Tropical Park Rabbitry
Email : tropark@gmail.com
Saturday, 3 May 2014
Monday, 10 March 2014
Sunday, 12 January 2014
Bagaimana Menjadi Penternak Arnab Hias - Bhg. 2 (akhir)
Adakah anda ingin
menjadi seorang penternak arnab?
Apakah matlamat
kewangan anda?
Adakah cukup
sekadar minat sahaja?
Matlamat kewangan
adalah sangat penting. Tentukan berapa nilai jualan yang perlu anda capai. Tentukan
kos operasi yang mampu anda tanggung sehingga pulang modal. Tentukan tempoh
pulang modal.
Seterusnya tentukan
target market anda. Target market berlu bersesuaian dengan kualiti produk dan
imej yang anda bawa. Khidmat selepas jualan yang bagaimana yang mampu dan yang
ingin anda berikan.
Mungkin dengan
cara lain, bagaimana untuk anda membina target market.
Setelah anda
mempunyai pelanggan, bagaimana pula membina kesetiaan pelanggan.
Apakah
program-program yang anda atur untuk pelanggan-pelanggan anda. Mungkin program
yang dapat meningkatkan pengetahuan atau kecekapan mereka mengendalikan produk
yang anda jual kepada mereka. Contohnya kelas grooming EA atau kelas memotong
kuku Rex atau mungkin juga mereka boleh menyertai pertandingan yang anda anjurkan
dengan syarat mereka membeli arnab baka tulin daripada anda.
Bukan sekadar
menjual...
1.
Membina
jenama
2.
Membina
dan menjaga pelanggan
3.
Bantu
pelanggan membina matlamat
4.
Berkongsi
dan membantu dengan jujur.
Sebaikya, perniagaan bermula dengan modal dan usaha yang kecil tapi
berterusan... Berterusan membuat peningkatan, berterusan membuat keuntungan, berterusan menjana pendapatan... Mudah-mudahan suatu hari nanti menjadi jutawan...
Walau apa pun yang berlaku, tetap bertahan. Ujian hebat sememangnya sedang
menanti anda...
Note : Ini adalah nasihat untuk diri sendiri....
Bagaimana Menjadi Penternak Arnab Hias - Bhg. 1
Matlamat?
Strategi?
Tools?...
Apakah matlamatnya?
1. Meningkatkan kualiti baka
2. Menambah pendapatan
Setiap matlamat perlukan strategi dan tools..
Strategi untuk meningkatkan kualiti baka.
Note : Ini hanyalah sekadar pendapat atau cadangan secara kasara sahaja.
Strategi?
Tools?...
Apakah matlamatnya?
1. Meningkatkan kualiti baka
2. Menambah pendapatan
Setiap matlamat perlukan strategi dan tools..
Strategi untuk meningkatkan kualiti baka.
- Pilih baka yang sesuai dengan tempat atau kawasan anda.
- Biakkan secara optimum. Biarkan anak yang dilahirkan dewasa. Pilih seekor yang mempunyai kualiti terbaik untuk dijadikan induk. Ulangi langkah ini sehingga anda mendapat kaualiti yang stabil dan mencapai aras yang anda tentukan. Contoh: EA dan Standard Rex akan diketahui kualitinya pada bulan ke-4. Lagi bagus tunggu hingga bulan ke-6.
- Elakkan pembiakkan secara in-breeding, tapi gunakan kaedah line-breeding. Kecacatan genetik risiko yang perlu anda hadapi jika menggunakan kaedah in-breeding.
- Pembelian baka perlu dari penternak yang anda percaya dan boleh dipercayai.
- Kuantiti sangkar perlu cukup, selesa dan sesuai untuk jenis baka yang anda biakkan.
- Diet utama dan selingan yang sesuai.
- Fahami jenis penyakit dan kaedah rawatan.
Note : Ini hanyalah sekadar pendapat atau cadangan secara kasara sahaja.
Monday, 16 December 2013
English Angora
Kelahiran 15 November 2013 (umur sebulan). Kedua-duanya betina. Yang hitam jenis bulu kasar dan yang broken black bulu kapas. Belu jenis kapas sememangya lembut tetapi memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding bulu kasar.
Thursday, 12 December 2013
Bantuan selepas kelahiran - Arnab Bhg. 3 (Akhir)
Pada hari ke-6 kebiasaanya anak arnab sudah mula merangkak walaupun dalam keadaan mata tertutup. Anak arnak mula buka mata pada hari ke 12 atau 13. Cara susuan yang sesuai pada ketika ini adalah seperti gambar di bawah.
Selepas anak arnab buka mata, bolehlah diletakkan sahaja bersama ibunya. Tidak perlu diasingkan lagi.
Anak diletakkan di dalam bakul |
Arnab mencari ibunya |
Susuan berjaya |
Labels:
English Angora,
Kelahiran Arnab,
Penjagaan Arnab
Friday, 6 December 2013
Bantuan selepas kelahiran - Arnab Bhg. 2
Post kali ini sambungan teknik susuan untuk anak arnab untuk hari ke-3 hingga hari ke-5.
Teknik susuan sepertimana yang dilakukan pada petang hari ke-2. Ibu arnab diletakkan di dalam baku kecil. Kepala diusap supaya arnab menjadi tenang. Anak diletakkan perlahan-lahan dibawah perut bermula dengan anak yang paling kecil.
Sambungan seterusya untuk teknik susuan hari ke-6 sehingga anak arnab buka mata.
Teknik susuan sepertimana yang dilakukan pada petang hari ke-2. Ibu arnab diletakkan di dalam baku kecil. Kepala diusap supaya arnab menjadi tenang. Anak diletakkan perlahan-lahan dibawah perut bermula dengan anak yang paling kecil.
Teknik susuan petang hari ke-2 hingga hari ke-5. |
Selepas selesai, diletakkan kembali dalam bakul berasingan. |
Inilah anak yang paling kecil. |
Perut bulat menandakan susuan berjaya. |
Teknik susuan hari pertama dan pagi hari ke-2. |
Subscribe to:
Posts (Atom)