Showing posts with label Rex. Show all posts
Showing posts with label Rex. Show all posts

Saturday, 3 May 2014

Siamese Sable

Adakah ini kaler siamese sable? Sama-sama kita nantikan...

Monday, 10 March 2014

Monday, 30 September 2013

Rex Merah, Biru & Hitam

Rex kelahiran kali ini pada asalnya 4 ekor, tapi mati sekor pada hari ke-3. Dilahirkan oleh ibu yang memang tak beranak banyak, tapi anak-anakya kebiasaannya besar-besar. Tak banyak takpe, yang pentig kualiti superb..





Note : Jantina untuk ketiga-tiga arnab ni belum dipastikan lagi. Biarkan diorang besar dulu.. 
Masalahnya sekarang sangkar tak cukup. Kemungkinan 8 ekor induk NZW terpaksa dilepaskan/dijual/disembelih...

Monday, 23 September 2013

Rex Satin

Setelah beberapa tahun, mungkin inilah hasilnya. Tona warna dan kilauan satin semakin stabil dan lebih menonjol.







Mengikut pengalaman kami, setiap kali kelahiran Rex Satin, akan terdapat seekor anak mempunyai bulu lutsinar. Secara mata kasar anak ini kelihatan seperti warna putih. Tetapi jika dilihat secara teliti atau dilihat dari sudut yang berbeza, sebenarnya anak ini mempunya warna. Jaga ia dengan baik, pasti tidak akan mengecewakan... 

Friday, 29 March 2013

Rex Satin

 Rex Satin kelahiran musim panas. Kepadatan dan warna yang sekata. Berpotensi untuk dijadikan baka. Umur ketika ini baru 2 minggu. Kilauan satin sangat terserlah. 



Sila rujuk Rex Satin untuk keterangan lanjut.

Friday, 18 January 2013

Mana Satu Pilihan Anda

Percaya tak anda arnab yang lebih besar tu (600g) sebenarnya baru berumur sebulan berbanding yang kecil sedikit (300g) umurnya 1bln + 1 mgu. Yang kecil adalah baka Rex (pure breed) dan yang besar tu Rex (Hybrid)

Rex Hybrid.
Tak tau dari mana asalnya... Bulu pendek dan padat, rupa bentuk sama seperti Rex pure breed cuma berat dan saiznya yang over..

Kami memperolehi baka ini dari seorang kawan di KL.
Kami difahamkn untuk menghasilkan baka Hybrid ini memerlukan masa 3 tahun dan usaha-usaha penambah-baikan masih diteruskan.

Gambar di atas adalah anak batch kedua.

Cuba bayangkan, Rex dengan berat sama dengan atau melebihi berat New Zealand White...

Adakah ini secara kebetulan, ilusi atau hanyalah sebuah imaginasi... Kita nantikan berat bila mencapai umur dewasa. Boleh jejak 5kg tak?




Wednesday, 16 January 2013

Rex (Pure breed)


Hanya yang berpengalaman sahaja tahu kehebatan baka ini.

Monday, 5 November 2012

Local Mix (Blue Satin Rex vs. Kampung Albino)

Kiutnyer budak ni...

Kaler biru dan tanda putih pada dahinya menjadi kombinasi yang sangat sempurna walaupun tanpa unsur kilauan satin.
 

Thursday, 26 April 2012

Rex


 
 
 
 
Laa.. tak sempat nak tulis apa-apa.... bateri laptop aku....

Wednesday, 14 December 2011

Rex Satin

Rex Satin adalah Rex yang memiliki bulu berkilau seperti satin.  Kilauan pada bulu arnab ini adalah disebabkan oleh bulu yang lutsinar (telus  cahaya). 

Arnab satin pada asalnya dibangunkan di Amerika Syarikat pada tahun 1930-an.

Arnab jenis ini umumnya mempunyai kerektor yang tenang dan lembut, menjadikan ia sesuai sebagai haiwan kesayangan untuk kanak-kanak, namun mereka lebih biasa disimpan oleh penternak arnab untuk tujuan pertandingan. Oleh itu ia kurang diketahui oleh orang ramai. 

Di antara koleksi Rex Satin di TPR.
Rex Satin 5 hari
Rex Satin 12 hari

Friday, 19 August 2011

Rex (Siamese Sable)

Di antara koleksi rex di TPR...

Rex memang terkanal dengan karekter yang tenang dan manja, tetapi bagi rex dewasa dengan berat lebih dari 3kg terdapat sedikit cabaran untuk mengendalikanya. Sekali meronta, boleh calar balar tangan dibuatnya. Walaupun baru potong kuku Jumaat lepas. Ha..ha.... Itu tak termasuk kes kena gigit.. 

Proven buck..
Tenang dan manja..
Color : Siamese sable
Berat lebih kurang 3kg..
Posing kegemaran..
Umur 1 tahun lebih..
Not for sale...
Note : 
     Untuk maklumat lanjut tentang rex sila ke http://tropicalparkrabbitry.blogspot.com/2011/06/rex.html

     Untuk maklumat lanjut tentang color siamese sable sila ke http://tropicalparkrabbitry.blogspot.com/2011/08/siamese-sable.html

Monday, 15 August 2011

Siamese Sable

Bagaimana anda ingin megetahui color arnab anda adalah siamese sable?

Gambarajah  siamese sable
Rex siamese sable
Adakah ini siamese sable?
Bagaimana yg ini? Ini sudah pasti...
Ini sudah pasti anak kucing siam...
 Kucing siam juga boleh digunakan dalam membuat perbandingan bagi menentukan samada arnab anda siamese sable atau sebaliknya.... Selamat mencuba...

Note : sable adalah merujuk kepada warna coklat pekat (dark brown) dan bukanya hitam. Siamese/siam pula merujuk tona color seperti kucing siam...


Friday, 17 June 2011

REX

Rex adalah sejenis arnab berbulu pendek tetapi dengan kepadatan bulu yang tinggi (seperti baldu). Dikatakan jenis arnab yang paling bijak. Tetapi aku pasti tidaklah sebijak tuanya.. kalau tak...
Gambar kat bawah ni adalah sebahagian daripada mereka...   
 
Rex dewasa mempunya berat sekitar 3kg dan boleh hidup sehingga 8 tahun mempunyai kerektor yang tenang, manja dan mudah diajar menggunakan toilet tray. Diajar mengira atau membaca aku tak pernah dengar lagi....

Rex kononya telah petama kali diketahui keujudannya pada tahun 1919 di Perancis dan telah dipamerkan kepada umum pada tahun 1924.

Apakah kelebihan Rex? Sesuai untuk orang yang alah dengan bulu arnab, mudah dijaga (budak 8 tahun pun boleh jaga), sesuai dibela di dalam rumah seperti kucing (tapi jangan pulak kasi makan ikan), bulu yang cantik dan lembut dan.... dagingnya sedap kalau di BBQkan...

Thursday, 26 May 2011

Penghuni Baru TropicalPark Rabbitry

Mungkinkah Rex? atau English Anggora? atau kedua-duanya skali?......
(gambar sekadar hiasan, aku cilok kat internet)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...