Isnin, Jun 14, 2010

20 PAKAIAN LELAKI

Masa belajar dulu, lu mungkin ada alasan untuk selekeh sebab lu tak ada duit. Kalau lu dah ada kerja, lu dah ada gaji, lu mesti nak melaram. Kan?

Sabar dulu, duit gaji 6 bulan pertama tu lu laburkan untuk lengkapkan pakaian asas ini dulu. Lepas ini semua dah lengkap, lu nak beli baju angkasawan ke, baju getah batman ke- suka hati lu. Gua tak larang tetapi tumpukan yang asas ni dulu:

1. Seluar Jeans Biru
Gua fikir ini mesti lu dah ada. Paling koman pun, lu sambar kat bundle. Jeans boleh padankan dengan kemeja dan t-shirt bergantung situasi. Takkan nak pakai slack gi gigs dan konsert, ye dak. Kalau lu memang belia, tidak ada jeans, maka gua cadangkan lu sambar satu yang straight cut kat bundle. Itu selamat. Jangan beli bootcut, lu bukan ada boot pun.

2. Seluar Slack Gelap
Ini penting untuk acara rasmi. Contohnya, untuk pergi temuduga dan kerja pejabat. Kalau lu rock nak mampus, tidak ada seluar slack, maka gua cadangkan lu beli satu warna hitam basic cut. Jangan beli carrot cut. Tu macam nak gi disko.

3. Seluar Khakis
Ini untuk acara separa rasmi separa santai. Boleh kenakan dengan kemeja dan boleh kenakan dengan t-shirt. Sesuai untuk ke rumah bakal mentua. Lu akan nampak macam boleh dibawa ke tengah. Tak la belia sangat dan tak la rock sangat.

4. Talipinggang
Kita tak mahu lihat lu punya seluar terlondeh. Lagi pun, dalam saat-saat genting seperti diajak bergaduh oleh ex-boifren awek baru lu, talipinggang adalah senjata paling dekat dengan lu. Always be prepared.

5. Track Bottom
Jika ada apa-apa acara sukan yang memerlukan opis hantar wakil, lu adalah orang pertama kena paksarela sebab lu paling junior. Takkan lu nak marathon pakai jeans. Track bottom penting dalam saat ini. Kalau lu malas nak jogging pun, at least lu boleh guna pakai masa tidur. Masa tidur memang perlu seluar longgar-longgar agar senang awang bernafas.

6. Kemeja Putih/Cerah Formal
Untuk ke pejabat dan acara rasmi pagi, memang perlu ada satu baju rasmi. Jaga baju ni baik-baik dan guna untuk acara rasmi sahaja. Elakkan makanan berkauh macam mi kari dan megi. Kuah merecik, susah hilang kotoran nanti. Ini lu padankan dengan kasut kulit hitam, talileher dan slack hitam. Perghhh... lu nampak macam pegawai. Segak.

7. Kemeja Kasual gelap
Kemeja berbutang kasual ni, lu cari yang body fit. Biar potongan badan muda lu nampak. Biar abang-abang yang dah boroi tu jeles. Padankan dengan jeans, lu boleh pakai untuk parti-parti malam. Kalau lu ada bulu dada, buka kancing atas dua. Berlagak sikit.

8. T-Shirt Kolar Bulat
Ini raja segala basic. T-shirt putih satu, hitam satu. Kalau lu lepak kat rumah, lu ada dua option je- berlengging atau pakai t-shirt ni. Memang serbagunalah. Hari panas, lu pakai putih tu. Hitam, kalau cuaca redup. First, lu tangkap yang plain dulu. Tak payah ada apa-apa print. Sebab senang kena dengan apa-apa kondisi.

9. T-shirt Bekolar/ Polo
Ini untuk ruangan separa formal. Kalau lu nak dating petang jumaat, biasanya awek pakai baju kurung, maka ngam la kalau lu ada polo shirt ni. Sesuai padankan dengan jeans atau khaki. Boleh masukkan dalam seluar atau keluarkan, bergantung dengan situasi.

