Wednesday, 12 April 2017

Supplements yang kami amalkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Walau pun demam hari ni rajin pulak menulis. Ok back to the title above, saya nak share list supplements yang kami suami isteri amalkan.

Boleh kata baru lagi kami start makan semua ni sebab kami baru je decide nak TTC secara serius.

Pertamanya sebab FIL tak setuju dengan niat suami nak ambil anak angkat. FIL suruh usaha dulu. Dia pun bawa kami berubat kampung. Sebelum2 ni dia tak kisah pun. This time dia sendiri bawa maybe sebab kesian kat kitaorang.

So, kami pun mula la cari produk2 untuk diamalkan. Buat masa ni semua di dalam gambar di bawah ni kami consume. Saya ambil semua kecuali Surbex. Suami ambil semua kecuali asid folik. Sebab dalam surbex dah ada asid folik. Ada dua lagi supplements untuk suami yang saya sedang cari, Speman dan Proxeed Plus. Proxeed plus ni tersangatlah mahal. Sekotak which tahan untuk 15 hari berharga RM260. Minimun consumption selama 3 bulan. Bayangkan berapa banyak duit nak belanja. So, saya matikan dulu niat nak beli proxceed plus tu dan sedang cari Speman. Speman pula susah nak dapat stok. Asyik habis je. Kalau ada kawan2 nak pergi India, saya nak kirim beli Speman sebab kat sana sangat murah. Saya pernah kirim kat kawan, dia tak jadi minta duit sebab murah sangat so dia bagi saya free je 3 botol. Kat sini 1 botol RM50 ++. Agak-agaknya berapa la harga Speman di India ye.

Senarai supplements di dalam gambar:

1. Kurma
2. Madu asli
3. Pati delima
4. Minyak habbatussauda + minyak zaitun
5. Coq10
6. Surbex
7. Asid folic

Ok itu saje.

Ate' logo

9 comments:

  1. Atie, just bagi pendapat peribadi Yani based pada pengalaman... kalau boleh elakkan consume pati delima Gulsan sebab kandungan gula dia sangat tinggi, boleh ganggu usaha weight loss kita. Boleh gantikan dengan pati delima jenama FARS. Sebotol harga dia RM25.

    Boleh refer entri Yani ni : http://seindahmimpiku.blogspot.my/2016/11/set-kesuburan-selepas-set-cuci-rahim.html

    ReplyDelete
  2. coq 10 tu memang sgt bagus. Doc Tasha mmg prescribed patient dia coq10 tu. before conceive mmg akak consume coq10 tu

    ReplyDelete
  3. Salam.. blog walking. Mak ani pown baru mula TTC tahun ni :) in shaa Allah bolehla tukar2 tips lepas ni ye.

    ReplyDelete
  4. Yang pasal speman tu betul.
    Kwn husband belikan rm6 sebotol .dia pn xamik byrn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak opis 90% from India. tapi segan lah pulak nak suh depa belikan hahahaha aduuu

      Delete
  5. Assalamualaykum,saya sudi membantu memberi khidmat nasihat dan guide ttc cara natural secara percuma.InsyaaAllah
    email saya di drsalwahassan55@gmail.com

    ReplyDelete
  6. salam,

    sya bru mula ber opk pada 6/6/18 cd 14....cd mmg sll lari..kdg2 32,33 last aritu36 tp sblom ni lg la smpai cd48..harap bole bantu dan konsi ilmu...
    tq...

    ReplyDelete