Pages

Monday, 27 June 2022

Sanad Tariqah Naqsyabandiah Aliah (1)

Tulisan oleh : Ust Nasaie Hanaffie


Saya ada menonton dialog antara Us Salman Ali dan ARG semalam (25/6/22).
Antara isu yang ditimbulkan ialah kesinambungan sanad tarikat tersebut.
USA menyatakan bahawa sanad tarikat tersebut terputus dengan sangat teruk. Pihak ARG pula menyatakan bahaw sanadnya tidak terputus tetapi diringkaskan.
Saya tidak membuat sebarang kesimpulan awal kerana tidak pernah mengkaji sanad tersebut.
***
Dalam satu hantaran ARG di lamannya berkaitan isu ini, ARG telah berkongsi hakikat sanad tarikat tersebut.
Terdapat dua tempat dalam sanad tersebut yang telah diringkaskan:
1. Antara Abu al-Hasan al-Kharqani dan Abu Yazid al-Bistami.
Terdapat 3 orang perawi antara mereka berdua.
2. Antara Abu Yazid al-Bistami dan Ja'far al-Sadiq.
Terdapat 2 orang perawi antara mereka berdua.
***
Alasan kenapa nama-nama perawi tersebut tidak disebutkan ialah:
Kerana Abu al-Hasan al-Kharqani telah menerima rahsia tariqat tersebut daripada Abu Yazid al-Bistami secara ruhaniyah sebagaimana Abu Yazid al-Bistami telah menerima rahsia tariqat tersebut daripada Ja'far al-Sadiq secara ruhaniah juga.
Oleh sebab itu, ahli tarikat ini tidak menyebutkan sanad penuh bagi tarikat ini.
*Sila lihat screenshot di bawah.
***
Nah. Disinilah bermulanya ketidakfahaman saya berkaitan sanad ini.
Apakah yang mereka ingin maksudkan dengan kebersambungan sanad ruhani tersebut?
1. Adakah mereka mendakwa bahawa tokoh-tokoh di atas bertemu di alam lain selepas kematian sang guru, lalu sang guru mengajarkan rahsia tarikat ini kepada pewaris yang lahir berpuluh tahun selepas kematian mereka secara ruhani?
2. Adakah perawi-perawi yang digugurkan nama mereka tidak mencapai kedudukan ruhani yang sepatutnya sehingga digugurkan nama mereka?
3. Ataupun, memang sanad tersebut SEBENARNYA TERPUTUS secara jasmani dan HANYA BERSAMBUNG secara ruhani, tetapi TERPAKSA disambung sanadnya secara jasmani juga kerana kritikan-kritikan yang timbul?
4. Adakah contoh sebegini dalam tradisi sanad ilmu Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah?
***
Apapun, setakat pembacaan saya, ada pihak yang menyatakan bahawa banyak perawi yang ada dalam sanad tersebut adalah daripada kategori majhul yang tidak diketahui biografi mereka dan status mereka dari sudut 'adalah (terpercaya) dan keilmuan.
Bahkan, terdapat nama Khidir dalam sanad tersebut.
Perkara ini memang memerlukan kajian lanjut.
Ini adalah bertepatan dengan semangat pihak ARG berbicara berkenaan ilmu hadis pada hari ini terutamanya melibatkan status perawi/pencatit ilmu dan kenyataan Syaikh Nazim Haqqani. ARG sangat menekankan peri pentingnya untuk mengetahui kedudukan seseorang itu samada dikenali atau tidak dikenali.
Kerana ada orang sanggup reka hadis dan sanad atas nama Rasulullah SAW maka apalah sangat kalau reka sanad tarikat.
Selamat mengkaji.
***
Saya baru baca nota kaki dalam buku di bawah berkaitan hadis mursal di sisi ulama hadis.
Apa yang disebut berkaitan khilaf ulama akan kehujahan hadis Mursal adalah benar, tetapi menyatakan terputusnya sanad Tariqah Naqsyabandiah Aliyah adalah dalam kategori hadis Mursal menurut istilah ahli majoriti ahli hadis adalah tadlis/menyembunyikan aib sanad yang teruk.
Sanad ruhani ini adalah Mu'dhal di sisi ahli hadis pada kedua-dua tempat tersebut kecuali jika dibuktikan sanadnya yang bersambung tersebut (dengan menyebut nama perawi yang gugur) adalah mahfuzh (terpelihara).
Nota kaki juga menyatakan,jika ada penguat bagi sanad tersebut, maka tiada masalah. Maka perlu dilihat sanad penguat itu juga.