10. Baju Melayu Sepasang
Jiran sebelah mungkin buat kenduri arwah, takkan lu nak datang pakai baju rock vintage Iron Maiden. Lu pakai la baju melayu sepasang dan bersongkok. Samping optional. Kenakan dengan samping kain pelikat pun okay. Jangan berkira sangat sebab peluang makan free tu. Gua cadanganbaju melayu  plain putih atau hitam. Kena dengan banyak acara. Elakkan yang ada corak print versace, gucci. Itu kain baju kurung doh.

11. Jaket
Malaysia memang negara tropika. Kesejukan dalam bangunan adalah artificial. Kadang-kadang terlampau sejuk hingga kita rasa nak terkencing setiap satu jam. Dua tempat paling sejuk di Malaysia adalah dalam bas ekspress dan dalam pawagam. Sediakan jaket.

12. Kasut Kasual
Kasut kasual gua dulu kasut getah Warrior high cut warna hitam buatan China. Bangsa yang orang buat main takraw tak bengkak buku lali. Gua pakai untuk pergi bandar. Budak-budak sekarang aim Converse tetapi pada gua Converse poser la. Converse beli dekat mall, dia tak ada imej  jalanan macam Warrior.

13. Kasut Kulit Hitam
Ini kasut opis. Pastikan kilat. Ada orang yang ajaran tak tentu pasal, orang itu menghukum melalui kebersihan kasut kau. Gua ingat lu kasik sepak orang tu satu kali. Kita bukan askar nak kiwi kasut hari-hari.

14. Sandal
Bila tiba waktunya, kita wajib mendirikan solat. Kalau lu ke sana ke mari dengan kasut mahal, pastikan lu sedia beg plastik. Masa solat kat surau, kasut lu dalam plastik depan tempat sujud lu. Kalau orang jahat tengok, apa hal budak ni sembah kasut. ha ha ha... tak husnuzan langsung. Kalau lu ada pakai sandal, tak kira la Asadi atau Croc palsu, lu boleh solat khusyuk walau sandal lu kat tangga surau. Cuma, kalau dating pakai sandal macam tak stail.

15. Kasut Sukan
Minda yang sihat datang dari badan yang sihat. Ni gua nak bagi rahsia, seks yang baik datang dari pasangan yang rajin. Kalau lu tak ada stamina, mana lu nak boleh rajin? Kan? Untuk stamina mestilah bersukan. Untuk bersukan mestilah ada kasut sukan untuk jogging, main bola dan lain-lain.Sebab sukan adalah aktiviti ganas, kasut senang koyak. Jangan kedekut dan beli jenis Giant atau Tesko. Sambar yang baik sikit, Nike atau Adidas. Tahan lama.

16. Stokin sukan
Lu boleh sambar kasut sukan mahal, takkan la stokin tak pakai.  Biasanya putih dan berbelang kat atas. Campuran kapas + nylon.  Lu pakai stokin melawa je la. Nombor 16 ni gua nak bagi kain pelikat.

16. Kain pelikat
sesuai utk aktiviti kerohanian bukan aktiviti mengorat rohani yer. tak rugi beli sebab boleh pakai sampai tua.kalu track bottom jemur tak kering,bleh pakai kain pelikat tuk buat tidur.awang tak lemas dan bebas.haha.. (Thanks. Penyubiru)

17. Stokin melawa
Biasanya jenis nylon. Boleh dapat RM10 tiga pasang. Warna gelap sesuai dengan kasut kulit. Bukan apa, elakkan kaki lu melecet.

18. Talileher Gelap
Gua pun jarang pakai. Tapi masa pergi temuduga kena pakai. Masa mesyuarat dengan orang besar-besar kena pakai. Gua pun rimas dengan benda ni. Tapi entah kenapa masyarakat terlalu mementingkan talileher ni. Pengawas perpustakaan darjah 6 pun dah kena pakai. Klip punya. Lu spare la satu, just in case.

