan Pakatan Pembangkang bertembung sesama sendiri di 7 kerusi yang melibatkan 1 kerusi parlimen dan 6 kerusi dewan undangan negeri.

Berikut merupakan senarai DUN/Parlimen yang melibatkan pertembungan antara PKR, PAS dan BN serta BEBAS.

Sungai Acheh, Pulau Pinang
Badrul Hisham Shaharin (PKR)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Datuk Mahmud Zakaria (BN)

Kota Damansara, Selangor
Ridzuan Ismail (PAS) 
Mohd Nasir Hashim (PKR) 
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas) 
Suppiah Anandan (Bebas)

Labuan, Wilayah Persekutuan
Rosman Isli (BN)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
Hadnan Mohamad (PAS)

Panti, Johor
Azlisham Azahar (PAS) 
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) 

Seberang Takir, Terengganu
Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)

Kota Putera, Terengganu
Mohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)

Bukit Besi, Terengganu
Roslan Ismail (PAS)
Roslee Daud (BN)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)

Pertembungan sesama sendiri ini membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang tidak pernah bersefahaman sesama mereka.

Bukan sahaja mempunyai 3 logo berbeza, malah mereka mempunyai 3 ideologi berbeza yang dilihat tidak dapat disatukan atas faktor perbezaan yang ketara.

Mana tidaknya, PAS kononnya memperjuangkan negara Islam walaupun telah ditukar kepada negara berkebajikan, PKR dan DAP pula dilihat lebih ke arah memperjuangkan negara sekular di mana rakyatnya diberi hak sama rata. 

Kegagalan mereka untuk mendaftarkan parti mereka di bawah satu logo juga merupakan petanda mereka sebenarnya tidak layak digelar 'Pakatan' kerana dilihat langsung tidak ada pakatan di antara mereka.

Dengan adanya pertembungan sesama sendiri melibatkan PKR dan DAP ini, InsyaAllah calon Barisan Nasional akan menang lebih mudah di kesemua 7 kerusi tersebut.

BN menang, rakyat senang!


Wednesday, 27 March 2013

#SKT2013 : Rakyat bersama alim ulamak bersatu mendoakan kemenangan BN di Kelantan




Selepas mendapat sambutan hebat dalam siri jelajah TUKAR sebelum ini, gerakan TUKAR sekali lagi akan mengadakan jelajah TUKAR.

Jelajah kali ini akan memfokuskan laluan biasa yakni laluan PDM. Kali ini, lebih banyak lapisan masyarakat negeri Kelantan termasuk orang-orang kampung dan para ilmuan akan terlibat.

Berikut adalah kenyataan media gerakan TUKAR mengenai Kembara TUKAR 2.0


Kenyataan Media Gerakan TUKAR mengenai KEMBARA TUKAR 2.0
Alhamdulillah Gerakan TUKAR yang bertemakan TUKAR adalah HIJRAH, TANAH adalah MARUAH sangat menepati keadaan dan kehendak majoriti rakyat Kelantan.
Baru- baru ini TUKAR berjaya menganjurkan satu Siri Jelajah yang dinamakan Kembara TUKAR dan sudah menjelajah ke seluruh Negeri Kelantan melalui jalan-jalan utama. TUKAR berjaya kumpulkan 15000 anak muda bermotor dalam keseluruhan siri tersebut.
Setelah Berjaya menganjurkan Kembara TUKAR, pihak Sekreteriat Gerakan TUKAR memikirkan perlu diadakan sekali lagi siri jelajah dengan tema dan pengisian yang lebih baik.
Jelajah TUKAR sebelum ini hanya memfokuskan kepada DUN dan Parlimen yang mana laluan-laluan yang dipilih adalah sekitar jalan-jalan utama dan tidak memfokuskan kepada laluan biasa yakni laluan PDM. Sehubungan dengan itu untuk menambahkan lagi momentum TUKAR Kelantan ke seluruh Negeri pihak TUKAR akan mengadakan satu lagi siri jelajah yang akan turun ke peringkat akar umbi agar hasrat untuk mempertingkatkan momentum dan proses kesedaran untuk TUKAR berterusan dan berjaya.
Sebanyak 541 siri solat Hajat TUKAR adalah HIJRAH akan di adakan di seluruh 541 PDM yang akan dihadiri pengundi di PDM masing-masing. Pihak TUKAR menjangkakan 54,000 rakyat seluruh negeri iaitu melebihi 100 orang di setiap PDM akan bersama para Ustaz dan Ilmuan Agama untuk bersama solat Hajat, bertahlil dan berdoa kepada Allah swt kearah Hijrah yang lebih baik.