19. Kot/ Blazer
Kalau lu kerja pejabat, malas nak gosok baju, sarung je blazer. Settle problem. Tapi pra-syaratnya pejabat lu ada hawa dingin la.

20. Saputangan
Lu pun tak tahu bila lu nak bersin, hingus sepah. Dan lepas cebok bersih, punggung lu basah berlebih. Oleh itu saputangan amat penting. Kalau lu ada duit, lu beli jenama key. Stail tu. Nampak rock. Kalau tidak ada duit, pakai je sapu tangan petak. Paling koman pun, lu sedia sapu tangan yang orang buat door gift wedding tu. Cuma benda itu ada bunga-bunga, so kurang kool la. Apa kata lu pakai tuala Good Morning. Tuala Good Morning letak kat bahu nampak macam rajin. Bakal mak mentua suka.


Lu mesti nak cadangkan kat gua, nombor 21: Spender. Lu silap. Pada gua, spender adalah optional.

p.s.
Sapa takde idea nak blog apa, tulis 20 pakaian wanita. Gua dah cuba tapi gua tulis sampai 5 je. Tak banyak yang gua tahu.

14 ulasan:

sinaganaga berkata...

Track Bottom.

Tak payah beli. La ni, kalau ada majlis sukan-sukan, Syarikat akan bagi percuma, siap ada logo Syarikat - dan 'polis' Syarikat akan datang pagi untuk ambil nama siapa yang tak pakai pada hari acara.

Oh, itu memang skop kerja HR dan IR - makanya, jangan ambil hati sangat.

adie berkata...

hahaha...

21. kain pelikat
sesuai utk aktiviti kerohanian bukan aktiviti mengorat rohani yer. tak rugi beli sebab boleh pakai sampai tua.kalu track bottom jemur tak kering,bleh pakai kain pelikat tuk buat tidur.awang tak lemas dan bebas.haha..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

ha ha ha~
kena seluar dalam optional?
sebab boleh ganti dengan boxer ya Tok?

^^

julietdeorange berkata...

woaaaa. menarik2. bleh remindkan adik. ngeheh.

tapi kenapa spender optional?
ohh, boxer?
ya lelaki sukakan boxer.
haha

Tok Rimau berkata...

Boxer pun optional.

tentangseseorang berkata...

ya sebab awang perlu bebas. jadi seluar dalam sama boxer optional. ahahahaha

Tanpa Nama berkata...

baju hujan?

si buta warna berkata...

spender optional? ouh!

jo berkata...

awang? kih..kih..kih...
kalau aku buat entri 20 pakaian wanita, aku nak bagi nama apa tok?

Bukan Sepet berkata...

kih kih kih! Lawak la tok!

Tapi betul. Adik adik.. baca dan amal. Cakap tok ni mmg betul. (Naperler dulu aku takder org bg tau cam ni!)

Praktikal yg amat!

Kalau leh tambah, aku kata beli baju kemeja kaler plain takder kolar cam biasa rais yatim pakai.

Kenduri leh pakai, mmg ngam kalau pakai songkok. Opis/dinner pun leh pakai, layan ngan slek. Dating, masuk dlm leh layan ngan jeans.

Konpom cun! Nak join tabligh pun tak kekok bro! haha!

landaklaut berkata...

mekaseh tok kerana memberi idea kepada saya untuk menulis pagi ini. huhuhuh~

http://www.landaklaut.com/2010/06/20-pakaian-wanita/

Aizuddin Jaafar berkata...

List all checked. Siap tok.

Tanpa Nama berkata...

Tok

Saya dah bikin untuk wanita punya. Lebih kurang aje listnya..ada terlebih sikit..LOL

http://sitinurbaya79.blogspot.com/2010/06/201-pakaian-wanita.html

Kumprinx berkata...

Rupanya banyak juga yang tiada dalam arsenal pakaian saya.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...