Di bawah adalah video kenyataan Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim.

Saturday, 9 March 2013

#SKT2013 : 3000 buah motosikal serang Pasir Mas dan Tumpat, Nik Aziz makin pening!


Selepas 7 hari menjelajah seluruh Kelantan, Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) akhirnya tiba ke penghujungnya. Parlimen terakhir yang dijelajahi SKT2013 adalah Parlimen Tumpat dan Pasir Mas.

Kembara sebelum ini telah ditangguhkan seketika akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, program tetap berjalan seperti yang dirancang.

Pasir Mas dan Tumpat menjadi parlimen terakhir yang dijelajahi oleh SKT2013 selepas Parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian dijelajah pada hari pertama, Pengkalan Chepa dan Bachok pada hari kedua, Ketereh dan Pasir Puteh pada hari ketiga, Machang dan Kuala Krai pada hari keempat, Gua Musang dan Jeli pada hari kelima,  dan Tanah Merah dan Rantau Panjang pada hari keenam.

Di sebelah pagi, SKT2013 bermula di Chetok. 300 pemuda bermotor DUN Chetok berarak ke Pengkalan Pasir. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa telah melepaskan konvoi.

Selepas tiba di Pengkalan Pasir, konvoi Pemuda Chetok bergabung dengan Pemuda Pengkalan Pasir dan membuat satu laporan polis terhadap kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu (PKR), Tian Chua.

SKT2013 kemudian berarak ke Tendong dan kembara sesi pagi tamat di sebuah sekolah menengah teknik. Di sana, SKT2013 bersama rakyat dalam sukan futsal.

SKT2013 menyambung sesi kembara sebelah petang pada jam 2.30 petang selepas selesai solat Jumaat. SKT2013 bermula di Wakaf Bharu di mana 500 pemuda bermotor DUN Wakaf Bharu dan kepimpinan berarak bersama. Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi dan Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut hadir memberikan sokongan.

SKT2013 kemudiannya bergerak ke Pengkalan Kubor, Kelaboran dan Pasir Pekan sebelum kembara berakhir di Pasar Wakaf Bharu.

Antara jalan-jalan yang dilalui adalah jalan Pasir Mas - Kota Bharu, Bunut Susu, Gelang Mas, Jalan Pengkalan Kubor - Bunohan, Jalan pantai ke Tumpat, Pekan Tumpat, Kg. Sedar, Sg. Pinang, Kg. Laut, Kepulau, Wakaf Bharu dan Jambatan Sultan Yahya Petra.




Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat sepanjang laluan untuk sesi pidato dan mengagihkan barangan-barangan seperti pamphlet, stiker, belon, bendera, VCD dan sebagainya.

Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang untuk mendekati SKT2013 untuk mendapatkan barangan-barangan eksklusif TUKAR.

Stiker T nampaknya semakin hari semakin mendapat sambutan hebat. Rakyat Kelantan kini tidak lagi segan dan takut untuk menampal stiker T di kenderaan masing-masing.

Lihat gambar-gambar sekitar hari terakhir SKT2013 yang pastinya buat Nik Aziz pening!

SKT2013 bersedia untuk berkonvoi
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim menyampaikan ucapan dengan penuh semangat
Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut bersama
Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi bersama sukarelawan-sukarelawan TUKAR

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah. 

TUKAR!!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?